Saturday, January 11, 2014

Jom Santai : PNB Darby Park Executive Suites

Time cuti cuti sekolah hari tu memang tak ke mana mana, budak budak pun kerengsaan duduk kat rumah. Lepas Hero abis Kem Solat lagi la dia kebosanan. Duduk rumah tengok TV dan main game. Asal hari Jumaat je mesti dia akan tanya.

"Papa.. esok kita tak pegi mana mana ke?"
"Pegi mana?"
"Hotel ker?"

Amboi.. Ingat Papa kau ni saudagar kambing biri biri ke apa ?

Tapi, sewaktu nak mencari kelengkapan sekolah, memang nak kena pegi KL sebab nak cari barang kat Kamdar.

Masuk KL ni aku agak malas. Nak cari Kamdar luar KL pun macam tak syok. Nak gak masuk KL. Aku bagi cadangan kat OR, pegi KL dan tidur hotel semata mata untuk sesi membeli belah. Hahaha. Sebenarnya malas nak fikir pasal jem dan musim musim hujan ni.

Jadi... ini la pilihan kami. Boleh gi beli barang sekolah dan juga bersantai mantai...............

Pilihan kalbu, pilihan aku...

PNB Darby park Executive Suite. OR kata nak hotel yang nampak KLCC. Tapi tak mampu nak duduk Grand Hyatt. Man O atau Traders, jadi stay sini je lah.

Dan malangnya view memang kena block dengan Trioka so tak nampak Twin Tower

PNB Darby park

Lobby. Kalau duduk Premier Floor (12 - 28) check in kat lobby ni, kalau duduk Club Floor  
(Tingkat 28 ke atas, check in di tingkat 39)

Bilik kami di tingkat 36

Bukak pintu.. Jeng Jeng Jeng........ ada glass 

Belok kiri ada dapur. Siap ada stove, fridge etc

Siap ada pinggan mangkuk

Ruang tamu. Kat ruang tamu ada satu TV kat bilik ada lagi satu so tak payah berebut rebut nak tengok channel

View dari bilik di tingkat 36

Menara PNB

Sopah

Bunga bungaan. Hidup ni

One Room Suite. Ini biliknya... hujung sana bilik air

Katil yang agak inzal tapi deluxe Queen, lebar cukup, kaki tak cukup panjang.. 

Toilet

Feel Feel minum air anggur Peel Fresh. Ada kedai serbaneka di tingkat 8

Swimming pool di tingkat 9, tak berapa best sangat

Tempat budak budak main

Menara Felda di waktu malam

Menara PNB di waktu malam

Menara Citi

KLCC

Twin Tower

Dinner makan KFC dan MC D

Pisang

View siang hari

Swimming pool kat G Hotel

Intercontinental Hotel

Twin Tower

Overall lepak santai santai je. Banyak masa dipenuhi dengan aktiviti tiduran tanpa batasan. 

Suite yang OK. Bersih dan bagus standardnya. Makan pun not bad lain lain pun rasa cukup bagus. Recommended.

Pilihan yang baik sekali sekala nak buat keje tak senonoh lepak kat KL walaupun rumah sekangkang ungka je jauhnya...........

Selamat 11 Januari !



Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah, mi-lik-ku

Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah, ji-wa-ku

Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu

Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia

Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna

2 comments :

  1. Jm hanya mampu melihat tetapi x mampu nk menginap kat sini

    Dh mcm tggal kat umah sendiri semua ado

    ReplyDelete
  2. Sabar JM..

    sampai masa ada rezeki nanti.. lebih pada ni boleh duduk...

    silap2.. boleh beli terus sebijik...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...