Thursday, February 20, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 08 - LOMBOK | Pantai Selong Belanak

As much as aku rasa sayang nak tinggalkan Pantai Mawun, tapi aku tau aku kena bergerak. Tak boleh lewat lewat nanti malam kang payah pulak. Lagi lagi nak lalu jalan yang tak de lampu.

"Ayuh Goku ! Kita harus beredar. Tidak boleh berlama lama di sini"

* baling Dragon Ball ke arah lembu lembu dan kerbau kerbau yang berkeliaran

Seperti apa yang mamat warung tadi cakap dan peta yang aku ada, aku ikut jalan ke kiri selepas keluar semula dari simpang Pantai Mawun ni instead of kanan yang akan kembali ke Pantai Kuta tadi semula.

Tapi aku tau aku akan miss Desa Sade yang aku tak singgah di awal awal tadi.

Hish ! Tu lah.. tak boleh nak buat apa. Tak de rezeki la tu.

Jalanraya di kawasan Lombok Tengah

Dalam 30 minit or lesser than that akhirnya aku sampai di Pantai Selong Belanak.

Macam biasa, parking kena bayar jugak.

Hari dah semakin petang, mentari pun mula nak berlabuh. Aku fikir, kalau aku layan sunset kat sini menarik jugak kot. Tapi fikir balik... mampus aku nak bawak moto malam malam. Silap silap subuh esok baru aku sampai Senggigi.

Pantai Selong Belanak

Pantai Selong Belanak ni salah satu lagi pantai yang ada di Pulau Lombok.

Kawasan ni lebih terkenal untuk Orang Bule surfing sebab keadaan ombaknya yang bergulung gulung. Ada perkampungan di kawasan ni jugak.

Aku just singgah sekejap je. 

Layan beberapa gambar di Pantai Selong Belanak

Ada yang nak belajar meluncur

Pantai Selong Belanak.. Airnya agak lawa

Agak damai jugak di sini

Pasir dia tak berapa indah sangat maybe sebab ada perkampungan orang kat sini

Warga tempatan dengan jala merah

Cubaan

Ready....


Kalau ikutkan hati memang nak stay je layan sunset kat sini sebab betul betul mengadap matahari jatuh, tapi aku kena buat pertimbangan yang lebih baik. 

Jadi aku bergerak meninggalkan Pantai Selong Belanak. Ikut peta menuju ke airport.

Merempit la aku sorang diri bawak moto. Pinggang lenguh tak payah cakap lah. Lagu dah abis lagu aku memekak, cuba cuba hiburkan diri sendiri. Mengalahkan buat konsert !

Tup tup laluan aku tersekat. Aku tengok ramai orang. Aku perlahankan motosikal dan usha.

Ada orang kawin rupanya

Pengantin diarak di jalanraya. 

Tak sure lak di arak dari mana ke mana. Tak sempat aku nak interview sesiapa kat situ. Masing masing tengok aku macam nak makan je.

"Ada yang mahu motrettttttt !!!!!"

Kedengaran suara suara sumbang. Aku buat bodo je. Macam pelik ke tengok orang ambik gambar? 

Tapi aku tak turun pun dari motosikal. Main snap macam tu je, then bergerak semula sebelum terhenti sekali lagi sebab ada lagi orang kawin.

Memang jem jalan kalau orang kawin ni sebab perarakan dia orang. Siap ada band kugiran main lagu kat belakang

Pengantin lelaki !! Sempat aku berhenti moto kejap dan snap. Hahaha. Macam paparazi je

Ini yang perawannya

Dan orang kampung akan penuh menanti di pinggir jalan. Mungkin meraikan pasangan pengantin kot.

Ikutkan hati aku nak je aku berhenti dan usha apa yang patut. Tapi tak boleh. Kawasan ni dah la kawasan kampung. Buatnya orang tengok aku pelik pelik kang, lain pulak jadi nya.

So aku blah terus ikut je laluan tu. Ada beberapa kali tak sure simpang, ada lah beberapa orang aku sempat tanya.

"Pak.. Arah ke Bandara gimana Pak?"
"Langsung trus. Yang ini juga bisa tapi jalannya jelek"
"Oh ya.. Terima kasih Pak"

Dan blah.

Pastu berhenti tanya lagi.

Akhirnya baru la jumpa simpang utama jalan besar. Lega sikit. Aku singgah kat airport betul betulkan urat sekejap. Situ aku tau ada kedai boleh la rehat rehat sikit.

Mount Rinjani dari kejauhan

Singgah minum air cendol

Lepas minum cendol yang manis tu, aku bergerak lagi.

Kali ni nekad terus, tak leh stop dah.

Tapi.. berhenti jugak sebab nak snap picture sunset.

Sunset dari atas motosikal

Tidak la secantik mana

Dan malam tiba waktu aku masih di perjalanan. Tawakal je la banyak banyak bawak motosikal dalam keadaan macam ni. Menyesal aku tak bawak spek. Tu lah, tak expect pulak nak kena drive macam ni.

Tapi bila dah malam tu kena bawak slow slow lah. Nasib baik la lepas pada Bandara tu, jalanraya agak cerah sebab banyak perkampungan dan lampu jalan.

Akhirnya, lewat jam 8 malam jugak la kot, Alhamdulillah, aku selamat sampai semula di Senggigi...


Fuh ! Lega. Kempes terus rasa bontot. Sengal sengal tak yah cerita lah.

Turun turun moto kena goyang Inul sekali lagi tepi jalan........

"Para penonton....................................."

Apa?

Bukan.. Bukan tu speda moto aku. Kalau itu la gayanya, hmmm abis Cikaro Lombok aku angkut hari ni. Ini naik moto kapchai je. 

Cidomo di Senggigi

Hotel Kak Senduk

Happy Cafe. Ini la tempat paling happening kat Senggigi ni kot. Ada live band setiap malam. Bunyi sampai ke chalet aku tu boleh dengar. Bising jugak lah. Tapi di sini la tempat mat salleh semua berkumpul

Ni depan Indomaret. Ada je orang berniaga. Aku singgah sini beli burger kat warung.

Sampai kat kiosk Ali, aku sergah dia yang tengah menyapu depan kiosk dia.

"Eh.. udah nyampeii. Gi mana Bang?"
"Capek.... Kalau saya tau kayak gini, saya ngga mau naik speda moto..."

Ali gelak gelak.

Aku pulangkan motosikal dan lepak lepak borak borak dengan Ali. 

Tapi aku dah penat gila. Mata nampak katil dan bantal je. Aku beli tiket ke Gili esok dengan Ali. Pukul 8 pagi aku kena tunggu kat kiosk ni, ada van bawak ke Bangsal untuk naik bot ke Gili.

Balik bilik terus rasa nak koma. Tapi aku puas. Sekarang perasaan aku terhadap Pulau Lombok sudah berubah. Kalau kelmarin aku rasa Lombok tak menarik, tapi hari ni aku temui pantai pantai yang cukup indah di Pulau Lombok ini.

Dijamin cun !!!

Malam boleh tidur dengan lena. 

One thing about travel yang aku suka adalah bila bangun pagi aku akan blur blur sotong fikir apa aku nak buat. Dari tak de idea nak buat apa, then tanpa meletakkan apa apa expectation so aku just ikut flow dan .... end up, aku puas dan gembira dengan apa yang aku nikmati dan kecapi !

Hari ke dua di Lombok, aku benar benar jatuh hati dengan pulau ini !


Dan disini kisah ku mulai
menuturkan sgala tentang hidup
kurasakan ada yang terluka
biarlah kupendam sendiri

Cinta kapankan menghampiriku
sepi bila memang tiada cinta
hampanya hati slalu kurasa
waktu itu kau belum ada

Biar saja ini mengalir
biarlah memang harus begini
kuhayati sgala perasaaanku ini
yang kuinginkan hanya cintaku

Belum jelas harus bagaimana
kuturuti semua kata hati
andaikan luka itu tak ada
mungkinkah kita kan bersama

Apa yang penting, hayati apa yang ada sebaiknya.  

Travel ni macam hidup lah. Tak boleh nak expect semua indah indah sangat, end up nanti kita yang kecewa. Biarkan je ianya mengalir. 

Tapi kalau dapat apa yang kita nak... jangan lupa bersyukur !!!

Peta Lombok

Perjalanan untuk hari ni dari 

A : Senggigi Beach

Ke.....

B : Kuta Beach
C: Tanjung Aan
D:  Pantai Mawun
E : Pantai Selong Belanak

F adalah The Gilis yang mana aku akan ke sana esoknya.................

bersambung.............

19 comments :

  1. actually smlm aku baru gaduh ngan member opis sorg ni yg petik2 sedap mulut je ckp pegi indon takde class n indon tak cantik. aku tanya dah pi mana? dia kata bali jer. rasa nak lempang pun ada. aku tarbiah dia abis2 pasal travel ni dia nk tgk apa sebenarnya...nature, culture, history, shopping, takde idea? ce bgtau kan. ha panjang lebar la kena bertalu2 ngan aku. payah org camni...

    anyway, kitorang penah gak benti tgk kenduri kawin tapi dari luar je la...uih yg berdangdut karaoke pun ade! hahaha...rasa cam nak rampas je mic tu join nyanyi sama kahkahkah!

    tapi laut cantek weh...mmg kena pi gak la ni...tahan, tahan...

    ReplyDelete
  2. perghhh...baru aku nak kagum tgk gambo moto speda kat atas tu...igtkan moto speda tu ko bawak ropenye chehhh...hahahaha

    ko tak try riki ke yg pengantin pompan bukan dari malaysia?? hehehehehe...

    ReplyDelete
  3. Aku geram dengan depa yang cakap indo tak ada kelas...tak sedar ke depa punya nenek moyang adalah dari situ juga.....geram punya geram sampai....ada setengah manusia berlagak sombong...tak sedar diri...sorry le bro Meng jadikan tempat ini tempat conteng dan lepaskan geram.

    ReplyDelete
  4. Ramai betul orang kawin time ko travel ya Meng! Harap murah rezeki diorang. Gambar ko cantik, bisa berdarah idung aku loh!

    ReplyDelete
  5. indonesia is special :)

    anyways memang keciwa AA tak serious psl Maldives. ahh bencikkk sama kamu AA. apa-apapun tgklah pd rezeki. mr z aku dah hint hint nk g lombok or gilis. aku wokay sajoh since tgk post ko ni sgt indah lombok ni.

    ReplyDelete
  6. cantik pantai2 lombok neh meng. teruja nk pegi. hehe

    ReplyDelete
  7. suka baca komen2 kat atas nih... hihi...

    bg saya org yg cakap tmpat tu tmpat ni x dak apa... org tu mmg berfikiran sempit n semput... bg org yg mmg suka travel and explore mcm kwn2 kat sini ...there must be something somewhere yg menarik minat kita... and indeed mmg menarik and bes!!!

    en.meng,,,

    maka kami pon kena jejak lombok la after Sa Pa next month... terliur tgk pantai2 nih...



    ReplyDelete
  8. Oh speda yg menawan tapi syg x muat tuk 2 org
    No wonderlah lombok tempat menarik ishhh nk nyanyi jap kalau aku kayaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Biq : hmm tak tau nak komen. kalau dah dlm otak manusia tu dah set benda benda mcm tu. akan tetap la macam tu. ckp lebih2 pun tak guna..

    biar dia cari 'erti' kehidupan ni dgn cara sendiri !!

    aci x komen cam tu. hahaha

    HB : x berani nak berenti lama lama takut kena serbu.. hahaha..

    MKL : emosi tu kenapa?

    biasalah adat lah manusia ni.. banyak orang banyak ragam.. kita x perlu bersetuju pun.. cuma lebih baik buat tak tau dgn org2 mcm tu.

    ReplyDelete
  10. Ali : betul tu Ali.

    memula jumpa tu pengantin dah masuk dlm semak. tak sempat nak ambik gambar. pastu jalan ke depan ada lagi rupanya..

    hari ahad masa tu maybe memang time org kawin.

    NanaT : haaa kalau dah dpt hint tu apa lagi..

    pegi je la wey.. just enjoy urself

    ReplyDelete
  11. agip : memang teruja.. lagi lawa pada pantai pantai di hitaly sanah...

    x pun save je utk honeymmon kau nanti !!!

    Suhaz : haaa tetiba kau komen bersetuju. lama x nampak tu..

    selamat lah ke sapa.. bawak makanan lebih skit ke sana kang berlapar..

    JM : x perlu nak kaya mana utk ke lombok.. dpt tiket murah then ok la.. lagipun kat lombok tak de apa nak shopping... so save la sikit bajet..

    ReplyDelete
  12. nak tanya kalau sewa motor selamat ke nak parking kat mana2 takutla..kena curi masak macam mane nak ganti nanti

    ReplyDelete
  13. AFariz : kunci la... insya allah OK.

    Kalau pantai pantai tu biasanya ada parking khas.. kena bayar sikit la. cuma helmet la kena jaga jaga sikit.

    rasanya shud be ok kot...

    ReplyDelete
  14. Blog ini lah yang memberi inspirasi kpd ku utk ke gilis tanpa rasa was2...aku jadikan topic lombok ni mcm buku rujukan..hahaha. TQ en Supermang..dan anda mmg super la!

    ReplyDelete
  15. Say : terima kasih..

    moga perkongsian ini banyak membantu dan memberi inspirasi..

    * skima rama.... sambil hidung kembang kempis

    ReplyDelete
  16. tq byk2 supermeng. blog ni mmg btl2 membantu aku. first time aku baca masa mencari info pasal boracay. baru beli tiket ke lombok semalam. lambat lg nak travel.. hehe

    ReplyDelete
  17. IAM S : terima kasih.. sama sama..

    semoga dpt dijadikan panduan dan bagi idea...

    have fun travelling !

    ReplyDelete
  18. hi supermeng!~ bulan depan sy akan ke Lombok. sedang study pasal Lombok...tak zabarrnyee.... suka penulisan supermeng.gambar pon jelas...apa yg nak disampaikan pon jelas...tq 4 info

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...