"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Macam biasa, kalau hari minggu adalah makan di luar. Jadi kami keluar nak mencari makanan. Aku tanya OR dan Hero.
"Nak makan apa? Western ke apa?"
Tetiba Princess yang jawab.
"Adik nak makan nacik"
Undian tak di terima sebab dia propa je. Bukan makan pun. Tapi dia sangat suka carbonara. Jadi soalan tu buat syarat je, selebihnya Papa yang decide.
Jadi kami pegi makan di Kokopelli Travellers Bistro !
OR gelak gelak bila aku sebut nama resto ni.
Berpusing pusing jugak la nak mencari tempat. Tapi akhirnya dengan berkat usaha dan doa yang tak putus putus, kami jumpa juga. Letaknya berdekatan dengan Digital Mall, SS14 PJ.
Layan gambar sekitar resto nya dulu.
Entrance masuk
Lampu lampa
Parking memang agak payah sikit sebab resto ni merupakan bekas banglo yang diconvert menjadi tempat makan. Tapi depan tu ada bangunan ada ample parking so boleh la parking kat situ, atau area depan sikit ada simpang, boleh la celah celah tu parking sekejap ( kalau malam la ). Siang tak di galakkan.
Ini menu nya. Kokopelli menawarkan western food dan ada jugak la malaysian cuisine kat sini
Ruang resto. Tu bahagian dalam.
Sebab dalam agak penuh, jadi kami duduk belah luar
Setting memang agak cun.
Princess masuk masuk je terus meluru ke dalam.
"Wah.. antiknya...."
Jenuh lak aku nak kejar. Dia tak sabar sabar nak masuk. Tapi sebab Papa nak hisap rokok. So mari duduk di luar.
Pencahayaan tak berapa bagus di luar jadi gambar adalah gegaria !
Ni tepi banglo menuju ke toilet
Snap dari luar jer
Lagi settingnya
Now dah duduk. Lepak lepak jap dan order.
Ini menu kami semua.
Cappoucino
Ini tisu. Tak boleh di makan
Iced blended Chocolate
Creme Brulee. Ya ampun. Sedap gila.
Tak cukup 1. Order lagi 1. Hero makan paling banyak. Dia cakap.. "Tersangat sedap"
Carbonara - Boleh tahan sedap
Lasagna - Agak creamy dan muak.
Ribs. OR kata sedap
Standard makanan aku. Chicken Bistro. OK lah
Overall, food quite good lah, tapi a bit pricey.
Creme Brulee tu memang wajib try. Yang lain lain pun OK. Rasanya above average. Tapi aku lebih prefer Food Foundry sebab harga yang lebih murah.
Boleh try Kuew Tiaw di sini sebab ownernya merupakan orang yang sama yang buat Kuew Tiaw di Uncle Don's Hartamas dulu dulu kala.
Sebab agak mahal so tak boleh pegi makan di sini selalu. Sekali sekala boleh la kot. Bagi yang mencari kelainan untuk western food. Boleh jengah sini. Insya Allah halal sebab owner dia Islam.
Hero macam biasa. Makan kat mana mana pun mesti nak tinggal jejak lepas tu.
Sempat la dia berak seround.
Perut agak kekenyangan.
"Adik. tengok perut Papa ni...."
"Perut Papa ada baby?"
"Ada"
Then nanti dia suka tumbuk tumbuk...
"Cakit tak perut Papa?"
"Sakitttt"
"Cakit tak baby Papa?"
"Sakittt"
"Baby Papa nangis tak?"
Malas layan...
Jengah skit lagi gambo.
Pokok pokok, tapi OK tak de nyamuk
meja dia semua di conteng dengan Kokopelli
dan ini bil nya
Nak mencari tempat ni agak tricky jugak. Cuma kena tau kat mana Masjid Bulat SS14 ( berhadapan dengan Quill 9). Kalau dah sampai tu kira dekat la tu, masuk simpang dekat masjid tu dan traffic light yang ke 3 belok kanan. ( lepas toyota sales and service center )
Bistro nya terletak opposite 32 Square PJ.
Kokopelli Bistro
Address: 4 Jalan 20/7, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pagi pagi di hari ke 4 aku dah bangkit. * buat senamrobik campak mencampak barang dalam beg
Aku kena cepat cepat ke airport takut kang termiss flight. Naya ! Dah kemaruk nak balik tanah air dah. Aku ni walaupun suka travel tapi cepat homesick. Maklum lah, lama lama tinggalkan orang orang tersayang, jadi tak senang duduk jugak.
Paling parah kalau perut dah mula tak leh nak terima makanan bukan bukan dan rindukan makanan di halaman. Lagi pun esoknya umat Islam akan start berpuasa !!!!!
Bangkit pagi tu, aku bersiap siap terus.
Plan asalnya nak naik teksi tapi macam mahal sangat. Aku tanya mamat hostel tu dia kata kalau nak naik shuttle pun sempat jugak tapi kena keluar awal lah. Flight aku pukul 9.30 pagi, so kena keluar dari hotel pukul 6 pagi. Sebab tempat shuttle bus tu sama dengan tempat masa aku turun time memula sampai, so aku agak familiar. Kalau nak ikutkan jalan kaki tak de lah lama sangat so aku spare 30 minit jalan kaki sebelum ambik shuttle bus ke airport.
Hopefully sempat la sampai ke airport untuk flight balik Malaysia.
Lepas check out, aku jalan kaki keluar dari hotel menuju ke bangunan Vietnam Airlines tu.
Suasana pagi, banyak orang berniaga di tepi tepi jalan di Old Quarter
Sebab tak jumpa kedai Nisa Restaurant tu, aku jumpa kedai ni. Vegetarian Restaurant. Tapi pagi pagi masih tutup. Mungkin boleh menambah option bagi sesiapa yang mahu mencari kelainan di Old Quarter ni
Sebab masih pagi, suasana pun masih nyaman walaupun macam baru lepas hujan.
Aku menapak pusing Hoan Kiem Lake sekali lagi sambil usha buat kali terakhir keadaan pagi hari di kawasan ni. Ni je la peluang terakhir, lepas ni tak tau bila lagi dapat berkunjung ke Hanoi ni.
The Huc Bridge di pagi hari. Ramai je orang melepak time jogging di sini
The Huc yang bermaksud morning sunlight bridge
Thap Rua - The Tortoise tower di tengah tengah tasik
Tau kan yang Hoan Kiem Lake ni bermaksud Sword Lake?
Recap ! Al kisah dulu dulu kala seorang emperor tengah mengayuh sampannya di tasik ni. Time tu dia bawak bersama magic sword dia tu. Tiba tiba, seekor kura kura besar telah muncul dan menyambar magic sword tu. Pedang tersebut telah hilang bersama sama dengan kura kura itu.
Begitu la lagenda kisahnya....
Maka sebab tu la tower ni di namakan Tortoise Tower ( menara kura kura ) yang di bina di atas pulau kecil di tengah tengah tasik
Di keliling tasik tu selain daripada pokok pokok, bangunan bangunan kerajaan, old quarter area, ada juga kawasan rehat dan mercu mercu tanda Hanoi ni.
Kiranya kawasan Hoan Kiem Lake ni memang menjadi kawasan tumpuan dan sangat penting di bandaraya Hanoi ni. Kalau datang Hanoi tak datang area tasik ni memang tak sah la kot.
Begitu la aku mengibaratkan tempat ni.
Ada statue jugak. Tak tau sapa. Maybe uncle Ho. Aku ambik dari jauh je.
Waktu pagi atuk dan nenek sedang duduk berdatingan
Atuk ni pulak keseorangan.....
Yang ni masih belum ada yang menumpang
Tortoise Tower dan sebahagian daripada kawasan berlatarbelakangkan Old Quarter
Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi
Hoan Kiem Lake
Pandangan terakhir sebelum aku hilang di celah celah bangunan
Ha.. Ini lah dia tempat shuttle bas ke airport
Tempat ni betul betul opposite Vietnam Airlines Building. Rasanya tu pejabat dia kot. Kalau naik shuttle bas tu, bas tu akan berhenti kat tepi jalan je.
Masa aku sampai ni tak de pulak shuttle bas tersedia. Aku mundar mandir tanya orang tapi semua macam tak nak menolong. Last sekali aku ke sana dan nampak ada la dua tiga orang yang bawak beg. Maybe dengan tujuan yang sama, nak ke airport.
Tanya mamat kat situ, dia offer naik van je ke airport dengan bayaran 60,000 Dong. Kalau naik shuttle bus biasa sorang kena bayar 40,000 Dong.
Sebab malas nak menunggu pastu yang ada kat situ semuanya macam setuju. So kami pakat pakat dalam 5 orang naik van yang macam innova. Pastu ada lagi few locals yang nak pegi keje ke mana tapi jalan yang sama ke airport lah.
So tak perlu naik shuttle bus, selamat la sampai ke airport pagi tu.
Sampai airport check in dulu. Tak de barang nak masuk, aku just verify document jer
Then keluar ambik gambar airport.
Airport dia kecik je, tapi ada terminal baru sedang di bina kat sebelah sana. Aku baca, terminal tu adalah loan yang di berikan sebagai tanda persahabatan dari kerajaan Jepun kepada kerajaan Vietnam.
So apa tanda persahabatan kita?
Ada korang nak bagi aku Porsche sebuah?
Ada?
Aku lepak kat luar hisap rokok sambil minum kopi. Actually aku cari Highlands Coffee kat airport tu tapi tak jumpa. Yang ada semua black coffee yang biasa biasa tu.
Frust !
Nasib tak menonggeng depan airport.
Sebab kecewa tak jumpa Highlands Coffee, aku pun masuk untuk boarding.
Boarding terminal dia kecik je tapi aku suka sebab duty free shop dengan gate semua dalam kawasan yang sama. Tak payah jalan jauh jauh.
Sempat aku shopping perfume JPG kat airport. Murah je. Dalam USD30.
Tapi yang bestnya. Doa termakbul.
Dalam aku dok pusing pusing nak abiskan duit kat Duty Free Shop dalam airport tu akhirnya jumpa la satu kedai yang jual Highlands Coffee.
Alhamdulillah. Termakbul jugak hajat aku buat kali terakhir sebelum berangkat pulang.
Apa lagi, layan kopi sambil hisap rokok.
Smoking Lounge kat airport Hanoi ni lawa !!
Ni je beg aku. Tak berat mana sebab tak beli apa apa pun
Akhirnya waktu yang di tunggu pun tiba.
Aku pun dah tak sabar sabar nak balik. Boarding terus masuk flight, dapat seat and layan mata.
Leaving Hanoi
Cuaca tak berapa cun
Gembira dapat makan Nasi Hujan Panas. Siap ada wajik lagi. Tapi nasik dia tak sedap mana
Aku terlelap, bukak mata dah nak sampai !!
Landing timeeeeeeeeeeeee
Pastu flight macam berhenti lama pulak. Apa kena ntah. Tunggu queue nak masuk parking kot.
Sempat la aku usha kapal terbang turun.
Sampai !!!
Turun dari flight, beli rokok, pastu keluar dari terminal call OR. Dia dah sampai. Terus je masuk kereta dan balik rumah.
Oh. Macam biasa, OR sambut aku dengan kopi Ali Cafe !
Untuk berak dengan lebih cergas.....
Kami nantikan perjalanan seterusnya bersama sama anda. Pasti????
Feel at home anywhere in Asean. Pasti????
Aku tak beli apa apa pun di Vietnam. Cuma FM je. Ni pun dapat yang Hanoi dengan Halong. Aku beli kat Hanoi je. Yang Sapa tak jumpa kat Hanoi. Tak terbeli jugak masa di Sapa sebab tak lawa.
Ni China Magnet aku beli dalam flight AA
Maka, demikianlah trip 4 hari 3 malam ke Hanoi, Sapa dan Halong di Vietnam. Overall, aku puas hati dan gembira walaupun rasa penat jugak lah. Balik tu esoknya keje macam biasa.
Bagi aku kalau boleh aku perbetulkan trip ni, may be aku tambah 1 hari untuk overnight di Halong Bay kot.
Lain lain rasanya just enough. Aku dapat tengok apa yang aku nak tengok, sampai di tempat yang aku terasa nak pegi, maka semua mimpi mimpi yang aku simpan selama ini terlaksana sudah adanya. Aku sendiri pun tak sangka. Betul la orang cakap, semua yang kita mahukan dalam hidup ini bermula dengan sebuah mimpi....
'Bermimpilah.... Tuhan kan memeluk mimpi mimpimu. Dan bersyukurlah.... kalau kita masih mampu untuk bermimpi... Hidup hanya sekali, berikan lah yang terbaik !'
Alhamdulillah, semoga berkesempatan untuk trip yang seterusnya selepas ini. Lagi manis trip ni merupakan hadiah hari jadi untuk diri sendiri......
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang