Sebab hari dah petang, aku terus di bawa ke hotel penginapan.
Nama hotelnya adalah Tashi Namgay Resort, Paro. Terletak dekat kawasan airport.
Ayuh layan kawasan hotel ni yang aku rasa agak menarik.
View Paro Dzong yang tak jauh dari airport
Papan tanda resort. Nama hotel agak gay
Main building
Sampai je di jamu dengan welcome drink.
Lobby
Reception. Leela yang uruskan semua so aku just pose pose Firaun, tunggu jer.
Dah selesai semua urusan, Leela minta diri. Dia cakap esok pagi dia akan datang dengan driver pick up aku untuk ke airport.
Memang airport sepelaung je pun jauhnya dari hotel ni. Tak pe lah. Tak de la aku terkocoh kocoh.
Tapi area hotel ni memang cun. Ada sungai mengalir dengan air yang sangat jernih. Dengan cuaca yang sejuk sejuk beku dan angin sepoi sepoi bahasa Bajau menampar ke muka. Memang syok lepak tepi sungai tu. Tapi lama lama sejuk tak leh tahan.
Lepas dapat kunci aku terus ke bilik. 3 orang awek tolong angkut beg aku. Padahal bukan berat pun. Saja la tu nak goda goda abang yang fit ni kan.
* mati la perasan
Dapat bilik tengok tengok not bad jugak la. Aku prefer hotel ni daripada hotel semalam sebab view dia.
View dari bilik, nampak airport
Bilik air yang agak besar
Bilik yang luas dan selesa
Cukup semua benda, cuma tak syok sebab dia kasik aku katil double
Boleh bikin teh dan kopi
Welcome notes
Pemandangan dari balkoni bilik
Sebab hari dah nak senja, aku just lepak lepak kat bilik jer.
Ada maggie cup, aku belasah makan. Perut lapar jugak sebenarnya. Makan di balkoni sambil tengok matahari menghilang pergi.
Hot water semua OK, cuma internet je kena charge kalau nak guna. Terbantut la aku nak bersiaran.
Just lepak lepak je pastu dah malam aku gi makan kat restoran resort ni.
Tak de la lapar mana tapi sebab kepochi nak gi check apa yang ada.
Tak de la lapar mana tapi sebab kepochi nak gi check apa yang ada.
Hidangan makan malam. Buffet lah
Tempat makan. Ala ala istana di zaman silam.
Area lobby hotel.
Tangga naik ke atas
Kamar beradu. Bilik aku atas hujung sekali.
Tak de apa yang boleh di buat waktu malam nya. Suasana sunyi sepi. Aku just bukak TV dan tengok siaran yang ntah apa apa. Tak menarik mana.
Akhirnya terlena. Selesa jugak la bilik nya.
Mungkin sebab keletihan memanjat Tiger's Nest hari ni, aku tidur tak sedar diri.
Mungkin sebab keletihan memanjat Tiger's Nest hari ni, aku tidur tak sedar diri.
Pagi pagi bangkit dan bersiap siap. Leela kata dia akan ambik aku jam 7 pagi.
Sunrise
Verandah kat tempat makan. Tapi sebab cuaca sejuk sangat tak de orang duduk kat luar ni
Breafast yang agak banyak dan mengenyangkan. Serious makan macam raja, kejap kejap waitress datang offer macam macam. Aku angguk je lah. Last last penuh meja. Makannya tidak !
Suasana depan resort. Sempat aku pose pose nyanyi lagu ikan kaloi tepi sungai. Tapi sejuk weh.. Macam air batu. Ikan kaloi pun kejong kalau berenang kat air sesejuk tu.
Resort aku stay dari arah sungai
Paro Dzong dari kejauhan di pagi hari
Kawasan resort
Airport dari arah bilik. Tak jauh mana
Tapi perjalanan ke airport kena buat satu pusingan
Jalan menuju ke airport
Sampai kat airport, aku diberitahu yang flight delayed. Sepatutnya pukul 8.00 pagi tapi sekarang jadi pukul 10 pagi.
Nak tak nak terpaksa la menunggu sepi. Bosan.
Kat airport tu sekali lagi Ramasamy memunculkan diri.
Tidak !!!!!!!!!!!!!
* lari menyorok belakang tiang tapi gagal.
Berjaya di kesan oleh pihak musuh berkulit hitam.
Tidak !!!!!!!!!!!!!
* lari menyorok belakang tiang tapi gagal.
Berjaya di kesan oleh pihak musuh berkulit hitam.
"Which hotel did you stay last night?"
Dia tanya aku.
Dia tanya aku.
Aku bagitau resort aku dengan description dekat dengan airport. Aku ingat dia pun stay situ, tapi rupanya tak. Sebab dia kata dia request nak duduk homestay yang ada family Bhutan. Banyak la cekadak dia ni, tapi dia kata dia tak leh tidur sebab rumah tu macam mengerunkan.
Hahaha. Padan muka !
Terpaksa jugak la aku teman dan layan borak dengan dia sebab aku dah tak de kawan lain. Tapi berdoa moga dalam flight nanti dia tak duduk sebelah aku.
Shuh. Shuh. Pegi kau main jauh jauh.
Shuh. Shuh. Pegi kau main jauh jauh.
Duit Bhutan dan satu masalah.
Masalahnya duit Bhutan Ngultrum yang aku ada, aku tak leh nak belanja. Sebab tak tau nak beli apa. Beli barang kira mahal jugak. Nak simpan, macam besar nilai tu.
Sebelum tu aku pegi ke money exchanger kat airport tu konon nak tukar balik ke USD. Minah kat kaunter tu tanya aku.
"Do you keep the receipt when you change it to Ngultrum?"
Sah sah lah tak de sebab semalam aku tukar kat kedai baju jer pun.
Sebab tak de resit, dia tak nak terima. Cinabeng betul.
Tunggu perlepasan
Paro International airport
Ambik gambar buat kali terakhir di airport Paro
Dan di sini la aku berpisah dengan Leela.
* cemolot Leela tepi tiang
* cemolot Leela tepi tiang
Dia siap bagi survey form semalam dan suruh aku isi, dan pagi ni dia sibuk dok ingatkan. Memang aku dah tenyeh dan aku tulis yang baik baik je pasal dia. Cuma ada sesekali dalam kereta, dia dok borak cakap Bhutan dengan drebar dia pastu gelak gelak.
Aku syak, dia kutuk aku !
* mati la perasan terlebih.
Atas sebab itu, aku tolak sikit markah. Tapi markah nilai tambah sebab dia cun.
Dia siap bagi aku certificate sebab berjaya naik ke Tiger's Nest. Haaaaa tak sia sia abang berbadan sasa kan? Kalau naik kuda mesti tak dapat certificate tu. Tak boleh nak riak riak dengan orang kampung.
* padahal cert apa je pun.
Atas sebab itu, aku tolak sikit markah. Tapi markah nilai tambah sebab dia cun.
Dia siap bagi aku certificate sebab berjaya naik ke Tiger's Nest. Haaaaa tak sia sia abang berbadan sasa kan? Kalau naik kuda mesti tak dapat certificate tu. Tak boleh nak riak riak dengan orang kampung.
* padahal cert apa je pun.
Papan tanda di dalam airport. Actually rokok duty free boleh di bawa tapi subject to duty dan exsais. Cuma merokok di tempat awam adalah di larang sama sekali dan boleh di penjara !!!!!!
Kain hasil tangan orang Bhutan yang di jual. Mahal gak ni.
Cenderamata
Dalam boarding room. Menunggu flight
Ini dekat dalam airport.. Raja Bhutan dari dulu hingga sekarang
Masuk boarding hall tu terjumpa lagi dengan Ramasamy.
Tak boleh nak lari sebab dia mintak aku tolong jagakan beg dia. Dia nak pegi shopping mopping barang barang untuk wife dia. Bagus la tu. So aku terpaksa la berbaik baik sangka sikit.
Ramasamy bagitau dia tak sampai pun kat Tiger's Nest tu. Cuma sampai kat tangga je then dia decided turun je sebab hari dah petang.
Ramasamy sambung cuti 2 hari lagi di Kathmandu dan dia boleh offer aku lepak lepak kat hotel dia sebelum aku ambik flight malam nanti.
Oh. Tidak lah ku mahu....... Nak melarikan diri dari dia lagi ada. Aku rela bergelandangan di airport nanti daripada spend lebih banyak masa dengan dia.
Hahahaha.
Tepat jam 10 pagi, pesawat Druk Air dah bersiap sedia untuk berlepas dari Paro pulang ke Kathmandu.
Tak boleh nak lari sebab dia mintak aku tolong jagakan beg dia. Dia nak pegi shopping mopping barang barang untuk wife dia. Bagus la tu. So aku terpaksa la berbaik baik sangka sikit.
Ramasamy bagitau dia tak sampai pun kat Tiger's Nest tu. Cuma sampai kat tangga je then dia decided turun je sebab hari dah petang.
Ramasamy sambung cuti 2 hari lagi di Kathmandu dan dia boleh offer aku lepak lepak kat hotel dia sebelum aku ambik flight malam nanti.
Oh. Tidak lah ku mahu....... Nak melarikan diri dari dia lagi ada. Aku rela bergelandangan di airport nanti daripada spend lebih banyak masa dengan dia.
Hahahaha.
Last sekali, aku ronda ronda kat dalam balai perlepasan tu ada la kedai kedai, dan aku abiskan duit kat situ jer lah.
Abis terus duit USD 50 dollar tu. Cuma ada note kecik kecik jer. Pejam mata aku beli FM harga USD 10 seketul.
* meraung tepi kaki Ramasamy
Tapi FM yang aku nampak kat kedai kat Paro yang harga USD 16 tu memang lagi lawa lawa pada yang kat airport ni.
Terpaksa jugak aku abiskan duit beli FM yang mahal mahal ni. Dah la FM dia banyak muka raja dia orang.
Dan ini la apa yang tinggal. Simpan buat kenangan kenangan. Nak repeat Bhutan..? Hmm tak la kot
Dan ini la apa yang tinggal. Simpan buat kenangan kenangan. Nak repeat Bhutan..? Hmm tak la kot
OK. Aku pun dah abis jelajah Bhutan ni. Nak suruh pegi, tak de la kena sangat, tapi mungkin kalau pegi, duduk lah lama sikit, boleh explore lebih banyak tempat dari aku.
Tapi tu la, sehari tambahan di Bhutan ni bermaksud ongkos yang bertambah untuk dilaburkan.
Tapi tu la, sehari tambahan di Bhutan ni bermaksud ongkos yang bertambah untuk dilaburkan.
Bye Bye Bhutan.....................
bersambung.........
Resort tu cantik. Luar dan dalam.
ReplyDeleteBagus la undang-undang merokok tu. Saya vote King Bhutan!
Cuma bila lelaki pakai legging tu je yg teman kenot brain..
cantik sungguh kejadian Allah ...
ReplyDeletetenang jer
mana ganba leela? ramasamy? nak tengok gak pelakon tambahan ni...kemonnn jgn hampakan peminat!
ReplyDeletethis long trail tale makes my day!
ReplyDeleteAku pun sama macam Nana Tron, aku teringin sangat nak tengok Si Ramasamy tu. Hensem sangatkah beliau hinggakan sering hadir dalam hidupmu Meng? Apa-apa pun hotel dia cantiklah.
ReplyDeletebest lah tempat ini cam damai jer kalau duduk sini....tp org yg suka night life boshannnnnlah...ramasamy pls?
ReplyDeletehotel last tuh mmg cun...mcm istana lama-lama pun ada gak...eh pakej pi bhutan ni berapa dapat?mahal ke tak? *soalan keji spt pompuan cina mesia tu gak...hahahaha
ReplyDeletedasyatttttt.. x rugi aku flw lu bro. dah bole compile smua info buat buku.
ReplyDeleteehh rasa mcm dah komen tp x nampak lak komen aku keluar...adoiii..
ReplyDeleteMeng..resort tu berhantu x? hahaha...si ramasamy tu dok umah berhantu ke apa? dia x citer apa dh jadi kat dia memalam kat umah tu? hehehehe..
Mmg mahal gile FM dia...dh la asek muka raja dia jek ..kalau muka kite ok gak la...hehe..tp kalau x beli rasa menyesal plak bila dh sampai meysia kan Meng??
Boarding dia orang unik kan...perh mahalnya FM tu..
ReplyDeleteSbb lambat sgt nk komen so apa yg nk di komen telah d komen oleh pengomen ha hambek berapa byk nya komen
ReplyDeleteHabang kan fit n macho sbb tu ayanan fes class dh tentu si ramasamy suka lah tu. Untung si ramasamy tu boleh lihat wajah kacak si habang meng kami peminat tegar blog ni jgn kata muka jari pun pun x nampak
JeaM : legging ke tu? bukan mcm stokin ke? ke long john. sejuk kot... kang dia pakai purdah kang org tak kenal lak.
ReplyDeletepB : amin. Alhamdulillah.. ada lagi port yang kita buleh nak tengok dan rasa ketenangan dlm dunia ni..
NanaT : ramasamy tak de la beb.. menyesal aku x snappy. isk
JJ : dont get too addicted. aku tak hari hari rajin mcm ni.
ReplyDeleteAli : aku dah janji x nak sebut nama ramasamy..
kau lah.... suruh lagi..
no no no. nehi nehi tak de gambar dia.
NM : ni sorang lagi. ramasamy tak derr. dia terlalu cerah sampai flash dan lens tak leh nak captured..
DJ : oh DJ. jangan di tanya bab duit duit ni. boleh jadi amokan puaka..
tapi aku jawab gak la..
reserve at least USD250 sehari per pax. all inclusive.
hahahaha
Beb : aku tulis slow slow.. utk bahan gelak sendiri di waktu akan datang...
ReplyDeleteHB : resort tu tak berhantu. ke ada hantu tapi hantu yang takut tengok aku??
* buat muka seram sambil makan maggie cup.
FM tu memang kalau x beli agak menyesal jugak la walaupun tak lawa mana...
kalau kau pegi nanti aku nak kirim okeh.
CNun : boarding hall dia satu tu jer.. semua flight dia sumbat dlm tu. tu yang jadi ramai..
ReplyDeleteFM? hmmm jangan di ungkit kisah duka tu.
JM : ramasamy?
kalau dia x pengsan tengok muka aku. aku ketuk dia kasik dia pengsan sebab nanti dia cakap tak berhenti.
hehehehehe