Port Dickson lagi?
Trip kali ni agak tak terancang. Maksud tak rancang sebab tak de plan pun nak pegi PD. Setakat nak lepak lepak hotel baik je aku pegi hotel kat KL.
Tapi pada satu hari yang indah dan agak damai, aku terbaca iklan promo ni kat facebook !
Trip kali ni agak tak terancang. Maksud tak rancang sebab tak de plan pun nak pegi PD. Setakat nak lepak lepak hotel baik je aku pegi hotel kat KL.
Tapi pada satu hari yang indah dan agak damai, aku terbaca iklan promo ni kat facebook !
Soft Opening Deal ! Harga RM 399. Campur tax apa bana mahal jugak jadinya..
Lexis Hibiscus dah di buka di Port Dickson? Kenapa aku tak tau !!!!
* mati la macam penting pun.
Terus teruja nak gi bersantai santai di sini. Plus dengan harga konon murah tu nanti bila dah officially bukak maybe tak dapat harga semurah tu.
Jadi aku pun booking !!!
Dah booking rupanya tersilap. Adeh.
* ketuk kepala sendiri.
Sales dia sampai bulan Jun 2015 je untuk soft launch ni so aku nak booking weekend 1 malam je tapi aku terbooking hari Jumaat !!!
Tidak akan ku gadaikan cuti aku sekadar nak gi cuti cuti di Malaysia !
Jadi aku pun mempersiapkan senjata dan barang barang tajam untuk berperang dengan reservation Lexis Hibiscus ni untuk tukar tarikh. Aku nak pegi weekend je !
Jadi aku pun mempersiapkan senjata dan barang barang tajam untuk berperang dengan reservation Lexis Hibiscus ni untuk tukar tarikh. Aku nak pegi weekend je !
Nasib baik la boleh tukar. Kalau tak, aku pun tak tau cemana nak pegi. Dah la keje banyak !
Tapi lega la dapat tukar hari sabtu dan check out hari ahad !
Masa yang di nanti pun tiba. Jadi kami sekeluarga ke Port Dickson dengan gigihnya.
Seremban 2. Nasib tak jem. Dari KL hujan lebat.
Lexis Hibiscus ni letaknya di Sri Rusa. Agak jauh dari keluarga mereka Grand Lexis dan Lexis Hotel. Sebab tu la aku tak berapa nak tau. Tapi berkat menggunakan waze.. pantas saja ku temui
Dah sampai bangunan hotelnya
Belah kanan adalah tower ( belum siap ) dan belah kiri kaler putih tu adalah tempat parking
Cerita ngeri bermula bila kami sampai bilik belum ready !!! Tu pun aku bertolak dah lewat dan kami sampai sini pukul 5 petang. 5 petang bilik belum ready? Main main ke apa ni? * cekak pinggang tengah tengah lobby. Dah la orang ramai gila dan semuanya macam tak dapat nak check in lagi.
Dan melangut la tunggu dia call bagitau bilik ready.
Sambil sambil tu usha usha kawasan.
Ini la rupa Lexis Hibiscus dari udara. Memang macam bunga raya. Time tu cuma bahagian daun dan 2 kelopak paling bawah yang dah buka. Yang atas atas sampai stigma tu masih dalam construction.
Dah nampak bilik dia di permukaan air
Bangunan tower yang masih belum siap. Cuma lobby hotel je di buka di bahagian bawah dan Grand Ballroom
Kawasan pool dekat main tower
Pantai yang masih dalam pembinaan. Bakal ada Hibiscus Walk di sini
Ni lah kamarnya. Macam Grand Lexis.. apa yang menariknya setiap villa ada pool sendiri
Tapi agak malang kalau dapat kat daun mengadap tower tu. Memang orang tengok la kita mandi !
Sebab lama menunggu, budak budak main kat kid playground kejap then aku lepak lepak minum kat Rozelle Restaurant ni. Biasa lah minum kopi harga mahal macam apa jer
Dan di sini jugak la tempat breakfast. Rssto dah di bukak tapi sebab promo breakfast not included in the room price
Ada orang main layang layang
Tau pukul berapa kami dapat check in bilik?
Pukul 6 lebih !! Gila.
Dah la dia janji nak call aku kalau bilik ada, tapi aku tunggu macam apa je. Tak de call pun. Dah la coverage phone tak bagus. Nasib wifi dah ada dan FOC merata kawasan hotel. Last sekali aku terpaksa pegi lobby dah buat muka tak malu tanya pasal bilik aku.
Bilik aku dah ready !
Tapi kenapa kau tak call????
* sekali lagi cekak pinggang dan buat akrobatik dan bantai orang.
Nak pegi ke bilik kena naik buggy
Ada buggy disediakan tapi macam biasalah, kena menunggu. Masing masing macam bawak rombongan. Belum kira bawak barang. Siap ada bawak periuk belanga, toto dan tilam !!!! Macam nak pindah rumah.
Finally dapat bilik ! Macam Grand Lexis. Ada 2 King Size Bed. Tapi size bilik dia lebih kecil dari GL
Serba serbi baru. Aku datang rasmikan dulu
Dan paling tak sabar adalah budak budak sebab nak terjun kolam. Kolam adalah lebih kecik saiz dia dari GL. Aku rasa separuh je. Nak berenang pun tak lepas. Nak berendam OK lah. Cuma yang menarik setiap biliknya ada sauna/steam room !
Sampai je perut lapar. Nasib OR dah bawak bekal Nasi Hujan Panas. Tapi dapat makan kat hotel je sebab on the way tak singgah mana mana sebab cuaca hujan panas di perjalanan.
Petang merayau melihat kawasan
Menikmati senja
Cuma 2 daun dan 2 kelopak bunga yang dah di buka makanya some area adalah masih belum boleh di terjah especially yang jauh jauh sana. Hotel ada bagi sewa basikal sapa yang nak dengan bayaran RM 20 setengah jam !
Infinity pool. Walaupun ada pool dalam bilik, ada juigak pool hotel yang lebih besar untuk adult dan children
Senja yang ada
Bila malam ada show air pancut berwarna warna di tengah tengah
View time malam.
Kalau nak makan malam boleh makan kat restoran ni atau kena keluar ke kawasan PD. Agak jauh jugak lah. Malam tu ada show fire fire kat sini tapi aku tak layan pun. Cuaca nak hujan
Lampu lampu waktu malam di tower building
Dan sebab aku sebenarnya banyak keje. Aku bawak keje dan buat keje. Malam tu sempat mandi dengan budak budak pastu buat keje sampai ke pagi ! Ni pun sebab dah booking dan dah bayar, kalau tak memang aku tak pegi PD ni sebab banyak keje opis
Bangkit awal pagi. Sunrise tak berapa nak ada. Mendung
Pagi tu kami breakfast by the pool
Bangunan Tower dan valet parking Lexis Hibiscus
Dapat view sikit dari atas. Tower belum bukak so tak leh naik. Ni aku ambik dari tingkat 7 tempat parking !
Boleh la nak skodeng orang
Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk bercuti di Lexis Hibiscus ni bagi aku OK lah ! Tak halang dan tak suruh.
Bagi aku resort dia lawa. Maybe sebab baru. Dan sebab baru banyak la hiccup contohnya bila nak check in. Dah lah check in lambat, bila check out cepat je halau keluar ! Bengang betul aku. Nak late checkout tak bagi, then aku naik hantu baru la dia bagi spare setengah jam lewat.
Resort area lawa dan cantik. Bersih dan terjaga. Tapi banyak lagi area yang belum di buka. Hibiscus Walk nanti ada, then sky restaurant maybe akan menjadikan tempat ni lebih menarik.
Facilities biasa je.. Dalam villa tak de dapur atau microwave. Bilik pun kecik je. Pool kecik tapi ada steam room. Pool dia agak open sebenarnya untuk Muslimah Muslimah. Channel TV tak banyak lagi. Servis memang slow lah for 5 Star Hotel. Bagi mereka masa nak catch up.
Makan pulak. Kat sini kalau nak makan kat luar, agak jauh jugak. So optionnya bawak lah bekal sendiri atau makan kat resto dia. Breafkast dia biasa biasa je. Dah la tak termasuk dalam harga bilik hari tu so bila breakfast adult kena RM 35 per pax. Kids separuh harga. Tapi breakfast bagi aku tak sedap mana cuma spread dia agak meriah juga.
Just weekend getaway je so tak leh buat banyak acara di PD. Hajat hati nak singgah Muzium 3D Port Dickson di Lukut tapi cuaca hujan pulak dan aku pulak kena masuk opis sebab ada banyak benda nak kena settlekan.
Lepas check out terus balik rumah jer.
Ni rumah banglo sunyi sepi kat tepi tol Port Dickson. Rumah sapa ni?
Sampai rumah aku sambung bersingsing lengan ke opis dan sambung buat keje. Weeekend getaways, balik bercuti masuk opis. Kena keje jugak di hari weekend ! So keriangan tak berapa berganda.
Overall, Lexis Hibiscus boleh di cuba. Kalau tak sekarang pun nanti nanti la tunggu dia dah fully opened. Kalau nak compared bilik, aku prefer Lexis Hibiscus dari Avani GoldCoast Sepang. Tapi Grand Lexis paling win ! Tapi Grand Lexis tu parking pulak macam laha.
So mana mana pun OK. Janji ada masa dan ada duit !
Nanti nanti bila free aku share lagi gambar dan cerita Lexis Hibiscus Port Dickson ni.
Check website mereka for harga : Lexis Hibiscus, Port Dickson
Blogger Beb pun dah pegi, usha beliau dulu : wonderfulretreats.blogspot.com
So mana mana pun OK. Janji ada masa dan ada duit !
Nanti nanti bila free aku share lagi gambar dan cerita Lexis Hibiscus Port Dickson ni.
Check website mereka for harga : Lexis Hibiscus, Port Dickson
Blogger Beb pun dah pegi, usha beliau dulu : wonderfulretreats.blogspot.com
Kau tunjuk kan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti cinta sebenarnya
dari jiwa
bukan hanya dari mata
Kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
tak pernah mengalah
walau kan terpisah
sedikit pun tak berubah
Namun
tak kan menjadi miliki ku
cinta bukan tercipta untuk ku
Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja
Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..
Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti oh
Dan disini saja
berakhir nya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima
tentuan nya oh
Dan ni aku belanja ariel view Lexis Hibiscus dari internet. Sorry lupa nak bawak seluar dalam yang pakai kat luar nak terbang ambik gambar dari atas hari tu.
Buat masa ni cuma 2 daun dan 2 kelopak bunga yang bawah sudah di buka untuk tetamu menginap. Yang lain lain belum di buka lagi termasuk tower tu.
Selamat berkunjung !
cantiknya..esp view kat infinity pool..nampak lagi grand dari avillion...belum pernah tidur atas laut..
ReplyDeleterasanya avillion lagi grand dan nampak mewah kot..
Deletesini sebab org ramai sgt kot.. jadi pening
menginap di bahagian stigma mengadap laut lepas mesti best dan privacy tapi klau buggy lambat jenuh nak menapak...
ReplyDeleteMeng rumah banglo tu macam dah kena transform jadi rumah burung jer...tengok tingkap semua dah bertampal, tutup rapat...
btol tu. kalau pompuan nak mandi bukak2 tudung kena cari yang mengadap laut lepas. kalau tak kena skodeng.
Deletebaru perasan rumah tu tingkat dah tutup.. tempat burung la tu... tapi lokasi nya mahal
oh buggy memang slow... hari tu tunggu dekat setengah jam. tu pun ramai je yang end up jalan kaki je
Deleteohhhh... inilah die hotel mcm bunga raya yg aku nampak dari atas flight 2 minggu lepas
ReplyDeletenampak ek? aku dah lama usha tak pernah perasan. selalu flight lalu atas avillion je
DeletePD dah maju !!! Macam macam ada la nih !!!
ReplyDeleteMeng pekerja CONTOH!!! Next Year siap siap ler speech utk ambik award PEKERJA CEMERLANG sempena Hari Buruh!
memang maju... tapi makin maju makin jem !!!
Deletepekerja cemerlang bagi kat org org bawahan je la.. kita kita ni dah tak cemerlang mana... monitor jerrr
sedapnya nasi hujan panas.
ReplyDeletesedap.. especially kalau lapar
Deleteosemmm. PD dah osem skang nih...heheh..aku suka terjah sana kalau berkelapangan weekend.
ReplyDeleteAaa mata aku yg kerow atau dinding luar villa tu macam buruk je...ghope macam tak bercat? Apa2 pun pasti fun sbb ada pool kat luarrr...haruslah aku copypaste link ko ni dan tunjuk kat habibi aku...
yezza.
Deleteaku memula sampai pun perasan dinding dia mcm comot.. memang tak plaster dan tak cat. mcm simen gitu jer..
agak buruk gak laa
pool dia kecik sgt. tak sempat nak kuak...
Fuiyohhh cantiknyaaa...i loike...boleh dicobain bila nnti...hehe
ReplyDeletesila sila
DeleteAku nak try la.Macam menarik je.
ReplyDeletesila sila.. tunggu siap sepenuhnya la kot
DeleteTerkesima sket bace. Bepanau poik tunggu sampai pukui 6lbih. Pastu nak check out kena awal. Antu disitu. Oh thanks mention aku kat blog ko yg super laha ni. Gah!
ReplyDeleteTekejut sbnr nye tgk gmbr2 last tuh. Ingt ko snap pakai dron dude. Pergh gila betul ko kat camera. Skali gmbr google daaaa.. Aha.
Itulah aku pon rasa ade persamaan kita disitu. 'die tgh mrh(pdhal mhl!) ni baik aku try. esok2 confirm x dpt harga ni' piappp proceed booking kn? Aku research gak kat ig dorang. X 'anzalna' mana dorg nye 'private' pool tuh. Tapi hantam saja lah. Aku laki bini masuk dah penuh! Cit.
muahahhaa. aku x payah guna drone. aku terbang je. tapi powerbank tak bawak kang terhempas.. hahahha...
Deleteaku nak repeat lagi hibiscus ni tapi tunggu dah fully siap semuanya baru aku pegi balik
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenanti sapa nak pi buleh check harga diskaun tu
DeleteBaru check in 2 ari lepas overall ti top cuma kat bilik tu ada entity yg tak di undang..hihihi
ReplyDeleteada tu???? dia buleh terbang terbang kah?
Delete