Monday, July 4, 2011

Supermeng Dan GBS Jalan Jalan Cari Pasal

Adeh ! Adeh !

Sakit badan ni. How? Rasa sakit tulang belikat. Tak boleh nak bergerak. Rasa macam nak kena urut ni, sapa nak mengurut abang?

Semalam bebudak GBS datang !

Hoorey !

Kalau mereka datang semestinya ada aktiviti yang di rancang.

Sebenarnya, petang jumaat tu aku dapat panggilan dari CP.

"Hey. Korang ada plan ke besok?"
"Hmm ntah. Tak tahu lagi. Kenapa?"
"Aku ingat nak gi makan Mee Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang tu, pastu ko dapat tak SMS aku hantar tu, pasal durian RM1 sebijik kat Penang"

Aku memang dah tengok MMS dia sent kat aku. Dalam paper pun aku ada baca.


"Nak pegi Penang ke?"
"Hah lah. Kalau kau orang OK lah"
"Aku OK je. Tapi bebudak lain tak sure, kena tanya"
"Kau tanya lah"
"Alang alang kita ke Penang, baik makan Mee Ketam kat Juru tu"
"Ikut lah, aku OK je"

Dan begitulah CP yang gigih mengatur plan last minute dia.

Aku contact terus bebudak GBS yang lain. Sorang demi sorang melaporkan rencana masing masing.

BW. Pastinya dia OK jer.
IH. OK.
MH. OK.

Aku?

Aku OK jer.

Maka masing masing mula merencanakan acara berkumpul di rumah aku lewat malam kelmarin.

CP awal awal dah sampai rumah aku !

IH dating. Kali ni dating dengan awek lain. Jangan speku Ifa Raziah !
BW tunggu IH ambik dia sebelum datang rumah aku.
MH kata nak datang, tapi tunggu semua orang berkumpul.

Aku balik rumah, CP, IH dan BW dah ada.

Aku sempat telefon MH. Dia dah tertidur kat rumah dia. Dia kata subuhnya baru nak datang ke rumah aku sebelum bertolak !

Aku sampai rumah, CP dah membuta ria ! IH dengan BW tengah layan TV sambil berborak borak. Siap makan nugget dan keropok. BW punya kerja lah tu. Aku pun duduk dengan dia orang join melantak dan berborak borak kat ruang tamu tu.

Tiba tiba....

"Nak air !!!!"

Hahaha. Terkejut gila aku. CP rupanya bangkit macam zombie kampung pisang mintak air. Minum air 2 gelas then sambung tidur. Biasa ler dia, datang tidur rumah aku terus tak lena.

Masing masing melepak dulu dan sorang demi sorang ambik turn tidur. Aku paling last. IH tertidur depan TV sambil TV tengok dia. Itu perkara biasa bagi dia tuh !

Bergolek golek last sekali aku terlelap tak tahu pukul berapa. Rasanya dekat jam 4 pagi jugak. Sedar sedar, CP dah kejut aku. Dah subuh ! Dia dah siap !!!!

"Sapa mandi?"

Aku sempat tanya.

"BW"
"IH dah mandi belum?"
"Belum. MH on the way"

Bush... ! Sempat aku tidur lagi satu round.

Lepas sorang demi sorang bersiap, aku paling last lah. Lepas solat subuh semua dan MH pun dah buat kemunculan secara grand di pintu rumah aku subuh subuh hari, kami pun bertolak ke destinasi pertama kami.

Kuala Juru, Penang.

Memang ada ura ura bebudak GBS nak gi makan Mee Ketam seperti yang di gembar gemburkan ni, tapi tak de pulak merancang untuk pergi dalam masa terdekat ni. Tapi since, CP tetiba mengidam, then kita orang ikut kan je. After all, makan Mee Udang kat Kuala Sepetang dulu tu pun idea dia sebenarnya. Tapi sebab dia busy, dia tak pegi, kita orang yang pergi dulu.

Perjalanan agak lengang paginya. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Sempat isi minyak kat Shell sebelum meninggalkan kota Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan awal pagi tu, jalan agak lengang. BW duduk depan. Awal awal dia dah ambik port membuta. IH, aku dan MH kat belakang. Seperti biasa, antara kami, abang lah yang paling 'kurus' dan 'slim' jadi aku kena duduk tengah tengah. Saja ler bebudak ni.

Tapi CP bawak kereta memang laju. Kejap, 150KM/j, cecah jugak 170KM/j. Kecut kecut perut kami kat belakang. Dua tiga kali warning dia, haram dia nak slow down. Dia kalau bawak kereta memang macam pelesit, dah tak kira nyawa nyawa berharga kat belakang ni. BW lagi lah kecut perut kat depan.

Dalam sekelip mata je, kita orang tak lelap pun, tiba tiba sampai Tanjung Malim dah.

"Nak singgah breakfast ke?"

CP tanya.

"Abuya nak?"

BW bagi cadangan tanpa sebarang bantahan. OK then kita orang exit Tanjung Malim dan singgah di Warung Abuya, tempat yang kita orang makan makanan tengahari masa balik dari Kalumpang tempoh hari.

Kali ni nak try sarapan pagi dia. Ada Nasik Lemak, BeeHoon Goreng. Mee Goreng. Nasik Dagang. Lontong dan sebagainya. Banyak jugak lah. Masing masing melantak dengan air semua cukup. Makanan dia OK lah, biasa biasa je, tak de lah kami terkesima macam masa makan tengahari dulu, tapi harga dia hampir hampir buat kami nak suruh dia kira sekali lagi je. Sorang sepinggan makan so 5 pinggan. Pastu air semua, aku siap dua gelas lagi. Kira kira, semuanya RM15. So sorang breakfast RM3?

Murah bukan?

Janji kenyang.

Kami tinggalkan Tanjung Malim cepat cepat menuju ke destinasi yang sepatutnya.


Lewat jam 11 pagi kami dah sampai ke Juru dan terus ke Kuala Juru. Mula cari tempat Mee Ketam yang di khabarkan tu. Ronda ronda, jumpa 2 tempat makan. IH kata dia pernah datang dan dah try kat warung. Komen dia tak sedap ! MH pun pernah datang dan dia makan kat kedai yang bawah rumah tu, dia kata sedap !

Kami jalan jalan dulu sampai ke pengkalan jetty Kuala Juru tu. Saja lepak tengok kuala sungai. Tak de apa pun kat situ, tapi sempat jugak posing posing ambik gambar.

Kerja gila sudah bermula !







Lepas tu baru kami cari tempat makan Mee Ketam tu. Jadi kami makan kat kedai yang sedap tu lah. Nama dia, Warung Ayah Su. Mee Ketam.

Tak susah nak cari tempat dia. Dekat simpang tu je. Warung dia bawah rumah.

Masing masing order Mee Ketam. Mee Udang Banjir. Nasi Ketam dan Nasik Udang. Ada jugak makanan lain macam Kerang Bakar etc.






Verdict dia?

Mee Udang dia agak kurang jika nak di banding dengan Mee Udang Kuala Sepetang. Udang dia tak sampai 10 ekor. Tapi harga dia agak murah.

Nasik Goreng Udang dia better dari Kuala Sepetang tu. Kat sini, nasik goreng di asingkan dengan udang yang berkuah. Kuah dia pekat dan agak sedap.

Mee Ketam dan Nasik Goreng Ketam. Sebenarnya sama jugak dengan Mee Udang dan Nasik Goreng Udang tu. Tapi aku nak rasa je terus turn off. Sebab Ketam dia, tak di kopek kulit, dia belah dua terus dia masak. Haiyoo.. Taik ketam ada lagi tersengeh dalam tu !!

Terus tak lalu. Makan lite lite macam tu je.

Overall, makan dia OK lah. Boleh di cuba, but tak de lah terasa macam nak pegi lagi next time.

Selesai kenyang perut kami pun memulakan acara penting. Mencari durian berharga RM1 sebijik seperti yang di khabarkan dalam paper tu. Dalam paper tu tak banyak clue dia bagi. Dia kasik tempatnya kat Majestic Height, Paya Terubong dekat dengan Ayer Hitam Penang.

Macam tu je kami buta buta pegi. Cross Jambatan Pulau Pinang, terus ke Air Hitam dan sampai ke Lebuh Terubong tu dan cari Majestic Height. Berpusing pusing jugak mencari. Main bantai je. Cuba punya cuba, tanya few orang, akhirnya kami jumpa tempat dia.

Tapi.......


Ya.... Kedai nya jumpa ! Tapi duriannya nan ado !

Kata apek tu, durian dah abis. Pagi dia angkut, by tengahari memang dah abis. So putih mata ler masing masing. Paling sedih lah si CP sebab dia nak sangat beli durian tu untuk orang rumah dia. Padahal kalau nak banding harga, nak bayar tol dan minyak, lebih kurang je beli kat KL, tapi semangat nak berjalan pun ada. Tu yang main redah dan buat kerja gila macam ni je.

Kehampaan. Tu je lah yang boleh di cakapkan. Tapi sekurang kurangnya tak delah kecewa sangat sebab jumpa jugak kedai tu, cuma tak de rezeki nak rasa durian kat situ.

Tanpa berlengah lagi, kami terus je tinggalkan Penang lepas tu.

Power tak? Drive semata mata nak carik durian dalam paper tu. Then tak de, terus balik. Ada kau orang buat macam tu? ada? kerat kuku abang ni kalau hado, Nan ado !!!

Perjalanan berpatah balik ke KL tu agak mengerikan bagi semua penumpang sebab CP dengan kuasa kudanya memecut tanpa rasa bersalah kena speed trap ke apa. Kalau kuasa babi pun, mahu 20 ekor babi hutan ! Laju giler.

BW dan kecut perut kat depan. Kejap kejap bergaduh dengan CP suruh dia slow down tapi CP being CP, langsung tak masuk telinga. Dia berenti lah kejap dalam 110 KM/j lepas tu pecut semula berdesip desip tinggalkan kereta orang. Siap suluh menyuluh lagi sapa yang menghalang laluan dia. Memang agak ngeri. IH memang tak leh nak tidur sebab cuak. Sudahnya dia dok bertekak dengan aku. Kejap kutuk mengutuk. Kejap keji mengeji. Kejap gelak gelak macam orang kurang siuman.

MH?

Hah. Seperti biasa. Letak lah atomic bomb meletup ke, gegak gempita guruh kencana sekali pun, dia tetapppppppppppppppppp tidur !

Relaks je.

Dan satu lagi kepakaran dia adalah berak di setiap perhentian. Mana mana exit lah. Asal berenti je mesti nak berak. Macam macam makan hari ni. Di tambah dengan makan buah lagi tu perut bergelora tu.

IH dan BW pun sama berak kencing. Aku kencing je, banyak air yang di minum. Tak boleh nak berak, walhal pagi tadik tak sempat berak pun. Tu yang perut membuntang terlebih. Makan dah lah banyak, tak de yang terkeluar. Bila ambik gambar penat nak tahan perut nih...

Abang kena kelihatan kurang 10 kilo dalam gambar untuk sesi cari makan. Nanti abang kena reject, nak kena ambik masa 5 tahun pulak macam Ramlah Ram semalam tu nak kuruskan badan. Belum kira nak hilangkan jerawat lagi.

Puas menyinggah berak dan kencing akhirnya kami exit kat Taiping Selatan.

Destinasi seterusnya, Mee Kari Banjir Udang Mak Teh, Kuala Sepetang.


Tetap nak menyinggah nih ! CP lah, nak rasa jugak. Alang alang dia kata. Pastu dia nak beli bungkus untuk orang rumah. Kita orang teman je, dia yang makan sorang.

Tak lama kat situ pun, terus je turun ke Selatan dan destinasi kami, sempat lagi singgah petang petang buta dekat Kuala Sungai Woh kat Tapah !




Jangan tak percaya. Kerja gila bebudak GBS ni menjadi aja walaupun dah pukul 6.30 petang dan dah tak de orang kat situ. Tu pun ada plan lagi nak mandi dan berendam. Bebudak ni walaupun tak de rancang apa apa, masing masing siap bawak pakaian mandi sebab tau, aku akan come up dengan plan last minutes nak mandi lah apa lah. So dia orang memang dah ready.

Tapi macam dah nak gelap je, sudahnya kami lepak makan satey yang CP beli kat Kuala Sepetang tu. Dengan makan roti dan makanan ringan yang di beli. Lepak lepak. Sempat buat unggun api lagi tu. Cuaca dah gelap gelita. Best jugak. Lagi best sebab camp fire berjaya di hidupkan. Boleh tahan jugak besar api.

Syok. Terimbau zaman muda muda dulu camping dan bercamp fire.

Puas melepak, terus je meninggalkan Tapah menuju pulang ke kotaraya.

Akhirnya sampai jugak kami kat rumah aku. CP terus blah sebab orang rumah asyik call je.

BW, IH dan MH naik rumah aku dulu. Mandi manda dan bersiap siap nak pergi makan. Kami dah lapar semula.

Penat badan punya lah tak leh nak cakap sebab lama sangat duduk dalam kereta. Lenguh okeh. Gigih gila hari ni satu hari pegi balik ke Penang tanpa rasa bersalah !

Sememangnya aku gembira di kurniakan kawan kawan yang best macam mereka dan aku berharap dan berdoa, jalinan persahabatan kami akan kekal sampai bila bila. Amin.

1 comment :

  1. uols,
    kalau pegi blah utara sila pegi ke pulau sayak nyah, area sungai petani.
    makan mee udang disitu, mintak asing asing, kena masa akan dpt udang yang melazat kan nak mamposs.

    sampai skrg terbayang mee udang, makan 2 kilo pun tak puas sebab lazat yang maxima.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...