Tuesday, July 26, 2011

Telur Ikan

Hah !

Soalan cepu gangsa pertama.

Korang makan telur ikan?


Kau orang suka ke?

Aku tak makan ikan, dan telur ikan juga aku tak berapa minat. Tak tau la kenapa. Mungkin hanyir atau mungkin memang ikan bukan la makanan kegemaran abang ni, jadi telur ikan tak termasuk dalam list.

Tadi tengahari, IG ajak aku pegi makan kat Kayu Nasik Kandar tu sebab dia teringin sangat nak makan telur ikan.

Ya. Jantan tu kadang kadang mengidam mengalahkan perempuan mengandung. Tapi perut dia macam mengandung juga lah.

* kempiskan perut tak mahu bagi nampak perut abang mengandung juga.

Aku ada jamah sikit tadi, tapi memang tak mendatangkan minat yang mendalam. Jadi aku belasah makan nasik dengan ayam goreng je. Ayam goreng dia agak inzal juga.

Tapi aku teringat sesuatu bila aku tengok telur ikan ni.

Dulu dulu. Zaman dulu kala masa aku kecik kecik, zaman tu aku makan ikan lagi. Seingat aku, mak aku suka goreng telur ikan ni. Kalau telur dari ikan Tongkol atau ikan besar besar tu kan. Pastu mak aku akan bagi kami adik beradik sikit sorang.

Masa tu memang berebut rebut lah telur ikan ni. Goreng garing garing kan. Tapi ntah kenapa sekarang ni, pandang pun aku tak lalu. 

Abang dah berubah. Tidak seperti dulu lagi. Dulu abang pelakon murahan, tapi kini? artis antarabangsa !!

Artis antarabangsa hanya memakan.... caviar !

* lariiiiiiiiiii

2 comments :

  1. telur ikan masak lomak cili api pun sodap.. campur belimbing buluh tu.. perghh.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...