Saturday, June 18, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 11 - Madinah : Darl Al Madinah

Kali ni kita usha salah satu museum yang terdapat di Madinah iaitu Darl Al Madinah !

Bangunan museum

Museum ni sebenarnya bukan la muzium yang aku nak pegi. Tapi sebab aku riki riki dalam internet Museum Al Madina tu semuanya membawa aku ke website dia ni dan sudahnya aku sampai jugak ke sini lepas kena tipu dengan drebar Uber.

Dah la kena tipu, rupa rupanya tempat pun salah !

Tipah tertipu. Kesian Tipah. Dah la tempat ni macam jauh gila dari Masjid Nabawi.

So dah alang alang sampai, usha je la apa yang patut. Bukan selalu pun nak sampai Madinah ni. Jadi ayuh ! kita usha apa yang menarik di muzium ni.

Terletak di Knowledge Economic City

Landscape area Darl al Madinah ni

Kawasan ni macam kawasan baru je. Area berdekatan pun macam baru dibangunkan. Tu yang aku macam cuak badak bila di bawa ke tempat ni.

Darl Al Madinah ini merupakan sebuah muzium pertama yang menampilkan sejarah serta warisan perbandaran Kota Madinah.

Memaparkan warisan tamadun Islam dan sejarah kegemilangannya serta cerita kota suci ini sepanjang sejarah kewujudannya.

Masa aku sampai nampak macam ada sepuak geng geng arab tiba. Masuk dalam bangunan tapi macam entrance belum di buka. Jadi semuanya lepak di lobby. 

Usha kawasan lobby dalam muzium ni.

Pintu masuk utama

Lobby utama

Kubah

Lobby

Petunjuk

Gambar gambar kota Madinah moden pada zaman awalnya

Tak faham

Yang aku nampak mamat tu jaga kat situ. Aku tanya dia nak masuk dalam dia suruh aku tunggu 5 minit

Masa aku tunggu tu, nampak lagi ramai geng geng Arab sampai.

Tak pasti dia orang tunggu ramai orang baru bukak ke apa sebab tak de sorang pun macam nak layan aku ! Time tu aku pasti dah, memang aku datang tempat yang salah.

Dan aku pun tak tau nak masuk ni kena bayar ke tidak dan apa tugas mamat tu duduk kat situ sebenarnya.

Tak lama lepas tu kami di benarkan masuk. Agak ramai la tapi yang lain tu macam satu group. Aku je yang terkontang kanting tak tau nak tuju ke mana.

Yang menariknya, masuk masuk je ada air mineral dan kurma. Free. Orang ambik aku pun ambik lah. Dahaga oiiii !

Then group tu macam di layan oleh tour guide dan mamat tu start bercerita dalam bahasa Arab dan aku langsung tak faham apa !

Lagi haru biru semua barang pameran bahasa Arab jugak ! Aish.... Ana mana faham daaaa.... 

Memang aku lost ! Tu la... nasib aku la tak tau Arabic. Aku cuma tahu Jum Jumatun = Tengkorak. Jabhatun = Dahi. Ainun = Mata... tu pun arab dah berkarat !

Sudahnya layan ambik gambar dan buat spekuan sendiri je lah !

Sungguh ! Aku rasa kecewa sebab tidak di layan sewajarnya.

Ada sorang dua pekerja situ tapi duduk borak sesama sendiri. Bukan nak terangkan apa apa. Aku cuma tanya dia orang.

"Ehem.. Ehem"

Saja nak tarik perhatian depa.

"Wa... ular sawa... fatuk kaki ku.....waduhul sakit..... Boleh tak nak ambik gambar ni?"

Macam tu aku cakap Arab aku sorang je yang faham ! Tapi mamat tu angguk bila aku tunjuk iPhone tanda aku nak ambik gambar dalam tu.

So layan gambar je lah.

Kawasan di Madinah dulu kala agaknya

Sebenarnya di sini pelawat berpeluang untuk mempelajari tentang pembangunan kota Madinah sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga lah ke hari ini. Turut dipamerkan adalah gambaran gambaran asal kota Madinah ini pada zaman nabi termasuk lah peristiwa peristiwa yang berlaku pada satu ketika dulu termasuk la perjalanan sejarah penghijrahan Nabi dan sebagainya.

 
Dar Al Madinah memaparkan gallery pameran seluas 500 sq meter

Memaparkan sculptures and rare images of the city of Medinah

Serta sejarah dan evolusi kota Mekah

Kaabah

Serta evolusi dan perubahannya sejak dulu lagi

Replika Masjid Al Aqsa

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW

Areal view of Madinah

Exact details rumah baginda Nabi

Medan pertempuran

Al Quran

Gambaran Perang Khandaq ( Parit ) yang berlaku dulu 

Gambar gambar pembangunan masjid Nabi dan Kota Madinah

Aerial view of Masjid Nabawi

Alat alat

Saudi modern

Persalinan wanita Madinah

Dan macam macam lagi.

Bagi aku menarik jugak la muzium ni untuk bagi info dengan cara yang lebih mudah di fahami. Cuma nota nota yang ada tu semua dalam Arabic so orang macam aku ni kira pandai pandai je buat assumption sendiri.

Apa apa pun, kalau berkesempatan ke Madinah boleh usha tempat ni tapi aku rasa kalau tak dapat nak faham apa yang cuba di paparkan macam buang karen je lah.

Aku pun tak spent lama lama kat sini. Ambik gambar lebih kurang dan terus blah. Kecik hati sebab orang tak pedulik ! Mentang mentang la aku tak pandai cakap Arab...

Darl Al Madinah ini di buka setiap hari dari pukul 09.30am - 12.30pm dan 05.30pm - 10.30pm. Tengahari tu break kot.

Darl Al Madinah
Safwan Bin Malik ST
5257 - al Mabuth al Madinah al Munawwarah,
Medina 42362, Saudi Arabia

Review by : TripAdvisor - Darl Al Madina

Pamphlets pun tak faham

Kawasan sekitar

 
Pokok kurma

Penyukat waktu ke apa ni?

Agak buang masa tapi tak de la aku menyesal.

Cuma perit sikit dari sini bila nak cari transport nak balik ke hotel. Tapi aku check Uber macam ada petunjuk ! So lega sikit.

Tapi dari sini aku ingat nak ke Masjid Qiblatain dulu. So aku lock Uber untuk bawa aku ke sana.

Tunggu bawah pokok kurma, drebar Uber tak kunjung tiba walaupun dalam app cakap dah sampai

Rupanya dia tunggu belah highway sana

"Engkau kenafa tunggu ana jauh jauh? Kalau ini macham ana boleh kurus.....lah  !"

* buat gaya gangster jentik kuku dia 14 kali.



Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina satu keindahan baru

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina semula satu keindahan

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta...

bersambung...............

6 comments :

  1. Nice, sisi Madinah yg jarang org Malaysia gi kot.

    "Alat2" tu adalah kunci pintu Kaabah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau bukan sebab salah tempat, aku pun maybe tak jejak tempat ni... agak jauh jugak la. but kira ok lah.

      o... terima kasih di atas pencerahan.... maklum la cikgu bahasa arab migrate belum sempat terror lagi

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah...

      cara membalas dendam.. duduk makan kurma dgn minum air mineral kat situ.. ilangkan dahaga kasih dan sayang

      Delete
  3. Meng;

    Rasanya gambar pertama tuh bukan kawasan Madinah dahulu kala, tapi di Madain Salleh ...

    Anyway, tak ada ker student Madinah yang tolong? Macam kita orang dulu dulu, selalunya updah student pass tuh dia orang ler jadi jurucakap ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke. thanks u sebab bagitau.. sebab gi sana pun x faham. main hentam kromo je tengok gambar.. hehehe..

      Tak jumpa student kat sana pun. x pe la.. jalan2 sendiri pun syok jugak. cuma kena hati2 lah..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...