Saturday, January 26, 2019

RT2018 : 02 | SWITZERLAND

Switzerland secara rasminya dikenali sebagai Swiss Confederation (Confœderatio Helvetica) adalah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang.

Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadang-kadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri. Pusat pentadbiran terletak di Bern, manakala bandaraya terbesar ialah Zürich (yang dinobatkan sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun 2006 dan 2007)

Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815). Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak pentadibiran jabatan dilakukan di Switzerland.







ZURICH

Zurich adalah bandar terbesar di Switzerland , dengan jumlah penduduk berjumlah 390,000 di bandar dan 1.2 juta di kawasan aglomerasi. Zurich terletak di Tasik Zurich, di mana tasiknya mengalir ke Limmat River, di utara Switzerland. Bandar Zurich terkenal sebagai sebuah pusat perbankan dan kewangan global, dan menempatkan bursa saham dan ibu pejabat sejumlah besar syarikat kebangsaan dan antarabangsa, dan juga rumah ibu pejabat FIFA. Agensi media kebangsaan dan antarabangsa Jerman Swiss serta syarikat saluran TV kebangsaan Jerman juga terletak di sini.

Layan gambar sekitar Zurich, Swiss.











LAKE LUGANO

Lake Lugano adalah tasik glacial yang terletak di sempadan antara selatan Switzerland dan Utara Itali. Tasik yang dinamakan bersempena nama bandar Lugano, terletak di antara Tasik Como dan Lago Maggiore. Ia dinamakan oleh Gregory Tours di tahun 590 dengan nama Ceresio , nama yang dikatakan berasal dari kata Latin yang bermaksud ceri, dan merujuk kepada banyaknya pokok ceri yang pada satu masa menghiasi tepi tasik.

Lake Lugano kini menjadi destinasi tumpuan warga tempatan dan antarabangsa untuk bersantai dan menikmati pemandangan yang indah.












LUCERNE

Lucerne, sebuah bandar yang padat di Switzerland yang terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang masih dipelihara, terletak di tengah-tengah kawasan gunung-gunung yang dilitupi salju di Tasik Lucerne. Altstadt yang berwarna-warni (Old Town) bersempadan di utara dengan 870m Museggmauer (Musegg Wall), sebuah benteng abad ke-14. Kapellbrücke (Jambatan Chapel) yang dibina pada tahun 1333 menghubungkan Aldstadt ke tebing kanan Sungai Reuss menjadi tarikan utama bandar ini.














10 Fakta menarik mengenai Switzerland

01. Switzerland adalah negara di Eropah Tengah, memiliki lebih daripada 1,484 buah tasik, perkampungan yang indah serta  puncak puncak pergunungan Alps . Ianya bersempadan dengan  Jerman , Austria , Liechtenstein , Itali dan Perancis .

02. Nama rasmi Switzerland adalah  " Swiss Confederation ". Dalam bahasa Latin ini adalah Confoederatio Helvetica, yang mana singkatan antarabangsa negara, CH diperolehi. Swiss memiliki matawangnya sendiri iaitu Swiss Franc.

03. Switzerland mempunyai empat bahasa rasmi: Jerman , Perancis , Itali dan Romansh .

04. Jumlah penduduk Switzerland dianggarkan 8,064,246 orang. (2016). Ibukota adalah Bern dan bandar terbesar adalah Zurich. Tasik Geneva , dengan keluasan 581 kilometer persegi (224 batu persegi), dianggap sebagai tasik Switzerland yang terbesar,

05.   Switzerland mempunyai landskap yang menakjubkan termasuklah puncak Matterhorn yang terkenal. Switzerland adalah negara yang banyak gunung dengan 208 gunung melebihi ketinggian 3,000 m dan 24 gunung melebihi 4,000 m. Puncak tertinggi di Switzerland adalah Dufourspitze iaitu 4634 meter (15.203 kaki)

06. Switzerland adalah negara neutral tertua di dunia ; ia tidak pernah berperang dengan negara asing sejak memeterai Perjanjian Treaty of Paris pada tahun 1815. Switzerland telah menjadi negara merdeka sejak tahun 1499 lagi.

07. Pembuat coklat Swiss Daniel Peter dan Henri Nestlé mencipta coklat susu pada tahun 1875. Syarikat Nestlé , yang dimulakan oleh Henri Nestlé pada tahun 1867, membeli hampir sepuluh peratus daripada tanaman kopi dan koko kacang dunia dengan sendirinya setiap tahun. Ia juga mencipta Nescafe, kopi segera pertama di dunia pada tahun 1938.

08. Tujuh bilion Toblerone dihasilkan setiap tahun berasal dari kilang di luar ibu negara Switzerland.

09. Di Switzerland, terdapat lebih banyak bank daripada klinik gigi.

10. Pekerjaan sebagai guru adalah salah satu pekerjaan yang dibayar paling tinggi dengan waktu percutian paling banyak iaitu 12 minggu setahun !

TRIP SUMMARY.

Ini bukan kali pertama aku sampai di Swiss ni, tapi sepanjang berada di Swiss semasa road trip baru baru ni, aku sempat berkunjung ke beberapa bandar dan kawasan di sekitarnya ini.

Banyak bandar sebenarnya kalau nak cover kat Swiss ni sebab semuanya menarik dan cantik cantik. Tapi kena tengok pada masa yang ada. Kami tersangkut sebab terpaksa menempuh jem so terpaksa skipped few tempat yang ada dalam plan.

Overall, setiap bandar dan tempat di Swiss semuanya menarik dan lagi menarik kalau kena dengan musim yang terbaik. Memang kena spent banyak masa di Swiss ni, atau kena buat satu trip khas untuk cover Switzerland sahaja baru puas hati !

4 comments :

  1. Replies
    1. haah... sangkut berjam jam. rupanya org buat jalan..

      Delete
  2. Meng, takkan takde drama sepanjang ko kat sana ??? Mana..mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar..... drama dengan aku adalah forever bersama..

      tunggu................

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...