Dah check in hotel tu aku dok baring baring betul betulkan urat. Jauh dan lama sungguh perjalanan hari ni. Sudahnya tak sampai sampai jugak ke destinasi.
Tapi orang kata.. bukan destinasi yang penting. Paling penting adalah journey dan pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanannya.
Begitu !
Tapi dah aku terdampar di Surat Thani ni, aku nak buat apa?
Bun Hotel di waktu malam
Mamat Palak tu siap syorkan aku pegi ke Pasar Malam. Dia kata malam malam di Surat Thani ni tak de apa sangat. Dan dia pun cadangkan juga supaya aku pegi ke Central Plaza. Shopping mall yang terletak tak jauh dari Bun Hotel ni.
Masa aku berehat kat bilik, minah receptionist call.
Susah betul dia nak terangkan pada aku thru phone. Either aku tak faham atau dia mumble tak tau bijik butir apa dia cakap. English memang tak berapa bagus.
"You come here now !"
Boleh dia bagi aku arahan macam tu???
Sebenarnya dia nak bagitau aku dia dah dapatkan tiket ferry untuk esok. Pick up akan sampai di hotel dan ambik aku bawak ke tempat ferry dan seterusnya ke Koh Phangan. Tambangnya adalah 800 Baht. Memang agak mahal sebab dia ambik Lomprayah Speed Boat. Memang aku kalau boleh nak naik Lomprayah sebab aku baca review service dia agak bagus. Bergerak on time cuma dia tak buat door to door. Maksudnya seingat aku dulu, waktu aku ke Samui aku naik ferry Seatran tu jer tapi harga dia inclusive siap hantar kita sampai ke hotel penginapan !
Tapi bagi Lamproyah ni cuma sampai ke jetty Koh Phangan je. Lepas lepas tu kena figure out sendiri.
Tapi bagi Lamproyah ni cuma sampai ke jetty Koh Phangan je. Lepas lepas tu kena figure out sendiri.
Tak apa lah. Yang penting aku dapat pegi, sampai dan balik dengan selamat !
Dalam keadaan sekarang ni nak membayangkan diri aku bercanda canda di pasiran pantai memang tidak lah. Aku pun tak tau berapa sempat aku boleh explore Koh Phangan esoknya. Instead of 2 hari sepatutnya yang aku ada now dah jadi setengah hari saja sebab hari Isnin pagi tu aku dah kena balik ambik ferrty dari Koh Phangan ke airport Surat Thani semula sebab flight balik ke KLIA jam 12 tengahari.
Maka selamatlah aku dapat tiket ferry ke Koh Phangan tu esok. Alhamdulillah. Tercapai jugak impian walaupun banyak cabaran yang terpaksa di lalui.
Malam tu lepas maghrib aku dah bercadang nak keluar merayap. So sekali lagi aku turun ke lobby. Jumpa receptionist yang sama. Aku tanya dia cemana nak pegi Night Market di Surat Thani ni.
"Night market closed at 6"
Motip nama 'night market' tapi siang siang buta dah tutup?
Dia orang dah kenapa tak mau berjaga malam? Work extra hours ! More income !
Macamana kita nak bersaing kalau macam ni?
Dia orang dah kenapa tak mau berjaga malam? Work extra hours ! More income !
Macamana kita nak bersaing kalau macam ni?
* macam tu aku nak marah !
Sudahnya aku tak de choice dan minah tu pun cadangkan aku pegi Central Plaza je.
"Go ..............."
Luruskan tangan.
"Straight?"
"Yes..Straight... you see......"
Luruskan tangan.
"Straight?"
"Yes..Straight... you see......"
Tangan berpangkah pangkah.
"Junction?"
"Yes. Yes. Go left. See...."
"Big building??"
"Yes. Yes"
Vongok la. Macam ajak aku main teka teka kata pulak rasanya.
"Big building??"
"Yes. Yes"
Vongok la. Macam ajak aku main teka teka kata pulak rasanya.
"Far?"
"No far. No far. 1 kilometer"
"No far. No far. 1 kilometer"
"Okey. No far !"
So berkat panduan daripada minah tu walaupun tak berapa membantu tapi membantu jugak la selepas berdialog macam itik dan angsa akhirnya aku mengorak langkah keluar malam malam di Surat Thani mencari hiburan.
Hiburan tu..... !
Keluar dari hotel ikut jalan besar. Jalan pun gelak je, kalau nampak pocong ni mau aku pengsan kat situ jugak.
Lepas jambatan nampak sign Central Plaza
Nampak bangunan AIS ni. Memula aku fikir syarikat apa la AIS ni.. rupanya telco company
Memang tak jauh pun menapak akhirnya aku sampai di Central Plaza Surat Thani ni
Store store yang ada
Jalan nak sampai kat sini agak sunyi. Cuma kenderaan je lalu lalang. Tak de nampak pulak orang jalan kaki. Ke orang kat sana tak main jalan jalan kaki ni?
Tapi bila sampai kat mall ni terus rasa dapat nyawa. Nampak ramai pulak orang dan mall pun meriah.
Ayuh kita checkidaut Central Plaza. Mall paling besar di Selatan Thailand ni.!!
Ada sale !!!
Ada Uniqlo baru di buka !!!
Kebetulan aku baru sedar yang aku cuma bawak 1 helai seluar je. So aku pegi la beli seluar kat sini. Kira sempat la shopping.
Masalah bila nak bayar sebab cash tak banyak aku pakai Debit Card Maybank.. kena rejek !
* malu !!!!!
Nasib baik ada Debit Card CIMB. Kalau tak... mau aku menggelupar kat situ berlakon jadi gila. Rupanya hari tu aku tukar kad baru lupa nak activate oversea purchase kad Maybank tu.
Minah cashier tu dah la bantai cakap Siam dengan aku. Dia nak bagitau aku suruh isi form masuk peraduan.
"You.... [ buat buat aksi tulis pastu tunjuk form ] ... you.... [ aksi kapal terbang ] ,,. Japan !"
"Yeay... ! Okey. If I win, we go to Japan together is it OK? You wanna go to Japan with me?"
"Yes Japan.... Ha ha ha"
Okey. Aku tahu dia tak faham. Crap !
Aci ke aku menang? Sah sah aku bukan warga Siam. Nak ke dia bagi aku menang?
Dah abis shopping sikit kat Uniqlo tu baru la aku merayap dalam mall ni. Saja usha usha kawasan dan buang masa
Agak besar jugak la mall dia. Ada wayang. Tempat permainan dan macam macam lagi. The biggest anchor adalah Robinson.
Mall bertingkek tingkek
Ada supermarket
Keretapi pun ada. Cho Cho Cho....
Dekat dalam mall ni terdapat ruang khas untuk orang menjual jual macam kat pasar malam !
Ha.. now aku dah dapat jawapan kenapa Night Market tak beroperasi malam malam. Maybe dia orang datang berniaga dalam mall ni. Best sikit kot ada aircond?
Jual anggur
Ni kerepek
Makanan tempatan
Biskut dan kuih muih
Ni kecik kecik macam tahik itik !
Ni tak pasti apa tapi macam perisa tomyam
Tak dapat dikenal pasti apa dia jual
Buah buahan. Yang kuning tu buah kegemaran aku tapi macam mahal je Hami Melon ni kat sini
Ni aku musykil. Terhendap hendap aku tengok. Apakah ini? Tahik siapa kah yang di grilled sebegini rupa? Hahaha. Aku rasa sausage daging kot. Buruk betul rupa paras
Mall ni memang meriah dan cukup besar. Malas aku nak cover ke semuanya. Aku cuma jalan kat tingkat bawah je
Yang menariknya kerusi kerusi santai kat dalam mall ni semuanya berbentuk petai !
Penat jugak la aku merayap dalam tu. Pusing pusing tanpa pedoman. Last sekali beli roti Auntie Anne kat sini dan Lemonade dia dan balik jalan kaki sambil makan.
Yang penting dah beli seluar baru !!
Jauh tu beli.
Baring baring kat bilik mengenangkan nasib diri.
Trip ni macam buat aku rasa hilang arah je. Rasa macam lost jer. Memang rasa tak puas hati tak dapat follow apa yang kita plan, tapi nak buat cemana?
Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah
* kesat manik manik berkaca yang bertakung di kelopak mata bersedia untuk mengalir lesu.
Sayu dan pilu berkocak di kalbu.
Malam tu aku terlelap dan hanyut dalam kesepian di Surat Thani.
Berderai bunga cinta menitis airmata
Sayu dan pilu berkocak dikalbu
Terhempas hati ini berkecai harapan
Musnahlah mimpi indah hancurlah perasaan
Tiada... tiada lagi tempatku bermanja
Tidakkah kau membayangkan betapa hancurnya hatiku
Tidakkah kau merasakan betapa aku sengsara
Cintaku hanyut dilautan sepi...
Oh mengapa... mengapa sampainya hatimu menyeksaku..
Betapa setianya cintaku terhadapmu
Sayangnya kau mungkiri
Segala janji terhadap diriku ini
Yang selalu merinduimu...
Esoknya pagi pagi aku dah bangkit dan seperti yang di bagitau breakfast started at 6.30 pagi. So aku dah pegi usha nak breakfast.
Ni cafe dia. Apa ntah significant tengkorak kat sini
Tempat makan
Spread dia agak banyak tapi banyak jugak la yang tak boleh di makan. Alang alang baik kita bersikap tamak dan haloba !
Aku ambik mana yang boleh je lah. Janji kenyang dan boleh alas perut.
Dah abis breakfast dah check out siap siap then tunggu van datang.
Bun Hotel, Surat Thani
Van datang membawa aku ke jetty
Konon la membawa aku ke jetty. Tipu je. Dia ambik dan letak aku kat office dia orang. Walhal office dia belakang Bun Hotel tu jer. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit.
Kencing kuat !
Kencing kuat !
Dah satu hal pulak aku kena melangut buang masa menunggu.
Tak tau ke sebagai Artis Antarabangsa, aku memerlukan tidur yang mencukupi untuk menaikkan seri wajah dan mengekalkan kelangsingan tubuh?
Tak tau ke sebagai Artis Antarabangsa, aku memerlukan tidur yang mencukupi untuk menaikkan seri wajah dan mengekalkan kelangsingan tubuh?
bersambung..............
wahhhhh... tak sampai2 lagi koh pagan...
ReplyDeleteKann.... dah nama terkandas.. kena la la kandas lama sikit. hiks
Deletepenah bermalam kat Suratthani juga utk semalam.. tak tau nak wat apa.. kitorang memerap dalam bilik layan cite Siam.. kahkahkah.. tak paham apa pun...
ReplyDeletetu la. memang x de apa pun kat sini... kalau tersadai memang mereput dengan sendiri nya la
DeleteSurat Thani ni tak tau la kenapa. Scam kuat. Nasib baik tak kena sbb derang ingat kitaorang local. Masa tunggu ferry before they shuttle us to the jetty, ramai mat saleh kena scam. Derang keluar and citer kat kitaorang. Lepas sorang sorang dia panggil. Dia citer la yg kat Koh Samui tue takder transport yg boleh bawak derang ke accommodation derang. Kena book transport siap2 sampai RM150 seorang. Kejadahnya! Padahal songthaews dari jetty nak ke Chaweng beach tue baru la dalam RM10 gitu.
ReplyDeleteZara AB
zaraab.wordpress.com
tu la.. kdg kdg tempat yang touristy mcm ni ada je org yang nak ambik kesempatan.
Deletesebab tu kena baca dulu sebelum pegi. takut2 terkena.. tapi kita ni kdg kdg malas nak ambik tau... bila dah kena baru meraung sekuat hati.
Eeeeeee.... Takut nya... Mcm2 kerenah... Mujur lah selama Seri travel dgn mama semuanya ok je...
ReplyDeletecuba la travel solo... belajar menjadi lebih tabah
DeleteMeng ...
ReplyDeleteSuka lagu Melah !!! Dia masih wujud lagi ker? Walaupun dia rupa agak typical melayu, tetapi suara dia merdu mendayu !!!!
Satu tak syok nih, sebab benda benda makanan nampak sedar, tapi takut nak makan ... hehehhehee
eh Kak melah wujud lagi la. cuma tak berapa muncul sgt dlm tv. sibuk dgn dinner show je la kot.
Deletenasib baik la i ni memang cerewet bab makan.. setakat huduh di pandangan memang tak sentuh la.. yang lawa pun kdg kdg fikir dua tiga kali nak masuk dalam mulut
macam tahi je benda tu..
ReplyDeletentah ntah memang tahik untuk di jual ! hahaha
Delete