Wednesday, February 26, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 13 - GILI | Gili Ke Bali

Layan dulu gambar gambar sekitar Ombak Sunset dan Queen's di Gili T. Dulunya dua dua ni pun tak de. Now dah jadi tempat paling mewah di Gili Trawangan ni.

Gili T bukan lagi mecca untuk backpackers..

Pokok

Queen

Aku suka senibina bumbung dia

Yang penting ada ATM CIMB. Tapi kalau wallet pun tak bawak cemana?

Di tepian pantai

Ni la cidomo yang aku tanya konon nak balik cepat ke hotel

Ombak Sunset

Tepi pantai

Lepas pada ni aku adalah marching dengan laju laju.

Tapi sempat lagi snappy sana sini. Hahaha. Payah jugak aku ni.

Pantai Gili T

Ada basikal terbang


Ada selipar jugak

Dah start ada yang naik basikal keliling pulau

Singgah sekali lagi dekat port yang nostalgic ni

Ni resort baru. Aku suka design resort ni

Ko Ko Mo

Ko Ko Mo

Akhirnya tak sampai 15 minit aku dah sampai hotel aku balik semula. Hahaha. Sebenarnya tak jauh pun, tapi aku dok ralit singgah situ sini tu yang jadi lama. 

Balik ke bilik, kemas apa yang patut. Mandi dan bersiap siap terus check out. Then aku terfikir nak pegi masjid di Gili T ni. Sebab dengar bunyi masjid dekat, pahtu mesti la ada orang korban korban ke apa ke.. 

Aku kena la menyibuk. Kan?

Buku untuk di sewa beli

Oh. Pakcik ni merantau satu Indonesia naik basikal ni...

Akhirnya aku sampai kat masjid tu. Tak jauh pun. Tapi masjid besar Gili T masih dalam renovasi. Tak pasti ada orang solat raya ke tak pagi tu sebab aku dah berkeliaran ke lain. 

Bila aku sampai pun, orang tengah nak korban.

Masjid Gili T

Kau gila gi tengok lembu korban kat masjid pakaian macam ni? Kau nak kena korban? Haaaaaa

Kambing dah dikorbankan

Budak budak ni macam tak raya je pun. 

Lembu siap untuk di korbankan

Pagi hari di Gili T main strip

Hahaha.. Ini la FM Gili T. Balik siap patah patah jadi nya.

Hotel hotel penginapan di sebelah dalam. Sebenarnya aku nak gi cari warung makan. Tapi hari raya, semua tutup

Sapa mau berdansa sampai pagi?

Rasa rasa masa dah cukup ngam, aku ke jetty. Nasib baik la memang tak jauh. So pegi check in dulu dengan tiket bot yang ada. 

Orang boleh tahan ramai. Memang ramai yang nak balik ke Bali hari ni. Masa beli tiket dengan budak tu semalam aku dah confirm siap siap nak naik bot pukul 10 pagi ni. So pegi bagi tiket dan baru lah dapat tiket betul.

Dan macam macam la drama pagi tu kat kaunter tiket bot tu. Ramai yang beli open tiket tapi tak reserve dari semalam agaknya, pagi ni tetiba nak balik... speed bot dah penuh. Macam macam adegan dan luahan rasa yang boleh di dengar. 

Hmm aku malas nak ambik port sangat.

Check in dan tunggu ferry

Sebab bot tu macam tak muncul muncul. Aku pegi melantak dulu.

Lapor weh...

Makan kat kedai depan tempat tiket tu je. 

Makan di sini

Set breakfast. Nasik Goreng, Tea dan Buah Buahan. Harga IDR18,000. OK Lah tu

Perut dah kenyang.

Mata dah ngantuk balik. Dah penat menunggu, bot tak sampai sampai. 

Lagi macam macam kejadian dekat jetty tu.

Ada yang marah marah sebab timing tak betul. Dia orang nak cepat kejar flight di Bali. Nasib baik la aku memang dah target dari sini pagi pagi dan flight aku dari Bali cuma malam ni. So aku ada spare time sikit di Bali nanti.

Pastu ada kejadian tetiba pompuan menjerit. Pastu semua orang gi kerumun. Yang ni aku tak pasti kenapa, sebab aku malas nak gi menyebok. Tapi dengar macam bf lempang gf. Macam tu lah.

Pastu yang tak puas hati lagi tak dapat tiket pun ramai. 

Orang yang baru sampai pun ramai,

Boleh kata pagi tu suasana hingar bingar...

Cidomo di Gili T

Suasana pagi. Ramai yang nak pegi snorkelling ni

Semua menunggu dengan lesu

Yang bergossip pun ada

Macam ni la kalau naik ferry yang tak reliable mana, timing ikut suka suka dia. Janji kol 10, ni dah dekat kol 11. Semua orang rengsa.

Bot bot yang dalam list kat website tu banyak la dah bergerak tinggal ferry aku je ni tak kunjung tiba.

Dan adegan di port tak terhenti di situ.

Ada lagi tetiba bunyi pompuan menjerit. Pastu semua orang kerumun. Pastu tak tau apa jadi. Malas nak ambik tahu.

Tapi masa aku jalan nak ke bot tu, nampak mat salleh sorang ni kena kurung dalam surau. Siap orang kunci grill dari luar..

Tak pasti apsal. Ramai pulak yang menengok. Gossip gossip macam ni aku malas nak ambik pot.

Semua orang pegi menonton

Dan akhirnya...

Janji diketupati. Konon pukul 10 pagi, pukul 11 lebih baru la speed bot muncul. Cis.

Tapi tak pe. Aku pun dah malas nak menunggu lama. 

Speed bot dah datang

Dalam speed bot. Bot ni memang nampak baru beroperasi

Bot besar so melambung lambung pun tak berapa nak rasa. 

Masuk dalam, dapat seat then aku terus layu mata. Ferry bergerak meninggalkan Gili T dahulu dan menuju ke Pantai Senggigi di Lombok.

Dekat Senggigi bot berhenti ambik orang di sana. Now aku confirm lah kenapa Ali beriya riya suruh aku naik bot ni. Rupanya bot yang sama bergerak dari Gili T dan ke Senggigi dulu sebelum ke Bali.

Tapi tak pe lah. Dah memang di takdir pun macam ni. Janji aku selamat sampai nanti.



Masa ferry ambil penumpang di Pantai Senggigi, dalam ramai ramai orang di pantai, aku nampak kelibat Ali. Hahahah. Nak panggil mesti dia tak dengar dah. Dia tengah uruskan beberapa mat salleh naik bot yang sama ke Bali..

Buat aku tersenyum sendiri. Awal awal aku ingat dia nak kencing aku jugak lah pasal harga tiket tu, tapi ternyata aku yang salah.

Bersyukur jugak aku selalu dapat berjumpa dengan orang orang yang baik. Orang orang yang menjadikan dunia ini lebih indah !



Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Speedboat bergerak laju membadai laut samudera

Aku terlena tak sedar diri. Sedar sedar... dah sampai Bali...

bersambung............

10 comments :

  1. FM tu skali pandang cam tapak sleman, 2 kali pndg cam buoh belimbing, 3 kali pndg cam kuih raya... Haha

    ReplyDelete
  2. Apa itu ko Ko Mo? kau raya di temapt orang ye .....Class gitu...

    ReplyDelete
  3. Amir : 4 kali pandang dah ilang....

    hahahaha..

    tu gabus/kayu je.. tak kuat. balik dah patah patah dah...

    MKL : kokomo di gili adalah nama resort...

    kokomo sebenar adalah di Aruba..

    Lagu kokomo adalah agak glamer jugak. tak pernah dengar?

    raya haji no sweat.... dah biasa sgt sgt

    ReplyDelete
  4. chop.. x gi semayang raya la pagik tu ek #sengih

    sib baek x kelam kabut nk ngejo ferry.. tetau je ferry x on timing #hampeh

    *biar lambat asal jangan kena lempang ngan bf hikk

    ReplyDelete
  5. Oh gili gili adakah seindah namamu indah ke tp x thn tgk yg x pakai baju tapi d balut ngan selendang depan masjid tu mesti org susah kan tp confius leh pulak ada kamera. Klau jm ambik peluang hambek gambo dari depan baru best

    ReplyDelete
  6. sila gam balik FM tu...lalalalala...

    dah kenapa asik kejap2 pompuan jerit, kejap2 pompuan jerit? kalo aku, agak mcm nak menyebok sgt kot2 mak esah bleh ubatkan HAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  7. ko apsal x jadi kaki selak kain...nak tau gak apsal omputih tu kena kurung weiiii... kalau aku dh jadik kaki penyibok dah kekekekeke....

    ReplyDelete
  8. Shin : tak pegi.

    * ramas mulut Shin pastu plaster dgn selotip.

    JM : tu minah mana la tu. bukan melayu rasanya. dia mandi mandi.. pastu naik ke darat terus gi ambik gambo kat masjid..

    nasib la berbalut skit, kalu tak mau kena selotip mulut jugak...

    Mak Bonda : dia patah seribu hati ku....

    x berdaya saing punya FM.

    Yang menjerit2 tu rasanya bergaduh dgn bf kot. aku x sure. maybe yang kena kurung tu bf dia la kot..

    tetiba bf dia mental sebab ferry tak kunjung tiba. aci kan?

    Dah. tu spekulasi aku utk soalan kau tu HB.

    ReplyDelete
  9. salam sy nak tanya kat gili T tu tak boleh mandi ke kat pantainya ? hehe

    ReplyDelete
  10. Izzati : boleh lah..

    x pulau la kalau x leh mandi. aku je yang tak mandi sebab lupa bawak bikini.

    hahahaha

    area yang syok mandi belah2 atas gili T ni.. air ok sikit. dekat dgn tempat penyu tu.. org pun ramai situ. belah2 bawah agak berbatu2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...