Monday, November 13, 2017

Balkan 2017 : 06 - ALBANIA

Albania adalah sebuah negara kecil di Balkan. Ia bersempadan dengan Greece, Republik Macedonia, Kosovo, dan Montenegro.

Bersaiz sekitar 28.748 kilometer persegi (11,100 batu persegi) Penduduknya berjumlah hampir 3 juta orang pada 2016. 

Negara ini mempunyai Coastline di pantai utara Laut Mediterranean, Laut Adriatic ke barat dan Laut Ionian di barat daya yang membentuk Albania Riviera. Kedudukan Albania adalah kurang daripada 72 km (45 batu) dari Itali merentasi Selat Otranto. Albania adalah sebuah republik Perlembagaan Parlimen. Tirana merupakan ibu negara Albania, sebuah pusat komersial ekonomi dan bandar terbesar.

Masjid di Schkoder

Walaupun sebuah negara Islam, Albania mengamalkan keterbukaan dan banyak terdapat agama agama minoriti di negara ini.

Fakta ringkas Albania :

Capital Tirana
Government Developing Democracy
Currency Lek (ALL)
Area 28,748km²
Population 3,600,523 (July 2007 est.)
Language Albanian (There are two dialects: Gheg and Tosk)
Religion Muslim 56.7%, Roman Catholic 10%, Orthodox 6.8%, atheist 2.5%, Bektashi (a Sufi order) 2.1%, other 5.7%, unspecified 16.2%
Electricity 230V/50Hz (European plug)

Ibu negara Albania adalah Tirana, tapi aku tak sempat ke sana sebab dah terkeluar dari laluan perjalanan.

Jalan raya di Albania

Kawasan muka bumi bergunung ganang

Masjid di Bajram Curri

 * Plan asal aku adalah merentasi ke Tirana melalui Lake Ohrid. Pasang niat jugak nak ke Berat ( UNESCO site ) di Albania ni. Tapi masa kat sana, aku tukar plan segala galanya dan sebab kejar masa, plan aku cuma merentas Albania ni untuk ke Montenegro.

* Masa di Prizren ( Kosovo ). Aku dah bangun pagi nak ambik bas ke Skhoder sebelum melepasi ke Montenegro. Plan nak bermalam di Podgorica. Bas dah nak bergerak dah pagi tu then aku decided aku nak cuba laluan yang lebih challenging iaitu melalui Lake Koman. Sayu tengok bas berlalu pergi. Chewah !

* Memang agak challenging ikut Lake Koman ni sebab tak banyak info yang aku ada. Tanya tanya orang dan akhirnya aku naik bas dari Prizren ke Gjakova. Sampai di Gjakova main redah lagi tanya orang dan aku dapat maklumat yang kena pegi ke Bajram Curri. Pekan kecil melepasi sempadan Kosovo ke Albania.

* Aku  naik van angkut barang (furgons) ke sana dan mamat furgons tu kononnya baik hati nak hantar aku ke Fierza yang mana aku akan ambik ferry merentasi Lake Koman. Aku ingat dia ikhlas hantar aku terus ke Fierza, rupanya dia drop aku tepi jalan dan mintak aku bayar 10 Euro. Padahal tambang cuma 2.50 Euro.

* Dah lah nak naik ferry Lake Koman ni tak de proper jetty. Memula ada orang tahan tengah jalan jual tiket.. Aku tolak sebab musykil je. Aku suruh mamat furgons hantar kat jetty yang sepatutnya tapi dia berhenti kat jetty yang memang tak de langsung rupa jetty. Pastu dia blah lepas dapat duit.

* Dan bermula lah episode aku terdampar sepi tak tau nak tuju ke mana. Dengan hujan turun tiba tiba dan aku tak de tempat berlindung ! Hampir kuyup jadi nya.

* Tapi nasib baik lah, semuanya dipermudahkan dan satu persatu masalah selesai dan membawa aku sampai ke destinasi tujuan iaitu Station Lake Koman sebelum ke Skhoder. Perjalanan ferry selama 2 jam. Harganya cuma 5 Euro sehala. View lawa tapi bosan gak lah sebab ferry bergerak slow. Dari perjalanan dari Lake Koman ke Skhodra naik prebet sapu dengan harga 5 Euro gak.

* Malangnya sekali lagi di Skhoder aku diturunkan di simpang jalan dan tak tahu ke mana arah tuju. Berkat bertanya cari cari bus stop dan bus ke Montenegro memang dah tak de. Ada teksi nak hantar tapi harga mahal mahal belaka. Terpaksa aku bermalam di Skhoder dan tunggu bas hari esoknya.

* Walk in cari hotel akhirnya jumpa jugak. Ada pakcik ni offer pakej macam macam tapi tak pandai English. Datang 3 orang budak budak ni tolong nak bantu... English memang bagus last last dia orang kena marah dengan pakcik tu sebab bukan tolong jual pakej kat aku.

* Jumpa hotel yang murah dan affordable near the Sheshi Demokracia. Staff dia tu baik gila. Tapi banyak tanya since dia tau aku travel solo... Macam nak ajak aku duduk bercerita pengalaman travel tapi aku tak berapa rajin nak melayan. 

* Cari makan kat Skhoder ni, aku presume negara Islam so halal food shouldnt be a problem. Tapi bila tanya kat satu kedai ni, dia served chicken dengan pork. Terus terbantut nak makan.

* Try bakery kat sini... murah dan sedap sedap.

* Masa kat masjid di Skhoder, sorang mamat local ni teka aku dari Nigeria. Kecik hati abang ! * hempas pintu

Layan gambar tempat tempat yang aku sempat lawati di Albania ni.

01. LAKE KOMAN

Lake Koman merupakan sebuah empangan hydroelektrik yang terletak di sempadan Albania dan Kosovo. Semasa pembinaan empangan ini, sebuah perkhidmatan ferry telah diadakan bagi memberi khidmat kepada penduduk tempatan bergerak dari sebuah tempat ke tempat yang lain.

Kerana pemandangan yang menarik di kawasan ini, lama kelamaan, perkhidmatan ferry ini menjadi tarikan pelancong yang merentasi kawasan ini bagi melihat kawasan gunung ganang di sepanjang perjalanan terutamanya di antara  Stesen Kuasa Hidroelektrik Koman, dan Fierzë.

Menurut Bradt Travel guides, perjalanan itu digambarkan sebagai "one of the world's great boat trips" dan pemandangannya setanding dengan fjords Scandinavia.

Di sinilah aku terdampar sepi

Help ! Help me !

Pastu ada ferry tetiba datang

Meninggalkan dermaga

Dan bermulalah perjalanan merentas Lake Koman

Airnya tenang

Pemandangannya indah

Perkampungan di persekitaran

Penduduk tempatan

Nampak dalam

Ferry berselisih

Lake Koman

Damai

Ferry lain. Slow la drebar ferry aku tu bawak. Siap kena potong lagi ! Padahal ferry tu ramai orang. Apa drebar aku pakai minyak masak ke apa selow bebeno ferry dia.

Sampai di Station Lake Koman

2 jam perjalanan ferry tu rasa bosan jugak lah. Sudahnya aku terpaksa menjadi jurukamera kepada manusia manusia yang gila berposing !

Tapi bagi aku Lake Koman ni memang lawa. Setanding dengan view kat Milford Sounds di New Zealand.

02. SHKODER

Shkodër adalah bandar keempat terbesar di Albania. Terletak di barat laut Albania dan merupakan salah satu bandar tertua dan paling bersejarah di semenanjung Balkan.  Di zaman klasik, Shkodër dikenali dengan nama Scodra dan merupakan ibu kota Illyrian Labeates. Shkoder juga pernah menjadi sebuah bandar utama di rantau Balkan kerana kedudukannya yang strategik dekat dengan Laut Adriatik dan bandar-bandar pelabuhan di Itali, termasuk laluan darat ke bandar-bandar dan negara negara rantau jiran.

Dengan penduduk 77,075, ia adalah bandar terbesar di utara negara ini, manakala Shkodër County mempunyai populasi 215,347 pada tahun 2011.

Kekal menjadi pusat kebudayaan dan ekonomi yang penting, kini mengalami banyak perubahan dan pembangunan dengan jalan-jalan dan bangunan-bangunan telah diubahsuai, sebuah promenade dibuka dan jambatan gantung baru dibina di atas Sungai Buna yang menjadi tarikan baru bandar di persempadanan Albania dan Montenegro.

 
Dari Lake Koman ke Shkoder


Ebu Beker Mosque yang menjadi mercu tanda utama bandar Shkoder


Sheshi Demokracia. Roundabout yang menjadi center kepada bandar Shkoder ni


Semuanya tertumpu di kawasan roundabout ni


Hotel Red Brick

Teatri Migjeni - Performing Art Center

Bangunan di Shkodër

Shkodër Orthodox Cathedral

Shkodër Orthodox Cathedral'

Pjaca/Kol Idromeno St. - Jalan tumpuan yang di penuhi dengan restoran dan cafes

Pjaca/Kol Idromeno St

Pjaca/Kol Idromeno St

Pjaca/Kol Idromeno St

Cafes

Restaurant

The catholic St. Stephen's Cathedral.

Mercu tanda Shkodër

Old tower Shkodër

Fakta Fakta menarik mengenai negara Albania :

01. Orang Albania memanggil Albania 'Squiperia' atau Republika e Shqiperise secara penuh.

02. Mother Teresa (Anjezë Gonxhe Bojaxhiu) secara umumnya adalaj satu-satunya rakyat Albania yang pernah memenangi Hadiah Nobel, walaupun beliau sebenarnya dilahirkan di Skopje pada tahun 1910 (Macedonia).

03.  Lapangan Terbang Antarabangsa Tirana dinamakan bersempena nama Mother Teresa pada tahun 2001.

04. Satu-satunya pemenang Hadiah Nobel yang berasal dari Albania adalah Ferid Murad (Amerika Syarikat) yang memenangi hadiah 1998 Perubatan. Ayahnya adalah rakyat Albania.

05.  Bapa bintang filem The Blues Brothers, John Belushi seorang rakyat Albania.

06. Albania, Armenia dan Vatican City adalah antaranegara Eropah tanpa cawangan McDonald's.

07. Pada tahun 1995, pemandu di bandar Albania Shkoder enggan membayar cukai traffic-light dengan alasan bahawa bandar mereka tidak mempunyai lampu isyarat.

08. Orang Albania mengangguk ke atas dan ke bawah untuk bermaksudkan 'tidak', dan goyang kepala dari sisi ke sisi untuk 'ya'.

09. Albania tidak pernah memenangi pingat di Sukan Olimpik.

10. Raja Zog dari Albania (memerintah 1928-39) adalah satu-satunya pemimpin kebangsaan pada zaman moden untuk menentang semula semasa percubaan pembunuhan beliau.

Masjid di Shkoder

Aku bermalam satu malam di Shkoder ni sebelum ambik mini van pagi esoknya menuju ke Montenegro !

Ada jodoh menanti di sana.............. !

Jodoh yang meluahkan perasaan hati ajak aku kawin dan bawak dia lari !

Ergh.............



Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

9 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...