Thursday, January 2, 2014

Short Trip Cuti Sekolah Dec 2013 - Part 1 : Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah

Aku dah lama berkeinginan nak melihat gajah di Kuala Gandah tu.

Maklum lah. Kalau berbadan gajah, terasa dekat je dengan gajah gajah ni.

* pose pose Gajah Circus sambil tangkap gelung rotan dengan belalai siap memakai kain pelikat cap Gajah Duduk.

Belalai mana satu pun tak tau..

Ops.. Kain terselak.

Satu ketika dulu memang pernah plan tapi impian tak terlaksana. Santuary Gajah Kuala Gandah. Sampai masuk masuk mimpi, tapi tu lah. Kalau dah tak de rezeki, memang tak akan menjadi.

So bersempena dengan cuti sekolah bebaru ni, aku ajak la OR dan budak budak gi tengok gajah di sana. 

Kali ni nak mencuba nasib sekali lagi.

Aku dah suarakan keinginan aku kat OR since seminggu sebelumnya dan dia OK je. Sampai lah hari Jumaat tu then dia tanya lagi.

"Jadi ke kita pegi Kuala Gandah? Kalau jadi saya nak masak bekal nanti"

Aku pun masa tu macam jadi tak jadi. Fikir punya fikir, terus rasa OK lah. Bagi menguatkan perasaan nak ke sana, aku pun book hotel sekali, so tak de la pegi dan balik hari. Boleh stay di hotel satu malam bawak budak budak mandi kolam.

Budak budak pun riang !

Malam sebelum bertolak tu dah siap siap dah. Janji pagi sabtu nak bergerak ke Kuala Gandah. 

Hari Jumaat tu aku sempat call tanya Kuala Gandah ni masih beroperasi ke tidak. Jawapannya... masih ! Tapi minah tu cakap sekarang dah tak de pass kuning. Semuanya diberikan pass merah iaitu aktiviti melihat gajah, dan bagi makan gajah. Tu je. Tapi kalau nak mandi bersama dengan gajah boleh, tapi kena bayar ! Tu pun tertakluk pada level air sungai tu.

Begitu penerangan tak berapa panjang tapi lebar juga lah.

Pagi tu bersiap siap, janji nak gerak pukul 10 pagi, tapi macam biasalah macam macam hal.  Sebenarnya malam tu aku tidur lewat sebab berkemas carikan charger Hero. Charger untuk tablet dia dah patah so dah tak boleh nak charge. So aku nak cari la mana mana charger lama lama kot boleh guna. Kemas punya kemas memang tak jumpa. 

Kecewa budak tu.

Princess pulak tak sabar sabar nak berjalan.

Pagi tu bangun dengan muka tak basuh, dengan rambut bersepah, ambik beg terus pegi pakai kasut. Ibu dia tegur.

"Adik nak gi mana tu?"
"Adik nak gi jalan la. Adik boshan"

Hahahaha. Banyak la dia punya bosan. Mandi tidak apa pun tidak. Kot ya pun mandi la dulu, rambut dah macam rupa gorilla dah.

Lepas siap siap then keluar, kami tak terus pegi tapi ke Digital Mall dulu sebab nak gi cari charger tablet Hero. Kalau tak anak bujang aku tu merajuk je sepanjang jalan.

Masjid bulat di Seksyen 14 PJ

Digital Mall SS14 PJ

Sampai je, OR tunggu dalam kereta aku dengan Hero je masuk. Naik dan cari pusing pusing tak jumpa jugak yang match. Dah patah hati dah. Hero pun dah monyok dah. Stress jugak aku. Ikutkan panas hati aku beli je tablet baru. Lagipun tablet dia tu dah pecah. Macam biasalah kalau bergaduh dengan Princess, pompuan garang tu campak campak macam tu je. Dah merekah rekah dah.

Nasib la jugak last sekali aku tanya kat kedai paling bawah so dia kata try tanya kat kedai laptop. Pegi tanya, ada la yang matching !

Lega.

Tapi Hero lak sibuk nak suh download game apa benda ntah. Dia tu pantang nampak kedai game. Nak suruh download Beach Buggy Blitz.

"Nanti la. Kat hotel ada internet download kat sana je"

Tu kata kata aku yang nak ajak dia cepat cepat keluar.

Keluar dari Digital Mall terus menuju ke Gombak. Dan singgah lagi sekali dekat station Shell tu isi minyak sambil beli jajan budak budak.

Sekarang dah ada Starbuck kat Petronas kat situ. Ganti Burger King

Dan perjalanan pun bermula. Tapi cuaca memang nampak dah tak menarik. Hujan dan gelap semacam je.

OR yang drive la sebab aku ni kalau hujan hujan memang tak boleh nak drive. Kalau aku drive pun akan jadi 40 km/j. Silap silap esok baru sampai. Ni semua sebab mata rabun. Lagi la aku kalau hujan hujan ni memang trauma sikit nak drive.

So dia drive all the way masuk Lebuhraya Karak dan LPT.

Hujan makin lebat. OR pulak kalau memecut boleh tahan. Kejap kejap aku picit peha dia.

"Yang.. slow sikit...."

Dia buat bodow je. Aku ni trauma hujan hujan laju laju cam ni sebab pengalaman accident dulu tu memang sampai sekarang menghantui hidup aku ni. Sebab tu aku selalu rasa, naik kapal terbang lebih selamat daripada driving kereta tengah tengah hujan lebat...

* lari menyorok belakang Tony Fernandes


Hujan makin lebat mencurah curah. 

Tak sedap hati dah aku jadi nya.

"Tak payah pegi la Yang. Hujan ni....................."

Aku cakap kat OR. 

"...... lagipun, hujan hujan macam ni silap silap gajah semua mogok"
"Betul ke tak nak pegi?"

Sebenarnya aku risau sebab hujan. Nak tu memang la nak tapi .....

"Jauh lagi tak?"

OR tanya.

"Exit Lanchang. Lanchang dengan Temerloh mana dulu?"
"Ntah. Saya tak tau"

Tu dia jawab.

Aku pun diam je. Dalam hati tawakal. Minta hujan berhenti. Minta kalau jadi jangan la pergi ni sia sia je. Ingat nak cilok je masuk Genting sebab aku dah book hotel kat sana.

OR drive jugak slow slow. Tu pun aku suruh Princess ulang ulang cakap..

"..... udang udang !!!" ( kedaulatan undang undang )

Hahahah. 

Then tak lama tu nampak la sign, exit Lanchang cuma 24km je lagi.

Hah. Nak patah balik macam dah rugi jugak. So terus kan je lah. Masih hujan. Sempat singgah kat Hentian Rehat Lanchang dan aku kencing jap dengan Hero. Princess tertido kat belakang. Ingat nak makan bekalan kat situ tapi ramai pulak orang berhenti. Tak jadi.

So kami meneruskan perjalanan.

Lebih kurang 10 KM lepas tu sampai la kat exit Lanchang. Keluar dan bayar tol nampak sign ni.

Dari simpang ni lagi 12 KM nak sampai Kuala Gandah

Follow je sign melalui kawasan hutan hutan begini. Ada perkampungan orang asli dan kampung kampung  kecil ( tapi rumah dia orang semua ada Astro )

Jalan makin sunyi. Ingat nak jugak berhenti kat kampung Orang Asli tapi sebab hujan so tak jadi.

Dan akhirnya lepas melalui kawasan hutan yang memang macam hutan. Jalan pun kecik dan sunyi je, kami pun sampai la di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.

Hoorey !!!!

* mati la aku terlebih excited. Budak budak tak excited mana.


Masuk terus dan jumpa bangunan pentadbiran.

Register di sini

Sila masuk dan register di sana. Nanti di situ la akan dibagikan pass tu. Aku dapat pass merah. Sampai pun dah pukul 2 petang. 

Seeloknya datang la awal dalam kol 10.30 pagi macam tu sebab ada aktiviti bermula dari pagi hari.

Time/Activities

10.30 am – 12.00 pm
Elephant observation along the interpretive trail.
Visitor will be able to observe the young elephant roaming freely within the secured electric fencing area.

1.00 pm & 1.30 pm
Video show
A documentary shows translocation of wild elephants to their new habitat

2.15 pm
Bathing and cleaning of elephants by mahout
The visitors will watch the elephant bath given by mahout with explanations by NECC staff.

2.45 pm – 3.15 pm
Elephant conservation talks at interpretive stage.

Visitors will be introduced to each of the elephants which include their background and ability.
Note: Please be informed that there is no elephant rides provided in this centre.

Gajah gajah

Register di sini. Tiada entrance fee dikenakan di Kuala Gandah ni kecuali kalau nak mandi dengan gajah.

Begitu hampir dengan gajah............

Gajah dan size size mereka

Parking space. Insya Allah mencukupi. Time aku sampai hari tu hujan, so tak banyak kereta.

Ini pass merah nya

Dah ambik pass tu terus je la pegi ke bahagian gajah kat belakang bangunan pentadbiran tu

Waktu lawatan

Ikut arah yang betul

Pintu masuk ke kawasan aktiviti gajah

Masa kami sampai hari tu ada orang dok mandi mandikan gajah.

Aku dah tanya Hero hari tu dia cakap tak nak mandikan gajah so aku tak de la nak bayar untuk ni so kami masuk dan tengok orang dan gajah bermandi manda.

Apparently gajah gajah ni mendengar kata dan faham bahasa Melayu !!!

"Duduk ! Duduk !"

Tu yang aku dengar. Pastu elok je gajah tu duduk.




Tu aktiviti memandikan gajah.

Walaupun hari hujan dan hampir petang, kami sempat jugak pegi bagi gajah makan. Ada beberapa ekor gajah mostly yang yatim piatu dan cedera di jaga di sini. Ada gajah yang dibawa dari Thailand dan Myanmar juga.

Gajah gajah ini dijaga dulu sampai la betul betul besar dan mampu berdikari, baru dilepaskan semula ke dalam hutan atau dihantar ke pusat pusat jagaan yang lain.

Jom tengok gajah di sini makan apa.

"Spaghetti Olio satu Bang !"

Gajah makan pisang atau tebu. Ada di jual di sini. Tebu RM2 satu ikat. Pisang RM3 sesikat. Next time datang bawak pisang siap siap....

Gajah gajah bersedia nak dibagi makan

Lapar ya... Ada gajah bernama Mawar.... tapi bukan Mawar Faridah tudung tu. Mawar lain. 

Pengunjung bagi makan

Boleh tahan besar gajah gajah ni

Berebut rebut orang nak bagi makan. Ada gajah tu dia tak moh tebu. Dia nak pisang jer.

Mawar dan Fizo.. Hehehe

Kaki dia cedera tu..

Sebenarnya kawasan ni menarik jugak, dibina siap dengan tempat berehat dan berkelah. So kalau sesapa nak berkelah. Boleh je bawak makanan dan lepak lepak di sini. Makan sambil tengok gajah.

Kami bawak bekal jugak tapi tak bawak masuk ke dalam ni, so lepak lepak kejap je lah. Hero seronok la bagi makan gajah. Princess takut. Tak nak dia dekat dekat.

Ada pondok pondok rehat

Gajah paling kecik di beri makan oleh budak berbadan gajah jugak

 Sian dia nak bagi makan tak sampai dia nak ambik dengan belalai tu sebab dia katik

Macam biasa, time aku sampai pahtu ramai je orang kerumun tempat yang sama. Bila aku blah, orang pun semua blah.  

Tu sungai untuk gajah mandi tapi aktiviti mandi kena tengok level sungai jugak

Ni tempat persembahan gajah. Kalau datang awal boleh la tengok 

Kawasannya

Siapa saya?

Nama nama gajah

Overall aku rasa tempat ni agak OK la untuk dilawati. Terutama nak bagi pendedahan kepada budak budak tentang gajah dan tengok sendiri kehidupan gajah gajah di sini.

Di sini peluang berdamping rapat dengan si mambang gajah tak macam kalau kita pegi zoo yang hanya boleh tengok dari jauh je.  Day trip pun okey.

So... apa tunggu lagi.

Pegi lah. Gajah gajah menanti anda...  Jangan lupa bawak pisang Montel !

Hujan masih lagi turun, perut pun dah berdondang sayang

Makan time !!!!!!!!!!!!!!

By the way kalau kelaparan jangan risau. Kat dalam ni ada warung makan namanya Jumbo Cafe.

Kalau boleh sebelum pegi, call dulu confirmkan bukak ke tak..... takut musim musim hujan ni, gajah mogok tak mau beraksi.

National Elephant Conservation Centre (NECC)
Department of Wildlife and National Parks (DWNP/PERHILITAN)
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2790391

Untuk maklumat lanjut sila layari ... National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah, Pahang

bersambung.........

15 comments :

  1. Masakan sedap....Kuala Gandah macam tu je...tak banyak berubah...dulu mandi dengan gajah free je....Amboi mawar dan Fizo.....hihihi

    ReplyDelete
  2. Baca separuh jalan...alamak hujan...jadi ke tak dorang pegi ni kan coz pernah baca entry dolu2..siap masuk dalam mimpi tak jadi pegi ke Kuala Gandah ni..SIB BAIK

    eeeee...bila tgk BELALAI GAJAH tu..dah lah besar..panjang pulak tu...itu lah lobang hidung dia ek

    ReplyDelete
  3. hahahaha... belalai mana satu pun tak tahu!

    ReplyDelete
  4. aku paling x suka pergi digital mall ss14 tu...susah nak parking, kat area situ la aku kena saman traffic hahahaha....

    Meng..belalai yg mana satu tu? hahahahahahaha....

    ReplyDelete
  5. meng,

    OR mmg rajin ek masak bekal2 ni...kagum aku dr hr tu lg...hero nmpknya dh membesar bagai johan..

    dulu ade gak aktiviti kt tmpt keje aku sape nak join bg mandi gajah..tp yg ade kanak2 riang jek blh join (dpt subsidi), yg xde kanak2 riang xboleh join mandi ngn gajah...

    ReplyDelete
  6. meng..always fun to read about hero and princess. haha..seb baek tablet bole pakai lagi ye.

    btw..tempat nih dh cantek dah..dulu..duluuuuu la aku pegi..kecik jer opis dia/tempat tiket..parking pun bertanah merah lagi..in fact tempat gajah kasi makan tu...open..xde kayu balak jadi penghadang. bole main sorok2 bawah gajah kalau nk mampus.

    xde pegi deer park nearby (or already closed)?

    ReplyDelete
  7. seronok bawak budak2 ke sini...tp masa ktorg pi, mak bpk budak yg lagi over...dak2 lesu dah sbb panas....takde aktiviti yg naik gajah tu eh?hehehe

    aritu masa mandi ngn gajah siap ada minah salah syeksyi meksyi lagi mandi skali...rasanya yg dtg situ tak tgk gajah dah, duk tgk dia je...kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. MKL : maybe kena bayar sebab org ramai sgt kot, gajah pun bosan kalau asyik nak kena mandi jer...

    Dulu ada tunggang gajah now pun dah tak de.. sebab takut org cakap gajah kena dera pulak.

    JM : ya.. tu la lubang hidung dia kot.. ( lupa nak tanya gajah tu sendiri )..

    hahahaha..

    pegi la buat short trip ke sana buleh bermanja manja dgn gajah dan usap usap belalai dia tu.

    AP : belalai gajah lah !

    * lari............

    ReplyDelete
  9. NanaT : haah balik hari tapi tak de la balik terus..

    day trip je .. lagipun tak de hotel rasanya kat area ni.

    HB : digital mall tu memang parking mcm )(&(&)^.. tapi tu je la tempat yang senang nak mencari benda benda mcm tu.

    Belalai tu?

    ehem ehem....

    DATT : OR aku tu memang kena bekal sebab anak dia makan banyak !

    hahahaha..

    ReplyDelete
  10. AR : yang abang punya ok lagi tapi dah calar balar. yang adik punya dah jahanam !

    x leh guna dah. now dia sibuk nak main phone aku jer..

    DJ : tak de dah naik gajah tu sebab org komplain penderaan bagi gajah gajah..

    tunggu jugak awek awek seksi mandi dgn gajah. tapi tak der...

    frustasi !

    ReplyDelete
  11. actually aku kesian kat gajah esp yg kena rantai :( aku sedih sampai mampu menangis di depan gajah itu...masa kat bkt tinggi, diorang ikat kaki gajah tu dpn blkg, so gajah tu berdiri je kat situ...aku rasa mcm nak pi potong je rantai tu waaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  12. memang pencinta binatang betol la mak esah ni

    so kau tak leh pegi kuala gandah.. nanti menangis teresak esak, satu hal pulak skupang nak pujuk....

    ReplyDelete
  13. Hahaha. Keras jugak ke mcm aku? hahhaha..

    hi five skupang !

    no pujuk2 kan??

    hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...