Wednesday, January 2, 2019

RoadTrip CENTRAL EUROPE : 01 | Preparation

Ampun aduh ampun sudah lah jangan menggoda kepada ku.....................

Haks....

Maklum lah, baru balik dari seberang. terbawa bawak pulak bahasa sana.

Masih fresh trip ke 2 Nusa kelmarin tu, tapi aku masih ada banyak trip tertangguh yang belum update. Antaranya road trip central eropah masa end of Summer tahun 2018.

Highlight dah lama muncul dulu : RoadTrip 2018 : Central Europe

RoadTrip Central Europe 2018

Kalau tak update memang luput lah dari memori aku ni nanti. Tapi aku akan cuba update sebagai satu perkongsian khidmat masyarakat supaya sedikit sebanyak dapat beri manfaat. Aku percaya, kalau betul apa yang aku kongsi ni bermanfaat, Tuhan akan murahkan rezeki aku lagi untuk travel dan terus travel. Sampai planet Pluto !

Biar rezeki Tuhan bagi macam daun daun berguguranzzzzz.....

Tapi aku pun manusia biasa, kalau salah kongsi, salah info mintak maaf. Tolong perbetulkan, jangan diam diam pastu membawang tak tentu arah. 

Aku bukan malaikat yang tak pernah berbuat salah. Niat aku baik baik je berkongsi bukan nak up up kan diri sendiri. Kalau tak dah lama aku up kan diri sendiri yang sentiasa kacak bergaya, tampan penuh persona ni.

* hulur bakul untuk sama sama muntah.

Lari sebelum kuda datang terajang

Okey aku cuba kongsi apa yang aku rasa perlu. Ada maklumat kena cari sendiri lah. Nak travel ni kena ada sedikit rajin. Jangan nak kena suap jer............. Yang nak travel nya kita. Jadi kita sendiri je yang tau apa tujuan dan kemahuan.

Siap sedia ?

MUKADIMAH

Mukadimah atas tadi tu dah kan? Mukadimah pasal roadtrip ni pulak.

Aku keje makan gaji jadi cuti agak limited. Tolak campur apa semua aku cuti berbaki pun tak banyak mana, tapi aku memang block time setiap tahun untuk aku travel agak lama dari biasa. Maybe seminggu dua. So aku dah rancang nak ambik cuti panjang sikit dan travel lama sikit, tapi destinasinya tak ada lagi time tu.

Cuma berhajat nak gi Europe je. 

Layan view macam ni

Dan aku jugak teringin nak ber-roadTrip sebab selalu baca blog MULAN : Peace, Love & Harmony dan aku jeles jugak sebab beliau selalu buat roadtrip merata rata. Seriously aku jeles. Tapi jeles cara baik lah. Aku percaya masing masing ada bahagian masing masing, and Insha Allah my time will come...

Tapi kalau bab bab roadtrip ni beliau lah idola aku ! Dah lama aku mengidola kan beliau sefamily yang selalu travel travel begini. (abis lah pecah lobang)

* chicken dance

Moga ada rezeki nanti aku dengan family buat roadtrip bersama sama.

Roadtrip dengan gaya tersendiri..............

Aku pernah travel solo, dengan small group, dengan big group dengan macam macam medium time tu memang terasa nak buat roadtrip selepas trip New Zealand tu.

Tapi roadtrip ni kena ada geng, jadi usual suspects aku adalah geng Geng Berjalan Sakan (GBS). Time tu pulak aku riki riki tikect flight ke Europe dan rezeki jumpa flight return dengan harga RM 2080 ke Zurich. Good deal tu. So aku BW dengan IH bersetuju setelah aku jual point point kenapa mereka kena ikut aku dan melupakan hal hal duniawi yang lain !

"Dunia ini hanya sementara kawan kawan. Ayuh..kita bertravelan !"- Ustaz Dan Din Dun

Abis cerita, tiket pun berjaya di beli............... dah beli tiket, perancangan ada kurang dari sebulan yang perlu dilakukan ! 

01 FLIGHT TICKET

Flight yang murah tu flight Oman Air.

Aku teringin nak gi Oman dan tak pernah naik Oman Air..

Since tiket murah. Aku beli dulu. Ambik masa gak nak goda goda dia orang berdua tu, 3 hari baru berjaya. Tu pun harga untuk dia orang dah mahal seratus.

Usha ticket promo di sini : PYOtravel

OK lah Oman Air ni kira premium airlines lah. Malangnya dengan tiket promo murah tu dia tak bagi lay over di Muscat lama lama. Maybe dia orang nak fill up next flight yang ada untuk route ke sana.

Janji murah. Duduk dalam apron baju stewardess pun aku sanggup. Hahaha

Tapi personally Oman Air kureng skit lah. Makanan, Layanan etc. Aku masih prefer Turkish Airlines.

02 PASSPORT

Since passport aku dah kurang dari 6 bulan dari tarikh travel time tu, jadi yang lama dan dah nak mati tu perlu di ganti.

Disebabkan kesibukan, beberapa hari nak fly baru ada masa pegi renew. Aku renew di Putrajaya je sebab kebetulan ada keje di sana.

Pej immigration Putrajaya bahagian passport. Aku pegi kul 3 petang, tak dan siap. Esok datang balik pick up.


Tahukah anda, sekarang boleh renew passport online. MYONLINE*Passport

Buku merah jangan lupa bawak... Bawak yang baru. Yang lama simpan je sebagai kenangan.

Konon nak gi banyak negara, lapar chop ! Padahal kat Europe tak de immigration dah, takde sapa nak chop kan ! Hahahaha.

03. LESEN IDP

Ada yang tak tau IDP tu apa? International Driving Permit. Nak travel oversea dengan memandu kena ada permit.

Langkah nak apply? Mampu melangkah kaki ke pejabat JPJ berdekatan. Tu langkah pertama !

Pose pose kacak dan jangan lupa ambik nombor. Kang posing lama lama tetiba JPJ tutup.

Cara/Syarat Memohon Permit Memandu Antarabangsa

01. Perlu mempunyai lesen kelas B2 atau D yang sah
02. Salinan lesen memandu ( lesen kena hidup at least setahun lagi)
03. Kad pengenalan asal dan salinan. Jangan lupa copy.
04. 1 keping gambar berukuran passport yang paling kacak
05. Isi Borang JPJ L1 (mintak kat kaunter JPJ)
06. Bayaran RM 150

Tung tang tung tang... Sekejap je siap. Tak payah pening pening kepala. Tapi IDP ni cuma valid setahun je. Tahun depan korang datang lagi kalau nak apply dan ikut langkah yang sama macam tadi.

Tadaaaaa dah siap. Boleh riak dengan orang kampung. * kembang hidung sampai flite time

Tapi riak tu tak ke mana ! Beria aku buat, sampai di Zurich dia orang haram tak pandang. Lesen Malaysia je laku !

* baru sedar hidung kuncup sendiri.

Good to have lah. Mana tau apa apa jadi kan? Tapi sepanjang roadtrip kami, tak de kena tahan polis atau sesapa mintak IDP kami.

Misi nak riak ada IDP kat Eropah adalah gagal teruk.

04. INSURANCE

Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Bagi aku insurance ni memang sejenis kewajipan untuk semua travellers. WAJIB ! Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri.

Peace of mind

Aku memang renew every year travel insurance walaupun tak ke mana mana dan so far memang tak pernah claim apa apa pun.  Dah 3 tahun aku ambik AIA SmartTraveller. Sebelum ni ambik AIG for few years. 

Pepandai la survey, janji ada policy dan coverage dia membantu kita kalau di timpa kesusahan. #akubukanageninsurance.

05. KERETA SEWA

Nak roadtrip keretanya mana?

Untuk car rental, kami survey di sini. Rental Cars

Kami pick up kereta di Zurich airport

Pilih, compare dan buat survey apa yang patut.

Pilihan memang banyak, ikut lah berapa orang, berapa muatan, berapa mewah, kelengkapan accessories semuanya memainkan peranan pada harga sewaan.

Harga kereta sewa di Europe memang murah masa nak reserve. Tapi kena check jugak, unlimited mileage ke tak, dan apa yang include in the policy. Bersedia juga untuk bayaran tambahan driver, insurance kerosakan kalau di negara selain dari negara kita pick up kereta tu, termasuk ada GPS ke tak bla bla bla.....  Kalau time winter kena fikir jugak peralatan tambahan dan sebagainya.

Yang bestnya dia upgrade kereta kami dari murah kepada mewah.  

Boleh tambah gaya yang sedia tak berapa nak ada.

06. ROAM WIFI

Aku kalau travel sendiri memang tak fikir nak cari wifi wifi ni sebab aku rasa boleh survive cari yang free je. Tapi since kami bertiga dan merasakan benda alah ni adalah keperluan semasa pemanduan.


Pocket wifi

Kami rent benda alah ni dari Travel Recommends. Harga ikut negara coverage dan jumlah hari nak digunapakai.

Pick up di airport dan jangan lupa pulangkan balik semula lepas abis guna. Coverage sepanjang kami di Europe kira OK lah. Boleh gak guna untuk update SocMed dan bertanya khabar orang orang tersayang yang jauh di tanahair.

GPS kereta tu kadang kadang koya. Melalut lalut. Jadi ada roam wifi, kami waze juga untuk memudahkan perjalanan kami sepanjang di sana.

Roaming wifi menjadikan anda perantau yang bijak dan tak anti social !

07. BEKALAN MAKANAN

Aku kadang kadang macam baby baby ( *wink ) kena sentiasa ada makanan kalau tak meragam ! Lagi lagi kalau nak makan di luar kena cari kedai lah, parking lagi etc buang masa je. Kami ni kan nak roadtrip? Kan? Kan?

Jadi kami memang sedia bawa bekalan makanan sepanjang trip dan BW setiap hari bertugas sediakan makanan untuk kami bertiga dengan bantuan maid yang kami bawa bersama.

Masih ingat pada Beyonce si periuk belanga ni? Jauh beli di NZ, now ikut sampai ke Europe. Body dah tak bergetah dan kurang seksi tapi bertugas dengan baik (maybe takut kena dera)

Luggage penuh makanan dan kudapan

Bang Brahim's


Billa billa perlu, kami singgah groceries....

Masak bekalan sendiri memang boleh jimat banyak. Few times je kami makan di luar tapi selalu ke groceries beli barang keperluan tambahan.

Makan memang ala kadar tapi Alhamdulillah kenyang. No complaining. Janji kami happy.

Lagipun time travel ni lah paling bagus untuk kurus !!!!

* tunjuk jari yang meruncing tapi ala ala fit.

08. ACCOMODATION

Kami cuma booking penginapan pada hari pertama tiba di Zurich je. Sampai sampai dah malam jadi kami menginap dekat area airport sebab esoknya nak ambik kereta sewa.

IBIS budget

Budget budget pun mahal jugak. Dah la bunyi kapal terbang turun naik memekak je. Nasib kita orang jenis tidur mati. Concorde tetiba bangkit dari barzakh dan lalu pun mesti kami tak tahu.

Hari hari seterusnya kami book hotel based on kat mana kami berada. Since route pun tak confirm so bila dah petang bajet nak sampai destinasi mana baru kami booking. 

Hotel di Europe memang cekik darah sedut nanah. Mahal. Kami pakai airBnb je sepanjang di sana. 

Tapi bercerita pasal penginapan ni, macam macam hal jadi.

Kat Innsbruck, ingatkan apartment. Rupanya kami menginap kat hostel sekolah vokasional

Dah dapat rumah, parking pulak tak de. Dapat owner jelita macam miss universe tapi tak reti cakap English pulak !

Dapat bakal tuan rumah gila paksa kami sewa rumah dia. Padahal kita orang tanya tanya je dulu. Dah lah muka macam perogol bersiri.

Sekali kami booking on the spot mamat tu ada 20 minit untuk siapkan penginapan. Mengelabah badak dia berkemas. Pastu rumah dia kena jalan slow slow. Rasa tersiksa je nak bergerak. Dah lah rumah scary macam rumah hantu.

Airbnb kat Germany

Pernah jugak salah alamat. Jalan dah betul tapi rumah tak jumpa jumpa. Dekat 3 jam tersadai. Bercakap kat phone sampai nak bertekak. Rupanya kami salah town ! Hahaha. Patut la aku cakap kami depan gym dia kata rumah dia tak de gym, rumah banglo ! Bapak dia dah tunggu lama depan rumah.

"My 50 years old father waiting for u outside in a cold for so many hours........ !"
"Oh ! Abis tu kau ingat kita orang ni bersantai cat cat kuku sambil makan aiskerim Magnum??????"

Memang kelam kelibut. Tapi rumah tu lah paling best. Bangun pagi banyak kebun apple dan pakcik tu suruh kami angkut buah apple tu banyak banyak.

Kebun apple pakcik

Nasib baik tak angkut dengan pokok pokok sekali.............................. !

Nanti sambung dengan itinerary perjalanan dan expenses.

bersambung............... RoadTrip CENTRAL EUROPE : 02 | Itinerary & Expenses

20 comments :

  1. yeay... destinasi baru... mestilah setiap perkongsian yg baik akan memberi manfaat yg baik juga. saya pun baru belajar2 nak travel. so dr sini la saya cari info. lagipun dpt tgk gambar cntik2.. keep it up meng!!!

    ReplyDelete
  2. wow...entry ni mmg mengujakan. bole la copy nnti hahaha. btw, aku mcm tau2 je sape yg bawang kau meng psl salah info tu...mcm ada bau2 kat cina je hehehe. oopsss.
    tp part salah bandar tu mmg lawak sehhhh...kesian pakcik 50yo tu tnggu ko hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe. tak perlu panjang2 kan citer. benda pun dah lepas.

      pakcik tu baik je walaupun tak reti cakap english.

      Delete
  3. Wow! Best2x...ada GBS sekali. Teruskan Meng jangan miss.

    ReplyDelete
  4. bab cari accommodation tu yg kelakar...haha..hostel sekolah pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tak de ekon tak de kipas. toilet share.. dah la tu paling mahal accomodation dlm trip ni

      Delete
  5. yeayy..entry europe supermeng dah kembali....sila rajin ye...ni ramai peminat ko nak baca...tu gambar pokok epal tu buat aku teruja...sila letak gambar korang dengan pokok epal...kalau malu, kasi blur la muka...kekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka memang blur sebab dpt petik sendiri buah apple... hahaha

      Delete
  6. segera kita bukak PYOtravel.com
    tengah carik tic murah mana mana lah ke europe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skyscanner je pun. kalau murah dia akan channel kan ke situ juga

      Delete
  7. Alaa bestnya aku pun teringin roadtrip kat europe macam ko. Tp mcm xde geng je nak buat gitu. Hehuuu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. bila tulis entry ni rasa berkobar nak travel lagi. moga di permudahkan lagi

      Delete
  9. Awwhh.. Segan lah, tak seberapa pun trip kami.. Tumpang excited ni SMM nak ke ber-roadtrip.. Seronok pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...