Thursday, February 14, 2019

TRIBECA Hotel & Serviced Suites Bukit Bintang - 01 | Suites Residences

Weekend staycation di tengah tengah ibukota.

Kali ni kita menginap di salah sebuah serviced apartment terbaru di Kuala Lumpur ni. Namanya Tribeca.



Anak aku cakap ini lah hotel Trivago macam dalam iklan TV tu. Dia foncuse. Tribeca VS Trivago !

Lokasinya di tengah tengah pusat bandaraya di kawasan Bukit Bintang berdekatan dengan Pavilion KL dan berhadapan dengan Ritz Carlton Kuala Lumpur.



Inspired by the energy of Manhattan, and informed by Eastern philosophies and hospitality, TRIBECA is juxtaposed between old and new, heritage and contemporary, east and west. Uniquely positioned within Kuala Lumpur's most exciting neighbourhood that's constantly evolving. TRIBECA offers a brand promise of comfort and value.

Aku pun tak tau cemana aku boleh terjumpa pasal tempat ni. Baca baca skit, usha nampak menarik terus aku decided nak bawak dia orang jalan jalan hujung minggu. Tapi masa ni Hero tak de, asrama tak cuti so bawak Princess aku tu je.




Tribeca Suites ni ada apartment dia yang tersendiri. Menempatkan hotel dan apartments suites untuk cater pelancong yang mencari penginapan di ibukota. 

Seperti beberapa serviced apartment yang lain, dekat bangunan yang sama, ada few homestay operator yang pajak dan sewakan unit unit yang ada. Aku memang directly book dengan Tribeca hotel ni sendiri sebab nak elak duduk dengan homestay operator yang kadang kadang indah khabar dari rupa walaupun harga jauh lebih murah yang di offerr plus renyah nak deal dengan third party nih kalau jenis memang tak kisah sangat pasal services.

Dan kegelisahan aku terjadi sewaktu nak check in.





Sewaktu sampai di lobby untuk check in, masa tu ramai orang yang nak check in sama sama. Aku confuse dan mencari cari front desk mereka, dah la nak masuk lobby nak kena ada access card bagai. Bila jumpa mamat front desk tu aku pass booking number reservation aku. Pastu dia cakap.

"No. Not here Sir"
"What? Then where?"
"I dont know. This is another party, You need to call the number and make arrangement"

Dia siap boleh tekan bukakkan pintu supaya aku keluar.

Aku rasa malu dan terhina ! Aku dah yakin aku berada di tempat yang betul. OR aku pun buntu. Padahal dia dah duduk kat kerusi kat dalam lobby tu.

Terpaksa aku keluar dari ruang lobby tu, menyorok sebab macam ramai je pandang aku time tu. Cis ! Kat luar aku call nombor telefon yang ada. 

Ada bunyi dering. Tapi tak de orang pick up. Lama lepas tu try dua tiga kali baru berangkat.

Dan orang yang angkat phone tu berada di tempat lobby yang aku tried check in tadi tu. 

Mamat yang angkat phone tu adalah mamat bell boy yang turut serta menjadi saksi masa aku kena halau keluar tadi. Dia nampak aku call dari luar then then dia gelabah. Terus dia berlari bukak pintu dan panggil aku masuk semula.

Dan dia berkali kali mintak maaf kat aku. Sorang lagi mamat kat front desk tu pun macam terpinga pinga sebab aku masuk semula. Tapi mamat yang halau aku tadi tu dah tak der !

Terus mamat sorang lagi tu check in kan aku. Berkali kali dia mintak maaf pasal hal tadi sebab dia pun jadi saksi. Dia kata mamat tu staff baru !

Ah. Alasan !






Malas nak panjang panjang isu. Ikut kan hati aku nak jumpa je manager dia dan meleparkan aduan panjang lebar kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa. Tapi fikir malas lah. Lagi pun kat lobby time tu orang dah clear.

Selesai check in, mamat bell boy tu hantar barang kami sampai ke bilik. Dan dia lah yang paling rasa bersalah dan tak abis abis mintak maaf kat aku.

It is OK. I am fine ! Tapi sebenarnya aku bengang jugak cuma dah lah. Malas nak layan.

Usha penginapan.



Untuk penginapan dan jenis suites yang ada di sini berbeza kalau Tribeca direct dengan operators operators lain.

Cosy beds in twins or kings. Powerful showers. Practical aesthetics. A symphony of calming neutrals and chic furnishings. Handy kitchens. Free wifi at any time. We’ve got everything you need for a relaxing stay.

Di bawah Tribeca ni ada 4 jenis suites. 

The Studio
Ideal for individuals who'd like to be cosy with privacy or perfectly spacious for two.

The Duo
A space to call your own with twins or a large king sized bed and ample facilities.

The Executive
Perfect for families or business executives with a blend of shared spaces and the privacy of separate sleeping quarters for long term comfort.

The Pinnacle
Comfort and convenience combine with a complete kitchenette for comfortable long term stays with a space that commands breathtaking views of a developing city.

Dan setiap satu tu ada pulak jenis  1 bedroom or 2 bedroom kecuali The Studio.

Aku ambik The Duo dengan 2 bedroom. Usha.

LIVING AREA

Untuk apartment 2 bilik, living area dia agak kecik. Tapi facilities semua ada. Sofa, TV etc. Paling best ada balcony walaupun covered. Takde hal nak hisap rokok ! Sofa dia best. Design pun nampak modern and chic. In house program for TV pun OK. Apartment pun bersih dan kemas. Maybe sebab masih baru.










KITCHEN

Kitchen dia agak sempit gak lah. Masuk masuk je terus bahagian dapur. Tapi kelengkapan memang mencukupi untuk memasak. Washing machine pun ada. Tapi sabun tak der. Ada dining table juga untuk lepak makan.







BEDROOM 1

Bilik utama dia agak besar dan selesa with double bed. Ada LCD TV sendiri dalam bilik dan bathroom serta amenities lain yang rasanya OK. Cukup selesa.








BEDROOM 2

Bedroom ni kecik je dan cuma ada single katil. Tak de orang melepak pun dalam ni sebab aku pun tidur kat sofa di luar je.




BATHROOM

Cuma ada 1 bathroom je untuk apartment aku stay ni. Luas juga. Ada separate shower room dengan toilet area. Pool towel di sediakan siap siap dalam bilik.





Keseluruhan apartment nampak agak kecik untuk 2 bedroom setting. Tapi selesa dan deco dia lawa.

Nanti usha lagi beberapa facilities yang ada di Tribeca nih.






Seronok betul anak aku berenang riang ke hulu ke hilir dengan boya donut pink dia tu.

bersambung.................

6 comments :

  1. Sakit ati plak baca part check in tu.... btw sedapnya nasi lomak tu, terbaik la OR hang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bila ingat rasa stress. tapi sebab dah biasa kena. penampilan dan gaya tak cukup mewah.. org double standard lah kot.

      nasi lemak dia memang terbaik. kdg kdg je terbalik

      Delete
  2. cantik arca ke lukisan dinding tu.seni

    ReplyDelete
  3. Apa barang setakat mintak mahap... kurang2 bg stay lebih semalam. ciss (aku lak yg lebih2).

    eh, ada sambal hitam opah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... hangin betul. kena dtg pakai glamer2 baru di layan kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...