Mari rapat rapat !
Nak gigi putih????????????????????? pakailah Qu Puteh kat gigi.... !
* matilah pecah geraham kena tumbuk......
Aku memang kurang gemar Dato Alif Shukri ni, tapi tak salah kalau nak gi try makan di restoran miik beliau iaitu Rumah Makan Terlajak Laris (RoTL) yang terletak di Kota Damansara.
Signage
Kami datang untuk makan malam
Parking ada tapi agak mencabar juga...
Dah lama aku dengar pasal tempat makan ni, tak terasa nak pegi. Tapi hari tu tak tau mana nak tuju, alang alang berada di Kota Dame, ayuh lah kita mencuba.
Nama nya Roman Makan ala ala Bali.. tapi makanaan dia more to Siam ! Apa apa je lah. Janji kenyang !
Aku sebenarnya tak faham RoTL tu maksud dia apa. Nak kata rumah makan macam tak jive. Satu lagi Since 1987... Tahun dia beranak ke apa tu?
Lokasinya di rumah deretan rumah kedai tapi ke arah belakang sikit dari laluan tumpuan di area Sunway Kota Damansara tu. Dan tak susah nak cari kedai makan ni sebab terletak di simpang jalan utama.
Usha dulu romah makan ni....
RoTL
Ada open seating di belah luar
Tapi agak cepat dipenuhi pelanggan
Boleh jugak try belah dalam
Kalau nak rasa ekon
Nasib dapat meja belah luar
Konsep rumah makan ni adalah order dan makan. Ada banyak kiosk kiosk makanan yang menjual aneka makanan dan hidangan. Mostly masakan siam dan western. Setiap satu kiosk yang ada menjual makanan yang berbeza tapi di bawah seliaan restoran yang sama.
Di belah luar agak crowded dengan meja meja. Belah dalam aman sikit tapi still orang ramai je.
Masa sampai aku nak tumpang solat tapi surau dia kecik dan shared laki pompuan. Jenuh la nak tunggu turn..
Kisok kiosk makanan
Nak makan free?
Usha menu dia pulak....
Kan aku kata setiap kiosk tu menghidangkan makanan yang berbeza mengikut citarasa, menu dia kira banyak jugak lah dan banyak jugak yang tak available !
Order je lah mana yang ada......
Dan menunggu tak lama cuma nak ambik order tu bercinta staff staff dia ni. Dah lah susah nak bezakan, jenuh aku menunggu untuk di layan dia buat derk je. Rupanya duduk sebelah meja aku tengah hisap rokok. Buat muka slenge je padahal dia dengar je aku dok cari cari waiter nak order !
Hidangan masuk mengadap.................
Minuman
Pulut mangga durian
Nasi dengan sotong bakar
Somtam ke apa ni
Penuh meja
Nasi dengan lauk lemak
Sizzling mee with lobster
Roti John
Hidangan untuk kami sekeluarga
Nasi dengan ayam pakapau
Sebenarnya dah putus asa sebab makanan yang aku nak semua tak available
Deserts untuk anak dara
Habis jugak kesemuanya.............
Kenyang Alhamdulillah.
Overall makanan dia boleh tahan lah. Sedap sedap jugak. Banyak choce buat kita jadi tamak dan nak try semua benda. Nasib baik harga pun tak de lah mahal mana. Memang terbaik kalau nak makan sekeluarga yang nak penuhi selera ramai orang sebab banyak jenis makanan.
Suasana sewaktu malam
Ada iringan live band ala ala busking
Tapi somehow aku rasa sakit telinga dengar muzik dia orang ni sebab kuat sangat. Nak sembang borak pun tak senang.
Sebab bingit sangat, abis makan kami terus blah.
Kaunter bayaran
Bayar la harga makanan makan tadi tu...
Makanan OK. Harga OK.. Ambiance sesuai lepak lepak santai atau nak layan live band.
Boleh request geng buskers tu nyanyi lagu Serbuk Arang !
Serbuk arang gigi dherbs !
Serbuk arang gigi dherbs !
Serabut !!!!!
Rasa nak bakar terus biar hangus jadi arang. * emo
RUMAH MAKAN TERLAJAK LARIS
25, Jalan PJU 5/20e,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
fb page : Rumah-makan-Terlajak-laris
Boleh cuba !
Nasib tak jumpa Bobo ni... Kalau ada aku baling dengan selipar
Aku tak de lah against geng geng ni dan tak jugak follow dan ambik tau pasal mereka. Cuma aku memang tak leh terima cara mereka yang pushing too hard for attention.
Lagu pun memang tak leh blah, tapi lagu mamat satu lagi ni agak catchy jugak.
Aku cuma accept lagu ni je, tak bermakna aku agree dengan cara dan kehidupan dia orang ni. Masing masing dah besar.
Anyway go enjoy the food and layan the song.
aduh hilang mood aku dgn lagu tu...
ReplyDeletejgn tgk video dia. nanti muncul lembaga mengerikan hahahaa
Deletebanyak betul gambar dia. dah kenapa?? kt buku menu pun ada. Giler mencapub. Haha.
ReplyDeleteTapi, ada juga rasa nak try kedai dia yg kt sungai buluh tu. Macam best juga environment dia katanya.
dia tokey mesti la nak expose diri sendiri.. hahahah bagi customer igauan ngeri..
Deletebanyak cawangan dah skrg ni. laku kot