Tuesday, May 31, 2016

Jom Layan : Movie Apr & May 2016

Dah nak masuk bulan baru ! 

Layan koleksi movies yang sempat aku layan sepanjang bulan April dan May 2016.

Macam biasa, lokasi tonton movie adalah di MBO. Ada di Citta Mall dan ada juga di Subang Parade. Aku biasa aim tempat yang tak ramai orang supaya aman damai dan tenteram !

01 : The Huntsman : Winter's War

The Huntsman: Winter's War

OR yang nak tengok sangat cerita ni. Dia kan suka citer fairy fairy tales berkuasa ntah hapa hapa ni. Punya lah excited. Aku pun layankan jer.

Kisah sepasang kekasih yang menjadi satriawan di bawah kuasa Permaisuri Freya. Awalnya semua pahlawan di bawah kuasa beliau tak leh bercintak cintun. Tapi dua ekor ni gatal sikit, so mereka berkasih sayang lalu menimbulkan kemarahan Permaisuri Freya. Dan permaisuri Freya ni pulak ada krisis dengan kakak dia Ravenna. Maka terjadi lah perang di antara mereka berdua ya mana masing masing bertarung dengan kuasa sakti yang ada untuk mengalahkan satu sama lain.

Masalahnya.... aku lama kot tunggu dia nak keluar kuasa sakti dia. Hujung hujung baru ada. Tu pun last 10 minit terakhir.

Ergh. Bosan gila. Dah lah snow white pun tak muncul. Aku mati mati ingat citer Snow White. 

So aku tertipu. OR diam sebab cerita dia pilih memang tak best.

Kesimpulannya..... tak payah tengok lah ! Aku nak kasi 2/10 je !

02 : The Jungle Book

The Jungle Book

Aku underestimate movie ni ! End up aku rasa one of the best movie for 2016 ni !

Sebab Hero dengan Princess nak tengok sangat, so aku layankan jer.

Kisah seorang budak hutan bernama Mowgli yang terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dan terpisah dengan penjaganya hanya kerana ancaman seekor harimau bernama Shere Khan !

Memang best cerita ni ! Jalan cerita yang best dan menarik. Sesuai untuk family dan budak budak juga. CGI yang cun dengan penceritaan yang lucu dan pengembaraan yang tidak membosankan. Paling best budak bernama Mogwli tu serta watak watak binatang lain yang muncul sepanjang movie ni.

Best ! Aku kasik 9.10. Wajib di tonton !!!

03 : Captain America: Civil War

Captain America: Civil War

Salah satu movie yang paling di tunggu tunggu especially oleh Hero.

Plot cerita macam biasalah, kisah mutant mutant yang wujud ni bergaduh kononnya menjaga keamanan dunia tapi dalam movie ni end up mereka bergaduh sesama sendiri.

Jadi perang saudara geng geng mutants ni. 

Sungguh mereka tak bertoleransi dan bersikap baik baik sesama mereka. 

Jalan cerita yang agak bosan bagi aku. Dan aku macam bosan gila nak tunggu abis ! Cerita macam dah abis idea je. Sungguh aku rasa kecewa !!

Atas dasar aku pun Superhero sama macam mereka, aku kasik markah kesian. 4/10 !

04 : X-Men: Apocalypse

X-Men: Apocalypse

Okey. Ni pulak antara movie yang aku paling tunggu !

Kisah Apiocalype yang menjadi mutan pertama dan paling dari semua X-Men semesta alam bertindak mengumpul mutan lain untuk menjadi kebal dan kekal abadi. Bla bla bla.... gaduh gaduh sampai la abis cerita.

Dah tentu yang jahat kalah dan geng geng Xmen telah muncul juara sekali lagi menyelamatkan manusia dari kemusnahan !

Jalan cerita tak best sangat tapi overall best jugak lah ! Much better than Captain America tu. At least aku enjoy dengan movies ni. Hero pun suka juga. Princess? 10 minit pertama dah start membuta. Sedar sedar mintak popcorn !

Koleksi mug Captain America

Wayang tamat !

So... what is next ?

Ni aku paling tunggu !

Ni budak budak dah booking. Tapi tak sempat nak tengok lagi !

Ni tak masuk dalam list. OR macam hint hint cerita ada kuasa kononnya.... dah lah ! Aku malas. Nanti kecewa.

So mesti yang tanya.

"Meng, tak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 ke?"

Okey. Angkat tangan sapa yang suara sumbang tu?

Tak tengok. Dan tak terasa nak tengok. 

Memang dulu aku pernah tengok AADC first dulu. Ada gak la terasa demamnya. Aku paling suka lagu lagu dalam movie pertama dulu. Al maklum lah masa tu gelora jiwa tengah asyik masyuk bercinta.

AADC2 ni? 

Hmmm tak terasa nak tengok lagi. Nanti lah tunggu kat TV ! Dah tua tua ni, cerita cerita romantis boleh bikin aku mengantuk ! Tengok Melodi pun aku boleh terlelap, ni pulak cerita meleleh leleh cam ni.

Ni lagu aku paling suka dalam AADC dulu. Layan eh.



Hanya dengan sedikit malu
Akhirnya aku harus akui
Keberadaan cintamu dalam hatiku
Yang kau renangi
Rasa resah singgah bila terjadi perang
Emosi kau dan aku

Jangan pernah menyanjung cinta
Bila tak mengerti maknanya cinta
Satu terindah dalam dirimu
Kini ada di jiwaku

Ku inginkan cerita cinta
Terindah bagai di dalam dongeng
Percintaan berhujan rindu
Asmara kita akankah lama

Dalam hati ku terhibur
Bila senyum mahalm

12 comments :

  1. *angkattangan

    Hahahaha meng aadc2 mana ada romantis sgt...gelak2 ada laaa...tp aku rasa biasa je la cite dia.myb aku high expectation sgt kot....hehe tggu kat astro je laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu raya la mesti ada kat tv.. xde ezcited sgt nak tgk... faktor penuaan kot

      Delete
  2. abang meng...AADC2 tu bagi saya so-so aje. mungkin zaman remaja dulu hormon tgh naik dan kemain taksub dg AADC, skg dah umo 30an, pergi tgk sbb nak join the hype pastu stress sbb citer lembab.
    xmen apocalypse saya suka, captain america tu rasa ok sikit sebab pernah tgk batmen vs supermen yang hampeh gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la kutuk lakonan ku di layar perak.

      ingat senang ke nak berlakon ni. mainan dalaman kena kuat..

      Delete
  3. Ada satu hall kat MBO subang parade tu hampeh gila - movie xsharp, sound cam speaker pecah. Smpi arini dah setahun aku x gi situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. komplain la.. mana tau dia bagi tiket free tgk wayang selama setahun?

      Delete
  4. AADC2 best, sinematografi cntik, soundtrack best...boleh tgk banyak tpt menarik di Indonesia especially Jogja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... citer indo cinematography dia org memang lawa lawa..

      dan sana pun banyak tempat lawa lawa....

      nanti lah repeat jogja

      Delete
  5. Next Now You See Me 2! Haha tapi bulan puasa release. And Me before you. Tazzabar. Well bang meng best oh AADC 2 fefeeling. Captain America is bohring, but i like Xmen. Rasa byk sgt kuasa diorg hebattt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. now u see me 2 tu mcm kena tengok jugak lah.... nanti la cari masa gi tengok.

      AADC 2? hmmmm tengok kat tv je lah

      Delete
  6. Replies
    1. oh... citer mcm tu tak berbaloi tgk di wayang. tapi nanti kalau ada masa leh usha lah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...