Monday, May 9, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 01 - Jalan Jalan Kota Melaka- Part 1

Ini adalah perihal trip ke Melaka yang telah berlaku pada awal tahun 2016 ni.

Highlight dah keluar sini : Highlight Cuti Sekolah 2016 - Melaka.

So bagi memulakan entry Jalan Jalan Kota Melaka ni, jom ronda ronda Bandaraya Melaka dulu !!!

Pintu gerbang Selamat Datang ke Melaka !

Melaka Mall yang dulu dikenali sebagai KotaMas


Hospital Melaka

Suasana di bandaraya Melaka. 

Melaka

Bukit Cina Melaka - Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina.  Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Ramada Hotel Melaka

Discovery Cafe, Melaka. A cafe truly about nostalgia. Inside the cafe is a large display of antiques and old photographs of old Malacca that will take you down memory lane. There is a wide selection of both local and international travel guides available for guests to browse at leisure. 

Runaway bride?

Sungai Melaka - Venice of the East. Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka, Malaysia, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.

Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.

Sungai yang muaranya terletak di Bandar Hilir itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga peralihan masa kepada zaman penjajahan Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.

Satu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini dan kini kerajaan negeri bangun mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka.

 Pelbagai usaha serta pendekatan dilakukan dalam usaha memulih dan mengembalikan kegemilangan sungai itu yang satu ketika dulu merupakan pusat dagangan utama di Asia Tenggara.

 Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka pada hari ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM320 juta. Usaha tersebut ternyata tidak sia-sia apabila hari ini lebih banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.

Selat Melaka

Cruise

Penempatan di bandaraya Melaka

Gereja lama

Little India, Melaka. Kebanyakan perniagaan tradisional India yang menjual barang kemas , pakaian sari dan pakaian lain, barangan runcit, barang-barang sembahyang dan bunga, terletak di kedua-dua belah jalan. 

Melaka sebagai “World Heritage City' dari UNESCO yang suasana kotanya dipenuhi oleh bangunan-bangunan tua peninggalan Portugis.

Gereja St. Francis Xavier yang terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (bahasa Inggeris: Apostle of the East). St. Francis Xavier dikenang dengan usaha-usaha dakwah yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada abad ke-16.

'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. 


Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda

Beca Melaka

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Kapal tentera

Melaka Duck Tour, Anak anak aku nak naik benda alah ni, tapi malas nak menunggu. So tak berksempatan.

Banyak attractions di Melaka ni dan aku sendiri pun macam tak abis lawat semuanya. 

Insya Allah. akan datang, ada rezeki dan sebelum terlewat waktu, boleh pegi lagi dan lengkapkan apa yang belum pernah dilawati di kota bersejarah ini.



Aku masih seperti dulu
Sayang rindu dan cinta padamu
Biarpun waktu berlalu pergi
Kau tetap mekar di hati

Aku masih mengharapkanmu
Tak pernah ku jemu menunggu
Biarpun usia semakin senja
Ku masih simpan cintamu

Di puncak rindu ku teguh berdiri
Seolah terpaut oh harummu

Ku menadah tangan ku pohon padaNya
Semoga engkau menjelma kembali
Kiranya ku bersalah
Maafkanlah diriku
Sebelum terlewat waktu

bersambung.............

2 comments :

  1. Replies
    1. see the leg la...

      of chos ada pasal makan. kalau gi jalan x makan... lapor.. boleh moody satu hari.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...