Friday, July 28, 2017

Sue & Tuya Shell-Out, Subang Bestari

Mencari restoran shell out yang 'Power' di Lembah Klang untuk anda melantak makan sampai lebam?

Tercari cari makanan laut yang extreme dan boleh ratah lauk sesuka hati dengan harga yang berbaloi baloi?

Amboi.........................  Tak takut kena kolestrol ke? Gout?

Tapi kalau anda bebas dari sebarang dukalara di serang penyakit selepas tu, maka anda boleh menuju terus ke tempat ni dan isi perut sesuka hati !

 
Sue & Tuya Shell-Out yang terletak di Subang Bestari

Aku sebenaranya tak faham kenapa semua orang nak pakai nama Shell Out tu? Maybe marketing la kot tapi macam tak syok je semua nak pakai nama yang sama.

Tapi tu hak masing masing, kalau kena saman pun, sure buleh bayar.

Ayuh, Bagi yang teringin untuk mencuba makanan laut tanpa pinggan, boleh cuba cuba makan di Sue & Tuya Shell Out. Ini kerana boleh dikatakan harganya agak murah dan berpatutan. Bahkan ada juga yang dihidangkan mengikut pakej yang diambil yang tertentu mengikut selera dan bajet yang ada.

Umum mengetahui yang shell- out ni biasanya mahal ! Tapi di sini, boleh datang kalau mencari alternative yang masih di kira mampu dengan rasa yang tak kurang hebatnya juga.

Kosongkan perut anda, Pertingkatkan daya keinginan, Pastikan anda benar benar 'Hantu' makanan laut. 

ARE YOU READY?????????

* tala hailer ke kiri dan ke kanan..............

Tu diah... orang berpusu pusu ramainya

Aku tahu tempat ni pun dari pembacaan. Rasa nak cuba jadi kami berkerah ke sana. Lokasi dia agak masuk ntah ke mana mana, tapi guna waze je, anda pasti berjumpa !

Jangan risau kalau tempat dia memang ke arah kawasan yang mungkin berbeza dari kedai kedai biasa, tapi bila dah sampai area ni.. tengok orang. Pasti dah tau kenapa ia nya menjadi tumpuan !

Parking banyak tapi ada sedikit mencabar. Lokasinya terletak di barisan rumah kedai yang mungkin lebih meriah di waktu siang dan di waktu malam memang tempat ni je yang ada di buka jadi tak bersibuk sibuk dengan orang lain.

Dan park kereta buleh masuk dan cari seat. Orang memang ramai masa aku datang hari tu

 
Tapi rezeki kami tak menunggu lama sebab ada seat di lorong lorong tepi
.
Dan duduk, maka di beri menu !

Dimulakan dengan kudapan ringan

Menu utama boleh order ikut selera

Lebih mudah di baca. Katanya menu dia tak kenal erti 'KESIAN'

Dan bagi mengelakkan tercekik, order juga minuman !

Memang masa tu orang ramai gila. Berduyon tiba. Tapi kami dapat seat dan terus je order.

Berbeza dengan shell out yang biasa, kalau tengok menu dia,  ada set ikan disediakan di sini !!!!!

* tolak anak anak ikan ke dapur untuk di siang

Kalau baca harga memang lebih murah dari Shell Out lain yang rata rata menghidangkan makanan dengan harga yang lebih mencabar minda !

Aku order SET A sebab ikan memang bukan best friend. Tapi kat situ pun dia dah cakap, set tu untuk 1-3 orang. Jadi since aku kadang kadang haloba plus anak aku pun kalau makan boleh tahan seleranya jadi kami order 2 set !

Kertas alas siap sedia di bentangkan untuk pertarungan maha hebat di mayapada ini

Yang bestnya menunggu tak payah lama !!!!!

Minuman tiba dulu..... tapi sebelum tu anak anak aku order nuggets la apa benda yang goreng goreng tu.

Dan set pertama datang dan di curahkan di meja hidangan

Udang !

Sotong !

Ketam !

Juga nasi dan hidangan sayur sayuran.

Tapi memang portion dia sikit gila. Dua kali kaut je dah abis. Lagi lagi kalau jiwa memberontak nak makan banyak. Boleh jadi gaduh tak cukup makanan.

Jadi datang set ke 2 tak lama selepas tu.

Baru leh makan dengan puas

Pedas dan berdesip jugak la di buatnya

Tapi kenyang dan kena juga dengan selera

Dan pertarungan berakhir dengan cuma sisa sisa !

Overall, makanan dia not bad ! Pedas tapi sedap.

Service laju. Lokasi agak terpencil tapi tak diganggu. Cuma portion dia tu memang agak sedikit menipu. Kalau satu set tu, 2 orang OK lagi. Kalau 3 orang tu mungkin salah sorang akan berkecil hati.

Kos makanan kami adalah RM 135 termasuk air etc....

Boleh cuba untuk mencari kelainan. Di jamin Halal !

Sue & Tuya Shell-Out
Subang Bistari
No 13-1, Jalan Tasik Raja Lumu,K U4/K,
Section U4, 40150 Shah Alam.

Telefon : 60 17-595 2245
Buka : Selasa – Ahad (5.00 petang hingga 11.30malam)

Emel : sue.tuya.shellout@gmail.com 
Facebook :  suetuyashelloutsubangbestari

Selamat mencuba !

7 comments :

  1. Princess suka x shell out nih?? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tu manjang asal gi kedai je nak lala.. pastu tak makan. dok kopek je.

      dia suka ketam tapi tak reti nak kopek..

      Delete
  2. kene try kat bistro mara lagi murah RM29 untuk 2 org siap free air lagi..sedap terbaek la setakat ni!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...