Meh sini nok ajok make kalu nok tra Nasi Dage.
Nok ke dop?
Ayuh la wey kito gi make dekak Capitol Nasi Dage Kelate.
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone: +60 12-921 5200
Hours: Open daily · 8:30AM–10PM
FB : Capital Nasi Dagang
So doh make nasi dage, jong la joget klate !!!
Deeeedih... ( bunyi macam panggil itik jer )
Nok ke dop?
Ayuh la wey kito gi make dekak Capitol Nasi Dage Kelate.
Capital Nasi Dagang Kelantan.
Restoran ni lokasi dia dekat Uptown Damansara.
Sebenarnya sebelum aku gi sarapan sini, aku mati mati ingat ni kedai orang Melayu Klate. Tak sangka pulak rupa rupanya kedai Chinese. Tapi tak perlu risau, hasil dari pembacaan aku dan riki sana sini kedai ni ada certificate Halal dan semua bahan bahan yang di gunapakai adalah dari source yang halal.
Pekerja dia pun ramai yang Melayu tapi pelanggan dia ramai Chinese.
Suasana dalam resto
Berasal dari sebuah cafe di Jalan Pos Ofis lama di Kota Baru, kini outlet Capital Nasi Dagang Kelantan di buka di Damansara yang menyediakan masakan Nasi Dagang serta Nasi Berlauk sejak tahun 1998 lagi.
Di buka untuk sarapan dan makan tengahari, cafe ini turut menyediakan aneka jenis makanan dan lauk pauk dari Pantai Timur untuk hidangan.
Usha dulu buku menu.
Macam buku latihan sekolah
Aneka jenis nasi dan makanan utama
Roti dan makanan lain
Minuman
Anak aku memang kaget sikit bila tengok ramai pelanggan Chinese dan tak de orang Melayu makan di situ. Jenuh jugak nak kena terangkan.
Apa apa pun, kasik tunjuk dulu mainan dia untuk tatapan umum.
Mainan kecik kecik ni selalu terpijak kaki. Maklum la yang berjalan ni gergasi
Semasa sesi ambik order ada sedikit keributan berlaku.
Kebanyakkan waiter dia orang asing dan tak faham bahasa Melayu. English apa tah lagi. So bila order lain datang lain mula la rasa tak puas hati. Bila mintak tukar pun dia masih buat tak reti. Sudahnya bos dia membebel bebel marah kat pekerja dia.
Kesian pulak aku dengar. Silap pulak kecoh kecohkan keadaan.
Tapi isu kecik je lah. Yang penting, makanan muncul satu persatu untuk sesi sarapan kami hari tersebut.
Minuman dulu.
Nasi Dagang untuk aku. Bagi aku not bad la nasi dagang dia. Ada pilihan lauk dan aku ambik ayam kari. Datang dengan ikan masin dan telur rebus separuh.
Nasi putih untuk OR
Dan dia mintak kari ayam. Ayam tu bahagian tight tapi datangnya part lain.
Masalahnya dah ulang banyak banyak kali. Dah dia tak faham dan tak mendengar arahan dengan betul. Tu yang kecoh kejap. Maybe pekerja pekerja baru kot.
Anyway seperti biasa OR aku kata tak sedap.
Hero tak nak makan sebab dia dah kenyang, tapi dia pun komplain kata air kedai ni tak sedap.
Bagi aku biasa biasa je. Buleh la nak telan. Ke aku ni tak de perasaan? Hahahaha. Tak cerewet mana, janji bersih, rasa OK aku balun jer.
Princess nak Roti Kawin. Tapi dah sampai tak nak makan. Sibuk main jer
Dah abis makan, bayar !
Sebenarnya kalau nak kira memang makan tak abis. Bagi aku bukan lah sebab tak sedap sebab pelanggan pun ramai. Boleh justify sendiri yang ramai orang suka. Maybe ada yang tak kena dengan selera kami kot plus mood tak berapa elok bila jadi kacau bilau dan tak tentu arah.
Nak makan pun rasa terganggu.
Apa apa pun kos makanan dalam RM 30 lebih. Aku pun lupa berapa tapi kira tak de lah mahal mana.
Capital Nasi Dagang Kelantan
29, Jalan SS 21/1a,Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone: +60 12-921 5200
Hours: Open daily · 8:30AM–10PM
FB : Capital Nasi Dagang
So doh make nasi dage, jong la joget klate !!!
Deeeedih... ( bunyi macam panggil itik jer )
Darilah Tumpat ke Kota Bharu
Niat di hati nak beli udang
Sungguh menarik tari Melayu
Seni asli indah di pandang
Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelatan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari
Sampai di pasar beli sutera
Hajat nak buat kain basahan
Memangnya tinggi budaya kita
Biarlah kekal mudah-mudahan
Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelantan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari
Kain sutera sudah dibeli
Bila menari buat selendang
Lemah dan lembut tangan dan kaki
Senyum meleret badan melenggang
Lenggang lenggok rancaknya tari
Joget Kelantan nama diberi
Pusing kanan dan pusing kiri
Ramailah ramai kita menari
Hahaha... Doh bakpo intro jah kecek klate?
ReplyDeleteCikgu lari.. dok dang nok abih blajo.. hahahaha
Deletenasi dage, sa'kok molek !
ReplyDeletebuleh la traaaaaaaaaaaaaaa
Delete