Saturday, May 9, 2015

Jom Makan : Vichuda Tomyam, Damansara Uptown

Susah jugak tak nak cari masakan Thai yang sedap dengan harga yang berpatutan di negara bukan Thailand ni?

Pernah dengar nama Vichuda?

No No. Tu bukan nama pemenang ratu cantik transexual dari Siam ke apa tapi nama kedai makan yang menyediakan makanan Thai yang sedap dan bersari.

Perlukah kita terjah tempat sedap ni dengan memakai sari?

Vichuda Uptown

Tempat ni tak de la asing sangat bagi aku sebab dah berpuluh kali aku pegi. 

Satunya sebab senang parking kalau malam.

Kedua makanan dia not bad.

Ketiga sebab harga dia agak berpatutan walaupun sebenarnya considered mahal jugak lah.

Satu hari tu OR demam so dia nak makan sup sup. Takkan nak suruh aku masak? So kita pegi makan kat luar lah. Aku pun boleh pekena tomyam jugak.

Justeru itu kami ke Vichuda Uptown Damansara ni. Terletak satu row dengan bank bank ( Maybank. CIMB dan Ambank) mengadap LDP.

Kedai dia agak luas jugak la. Tapi selalunya memang ramai orang

Sampai cari tempat duduk, pose pose cantik. Kalau demam pose terjelepuk hina sikit agar orang layan dengan cepat.

Buku menu tak sempat nak snap.

Ayuh saja biarkan makanan masuk tonjolkan diri.

Sup Ekor kesukaan OR... aku memang tak akan sentuh lah. Tapi Hero boleh tahan jugak gemar sup ekor ni. Selalu aku jeling je tak nak bagi dia makan.. tapi dia makan jugak

Telur bungkus untuk semua orang. Ni versi masih menutup aurat

Ni versi dah kena rogol

Daging goreng kunyit. Daging dia aku boleh makan sebab rangup dan tak de rupa daging

Tomyam untuk Papa supaya kekal ramping dan jelita

Sambal belacan di lupa jangan.. Orang Hitaly kena ada ni sentiasa walaupun tak tahan pedas

Menu makanan kami anak beranak

Semua order air buah. Air buah dia OK laa not bad

Overall, kedai ni memang dah sedia popular so aku tak perlu nak war war kan sangat.

Cuma kalau yang tercari cari masakan Thai yang lazat dan sedap. boleh ke Vichuda ni. Harga pun berpatutan jugak lah.

Lepas makan, kenyang boleh balik terbongkang.

Tapi jumpa kedai lampu ni.. Nama kedai Tong Ging !

Kalau tanya staff dia.

"Kau keje apa?"
"Tongging"

Hahahahaha.. 

Enjoy your weekend !

24 comments :

  1. Wujud lagik yer kedai Vichuda ni ... dah berzaman aku tak terjah area situ.. dulu aku selalu jugak pi ngedate kat situ lepas keje sebab opis kat uptown tu jer ... yg pasti makanan mmg sedap .. sup ekor die mmg terbaekk la bagi aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dating makan sup ekor..... x panas bontot ka? hahaha vichuda tu ada lagi kat situ.. hari tu ada satu kat food center kat uptown 5 tapi kdg kdg tak bukak pun..

      Delete
  2. Eh Meng! Daging pun kau tak makan ke... bukan ikang saja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging. ikan. segala organ organ dalaman termasuk piano, drum, gitar, terumpet dah kaum keluarganya aku tak makan.

      daging tu aku makan kalau goreng garing2 potong kecik2.

      ikan bilis aku makan !

      Delete
  3. kedai peberet aku nih.....jarang menghampakan selera aku kalau nak makan masakan thai

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza..... aku pun kdg kdg pegi jugak kalau nak bertukar selera.. org selalu ramai

      Delete
  4. Hahahahahahahhaaaa .....

    Sure cantik dan anggun kalau memasing pakai sari ke kedai nih kan hahahhahahahahahahahahaa

    Telur versi menutup aurat - shariah compliance gitu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza... telir gadis gadis selatan thai tutup aurat... tapi seluar senteng? hehehe

      kalau pakai sari kena pegi restaurant tandoori buleh la

      Delete
  5. Dekat sek7 shah alam pun ada 1 cwgn vichuda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. mereka dah di seantero negara agaknya. dah banyak cwangan. baguslah perniagaan dan maju dan berkembang

      Delete
  6. Try la Rosdet Kg Bharu... Not bad...tomyam merah n pekat...tp plg best situ Ketam Kari ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kedai favourite bapak aku tu.. dah biasa pegi situ.. cuma malas nak masuk kl jer

      Delete
  7. Replies
    1. elok elok sikit. jangan tongging sebarangan... hehehe

      Delete
  8. aura Krabi melekat lagi ni..iols pon gigih g Absolute Thai nk repeat pulut mangga.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nanti nak pi la absolute thai. hari tu singgah tapau je sebab orang ramai

      Delete
  9. kedai Tong Ging??..wahahahah..geli hati sgt!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi tong ging tentunya dah kaya raya by now

      Delete
  10. Kami pun selalu makan kt sini, suka makan sup ekor...tp sebb harga tu, kadang makan jer dekat umah, budak tukang masak dia pun geng2 diorang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh geng ke.. buleh dpt diskaun lah ni....

      Delete
  11. Ko penah try makan kt Muhibbah di TTDI sanah? Buleh tahan lah. Tp ade lg ke x haa..wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. aku pun dah pegi hari tu. ada aku buat review... makanan dia x berapa kena dgn tekak aku yang ala ala italia ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...