Wednesday, April 15, 2015

Trip Sabah 2015 : 02 - Gaya Center Hotel, Kota Kinabalu

Malam pertama di KK aku dah book hotel ni. 

Gaya Center Hotel.

Sebab musabab aku booked hotel ni adalah sebab rate dia yang bagus kat TA. Tercari cari jugak la hotel lain, tapi sebab fikir, sampai dah memang malam so nak tidur jer so cari lah yang tengah tengah bandar dan senang nak bergerak ke mana mana.

Sebab flight delayed, so kami sampai hotel pun dah memang tengah malam buta !

Ni bangunan hotel aku ambik time siang

Ini lobby dan recption

Waktu sampai tu dah malam. Mamat receptionist memang menunggu kot. Dan dan je dia sebut nama aku. Maybe aku sorang je belum check in hari tu.

Hotel ni terletak agak strategik berdepan dengan laut dan shopping mall Suria Sabah. Memang tak de plan nak shopping pun tapi tengok la keadaannya cemana esok. Malam tu semua dah tutup.

Hotel ni ada menyediakan parking di basement tapi agak limited. Nasib baik la jugak malam tu ada. Parking kena bayar RM 10 per car untuk satu hari. Kena bagi deposit RM 10. Parking kat tepi tepi jalan depan hotel tu macam ada jugak tapi sebab tak berani, parking je la kat basement hotel.

Check in pantas. Walaupun dah bayar tapi kena bagi deposit RM 100.

Lif ke atas. Dari basement pun boleh naik terus ke bilik

Aku ambik bilik Junior Suite. Boleh tahan jugak la besar bilik dia

Tapi setting bilik agak pelik. Terasa sangat kecinaan hotel ni

Bilik air pun luas. Ada 2 sinki

Anak aku dah gembira dengan benda benda amenities toilet yang banyak ni

Dia dah susun dulu....

Siaran TV pun OK. Tapi sebab dah jauh malam. Masing masing dah penat

Kerja si Princess la ni everytime pegi hotel. Ambik kertas dengan pen pastu tanya nama orang. Pastu tulis. Tulisan semua cacing... tapi bila tanya dia kata tu nama aku....!

Lepas mandi dan berehat then masing masing tidur. Aku sempat turun bawah jap hisap rokok. Bilik dia tak leh bukak tingkap so payah nak merokok ! Minus point !

Dan malam tu aku tak lena tidur.

Kejap tidur atas katil. Pastu tidur kat sofa. Pastu turun tidur kat carpet. Naik turun beralih tempat. Kejap bangun kencing. Pastu keluar masuk bilik air.. sampai sudah tak lena lena.

Tak tau apa masalah.Tak tau apa yang tak kena. Tapi memang tak leh nak lena. 

Oh. Kota Kinabalu... angin bayu mu tak berjaya menidurkan diri ku... 



Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

Sampai ke subuh !

Terlelap sekejap la kot dalam sejam dua then tengok kat luar dah cerah. Terus je la aku bangun.

Sunrise di Kota Kinabalu

Yang bestnya.. bilik aku di tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 14 ! Jadi view memang lawa

Dan pagi tu aku usha... nampak Gunung Kinabalu bermandikan cahaya matahari pagi... 

Selamat pagi Kota Kinabalu !

Aku rasa aku tak leh tidur sebab aku lapar !

So dah agak cerah hari tu aku kerah semua bangun untuk gi breakfast. Nasib la breakfast di KK ni awal jugak lah. Pukul 6.30 dah start, so seawal pagi kami turun untuk breakfast di tingkat 4.

Breakfast dengan view yang agak lawa

View dari tempat makan overlooking pulau pulau di KK

Tapi menu breakfast ala ala jer. Nasi Goreng dengan mee goreng je. Nasi lemak tak der. So makan je la apa yang ada

Lepas abis breakfast tu kami naik semula ke bilik.

Sempat la aku pusing pusing di tingkat 14 hotel Gaya Center Hotel ni dan snappy gambar.

Layan !

Suria Sabah.. depan hotel jer

Bandaraya KK 

Saujana mata memandang

Pulau Gaya dari kejauhan

Area waterfront KK

Area bawah hotel

Kapal kapal di laut

Kapal kargo di Port of Jesselton

Cruise pun dah sampai.

Konon konon aktiviti hari ni nak gi Pulau Sapi.

Konon je lah. Lepas breakfast tu, naik bilik then aku tido ! Mengantuk. Budak budak layan TV je lah sampai tengahari.

Apa pun tak jadi.. 

Sampai tengahari kami check out terus dari hotel ni. Habislah setengah hari pertama di KK tak buat apa apa. Tapi tak kisah lah. Kami bukan nak ke mana mana sangat pun.

Yang penting aku dapat gak tidur. Tidur tu penting untuk kekal kacak.

Pukul 12 kami check out dari hotel. Princess pun dah mengadu lapar. Masa breakfast dia tak makan.

Bye bye Gaya Center Hotel, KK

Overall, okey la for a short stay.

Kalau sesapa nak menginap di sini, pastikan dapat floor yang atas sebab boleh layan view. Mintak yang seaview lah.

Breakfast so so jer. Service pun biasa biasa jer. Tak de la hebat mana. Cuma lokasi dia agak strategik kalau nak shopping di Suria Sabah tu.

Lepas check out, claim balik semua deposit dan kami bergerak menuju ke destinasi pertama hari ni di Kota Kinabalu ni.

bersambung.................

11 comments :

  1. Princess ada bakat jadi doktor tu.. tang tulisan.. aci dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru belajar nak menulis... skrg dah buleh tulis dah... tapi eja tak pandai jugak. asyik asyik tanya cemana nak eja nama papa

      Delete
  2. Wah, saya minggu lalu ke Kota Kinabalu nginap di Tune Hotel di One Borneo. Jauh dari Bandar. Harusnya kayak Bang Meng pilih hotel tengah-tengah Bandar, mudah kemana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tune hotel memang agak jauh Gun... tapi tak apa la... jalan jalan tu kan seronok

      Delete
  3. Nampak macam dekat je Gunung Kinabalu tu

    ReplyDelete
  4. Aku pernah beli voucher buffet Gaya Hotel ni kat Groupon. Memang makanan nan hado gakler. Tapi memang al-pelik untuk cari nasi lemak kat KK ni Meng. Xbanyak hotel yang sediakan sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. boleh je parking di tepi2 jln tu asalkan dlm petak parking...aku selalu parking blkg hotel gara2 nak free parking...ada sekali tu merasa la jugak dpt notis 'sayang' dari DBKK...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam tu masa sampai ada... tapi takut esok keluar lambat kena saman lak. dah la kereta sewa... so parking je la kat bawah. nasib ada.. senang pun senang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...