Masa untuk menikmati ketam ketam sado !
Edisi terbaru pilihan kalbu.
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
call 03 55237398 atau 011 14378458 for reservation..
fb : unclecrabmy/
Edisi terbaru pilihan kalbu.
Uncle Crab
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam
Mencari cari tempat makan yang menyediakan ketam dan pelbagai masakan lain, aku browse dan jumpa kedai ni. Baca baca review skit dan rasanya boleh cuba.
Lokasinya tak susah nak cari, waze je. Dekat dengan area Aeon Shah Alam. Kalau datang malam Insha Allah parking senang. Kalau siang tu, mencabar jugak lah area lot kedai macam ni.
Dekat dengan premise Upin Ipin
Dah sampai.
Kami datang nak dinner dan pelanggan agak ramai jugak time weekend tu. Nama Uncle Crab tapi usha pekerja dia semua macam muda muda belia dan tak de tokoh nak jadi uncle lagi. Maybe tokey dia yang Uncle kot.
Usha setting kedai dulu....
Belah luar
Belah dalam
Kedai tak besar mana dan orang ramai segan nak snappy berlebihan
Tapi suasana kemas dan bersih
Selesa dan nyaman suasananya
"Saya lah Uncle tu Bang Meng. Penjaga tempat makan ni !"
Ketam Uncle. Macam pelik je gambar ketam tu.
Agak full house, last sekali kami settle down duduk belah dalam. Ada aircond.
Di Uncle Crab ni menu utama dia adalah ketam. Ada juga pilihan set macam Shell Out timbun atas meja tu tapi kalau tak nak, ada jugak lauk lauk ala carte ala ala Thai yang boleh di pilih dari menu yang ada.
Usha menu.
Majlis jemaah sebulat suara memilih untuk makan ala shell out. Ada set pilihan seperti dalam menu dengan pilihan jumlah hidangan untuk berapa pax orang. Ada saiz biasa dan saiz set jumbo.
Aku pilih Big Uncle. Set pilihan untuk 3-4 orang dengan menu makanan termasuk ketam, lala, udang dan baby octopus. Tak lupa sayur seperti jagung dan brocoli.
Peralatan pertukangan di beri. Siap sedia untuk menukang nanti.
Minuman sampai dulu
Chicken nuggets. Budak budak punya selera. Aku pau jugak satu.
Mantou. Roti gebu gebu
Hidangan nasi putih.
Dan masa pun tiba....
Hidangan mula di curahkan
Kemudian di tambah dengan sayur sayuran
Siap sedia untuk di makan
Ada pilihan jenis kuah. Ada Garlic Butter Sauce, Uncle Spices Sauce dan banyak lagi. Aku pilih Uncle Spices.. agak kering dan kurang kuah.
Keje nak mengetuk ketam je. Makan kurang.
Tapi Alhamdulillah. Habis jugak hidangan.
Overall makanan not bad. Portion pun kira banyak jugak lah. Ketam dia fresh dan banyak isi. Cuma better pilih sauce yang lebih berkuah nak makan dengan mantou pun sedap. Harga pun acceptable. Air minuman dia harga masih murah dari kedai kedai biasa. Tempat makan selesa cuma selalu full house lah. Better call and reserve.
Cost makan RM 200 ++.
Alhamdulillah.
Boleh lah gi cuba makan di sana !
UNCLE CRAB
7, Jalan Boling Padang G 13/G,Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
call 03 55237398 atau 011 14378458 for reservation..
fb : unclecrabmy/
kira ala2 shell out la ni ek
ReplyDeleteshell jauh.. petronas ada kat luar simpang.
Deletehahahha