Friday, April 17, 2015

Trip Sabah 2015 : 04 - Masjid Bandaraya Kota KInabalu

On the way dari Kota Kinabalu ke Kundasang, kami singgah untuk solat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas.

Ya Ya Ya. Menyinggah lagi. Tapi singgah sebab nak solat. Sambil sambil tu nak usha masjid yang agak lawa ni.

Kubah masjid

Cantik jugak la masjid ni. Macam masjid terapung pun ada sebab ada kolam di persekitarannya

Keseluruhannya masjid ini mempunyai 4 menara

Dan boleh memuatkan lebih kurang 12 ribu jemaah

Kami singgah untuk solat di sini. Sambil tu sempat la guna toilet. Anak bujang aku nak terberak la pulak !

Penyakit dia setiap kali lepas makan. Tapi tak kurus kurus jugak. Well.. see the leg la kan? Bapak pun tak kurus kurus !

Masjid ini di rasmikan pada 18 Februari 2000 oleh Tun Sakaran Dandai  YDP Sabah yang ke 8

Merupakan masjid ke 2 di bina di bandaraya Sabah selepas Masjid Negeri Sabah

Masuk ke tempat wuduk

Ruang ambiik air sembahyang

Ruang pertama. Pelancong asing boleh masuk ke sini. Kelakar lak tengok dia orang pakai jubah dengan tudung tapi selak jubah sampai ke peha

Ruang ke dua - Dewan Serbaguna

Bumbung

Dewan solat utama

Sebelah kanan

Ruang sebelah kiri dewan utama

Kubah 

Dinding

Al Quran di tiang tiang dewan utama

Selesai

Kubah masjid dari luar

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Bangunan masjid

Menara masjid

Waktu kami singgah tu orang agak ramai. Ada pelancong dan ada jugak orang yang nak solat. Tapi sebab ruang agak besar so masing masing tak bercampur aduk. 

Bagi aku masjid ni agak lawa dari exterior tapi dari dalam macam biasa biasa jer.

Ruang agak luas jugak.

Boleh di kunjungi kalau kebetulan melalui area Likas ni. Boleh jugak la singgah solat.

Jalan jalan jugak, jangan derhaka dengan Tuhan yang memberi kesenangan dan kenikmatan hidup.

Ingatan untuk diri sendiri !!!



Titik titik langkah perjalanan jiwa
Meruntun ku melangkah ku membawa lara
Tak tertanggung bisa luka berdarah
Namun ku telan juga pahitnya

Parah berdarah bersembur kata
Limpah angkara hidupku yang siksa
Sungguh aku ketandusan tingkah
Insan hina berbalut noda sesali dosa derita

Derhaka... derhaka aku akan bahagia
Salahkah aku menumpang kasih di dunia fana
Pasrah aku mungkir bahagia

Derhaka ... cinta ku pada dia yang ku sayang
Derhaka hati musnahkan segala impian
Derhaka neraka tersungkur ku di dalam harapan

Derhaka .. akan bahagia
Derhaka...

Selesai solat, kami menyambung perjalanan ke Kundasang ! Moga moga puncak Kinabalu tak malu malu untuk memunculkan dirinya. 

Kami datang dari jauh ni membawa harapan yang menggunung tinggi. Lebih tinggi dari 4095 meter !!!!

bersambung.................

2 comments :

  1. Kalau pegi petang sikit, nampaklah pelancong duk kayuh love bot kat tasik luar masjid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol btol. nampak banyak gak sampan2 tersadai.. acara rekreasi di petang hari

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...