Thursday, April 30, 2015

Trip Sabah 2015 : 17 - Tanjung Aru | Goodbye Kota Kinabalu

Destinasi terakhir kami adalah ke Tanjung Aru.

Saja nak lepak lepak tepi pantai dan makan makan. Lagipun masih ada masa sebelum waktu berlepas malam nanti. Lagipun Tanjung Aru ni dekat je dengan airport KKIA2.

Pintu gerbang ke Tanjung Aru

Durian Sabah

Ada kawasan parking di tepi Tanjung Aru dekat dengan roundabout tu. Park kereta dan kami terus ke pantai.

Tempat parking kereta tu melebar di belakang bangunan bangunan kedai tu, nak senang kalau nak gi food court sila gi parking belah sana je terus. Macam aku pegi parking kat Sugarbuns tu pastu kena menapak. Tapi tak de la jauh mana.

Masing masing kelaparan.

Jumpa Sugarbuns ni... tapi kami nak gi makan kat food court

Deretan kedai kedai. Ada bar dan seafood resto

Petang di Tanjung Aru

Kami sampai di food court tu. Ada banyak kedai makan kat situ. Tapi kami pilih seat dekat dengan pantai. Malangnya budak tu kata kalau duduk situ kena order kat kedai dia jer. Tak leh bawak makanan dari kedai lain.

Cis !

Nak tak nak terpaksa la order kat kedai dia.

Ada chicken wings.... Rasa jugak 3 ketul. Biasa biasa jer

Makan sate.. Sate dia menarik dan sedap. Princess makan paling banyak

Petang di pantai

Aku order bihun Singapore. Tak sedap sangat. Harga pun boleh tahan mahal. RM 8. Pastu makanan lambat sampai. Makanan aku sampai dulu. Makanan dia orang sampai lewat. Tak sempat nak ambik gambar sebab Princess dah ajak ke pantai

Lepak tepi pantai. Aku teringin nak makan popia tapi kenyang la pulak

Kecewa sangat dengan kedai tu. Makanan tak sedap dan mahal melampau untuk standard di warung

Pantai Tanjung Aru

Sekali lagi anak aku nak main pasir. Kasik dia main pasir jap

Sambil santai santai tengok orang

Ada orang beregatta di laut

Masih belum ramai orang time ni dan cuaca pun nak hujan

Layan sunset yang tak berapa nak jadi

Mendung. Hujan bakal tiba

Princess main air kejap

Mainan dia lah ni. Mengaruk lagi..

Tengah lepak lepak tu hujan pun turun. Orang pun semua bertempiaran lari

Senja tak ada hari ni. Tak de rezeki lagi

Kedai kedai di Tanjung Aru

Sebab tak de tempat berlindung, kami balik je ke kereta dan duduk dalam kereta.

Pilu gak la tak de sunset hari tu.

Waktu masih awal lagi. Flight pukul 8 malam. Janji nak pulang kereta pukul 6.30 petang. Tapi time ni baru pukul 5 petang. Sudahnya kami balik je ke airport. Call mamat kereta tu suruh dia pick up awal sikit.

Kat airport check in beg segala then menunggu untuk boarding.

Bye bye Tanjung Aru....

Flight balik on time. 

Kami meninggalkan bumi Borneo dan balik ke Semenanjung. Makan malam dalam flight yang dah pre order.

Landing time

Tiba jua akhirnya

Kami sampai di KLIA 2 pukul 10.30 malam.

Alhamdulilah selamat sampai. Kami ambik ERL dan turun di Putrajaya Central. Pukul 1 jugak la sampai rumah. Esoknya aku keje macam biasa. OR sambung keje dia. Hero sekolah tak ponteng dah tapi Princess je tak pegi sekolah.

Malas nak bangun. Miss Diva Divana keletihan.

Maka selesai lah trip beberapa hari ke Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. 

Misi mencari ketenangan, bersantaian dan berjalan jalan adalah tercapai. Alhamdulillah perjalanan trip OK tanpa sebarang kepiluan.



Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan
Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu.....

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan
Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Insya Allah, ada rezeki boleh la aku ke Sabah lagi. Boleh kan Bah? Boleh bah kalau kau !!!!

TAMAT.

18 comments :

  1. salu jugak ke tanjung aru kalau ke KK... sugarbun best.. haha... and sunset kat sini sgt win yerrr

    www.mytravellicious.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak try jugak sugarbuns masa tu tapi bila fikir... lapar benda lain pulak...

      sunset memang lawa kan, tapi hari tu hujan ler pulop

      Delete
  2. Meng,

    Kerete ok? Takde ape-ape saman? Haha

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    blog aku rehat dulu meng, tumpuan diberikan kepada projek lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. kereta oke.. park je kat hotel tak gerak ke mana mana.. heheh. mcm rugi je sewa keta gitu kan?

      tapi tak pe lah...

      ooo projek tak ajak...

      Delete
    2. Meng,

      Kereta yang kau tinggal kat stesen Putrajaya Central apa cita, kau cerit haritu kata letak tepi jalan je.

      -hannan-
      -www.kembaraanakmuda.com-

      Delete
    3. oh keta tu. oke... selamat alhamdulillah. cuma berdebu je la sikit sebab park tepi jalan....

      Delete
  3. Alhamdulillah.

    princess diva divana..hahaha diva main pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. pantang tengok pasir..

      skrg terjelepuk hina. kena chicken pox

      Delete
  4. food court dekat Tg. Aru beach tu mmg mahal & cekik darah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh? tu la.. dulu masa dtg dulu lain.. skrg dah lain.

      dah maju skit kot terus cas berlebihan

      Delete
  5. Boleh datang lagi..banyak temapt lagi boleh jalan.

    ReplyDelete
  6. rasanya ni first time aku dengar princess ko makan banyak...
    selalunya ko citer dia suka main jer.....suka betul princess sama pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. time tu sedap pulak dia makan. lapar agaknya kot. skrg pun dai dah tak menetek so dia makan ikut suka dia jer la..

      tapi most of the time dia diet.

      Delete
  7. Aku kalau makan kat food court tu, then diorang cakap xleh order tempat lain...dan2 ngaku aku keje ngan DBKK hahaha. Ntah sejak bila gazetted yang xleh order gerai lain walhal sana free seating.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... keji sungguh buat rule macam tu.. tapi tak pe lah. maybe next time aku kena lebih berani buat muka ganas dan aksi nak lembang lembang meja.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...