Friday, June 6, 2014

04 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Boudhanath, Kathmandu

Untuk mendapatkan teksi di Kathmandu ni tak susah. Berlambak lambak. Tak perlu nak angkat seluar tunjuk bulu kaki yang tak ranum. 1 pergi, 10 mari !!!

Petik je jari sambil bersiul siulan. Gerenti ada teksi datang.

Lagi pun cuaca agak sejuk jadi kalau singsing kaki seluar bakal di tuduh gila Cadbury di bumi orang. Kau mahu?

Tak mahu kan?

Jadi. Tahan je taxi macam biasa nanti akan ada la teksi teksi kecik yang macam nak roboh tu berhenti.

"Boudhanath Temple?"
"OK Sir"
"How much?"
"Err.. 800"
"No !"

Cepat cepat tutup pintu teksi dan tahan teksi lain.

NEXT !!!

Itu adalah modus operandi aku mencari teksi yang sesuai untuk bergerak sekitar Kathmandu.

Dan kalau dia orang tak gerak, dan cuba cuba nego macam ni, maka layan lah sikit.

"How much you want Sir?"
"200?"
"Hmm 400?"

Dia diam kejap. Tunggu jawapan aku.

"Nevermind"
"OK. 300?"
"Okey"

Sebenarnya aku pun tak berapa tahu rate untuk berkeliaran di Kathmandu ni. Tapi tu je budget yang aku rasa acceptable. Pada aku bayar sampai USD 35 dengan Sujan di hotel sana baik je aku bayar sendiri kat drebar teksi.

Drebar teksi yang bertuah pada hari tu adalah Rajesh !! Dan dia pandai speaking English so communication agak lancar. Dia bagitau aku adik dia ada keje di Malaysia.

"Do you have plan to work in Malaysia?"
"No. I have family here Sir"
"OK"

Dan borak punya borak, dia pun tanya la itinerary aku dan aku pun bagitau dia mana aku nak pegi untuk hari ni dan dia dengan rela hati nak menjadi drebar aku.

Aku nego price dengan dia sebanyak NPR1000 (RM 32) untuk trip Boudhanath - Patan - Swayambunath dan balik ke hotel.

Tu je yang aku mampu bayar dan dia pun tak de pilhan. Dia setuju ! Kalau nak murah boleh je naik public bus tapi sebab aku kejar masa so tak boleh la berlama lama nak tunggu bas nanti.

Bagus. Senang keje aku. Tapi aku risau jugak sebab dia kena tunggu aku kalau aku merayau kat satu satu tempat tu. Dan aku nak bergerak dengan pace aku, ikut suka aku berapa lama nak duduk tanpa aku terikat sebab kesiankan dia menunggu lama.

Tapi dia kata okey jer.

Maksudnya apa tu kawan kawan? Maksudnya untuk mendapatkan teksi di Kathmandu adalah mudah dot com. Nak mencari passenger tu yang mungkin agak payah.

Destinasi kami yang pertama dan destinasi aku yang ke dua untuk hari ini di Kathmandu Valley ini adalah ke Boudhanath Stupa !

Boudhanath

Bagus jugak la Rajesh ni. Dia park kereta dia kat kawasan parking, pastu dia jalan dengan aku tunjuk arah nak masuk ke Boudhanath. 

Pastu dia balik tunggu kat parking. Aku tak bayar dia lagi, kalau dia tinggal aku maksudnya tak de duit untuk dia hari ni ! Hiks.

"Dont forget, you have to pay 150 NPR entrance fee"
"Okey"

So aku pun cross jalan dengan perasaan teruja. 

Nampak tu entrance ke Boudhanath

Kalau tadi di Pashupatinath, dah tengok salah satu kuil terbesar agama Hindu, kini giliran kuil terbesar untuk agama Buddha.

Tapi, masa nak masuk tu, ada nampak kaunter tiket. Sebab tak de orang jaga so aku pun tanpa rasa bersalah menyelinap masuk.

Jimat aku NPR 150 ! (RM 5). Yeah !!

* mati la kedekut

Tapi kalau kat Kathmandu ni aku perasan, masuk tempat tempat Hindu lebih mahal entrance fees nya compared to Buddha temples. Tak pasti kenapa, walhal these places are listed under UNESCO world heritage sites termasuk segala mala Durbar Squares.

Tapi kalau dah murah pun tak moh bayar.... lu per citerrrr?????

Ahaks.

Lagi satu, bukan nak kata apa lah, tapi temple temple Buddha di Nepal ni lebih bersih, teratur dan kurang smelly nya... compared to temple temple Hindu. So lebih selesa untuk kita sebagai pelawat ni nak melawat.

Sebaik je masuk akan nampak banyak kedai kedai. Orang pun boleh tahan lah ramai. Tapi tak jauh dari entrance tu dah tersergam indah Boudhanath yang menjadi salah satu ikon penting di Kathmandu ini dan antara stupa terbesar di dunia !

Deretan kedai kedai yang mengelilingi stupa

Jaga jaga.. ada yang memerhati...

Boudhanath Stupa merupakan stupa yang terbesar di Nepal dan kuil suci penting agama Budhha. Ia kaya sebagai sebuah perlambangan agama Buddha dan terletak di bandar Boudha, di bahagian timur Kathmandhu.

Stupa ini telah dibina pada abad ke 14 selepas pencerobohan Mughal.

Ada banyak lagenda menarik mengenai sebab sebab pembinaannya.  Selepas kedatangan beribu ribu rakyat Tibet setelah pencerobohan China pada 1959, stupa ini telah menjadi salah satu pusat kebudayaan yang penting untuk penganut Buddha di luar Tibet. Kini, ianya kekal sebagai tempat suci dan meditasi penganut agama Buddha Tibet dan rakyat tempatan serta menjadi tapak pelancongan yang popular.

Di angkat menjadi UNESCO World Heritage Site pada tahun 1979.

Layan gambar sekitar Boudhanath Stupa ini.

Praying Wheels yang terdapat di sekeliling stupa

Deretan kedai kedai berwarna warni di sekeliling stupa Boudhanath

Penganut penganut Buddha sedang bersembahyang

To be frank, kat sini la buat pertama kalinya aku tengok orang Buddha sembahyang. Dia orang ambik port disekeliling stupa besar ni dan sembahyang di atas papan. Terdapat pergerakan pergerakan tertentu yang diulang ulang dilakukan. Lebih kurang macam kita solat, tapi dia orang ada siap meniarap etc.

Ada juga yang duduk dan bermeditasi.

Terdapat jugak penganut yang mengelilingi stupa ini mengikut arah jam sambil membaca mantera.

Kalau berani try la pusing ikut arah lawan jam !

Bermeditasi

Tetiba teringat dulu ada kumpulan Meditasi !

Iklan jap. Layan lagu ni. Aku suka jugak lagu ni dulu.

* mati la tetiba rock kapak mencelah



Masih diburu lagi
Bayang cinta yang pergi
Titis kasihku mengalir lesu
Dingin matamu...

Walau hanya bayangan
Luka makin mendalam
Kulalui batasan derita
Tanpamu pesona

Yang tiada...

Kasihmu yang menghilang
Lukaku berpacaran
Menjadi mimpi hitamlah
Kenangan...

Ke manakah kau sayang
Pandanganku terhalang
Hingga kerlipan airmata
Berlinangan...

Oh sayang... pulang padaku...
Dan pulang menyinar restu

Semalaman... dihukum rindu

Kedai kedai di sekeliling stupa

Salah seorang sami Buddha

Burung burung merpati yang banyak

Boudhanath Stupa

Dibina mengikut diagram of giant buddha cosmos dengan titik titik pusat tertentu dengan melambangkan elemen elemen tanah, air, api, udara dan ether.

Puncaknya mewakili mitos Mt Meru dengan 13 cincin dari pangkal ke puncak melambangkan 'path of enlightenment'

Mata melambangkan kebijaksanaan Buddha.

Sekitar Boudhanath Stupa adalah jalan-jalan dan lorong-lorong sempit yang dipenuhi dengan rumah-rumah yang berwarna-warni , biara buddha dan vendor jualan.

Sempat la aku pusing atas dan bawah ni 2 kali.

Antara yang di jual

Orang menjual lagi. Jual kerepek?

Setanggi yang dibakar

Nepal. Ada banyak kedai jual cenderamata tapi FM agak mahal so aku survey harga je dulu.

Benda yang aku suka kalau aku travel solo adalah aku buleh merayap sesuka hati masuk lorong lorong ikut suka kaki. Pastu agak agak rasa macam dah sesat dan jauh sangat, aku patah balik. Yang bestnya tengok ragam manusia dan kawasan sekitar sini.

Bagi aku, elok kalau nak datang sini datang la waktu pagi boleh tengok ramai penganut Buddha datang ke sini.

Lepas berpusing pusing dan merayau tanpa batasan kat sini, aku terasa macam nak lepak kat kedai yang ada rooftop sebab nak tengok Boudhanath ni dari atas.

Perut pun agak lapar. So aku cari kedai yang agak okey, order Nepalese Vegetarian set dan melantak sambil layan view.

Kenyang !

Tak sedap sangat tapi mengenyangkan

Tapi view lebih mengancam dari rooftop kedai 

Wang besar ! Wang besar !

Ada banyak roof top restaurant untuk di pilih. Aku naik few cari yang tak de orang so aku boleh berjiwang karant kat situ, tapi biasalah. Asal aku duduk je.. lepas tu tetiba ramai orang. Last sekali penuh. Dah jadi tak best.

Lagi tak best sebab aku kena ambik gambar dia orang ni. Ada bunch of Minah Salleh berkopek size luar biasa serta besar besar belaka. Pastu sebelah aku ada pakcik Aussie sorang diri jugak. Pun kena nak ambik gambar dia juga. Nasib baik aku ada mood nak melayan. ( of course selepas jadi pervert menjeling boobs mereka )

* lari sebelum kena belasah

Perut dah kenyang. Dah abis pusing pusing. Aku habiskan lebih kurang sejam kat sini, then keluar balik ke jalan besar tadi dan menapak ke tempat parking untuk mencari Rajesh.

Dia menanti aku dengan penuh sabar.................. penuh debar !

Boudhanath adalah a wajib place to visit !!

bersambung............

15 comments :

  1. Apa? Bulu kaki? Ok lagi nsmpak macho klau ada bulu dada? Omak kau terjezut eden....eeee geli!

    Hamoiii dek kerana teksi byk boleh lah jual mahal kan tp Jm rasa klau Rm32 buat rajesh tu mmg dh kira murah. Nilai mata wang mereka rendah spt indon ke bang?

    ReplyDelete
  2. aah kan JM, RM32 tu I pun rasa murah kot.
    sebab siap rajesh tunggu lagi, dah la si meng bantai lepak makan. mau berejam kot. hiks.

    ReplyDelete
  3. nak tersembur air milo aku minum bila ko sebut berkopek size luar biasa...wakakakaka...adoiii laaa...huntung la mata ko...

    Gila beza RM32 dgn US35 hehehe...mmg manager tamak haloba betol la...ko kasi luku pala dia bg pihak aku Meng!!

    Duit banyak yg conteng camtu ke? laku ke nnt? Awek yg bermeditasi tu mcm cunnn jek mcm cunnn jek....kekekeke

    ReplyDelete
  4. aku rasa ko boleh jadik spy la meng, suka naw selinap selinap ni haha

    ReplyDelete
  5. Cantik gile eh tempat ni... bila la nak pi Nepal, selalu tengok kat KLCC je hiks!

    ReplyDelete
  6. mmg idaman akula nk lepak kt rooftop tu skodeng view n aktiviti org.

    nk lg!

    ReplyDelete
  7. JM gadis pan asian : duit dia orang agak murah la.. lebih kurang macam India. Tapi brg brg cenderamata utk tourist tu agak mahal.

    standard la tu...


    MKL : thanks MKL. Aku sebenarnya tak tau eja setanggi macam tu. aku eja stangi.

    Hahahah..

    Setanggi ok lagi dari keminyan kot.

    * betul ke aku eja tu..


    Mya : tu la. aku concern jugak tapi dia beriya riya.. biar lah dia...

    ReplyDelete
  8. HB : duit dia org memang terconteng conteng.. laku je rasanya..

    mamat sujan tu memang hampeh.. ada gak part part aku rasa nak tembak je dia tu. tak abis abis ckp dia dah bagi aku pakej yang murah so aku kena apprecite dia la.. kena tolong ambik pakej dengan dia semuanya.

    ada aku kesah?

    no no no...

    hahahaha


    Farikh : jadi spy nak menyelinap tu boleh.. tapi tang nak kever perut tu.. payah skit... mudah di kesan oleh pihak musuh !


    Ali : yang kat klcc tu semua yang berkarat.. kat sana ada mcm mcm version.. setakat muka shahrukh khan tu... typical la..

    tapi....

    bau tetap ada....


    NanaT : area boudhanath ni ok je nak lepak2.. banyak resto atas roof top..

    nanti kau pegi eh.. bawak binocular sekali.

    ReplyDelete
  9. Kesian Rajesh tau ko peras ugut dia. Sibaik demi sesuap nasi katanye dia pun setuju.

    Lawa giler area temple ni. Aku suka tengok buildings sume colorful. Ceria sangat. Tapi aku dislike merpati yang banyak. Sampai skg xkan lupa kejadian aku terpaksa patah balik ruma sebab beberapa ekor bernajisan atas tudung aku. Sob.

    ReplyDelete
  10. BK : ya betul. merpati tu mencuba berak jugak. kena beg aku.

    cepat2 aku lari....

    dah la busuk

    ReplyDelete
  11. i pun masuk sini tak bayar .. ikut jln belakang hotel hyatt regency tu .. jalan tak sampai 500m ..
    pi sebab nak tgk souvenier ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la... kalau pagi2 boleh lepas kot masuk free....

      tapi sebagai responsible traveller.. kena bayar lain kali.. hehehehe

      Delete
    2. niat memang nak bayar kalau jumpa kaunter .. ni tak de pun nampak ..so jalan terussssss je la... hahahhaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...