Haad Rin Nok.
Sebelum aku sampai sini aku bayangkan pantai ni tak sebesar ni. Aku bayangkan pasir dia agak kekuningan dan berbatu batu.
Dan aku bayangkan pantainya kotor dengan sampah sarap.
Tapi telahan aku semunya salah !!!
Salah !!
Ternyata Haad Rin Nok lebih suci dari apa yang mak bayangkan nok....................
* pose pose rapping dengan Malique dan Jamal Abdillah di tepi pantai.
"Yo ! Yo !"
Salah !!
Ternyata Haad Rin Nok lebih suci dari apa yang mak bayangkan nok....................
* pose pose rapping dengan Malique dan Jamal Abdillah di tepi pantai.
"Yo ! Yo !"
Tetiba aku rasa nak berguling guling atas pasirnya ni
Pasirnya memutih
Dan landai....
Ada resort resort di pesisiran pantai
Dengan pepohon kelapa melambai
Cuma satu je...
Anjing pun banyak !!!!
Isk. Merata rata. Tak jadi aku nak berguling guling tengok anjing lebih seronok bermain kat area ni.
Haad Rin adalah sebuah pantai berteluk di kawasan selatan Ko Pha Ngan , sebuah pulau di Teluk Thailand . Dua pantai utamanya adalah Pantai Sunset (Haad Rin Nai) ke selatan dan Pantai Sunrise lebih besar (Haad Rin Nok) di utara.
Pantai Haad Rin Nok terkenal sebagai tempat Full Moon Party setiap bulan.
Pantai ini menjadi popular setelah kemasukan ramai pelancong ke Koh Samui jadi ramai yang beralih ke Koh Phangan untuk melarikan diri terutamanya golongan backpackers dari barat. Dengan adanya full moon party, kemasyuran pantai ini telah berkembang dengan penambahan ramai pengunjung baru.
Pantai memang lawa. Suasana pun nampak tenang dan pantai kosong tak ramai orang.
Air laut pulak agak tenang petang tu. Jadi aku ambik keputusan untuk berjalan ke belah kanan dahulu sampai ke hujung teluk ni.
Perahu perahu yang menyediakan perkhidmatan snorkelling ke kawasan pantai sekitar
Waktu siang, pun dan bar ni lengang. Tapi waktu malam terutamanya ketika full moon party, tempat ni menjadi tumpuan ramai
Lengang dan kosong - kosong.
Pantai yang agak panjang
Sebahagian pantainya sesuai untuk mandi manda dan sebelah lagi agak berbatu batu
Air agak tenang tanpa ombak
Pesisir pantai
Ke kawsan hujung yang berbatu batu
Ada restaurant The Rock di atas batu tu
The original fullmoon party
Ada laluan kayu di tepi tepi batu... jalan ni menuju ke beberapa penginapan
Haad Rin Nok
Pantai yang berbatu batu
Keseluruhan pantai Haad Rin Nok
Lepak
Salah satu tempat full moon party
Suasana yang tenang
Aku siap pegi dekat dekat konon nak beli air tapi tengok tutup ! Rupanya bukan 7 Eleven tapi 7 Elephant. Patut la tak di buka 24 jam ! Waktu siang semua tutup jer ni
Waktu malam baru la menjadi tumpuan muda mudi berparty
Suasana petang
Perkhidmatan seasport dan snorkeling oleh penduduk tempatan
Santai petang
Lepak lepak santai
Pilihan untuk bersantai
Ni Pelita Lodge di Haad Rin Nok. Sepatutnya di sini lah tempat penginapan malam pertama aku di Koh Phangan
Tapi sebab tersadai di Surat Thani... terpaksa let go jer.. Seronok pekerja dia tak payah kemas katil aku
Lepak lepak santai di pantai belah Haad Rin Nok kemudian aku decided nak bergerak.
Tempat ni memang lawa. Memang menjadi tempat penting untuk dikunjungi kalau ke Koh Phangan samaada waktu full moon atau pun tak full month.
Apa yang pasti.. pantainya bersih dan cantik !
Lebih cantik dari Pantai Chaweng di Koh Samui.
Masa kat pantai ni ada bar pasang lagu ni kuat kuat hati. Tetiba terlayan pulak aku kat situ. Terimbau zaman muda remaja !
Hiks...
Well I wonder could it be
When I was dreaming 'bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time
Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do, you know I really really do
Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away
I remember date and time
September twenty second
Sunday twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces
And we were letting go of something special
Something we'll never have again
I know, I guess I really really know
The day you went away
The day you went away
Why do we never know what we've got 'til it's gone
How could I carry on
The day you went away
Cause I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away
The day you went away
The day you went away
Memula rasa nak lepak kat one of the beach bar tu minum minum ..... layan perasaan tapi tak jadi sebab anjing banyak mengekor !!!
Cis !
Cis !
bersambung................
Uncle... Tempat tu sungguh lawa... Terutama laluan kayu di tepi2 batu tu... Tapi gangguan anjing ler pulakkkk
ReplyDeletekayu tu dah mereput.. kena hati hati. tapi hujung sana nuh ada few resort jugak la... susah beno nak pegi kalau booking kat situ....
Deleteanjing memang berlambak lambak dan bermaharajalela...
ha betul la.. ni la tempat org selalu update gi full moon party yg pakai bikini tu kan..
ReplyDeleteya betul. memang tak de dakwa dakwi lagi !
Deletetak tau la pakai bikini ke tidak....
Lagu favourite aku ni Meng!
ReplyDeleteDulu dulu frust bercinta dok ulang dengar lapanploh kali lagu ni hehe..
7 Elephant pun bolehh.
Patut letak logo gambar 7 ekor gajah tengah berfull moon party. Hiks.
fuyoo.. feelong tetiba normaya di situ. sorry kalau terpaksa mengimbau kenangan pilu kau tu..
Deleteanyway hidup mesti di teruskan..
memula aku baru nak cerca 7e sebab tak bukak 24 jam. rupanya memang bukan 7e !
Adehh..lagu touching lar pulok Meng pepagi ni..huhu. Lagu zaman muda remaja!
ReplyDeleteLawa pantai dia..port nk santai2 tue pon cam menggoda..hihi
laaa kau pun sedih pilu jugak dgn lagu tu. isk..
Deletepantai dia bersih !! terjaga dan pasir dia gebu gebas... port santai tu x ramai sebab low seasoned kot. kalau tak mesti penuh org berserta dgn anjing anjing berkeliaran
macam redup je..
ReplyDeletehaa. mendung. sebab matahari the opposite site of pantai.. tak boleh nak layan sunset belah sini.
DeleteLepat lepak santai petang best tu...
ReplyDeletekalau makan keropok lekor ke.. sotong goreng tepung ke.. mesti lagi inzal kan?
Deletecantik pantai.. semak ja anjing2 pun, merosakkan suasana.. tak jadi nak guling2 kan, klu x habis kena samak satu badan..:P
ReplyDeletetu lah. nasib baik x nampak banyak tahik mereka..
Deletemereka berdisiplin tak berak merata rata kot
Tak boleh tahan ler tengok pantai dia cannnttiiikkkkk nyyyyeerrrr rasa macam nak pose pose dugong jer !!!
ReplyDeleteHahahahaha
Noh tgh gigih nak google pasal Full Moon Party nih hahahhahahaa kot kot ada ler unsur unsur werewolf ker? Hhahahahaa
warewolf tu tak de la rasanya...
Deletepantai pantaii yang sunyi sepi kat utara pulau tu lebih cantik khabarnya.. tapi tu la tak sempat nak explore