Friday, May 13, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 05 - Masjid Selat Melaka

Salah satu tarikan di Melaka adalah Masjid Selat Melaka yang terletak di atas sebuah pulau buatan iaitu Pulau Melaka

Terletak di pulau buatan, Pulau Melaka

Lama jugak aku teringin nak datang ke sini.

Dulu masa duduk kat Holiday Inn Melaka nampak dari bilik je tapi tak sempat nak datang. Kunjungan kali ni kami spare time dan pegi melawat time zuhur. Boleh tumpang solat di sini sekali.

Masjid Selat Melaka

Pandangan dari arah pintu masuk kawasan masjid

Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Pulau Melaka berhampiran Bandaraya Melaka di negeri Melaka, Malaysia. Ia kelihatan seperti struktur terapung sekiranya paras air adalah tinggi.

Kos pembinaan masjid itu dianggarkan kira-kira RM10 juta. Majlis Perasmian tersebut telah dilakukan pada 24 November 2006 oleh (Yang di-Pertuan Agong) Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Banyak kemudahan parking di kawasan perkarangan masjid

Kawasan persekitaran. Terdapat kemudahan lain untuk pelancong yang datang ke mari

Berlatar berlakangkan selat tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka

Di bina di pesisir pulau buatan

Selat Melaka

Dan di bina terapung di atas laut

Jom masuk dalam.

Untuk umat Islam boleh masuk untuk solat atau lawatan. Untuk penganut lain, macam biasa, ada pakaian yang lebih sopan di sediakan untuk lawatan.

Plague perasmian

Entrance masuk

Tabung sumbangan

Ruang utama solat

Kubah dari dalam masjid

Dewan solat

Bahagian mengadap Selat Melaka

Pandangan di bahagian sisi Masjid Selat

Bagi aku masjid ni unik dan tersendiri.

Selain daripada di bina terapung di atas laut, ianya juga menampilkan senibina yang menarik. Walaupun ruang solatnya tidak begitu besar, tapi mampu menampung orang yang datang beribadah dan juga pelancong yang ingin melihat sendiri keindahan binaannya terutamanya ketika senja.

Ada kemudahan lain termasuk kedai serbaneka dan tandas.

Geng Geng dari Tanah Besar

Cuma masa aku kat sini hari tu ada segerombolan puak puak pelancong dari Tanah Besar sampai. Berbas bas. Ramai tu satu hal, tapi bila berkumpul nak ambik gambar siap ......

HO HO HA !

HO HO HA !

Seronok sangat siap sepakat menjerit jerit. Time tu orang tengah nak solat rasa macam tak manis asoh asoh ni semua berperangai sedemikian. Maybe tourist agent yang bawak mereka tu kena lebih peka dan sensitif sikit. Bukan tak bagi datang dan beriuh rendah tapi biarlah ada rasa hormat sikit, ini kan rumah ibadat.

Tak salah pun nak beraksi Kate Winslet

Kubah masjid

Menara

Masjid Selat, Melaka



Kembara berjalan bersendirian
Menanti jalan pulang
Bilakah masanya
Embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib pengembara
Di tengah Khatulistiwa
Tak siapa yang dapat
Menghilangkan dahaga
Namun ia masih bertahan

Kami semua senasib denganmu
Hai pengembara di tanah gersang
Mencari kebahagiaan dalam hidup
Menempuh pelbagai rintangan yang ada
Namun bhagia masih impian

Uhh...

Kau masih berjalan di bawah sinar
Bulan bintang yang membimbingmu
Nan diri suatu masa
Cahayakan menjelma
Nan diri suatu masa

Uhh... Uhh...

Selamat berkunjung dan beribadat !

bersambung.............

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...