Monday, November 14, 2016

TRAVELOKA NZ : Akaroa

Akaroa merupakan sebuah bandar yang terletak di Canterbury, New Zealand.

Nama Akaroa adalah berasal dari perkataan Maori yang bermaksud "Long Harbour" dan di eja sebagai "Whangaroa".

Kini terdapat peninggalan Perancis yang masih kekal pada bangunan bangunan yang ada di kawasan pekan pesisir pantai ini.

Perjalanan ke Akaroa

Akaroa terletak 84 kilometer (52 batu) melalui jalan raya dari Christchurch dan perhentian State Highway 75. 

Pada bancian 2013 New Zealand, penduduk tetapnya cuma 624 orang. Pekan ini juga mempunyai nisbah penduduk yang berumur 65 tahun ke atas yang agak tinggi (31.3%) 

Akaroa terletak di pelabuhan terlindung dan terlepas pandang dan dikelilingi oleh sisa-sisa gunung berapi. Bandar ini amat popular ketika musim panas dan penduduk sementaranya boleh mencecah hingga 15 ribu orang. 

Salah satu tarikan di Akaroa ini adalah terdapat banyak ikan lumba lumba di sekitar perairannya.

Itinerary ke Akaroa ni IH yang masukkan, dan aku pun tak kisah pun. Ikut je. Tu adab kalau orang buat itinerary dan kau tak buat apa apa. Jangan sesekali bertanya.

"Kita nak gi mana? Ada apa?.............. Haaaa... Ini je?"

Memang sesapa pun pembuat itinerary mesti naik hantu kalau di aju soalan sebegitu.

Bagi aku Akaroa ni memang tak de banyak tarikan. Maybe cuaca pun agak muram time tu tapi sepanjang perjalanan dari Christchurch ke Akaroa memang memukau. Sebab masa tu first time nampak gambaran bukit bukau macam ni.

Tapi bila nak lalu Takapo apa semua... bukit bukit macam ni adalah..... biasa biasa jer.... !

Kehijauan

Nampak je cerah ni tapi sejuk mencengkam

Bukit bukau menghiasa pemandangan

Berhenti sebentar menikmati alam

Air tasik yang tenang dan menenangkan mengalir ke tebing sungai

Itik angsa berenang dalam kesejukan

Berhenti rehat di perjalanan ke Akaroa

Kawasan berbukit dan pendakian ke puncak

Pandangan dari atas bukit

Pemanduan agak mencabar

Tapi view memang memukau

Pekan Akaroa di pesisir laut

Tenang dan damai

Bangunan bangunan tempat tinggal dan penginapan

Cafe cafe ala Peranchis

Deretan kedai kedai di Akaroa

Setenang 

Camar yang menanti

Pekan Akaroa

Laut yang tenang dengan gunung ganang

Laluan mendatar

Menyusuri tebing lautan

Kami tak spent banyak masa di Akaroa ni. Pekan ni macam agak mati. Petang petang pun sunyi. Tapi tak de la rasa menyesal pun walau terpaksa drive agak jauh.

Sebab view dia memang mengancam.

Dari Akaroa ni kami patah balik ikut laluan ke Christchurch semula dan meneruskan perjalanan menuju ke Lake Tekapo.

Kalau ada masa boleh lah datang ke Akaroa ni dan rasai damai suasananya. Di sini ada ketenangan yang mungkin kita bakal perolehi.

Tapi kalau tak banyak masa boleh skipped je. Tak de menarik mana, dan banyak tempat lain di NZ ni yang lebih umphh daripada ni untuk di lawati.

Mana mana pun di NZ ni bagi aku semuanya cantik dan menarik. Dan bukan selalu kita dapat nikmati view view seindah di negara ini.

Simpan lah rasa kecewa sekiranya ada.



Bila kukenang kurenung
Remuk rendam rasa tak tertanggung
Harapan bahagia nan menggunung
Terhampar hanyut terapung

Harapan untuk bersama
Mendirikan istana asmara
Berpadu kasih erat dan setia
Kiranya tak terlaksana

Harapanku kecewa
Dalam manis madu kata-kata
Dengan pujukan yang hanya dusta
Aku terpedaya

Alam sekeliling membisu
Tak sepatah kata nan merayu
Hanya kau menanggung derita pilu
Tak seorang pun yang tahu

Senja di perjalanan

Angin kuat mencengkam.

Dan malam menyusul datang !

10 comments :

  1. Wooowww woowww tq...nice sharing uncle...tah bila nk dpt pegi...dgn kesebukan menyelamatkn nyawa org ni.....#nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki tu sampai lah nanti...

      x pe tu kan tanggungjawab. Busy tu maksudnya masih sihat dan mampu bekerja

      Delete
  2. bandar ke pekan? hehe... but opkos lawo

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar bukan. pekan pun bukan....

      kampung kot. hahahaha

      Delete
  3. Kami dolu pon singgah kejap jer kt akaroa..amik gamba sejeping dua wat syarat..hehe. cuaca sendu time tue..tapi kalau cerah mmg lawo view penisula bank tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... kawasan ni memang selalu gloomy agaknya...

      cuaca sedih.. mood pun tak de... merusak jiwa je. Tapi dah sampai dah. Alhamdulillah Syukur.

      Delete
  4. nice view! belum sampai lagi ke NZ hee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...