Bahagian ketiga.
Aku share beberapa tips dan some recommendations bagi yang nak mencuba road trip di Eropah tengah satu hari nanti.
Road trip dengan Porsche... aci?
Ayuh ! Kita mulakan..................
11 TIPS & RECOMMENDATIONS
01 - Cuaca/Coverage
Kalau nak pegi mesti racangannya akan jatuh pada musim musim tertentu. Sebab Eropah tengah ni mengalami 4 musim jadi setiap musim akan affect pemanduan sepanjang road trip.
Pegi musim bunga atau autumn memang nice lah. Tapi cuti tak semestinya ada time time macam ni.
Banyak faktor yang menyumbang. Banyak kesan yang bakal ditempuh. Kalau Summer panas sangat tapi nak drive senang. View tak de lah selawa winter. Kalau Winter pulak nanti sejuk kokol. Extra luggage untuk baju bajan lagi. Kalau snow, kereta kena ada chain dan jadual perjalanan memang terpaksa di pendek kan sebab keadaan jalan.
Apa apa pun, plan bebaik and kaji pro and cons-nya.
Trip kali ni aku pakai kasut baru. Rasa muda belia dan lebih berdaya saing dari biasa.
02 - Vignette
No ! Ini bukan minuman. Kalau nak road trip di banyak negara, setiap negara akan mengenakan vignette yang perlu di bayar sebelum memasuki negara tersebut.
Ala ala roadtax
Jangan lupa tampal kat cermin depan kereta
Mostly negara yang kenakan vignette lebuhraya dia tak kena tol ( except Austria ada terowong dikenakan bayaran walaupun siap ada vignette dah). Macam Italy tak de vignette tapi kejap kejap kena bayar tol. Setiap negara berbeza harga vignette dengan validity period. Paling mahal Swiss, sebab tu sebaiknya sewa keta di Swiss sebab biasanya siap siap included. Kalau negara lain, sebelum masuk sempadan, biasa ada di jual di station station minyak yang mengambil bahagian.
Kat Austria memang banyak gila terowong kena keluar masuk
Tambah ilmu di dada yang montok dengan membaca ni : Vignette Driving in Europe
03 - Petrol
Jangan ingat sewa kereta tu minyak included. Kalau included pun full tank pastu kena ganti semula.
Station minyak
Peringatan : Setiap negara harganya minyak petrol adalah berbeza. Dan dalam satu satu negara ni, harga minyak memang berbeza dari satu station minyak dengan station minyak yang lain !
Ya. Maksudnya harga tak tetap. Swiss, Germany memang mahal. Austria murah skit. Kena rancang kat mana nak berhenti isi minyak dan survey minyak dari station ke station. Tapi harga within country tu biasanya tak lah jauh beza tapi antara negara memang tak serupa. Jauh !!
Lepas isi minyak jangan lupa istighfar. Minyak kat europe agak mahal. Lagi jauh perjalanan lagi kerap lah urut dada masing masing. Kus semangat.
04 - Currency
Basically kalau within EU countries memang pakai Euro. So bawak la Euro banyak banyak.
Wang besar
Tapi macam di Swiss kena pakai matawang dia sendiri.
Swiss Francs
Macam kita orang hari tu memang tak bawak dari sini. Konon nak tukar kat airport Zurich. Malangnya cureency exchange tutup. Sakit otak fikir mana lagi nak tukar sebab nak naik train je pun. Nasib baik boleh keluarkan kat ATM machine.
Negara negara lain yang kami pegi macam Hungry, Croatia guna matawang sendiri jugak. So biasanya kami tukar skit sebaik masuk sempadan.
Hungarian Forint HUF. Punya lah buang masa kami di Budapest sebab tak jumpa cari exchange.
Satu lagi, better tukar duit kat bank ( kalau jumpa bank ) sebab kalau tukar kat kiosk exchange ni dia makan komisyen tinggi gila especially di Italy.
* tetiba darah naik dan rasa nak amukan padu terkenangkan kisah lalu.
Walau bagaimana pun, certain kedai especially yang jual cenderamata, FM ke apa, dia orang aci terima duit Euro tapi rate ikut suka dia lah. Contohnya di Zagreb.
06 - Driving in Europe/RNR
Memandu di sana berbeza sebab left hand side. So kena register kat otak cepat cepat kalau tak biasa. Masa memula ambik kereta kat Zurich Airport, punya lah gelabah boleh kami keluar bangunan parking pastu tersilap masuk parking tu balik semula. Hahaha.... Double gelabah jadinya.
Jalanraya biasanya elok elok belaka tapi kena patuhi hadlaju. Since IH adalah pemandu berhemah jadi kami bersih dari sebarang saman speed trap.
Pemanduan berhemah nilai murni yang kami sematkan dalam diri............ * poyo
Tapi bukan kena hati hati bab kelajuan je. Bab parking juga kena awasi. Jangan parking merata rata. Kadang kadang ada parking kosong tapi untuk few minutes je. Ada jugak parking tapi untuk residens bangunan sahaja dan lain lain lagi.
Part ni kita orang tak bernilai murni mana sebab kena saman parking di Hallistatt. Parking di Vienna adalah mahal nak mampus. Sejam parking mau kena bayar RM 60. Belum valet parking lagi tu. Terpaksa feeling feeling golongan miskin. Kalau kat Malaysia dah kaya tu.
Ada jugak hari tu nak bayar parking tak de syiling !!
Kalau singgah RNR toilet dia orang biasanya kena bayar.
Jadi sediakan duit kecil. 0.50 Euro kot. Kalau tak de duit, kencing je lah depan gate tu. Pastu buat buat bingung...
Jangan lupa cepat cepat lari keluar.
Satu lagi benda alah gate gate ni tak bagi refund so sediakan exact amount. Pengalaman kami di Swiss. BW kencing sekali masuk convert kena RM 15 ! Sekali masuk tu. Patut kalau mahal macam tu ada orang tolong cebukkan baru berbaloi. Kann?
Nak kencing tepi semak? Hmmmm pandang lah dulu kiri dan kanan !
Ada jugak RNR yang sunyi macam ni...
Biasanya kami aim yang sunyi sebab nak singgah solat sekali.
07 - Food
Untuk road trip seperti ni. Sebaiknya siap siapkan bawak bekal makanan sebelum bergerak. Kang lapar satu hal nak cari tempat makan. Jimat masa dan perjalanan.
Bawak la makanan yang boleh di bawak. Untuk kekenyangan bersama
Bekalan time masih awal awal...Pilihan lokasi tempat makan pun dekat kawasan istana jer...
Dah nak sampai ujung ujung.. Stok dah abis. Mengunyah makanan dengan muka hiba. Tisu lebih sebab kesat bibir berminyak sekali dengan linangan airmata.
Tapi memang boleh jimat kalau sediakan makanan sendiri. Kami sepanjang trip ni cuma 2 kali je makan di luar. Pizza di Venice dan Kebab di Vienna. Tapi tak dan nak kurus jugak !
Tetiba pizza di Venice ni rasa macam tersedap di dunia !
Walhal sebenarnya lapar sebab sesat barat.
Satu lagi langkah penjimatan...
Beli lah barang di groceries store. Harga banyak beza dengan beli di luar. Air siap masak kat penginapan dan isi dalam botol kot kot dahaga di perjalanan.
08 - Mental/Physical
Ini common sense lah. Mental dan fizikal kena prepare elok elok.
Ahli road trip kena bersatu. Kena bekerjasama. Kalau sorang drive, sorang lagi tukang prepare food dan ada lagi tukang rancang perjalanan. Yang jenis tidur dalam kereta perlu di humban sebaik saja matahari menyinari hari. Hahaha. Takde lah. Maksudnya kena banyak tolerate. Kalau sesat jangan mengamuk tak tentu pasal. Tertinggal shuttle di Venice pun senyum je sambil berjujuran airmata ( fikir cemana nak settle ni)
Kalau terperangkap dalam jem pun kena bersabar.
Kalau plan hari tu gagal nak capai ke destinasi yang di rancang jangan gelabah. Road trip is about enjoying the journey bukan nak bertarung berapa banyak destinasi.
Travel light ! Jangan macam bawak satu gerobok. Mentang mentang naik kereta.
09 - Itinerary.
Biasanya road trip ni jangka masa singgah di satu satu lokasi tu tak lama. Unless memang nak explore tempat tu dan meninggalkan tinja sebagai kenangan.
Bagi memastikan masa tak terbuang mana nak pegi dan ke mana nak tuju. Boleh plan siap siap itinerary setiap bandar. Nanti sampai dah tau nak tuju ke mana.
Kat internet pun banyak.
Cari je map map macam ni. Jimat masa kalau baru nak cari cari.
Follow je tempat tempat yang biasa orang pegi.
Orang kata dah alang alang sampai pegi je dulu. Study kendian. Hahaha..
Boleh jugak refer VIATOR untuk tips sightseeing, things to do dan apa apa yang berkaitan dengan sesebuah bandar yang di tuju.
Atau download MAPS.ME untuk offline maps di telefon masing masing. Senang nak refer.
Atau download MAPS.ME untuk offline maps di telefon masing masing. Senang nak refer.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak orang di jumpa, banyak lah ragamnya.
Aku duduk sebelah Mak Nyah dalam flite KUL - MUSCAT. Setiap 5 minit dia libas rambut pastu sembur perfume. Naik muntah rasanya. Pastu kejap kejap "Oh. Sorry. Kepala headphone ni longgar" sebab terlanggar lutut aku. Saja lah tu. Aku perasan dia macam nak tanya something tapi tak tertanya tanya. Punya lah dia tahan, sampai Muscat baru dia berani. Soalan dia adalah..
"Abang transit?"
Tu jer. Hahahaha. Punya lah berpeluh nak tegur aku. Dia just being friendly, tak de apa apa yang terjadi selepas itu.
Ada sekali IH cuci baju kat rumah penginapan di Zagreb. Dah plan nak keluar awal pagi tu, tup tup kami gagal bukak pintu mesin basuh tu. Punya lah kampung. Siap tarik bersungguh, cabut plug masih gagal jugak. Satu hal pagi pagi hari bergaduh dengan washing machine.
Tapi yang paling tak tahan masa di Bratislava. Kita orang drive masuk town. Relaks je IH driving. Pastu semua orang pandang. Bajet dia orang pandang sebab kereta kita orang lawa !! Mesti ramai yang terkesima rama tuh. Pssst. Hebatnya kamu. Yakinnya kamu. Rupanya pandangan pandangan tu adalah pandangan keji dan penuh hina. Jalan tu adalah pedestrian street. Pastu jalan mati depan cafe. Kita orang dah nak masukkan muka dalam dashboard sebab kami dah stuck dan tak leh nak u turn balik. Semua pelanggan cafe bangun alihkan kerusi dan meja masing masing. Dalam hati sah sah menyumpah seranah. Baru ingat bajet bajet hot sebab naik Toyota CHR.
Ada banyak lagi cerita, nanti aku kongsi kalau ada masa dan kerajinan. Tapi aku kena start makan kismis selori setiap bulan untuk kembalikan daya ingatan..................... !
Good luck bagi yang nak ber road trip nanti. Just go and enjoy the journey..................
Mungkin orang lain ada tips dan rekomendasi yang lainn. Dan tolong perbetulkan kalau ada kesilapan fakta.
Sekian.
Mungkin orang lain ada tips dan rekomendasi yang lainn. Dan tolong perbetulkan kalau ada kesilapan fakta.
Sekian.
pizza apa tu? terliur pulak
ReplyDeletepizza bodoh je. cheese pizza. tapi lapar punya pasal
Deletebagusnya diaorang siap tolong alihkan meja hahaha
ReplyDeletedalam hati sah sah mengeji.
Deletelepas tu mereka membawang sampai ke petang.
3 org manusia telah menyusahkan masyarakat setempat. hehehe
Adoii lawak la drive kat pedestrian street tu.. Tp kenangan best kan.. Takpe jgk dpt org sebelah asyik sembut perfume.. Kalau dpt yg tak mandi bau hangit tu, melekat kat baju duduk sebelah 7 jam.. Ya ampun..
ReplyDeletehahaha... kejap kejap menyembur tu tak tahan. agaknya dia kata i yg busuk kot. * sigh
Delete