Sunday, January 12, 2014

Jom Terjah : Misi Cari Barang Sekolah Sesi 2014

Sekolah dah start, jadi bagi ..... ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak...... kena la carik kelengkapan sekolah.

Hero dah nak naik darjah 3 dan kelengkapan dia tahun ni lain sikit dari yang sebelum sebelumnya sebab tahun 2014 ni dia dilantik menjadi pengawas sekolah.

Cikgu dah bagi surat untuk baju baju dan siap spelled out bagitau baju untuk pengawas ada di jual di Kamdar !!

#akusyakcikgutuberkawandengantokeykamdar !

So nak mencari di kedai Canggih adalah impossible sebab tak jumpa busana busana yang macam tu, jadi kami kena pegi ke Kamdar jugak.

Kelengkapan sekolah lain kami cari di kedai Swan seperti beg dan ada baju bajan jugak di situ. Aku suka beli beg sekolah kat kedai Swan ni sebab beg dia tahan lasak. Kami pernah beli last year dan beg Hero tahan lah setahun. Tau tau je la budak budak pakai beg, selalu cepat je koyak rabak, tapi kat kedai Swan ni boleh tahan kualitinya cuma harganya agak mahal. Tapi berbaloi baloi !

* pose pose pakai baju itik sudu sebagai model

Ada barang jumpa kat kedai Swan .. Barang barang lain kena gi cari kat Kamdar jugak. Kasut beli kat Bata.

#matilahorangsyakakuberkawandengantokeyswan !

Ayuh kita ke Kamdar.

Dah jumpa Kamdar tapi tak gi beli lagi sebab perut lapar dan mintak di isi

Parking di lorong lorong belakang Jalan TAR

Insaf la wahai manusia... 

Makan di Insaf ! OR yang nak makan di sini aku ikutkan saja.

Nasik beryani...

Minoman....

Nasi beryani ayam honey-madu

Nasik beryani ayam goreng

Standard Insaf ni makanan agak mahal. Sekali sekala buleh la kot. Datang insaf tak nak pegi dah, tapi sampai masa pegi lagik !! Ada letak ubat pengasih agaknya sini.

Now tengah insaf ni bila ingat bil ........

* urut dada

Perut dah kenyang, then bermula misi ke Kamdar.

Eh tak jadi lagi. Hero tetiba nak jersey pulak. 

Lately suka sangat dia berjersey, pastu semua nak bubuh nama kat belakang...

Sebagai bapak yang teringin nak kaya dan suruh anak main bola sepak wakil negara.. kena pupuk semangat ini dari kecik. Beli bola sudah, beli jersey pun sudah.. tu dia nak kasut pulak. Aku tahan dulu tak mau beli lagi.

"Kalau wakil sekolah baru Papa beli, setakat wakil rumah kita.. pakai je kasut yang ada..."

* muncung.

Pastu baru pegi Kamdar yang besar ni.

First time aku masuk Kamdar KL ni ! Kalau cikgu tak suruh beli kat Kamdar ntah bila la aku nak sampai sini agaknya....

Orang boleh tahan ramai, Kamdar tu agak besar dan bertingkek tingkek. Baju baju sekolah semua di tingkat 3. 

Yang penting, semua yang cikgu nak semua ada kat situ, dari baju, seluar, baju Melayu, sampin apa semua.. 

Cukup tersedia .... !!!

Hero cakap.

"Dari luar nampak buruk kan Papa, tapi bila masuk dalam besar jugak.."

Buruk VS Besar?

Masalah budak ni badan dia dah semakin besar macam di pam pam. OR cakap dia stress bila nak jadi pengawas dan makan dengan banyak. Tak leh terima kenyataan dilantik menjadi pengawas. Hiks. 

Tapi dia memang makan agak banyak lately ni. Dan selalu lah aku marah suruh dia menjaga tubuh badan supaya tidak cepat setara dengan badan aku. Hahahahaha. Risau jugak, tak bagi makan kang kata aku mendera anak kelaparan, kalau bagi kang badan dah naik 40 kilo..

Bila nak fitting baju, orang hItaly cakap...

'Meching !!' ( macam sarung nangka )

Layan gambar lain, dalam Kamdar tak lalu aku nak ambik gambar plus segan.




Yang menariknya, Princess langsung tak ambik port beli baju kat Hero ni. Tak de la dia mengaruk nak sekolah ke apa. 

Tapi, mainan adalah wajib beli ! 

Botol susu besar pada tuan... sebenarnya patung ni ada Mak dia, tapi Mak dia dah dipatah patahkan sebab Princess nak jadi 'Mama' dia !!!

* Papa rebah

Aku tanya dia.

"Adik nak sekolah tak?"

Jawapan dia.

"Adik tak nak skolah. Adik nak duk umah jer.. pastu Adik nak jalan jalan jer.."

* Papa pengsan terus..........

5 comments :



  1. makan kat Insaf memang mengimbau kenangan time kecik-kecik slalu ke area situ beli baju skola & baju raye. hikhik. pustaka mukmin beli buku skola.. globe beli baju skola! kamdar tak brapa nak pegi..

    tapi mmg Insaf tu menjadikan aku insaf selama dua tahun tak mkn kat situ! last makan situ santap nasi biryani ayam goreng + mango lassi. ingat lagi nih ape aku mkn dua tahun lepas..sohihhh minyak pengasih+minyak dagu nih!

    ReplyDelete
  2. Aku tertanya...ko gi jalan beli dan belah ko bawak kamera sangkut leher ke lam beg? Hahaha...motip tanya soklan camni? Hahaha.
    .

    ReplyDelete
  3. NanaT : ada rest zam zam depan insaf tu. mcm nak try la next time.

    option moga tak terpedaya dgn bil mahai insaf tu..

    ke situ mahal jugak?

    HB : tak de la sangkut di leher.. malu la. aku buh dalam crumpler. kalau clear baru aci ambik gambar..

    kalau ada org,.. tetiba aku ckp nepal supaya org ingat aku adalah pelancong luar negara..

    * pengsan

    ReplyDelete
  4. di kamdar kl ada x jual baju melayu hijau muda untuk pengawas sekolah rendah agama? puas saya cari tapi x jumpa lg.

    ReplyDelete
  5. SS : tak pasti.

    kalau tengok website mcm tak de..

    http://kamdar.com.my/childrenuniform.html#main

    tapi dlm website pun x de baju melayu biru. anak aku pakai kaler tu. kat kedai ada je.

    kena gi check sendiri kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...