Saturday, May 16, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 05 - Dambulla to Kandy

Memula aku memang malas nak layan mamat tuk tuk tu. Tapi sebab dia buta warna, aku yang rentung pun di katakan orang Jepun, aku jadi berbesar hati nak berbaik baik dengan dia.

Oh.. kau lah sahabat lama yang terpisah !  

Jauhari sungguh sampai Maniam dengan Manikam pun dia tak kenal.

Ni gambar Sigiriya Rock dari atas. Aku cilok Google jer ni. Kalau tengok belah kiri tu ada dinding kaler orange tu, tu la Mirror Wall.. Lion Gate di the other side of the rock.

Ni la drebar Tuk Tuk yang cakap aku orang Jepun tu.

Bangga oke ! Hahahah

Lagi tambah bangga. Time aku sembang sembang dengan dia, dia teka aku umur 26 tahun !

Biar betik pokok betik? Mamat maybe saudara aku yang lama terpisah ! Hahahaha.Tetiba rasa macam nak berlari semula panjat Sigiriya Rock tu sampai ke atas sekali lagi selepas di puji puji. Terasa diri ini begitu muda.

Tapi mamat ni OK. Dia ajak aku naik tuk tuk tapi aku tak nak so dia tak push dah. Kami borak borak jer. Dia tanya orang Malaysia makan apa. Kat Malaysia orang tanam pokok apa. Sebab dia pun bercucuk tanam kat kawasan rumah dia.

Tanaman yang di tanam adalah Avocado !

Nyum Nyum Nyum.

Lama gak la aku borak dengan dia sementara tunggu bas yang tak sampai sampai. 

Last sekali dia nampak kawan dia hantar couple Mat Salleh kat situ then dia cakap.

"You want to go back to Dambulla with him? Tell me how much.. He comes here sent people go back empty"

Macam tu la ayat dia. Aku tetap dengan pendirian nak naik bas.

"How much? 200 Rupee?"

Dia bagi sugesi. Aku fikir 200 Rupee agak OK jugak pada 700 Rupee. Dan dan tu dia tahan kawan dia tu dan suruh hantar aku ke Dambulla dengan harga 200 Rupee. Kawan dia bersetuju.

So tak sampai 10 saat lepas tu aku dah berada dalam Tuk Tuk kawan dia menuju ke Dambulla.

Dialog dalam Tuk Tuk member dia pulak.

"Where are you from Sir?"
"Where do you think I come from?"
"India?"

* rebah dalam tuk tuk dengan mulut berbuih

Ku harap panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Tak boleh nak berlama lama aku nak bermegah kononnya orang tengok aku macam berasal dari Jepun. Tetiba mamat ni bantai aku dari India pulak dah.

Sakit hati tau ! Sakitnya tuh di sini. Sakit !!!!

* kesat air mata sambil pegang dada

Naik Tuk Tuk memang sampai cepat. Tak macam naik bas. Sebab bas berhenti henti. Tak sampai 15 minit aku dah sampai semula kat station bus Dambulla. Mamat tu baik hati pulak nak tahankan bas yang belum sampai kat station lagi supaya aku dapat seat.

Oh. Terharu. Tapi dia dok goda goda aku gak la, ajak pegi Ayuverda Massage lah. Pegi Herba Garden lah. Aku buat tak endah jer.

Tapi aku bagitau dia aku nak pegi Golden Temple tu kejap. So dia beriya riya nak hantar aku ke sana pulak. Kalau dari station bus Dambulla tu kena jalan kaki lebih kurang 3 KM nak sampai temple tu.

So aku setuju jer.

Nampak warung jual makanan macam ni aku jadi lapar. Tapi aku tak tau nak makan apa.

Mamat tu berhentikan aku betul betul depan The Golden Temple tu. So sebab tambang Tuk Tuk asalnya tadi 200 Rupee, so sebab dia hantar aku ke Temple ni, aku tambah lagi 100 Rupee. Dia OK jer, tapi dia mintak duit Malaysia sebab dia nak simpan.

So aku bukak wallet dan bagi dia RM 1.

"How much in Rupee?"
"300 Rupee"
"Really? Thank you Sir"

Dia agak gembira then aku realize aku silap perhitungan. RM 1 adalah bersamaan dengan 30 Rupee ! Air mineral kat Sri Lanka pun 70 Rupee ! Hehehehe.

Ops.. Sorry. 

Dah salah tu aku diam je lah. Takkan aku nak gi bagitau dia aku silap. Malu la gagal matematik !

Lagipun aku kecewa sebab dia tak pandai jaga hati aku  tuduh aku dari India. Tak macam kawan dia tadik tu. Baik kan?

* mati la gila

Mamat tu lepak kat tepi jalan tu dan aku cross jalan masuk ke Kompleks The Golden Temple Dambulla ni.

Entrance masuk

Temple ni letaknya betul betul tepi jalan besar. So jalan agak busy sikit di kawasan ni.

Aku memang tak de plan nak masuk dalam ni. Pertama sebab temple je pun. Ke dua sebab entrance fee agak mahal. USD 15. So aku berkeliaran dekat compound jer.

Tup tup.. terjumpa balik dengan Mamat Germany tadik tu. Dia pun gerak naik Tuk Tuk ke Dambulla sebab bus tak sampai sampai.

Dia ajak aku masuk tapi aku tak nak. Just singgah ambik ambik gambo jer.

Nama temple ni adalah Dambulla Rajamaha Viharaya

Ada patung Budha keemasan

Ni adalah patung. Bukan sami betul

Di wartakan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.

Baca ni.

Dambulla Cavekovil also known as the Golden Temple of Dambulla) is a world heritage site (1991) in Sri Lanka, situated in the central part of the country. 

This site is situated 148 km (92 mi) east of Colombo and 72 km (45 mi) north of Kandy. It is the largest and best-preserved cave temple complex in Sri Lanka. The rock towers 160 m (525 ft) over the surrounding plains.There are more than 80 documented caves in the surrounding. Major attractions are spread over 5 caves, which contain statues and paintings. This paintings and statues are related to Lord Buddha and his life. There are total of 153 Buddha statues, 3 statues of Sri Lankan kings and 4 statues of gods and goddesses. The later 4 include two statues of Hindu gods, god Vishnu and god Ganesh. The murals, covers an area of 2,100 square meters. Depictions in the walls of the caves include Buddha's temptation by Mara (demon) and Buddha's first sermon.

Compound Golden Temple of Dambulla

Ada pagoda besar

Lepas ambik gambar lebih kurang dan berpisah dengan mamat Germany tu, aku cross balik jalan tu sebab ada nampak orang jual jual.

Tapi kebanyakkannya jual cenderamata. Makanan dan minuman tak der.

Kedai kedai jual souvenir

Nampak orang jual air kelapa. Nasib ada jual air mineral jugak.

Lepas tu aku terus tunggu bas balik ke Kandy tepi jalan depan Golden Temple tu.

Mamat Tuk Tuk tu masih ada kat tepi jalan tu dan dia lah yang tahan bas untuk aku sebab aku kan rabun. Mana nak nampak tulisan bas tu nak pegi mana.

So dia tahan adalah bas berhenti.

Tapi bas tu penuh !!!!

Bas bas kat sini dah la kalau berhenti tu tak complete stop. Asal buleh jer. Terpaksa aku kejar dan bergayut. 

So sebab bas penuh, for the first 15 minit aku berdiri kat tangga dengan bergayut pegang besi jer. Punya la mencabar dengan driver bas bawak bas macam mabuk todi. Cuak gila takut lah terlepas memang terguling jatuh. 

Pastu baru la dapat masuk dalam bas. Tapi kena berdiri. Dah la petang tu orang balik keje kot, masing masing bau ya ampun masham ! Naik pening aku di buatnya.  Tambang bas cuma 100 Rupee balik ke Kandy tapi hazabnya memang betul betul mencabar kesabaran.

Sejam setengah aku berdiri. Bas memang packed. Dah la aisle tu kecik dan seat bas dia orang ni 2-3. Aku dah duduk kat tengah tengah dan peluk beg camera lagi. Asal orang nak turun aku kena buat akrobatik nak bagi dia orang lepas. 

Sejam berdiri tu memang buat aku rasa give up gila. Tahap kesabaran aku memang tahap di lantai jer. Pastu orang tu tolak, orang ni tolak sampai aku fikir..

"Apsal la aku bangang bangang datang Sri Lanka dan menyusahkan diri ?"

* marah pada diri sendiri

Lagi lagi aku di serang rasa bersalah sebab ada sorang mamat ni dia duduk, so bas bergerak membabi buta so kadang kadang aku terpaksa terlanggar dia. Last sekali dia marah sebab aku langgar jambul dia.

Nak kasi kaki je tengok muka dia jeling jeling aku tak puas hati ! Bukan aku sengaja !!!

"Eh lu mamat. Lu ingat lu James Bond? Lu ingat aku sengaja ke nak langgar jambul pagoda lu tu? Nak bojeng bojeng naik kereta la.. buat apa naik bas? "

Macam tu aku cakap dalam hati.

Geram jugak aku sebab dia dok bebel bebel marah aku. Fed up betul. 

Last sekali aku bergerak jauh skit dari dia. Tapi muka dia tetap tak puas hati sebab jambul dia dah rosak !

Aku tak sengaja. Dan dia macam nak ajak aku bergaduh. Aku dah mintak maap banyak kali.

Dan last 15 minit nak sampai Kandy tu baru la aku dapat duduk. Boleh tahan la urat pinggang tergeliat. Dah la berdiri, pastu nak kena control bas laju terhoyong hayang ke kanan ke kiri. Terbayang bayang lagi muka keji abang James Bond Sri Lanka jambul setinggi pagoda.

Padan muka rosak jambul dia. Nak gi dating la tu !

Tapi kan... orang kata karma.

Elok je aku dapat duduk. Ada pulak Aci ni, rambut dah la panjang. Pastu dia pintal pintal ke belakang. Dan rambut dia mengoles oles masuk dalam telinga aku. 

Ergh. Aku pulak jadi rengsa. Macam mana mamat James Bond Sri Lanka buat muka keji dia kat aku, macam tu la aku rasa panas hati bila rambut dia sibuk terbang terbang kat telinga aku. Geli ! Dan dia buat selamba badak je tak tau. Lagi dia macam nak sapu sapu rambut dia tu kat telinga aku !!

Kot ya pun kalau rambut panjang tu, belajar dengan Abang James Bond tu cemana nak buat macam bentuk pagoda ke atas. Tak de la nak sapu sapu kat orang lain.

Rengsa betul perjalanan aku balik ke Kandy ni. Memang tahap kesabaran dan ketabahan aku berkurang dah.

Sampai kat Kandy hari dah malam. Bas pulak berhenti ntah kat mana mana. Tetiba sampai penjara !

Bangunan penjara di Kandy

Nasib la aku macam nampak bangunan ni pagi tadi masa aku naik Tuk Tuk. 

So aku figure out cari jalan balik ke arah tasik. Dan kat tasik tu aku berjalan ke arah Temple of Sacred Tooth Relic sebab aku takut esok aku tak sempat nak merayap ambik gambar dah. Pagi pagi esok aku akan ambik train dan tinggalkan Kandy dan menuju ke Ella.

Dah sampai tasik tu tak susah nak cari temple ni. So aku just pusing je tasik tu dan pegi dekat untuk ambik gambar. Tak masuk pun walaupun tempat ni dibuka sampai malam. Entrance Fee adalah USD 15 jugak.

Aku just ambik gambar dari luar jer.

Sri Dalada Maligawa. Tempat di mana dikhabarkan tersimpan gigi Buddha.

Malam malam pun masih ramai orang datang. Local masuk free, foreigner je kena bayar.

Salah satu bangunan lama di Kandy. Sekarang dah jadi hotel.

Aku merayap sebab aku nak cari kedai makan. Aku cuma makan breakfast je pagi tadi kat hotel. Tu pun makan roti dan telur goreng. Ni dah malam, perut memang kelaparan dah.

Pusing pusing pekan Kandy tu tak jumpa pun tempat makan. Banyak kedai dah pun tutup. Last sekali aku nampak kedai macam 7 Eleven je so aku beli air je. Then aku decided aku balik hotel je lah. Harapnya restaurant masih dibuka dan aku boleh dinner.

Nak balik ke hotel tu, aku tahan tuk tuk. Rata rata semuanya nak 500 Rupee. Gila la mahal. Tiga empat aku tahan semua letak harga paling murah pun 400 Rupee. Kononnya sebab jauh. Jauh pebendanya, semalam aku naik 200 Rupee jer dan aku dah borak dengan orang hotel semalam, rate tuk tuk dari pusat bandar Kandy ke hotel aku adalah 250 Rupee. Pakcik tuk tuk pagi tadi pun charge banyak tu jugak.

Fed up. Aku jalan kaki ke arah tasik semula dan aku pegi dekat bus stop yang aku naik tuk tuk semalam tu masa memula sampai.

Tapi sebaik je aku nak cross jalan ke arah tasik tu, ada tuk tuk berhenti. 

"Tuk Tuk Sir?"

Aku pun pegi dekat dia. Borak borak dan tunjuk alamat. Then dia cakap.

"I know the place"
"OK. How much?"
"200 Rupee"
"Great ! OK. You sure you know the place?"
"Yes Sir !!"

Dia konfiden so aku agak suka hati.

So naik tuk tuk tu, pusing tasik then aku tak tau mana tempat dia bawak.

"I think you are going the wrong way"
"No. No. I know..."
"No.. It is the other side.. not this road"

Pastu dia gelabah. Keluar masuk simpang yang salah. U turn balik. Keluar jalan besar..

Aku ni walaupun rabun, tapi kalau gi mana mana aku mudah ingat jalan. So aku boleh ingat jalan aku naik tuk tuk semalam ke hotel tu ikut jalan lain. Aku bagitau dia, dia kena jalan ke depan lagi baru masuk simpang naik ke atas bukit tapi dia macam tak caya.

Last sekali dia berhenti tepi kedai runcit dan tanya orang. Dua tiga orang gak la dia tanya, pastu dia kata aku betul.

Pastu dia pun bawak tuk tuk dan jalan terus.

"Sir... your place.. no 200 Rupee. 500 Rupee. Far !!!"
"What? No !"
"Far Sir... not here"
"No ! No !... You stop here. Stop !"

Aku dah naik angin lah masa tu.

Then dia stop kat satu bus stop tepi jalan. Aku terus turun. Then dia berhenti, turun dan datang dekat aku.

"You have to pay me 300 Rupee now"

Dia mintak duit dia.

"No ! I agreed to pay you if you send me to my hotel. I asked you earlier and you said you know the place but you have no idea and now you want to charge me 500 Rupee?"
"No you have to pay me 300 Rupee. I bring you here"

Tengah tengah malam, tepi jalan aku bertekak dengan mamat tuk tuk ni. Sakit hati nak je aku terajang dia.

Dia berkeras nak hantar dengan harga 500 Rupee. Kalau tak dia naka ku bayar dia 300 Rupee. Dan aku pun berkeras tak nak bayar. Aku cakap semalam aku naik tuk tuk pun 200 Rupee. Pagi tadi pun cuma 200 Rupee. Mana boleh nak sampai ke 500 Rupee?

Suasana agak tegang. 

Pastu dia boleh cakap kalau aku nak bayar 200 Rupee.. dia boleh hantar aku ke guesthouse member dia. Dia suruh aku tukar penginapan.

Apa lancau ! Ni bukan hari pertama aku kat Kandy ni. Gila !

Dekat bus stop tu ada sorang mamat tengah tunggu bas. Dia lak saksi tengok aku dok bertekak tekak dengan mamat tuk tuk ni.

"You can go. I am not going to pay you ! I will pay you 200 Rupee as agreed but you have to send me to my hotel !!!!"

Aku bagitau dia sebab dia masih tak nak beredar.

Pastu dia pegi borak dengan mamat tunggu bas tu. Apa ntah dia borak. Kutuk kutuk aku lah tu. 

Aku lak rengsa. Tak de pulak tuk tuk lalu time tu. Buatnya dia bergabung dengan mamat tu, 

Adam Stacy bergabung meletup belasah aku ke.. Aku lak yang parah !

Last sekali dia datang balik.

"OK. I send you. 300 Rupee to your hotel"
"No !"
"Then you pay me 200 Rupee now"
"No ! I am not gonna pay you !"
"OK.. OK.. Come"
"200 Rupee !!!"

Dia start motor. Nak tak nak aku naik jugak.

Dan aku pun tak leh nak berkeras mana sebab malam malam ni kurang pulak tuk tuk yang lalu.  

Masa kat atas tuk tukdia tu, aku nyalakan rokok dan dan jer dia mintak rokok dengan aku. Aku bagi dia sebatang. Pastu dia boleh borak dengan mamat tunggu bas tu dan bagitau aku.

"Sir.. My friend want cigarette too"

Friend hotak dia ! Tetiba jadi friend, padahal mamat tu dari tadi dok tunggu bas kat situ.

"No. Finish. No more cigarette"

Last sekali dia drive je. Dan aku pun memang masa tu alert gila la. Takut dia bawak aku ntah ke mana mana. Nasib baik jugak la aku ingat jalan balik hotel tu, so aku dok bersedia je kalau dia salah jalan memang aku hempuk dia dengan kamera.

Tu je senjata yang aku ada yang boleh mendatangkan kecederaan kot !

Last sekali aku yang tunjuk jalan balik ke hotel. Dia dropped aku dan aku bayar dia 200 Rupee. Lepas bagi duit terus aku blah !

Menyirap betul aku. Dah la aku ni lapar !

Nasib baik gak la sampai hotel aku tanya budak hotel tu dia kata dia boleh prepare dinner untuk aku. Tapi kena kasi masa dia sejam. Aku OK je sebab sempat aku mandi dan solat apa semua dulu.

Makan malam. Vege Curry Set. Alhamdulillah. Kenyang. 

Abis nasik tu aku makan sebab memang betul betul lapar.

Lepas makan dan kenyang tu aku balik bilik dan berehat. Sempat bermessage dengan OR. Macam biasa aku akan update dia apa aku buat dan lalui hari ni. Aku citer lah pasal aku gaduh dengan orang kat Kandy ni, 

OR nasihat aku jangan gaduh gaduh dengan orang. Aku ni kat tempat orang dan berseorangan. Dia tak nak benda benda yang lebih buruk nanti terjadi.

Then malam tu sebelum tidur aku dok fikir banyak benda. 

Ni baru hari kedua aku travel dah jadi macam macam. Aku kena find ways supaya nak elak dari benda benda lagi buruk berlaku. Memang aku rasa salah aku ada jugak lah. Biasa sangat dalam comfort zone. Dah lama tak travel so aku dah lupa Do and Dont. Rules of cool..

Memang tak best kalau terjadi benda benda yang kita tak suka time travel macam ni. Apa apa pun, untuk merubah orang lain itu adalah satu yang impossible, 

Jadi siapa yang perlu berubah? Jawabnya.. diri sendiri. 

Aku sendiri !



Siapa kan bersama di waktu kesepian
Siapa kan bersama mereda tangisanku

Kembara dalam duka mencari erti cinta
Kembara dalam sepi membelai luka hati

Dimana kebahagian dimana kemesraan
Mengapa tak bersua sinaran yang abadi

Aku… Akulah pegembara
Berjalan-jalan dikota-kota

Aku… Akulah pemburu
Memburu kasih yang sejati

Siapa kan mendengar rintihan hati ini
Siapa kan simpati derita dalam hati

Siapa kan bersama diwaktu kesepian
Siapa kan bersama mereda tangisanku

La la la la la lala…

And aku came to conclusions untuk saki baki masa yang aku ada di Sri Lanka ni.

1. Kalau aku nak naik bas. Pastikan aku naik bas dekat station bas. Jangan tahan tepi jalan. Bus memang pack. Kalau kat station, mungkin ada harapan dapat seat. Maybe aku elak naik public bas dan ambik private bas lebih selesa sikit.

2. Try kuruskan badan dalam masa 24 jam ni supaya aku tak langgar jambul orang lagi ! Maybe aku kena letak beg kat lantai supaya beg aku pun tak terkena orang kalau time kena berdiri dalam bas.

3. Redha sikit pasal perbelanjaan. Biasalah kalau travel ada kena bayar lebih tang sini, ada kurang tang lain. Jangan berkira sangat. After all.. tambang tambang tu semua still affordable. 

4. Redha jugak kalau kena berdiri dalam bas. Kalau duduk pun berjam jam sakit pinggang jugak. So kalau terpaksa berdiri 2 jam dan dapat duduk for another 2 jam kira OK lah tu. Apa yang penting, jangan redha !! Keluar dari comfort zone dan get used to it. Ni cuma sementara ni bukan permanently. Tuhan uji sikit dah meracau ! Apa kena aku ni????

5. Elakkan bergaduh di tempat orang. Not good ! 

6. Berdiri depan cermin dan telek muka sendiri sambil bertanya.

"Betul ke aku macam iras iras orang Jepun neh? Ya ker? Awwww. macam tak percaya jer... tapi.... "

* tidur dalam senyuman..........

Malam tu aku tidur lena dengan doa dan harapan hari esok semuanya berjalan lancar dan perjalanan aku lebih smooth dan jauh dari sebarang marabahaya !

bersambung...........

32 comments :

  1. orang tu silap tanya sebenarnya you dari india utara kan, hindustan atau benggali, kan putih sikit dari tamil nadu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya memang tak putih mana. hahahaha

      Delete
  2. pengalaman yg berharga dan conclusions yang mantop kecuali yang no. 6....hehe..

    entrance ke bangunan Golden Temple tu unik..siap ada gigi yg putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yup pengalaman berharga.... travel ke 3rd world countries ni memang lebih mencabar minda dan ketabahan

      Delete
  3. Part begaduh dgn tuk tuk suspen betul..nasib baik dia x panggil geng ajak gaduh sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la cuak jugak aku... kalau dia panggil geng memang mencirit la aku lari... nak lari ke belah mana pun tak tau....

      Delete
  4. Kena ada tahap kesabaran yg tinggi kalau nk naik public transport kat sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul !!! kena bersabar dan bertahan... dan kena kuruskan badan jugak. beg tak aci bawak besar2

      Delete
  5. Hahaha...sekejap jepun , sekejap india..lawaklah.
    Tapi kau kira beranilah bergaduh kt tempat org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam berani ada takutnya.. sebenarnya kalau x bergaduh pun ok.. baar je la.. bukan mahal sgt kan. tapi tu la.... hilang kawalan diri.. dan konon nak membajet sgt. x bajet mana pun kalau kira overall

      Delete
  6. India tak apa...Khasmir kan putih-putih lawa-lawa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalanya tak de rupa kashmir !!

      * nanges sedar diri

      Delete
  7. Uncle Meng..
    Bebudak ni nak belanja 1 lagu.. tgh top kat sini.
    Dia orang suruh search Khaled - C'est La Vie.

    Enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeah. thenfksssssss

      dah dengar. sedap..

      dulu suka lagu dia yang didi didi tu

      Delete
  8. Sakit perut aku gelak baca pasal mamat James Bond dengan aci tu.
    Terbayang muka Elvis Presley sudahnya. Aci tu pun... feel feel model rambut ke cemana tu..

    Tapi terus tercuak part kau gaduh dengan driver tuk tuk tu.
    Berani kau. Aku dok bayang dia bawak tuk tuk tu pegi tepi tasik ke, bawak pegi area kampung ke.
    Dirompaknya.. Huhu..

    Apa pun tahniah la kerana tetap berpegang pada prinsip berani kerana benar hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dah la bau semerbak alam. aku speku dia nak gi dating. tapi mcm dating jauh jauh... hehehe

      bila fikir balik memang ntah hapa hapa aku ni sampai nak gaduh2. menyesal gak. nasib la tak kena humban dalam tasik ke kan??

      Delete
  9. masa aku free hair dulu, aku pi negara mana pun mesti org tak penah teka betul...penah jugak org teka aku jepun yang tan...penah jugak dpt tekaan india pfft! hahahaha...

    ReplyDelete
  10. mmg org sri lanka ni buta warna lah eh...sorang ck mcm jepun..sorang lagi ckp dari India ahahaha....kalau datang sorang lagi..agaknya dia akan ckp ... r u from Korea? ha ko!!!! boleh fitam seminggu...bg JM x kira lah org mana pun..tetafi Hitaly tetap d hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org tak cakap korea la sebab tak berapa nak k pop gayanya.....

      Delete
  11. rabun x namfak tulisan bas kata nya kah kah kah yg ni buat JM gelak pecah perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas tu macam pelesit... laju.. pastu tulisan sri lanka tu yang besar. yang rumi ni cenonet jerrr

      Delete
  12. bagi JM bagus juga bertegas dgn mamat tuk tuk tu...beriya cakap tahu lokasi hotel..pastu setuju ngn bayaran 200 rupee tu tapi hakikatnya x tahu then minta byr lebih sebab jauh...apa ke hal...klau x tahu dari awal ckp lah tak tahu...tapi kalau JM meme x berani lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan??

      tak leh kasi muka sgt dia orang ni. nanti semua pelancong dia nak kencing..... dia org dah la tak tau dosa pahala

      Delete
  13. Aiiiyyoooo Meng bertekak ngan Local !!! hahahahhahahaa

    Tetapi kalau dah blood go upstairs , nak buat macam mana kannn !!!

    Hitaly asalnya ... terus jadi Jepun .... kemudian bertukar jadi India .... siapakh dia ? Hahahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejih !!!!

      dont play play... hitaly blood sukar di ramal.... anytime the mutton cross the road.. u die !

      Delete
  14. mesti ko sentap sebab dituduh dari India.

    ambul pagoda tu mahal kot dia buat tu yang hangin bila ko terlanggar jambul dia.

    Dasar kelin memula cakap tahu pastu bengong sesat barat habis.Bergaduh kat tempat orang adalah benda yang tak seronok.Nak lawan kita orang asing.Diorang ramai geng.Kalau kat tempat sendiri baru seronok bergaduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. elak la kalau nak gaduh2 ni. kita mana tau ntah2 dia ada kump gangster dia ke kang. nasib baik la tak de apa apa time tu..

      Delete
  15. hahahahahahahaha sakit perut aku baca entry ni la!!!!aku terbayangkan muka mamat tu marah sebab langgar jambul dia!!!hahahahahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia gelap x nampak muka dia merah.. tapi memang muka marah

      Delete
  16. adoii gelak sampai nangis-nangis dah nie...sampai bos jerit jerit ko dah kenapa!!!?? hahahahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bos kau tuduh kau gila sudah. haks

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...