Thursday, January 3, 2019

RoadTrip CENTRAL EUROPE : 02 | Itinerary & Expenses

Sambung pasal road trip ke Central Eropah.


* tunggu peminat muncul sambil nyanyi lagu sepohon kayu daunnya rimbon

Ada orang ke tidak ni?

Senyap dan sunyi jer

Kemana korang pegineyyyy?

Apa?? Dah pegi roadtrip??????? Wahhhh. Hebat nya kamu. Yakinnya kamu !

Asal masa planning macam macam tempat dalam kepala otak nak pegi. Cas cas boleh terbang ke sana ke mari. Bila start buat itinerary baru lah sedar diri. Imaginasi melangkaui batasan realiti.

09 ITINERARY

Plan awal

Untuk merangka itinerary aku guna Rome2Rio.

Apps ni bagus sebab kita boleh plan destinasi dan jangkamasa perjalanan bukan saja kalau memandu, malah jadual bas, dan public transport juga beserta kos petrol atau tambang.

So banyak aku try and error.  Plan awal ni tak termasuk Croatia dan Italy tapi bebudak berdua tu teringin pulak nak balik ke kampung halaman aku di Hitaly. So aku tak boleh syok sendiri, kang kempunan mereka mereka tu.

Plan seterusnya. Tersadai tak lepas balik !!

Bila plan lagi sekali berubah ubah lagi. Plitvice tetiba masuk, Italy boleh balik kampung jenguk ayam itik dan selagi boleh nak squeeze masuk.

* piak piak piak

Tetiba tamparan realiti menyedarkan diri. Travel for fun, bukan nak berlawan lawanan. Eh sapa kata aku nak berlawan? Hiks.

Last sekali kita orangdecided, we just go with the flow. Itinerary is just a guideline, sampai sana nanti tengok lah cemana jadinya. Ikut keadaan dan situasi.

Maka ini lah yang jadi.................................

Day 01 : Depart to ZURICH (Swiss) via MUSCAT (Oman)

Oman Air 


Transit 3 jam di airport Muscat


Facilities terbaik

Flight smooth je, singgah kat airport sempat solat je. Tak makan pun sebab tak de duit OMR. Lagipun duit dia mahal tu.

Day 02 : ZURICH (Swiss) - VADUZ (Liechtenstein) - INNSBRUCK (Austria)

Pusing pusing Zurich di pagi hari

Tengahari di Vaduz

Dah nak malam sampai di Innsbruck. Menginap di sini.

Semuanya as planned. Tak de lah terkejar kejar pun. Just nice sampai Innsbruck dah nak malam so jalan jalan sekitar Hard Rock Cafe je.

Day 03 : INNSBRUCK (Austria) - Neuschwanstein Castle (SCHWANGAU, Germany) - MUNICH (Germany)

Explore Innsbruck sikit lagi

Neuschwanstein Castle

Munich


BMW Munich

Plan asal nak bermalam di Munich tapi cari hotel mahal gila semuanya. Last sekali drive slow slow towards Salzburg tapi jumpa rumah murah di Rosenheim jadi kami menginap di situ je. Pegi stadium Bayen Munich... haram tak leh nak masuk dekat sebab tak de acara.

Day 04 : ROSENHEIM (Germany) - SALZBURG (Austria ) - HALLSTATT (Austria) - LINZ (Austria) - CESKY KRUMLOV (Chezh)

Rosenheim

Salzburg

Hallstatt

Linz

Rosenheim tu tak de dalam plan nak ronda ronda tapi tuan rumah tu beria promote, sepagi jugak kami di situ. Tengahari ke Salzburg. Jalan jalan then terus ke Hallstatt. Plan asal tidur di Hallstatt tapi since dah abis meronda kami plan nak tidur di Linz on the way ke Vienna esoknya. Idea ke Cesky Krumlov datang spontan then terus kami tuju ke sana. Memang tak mengecewakan, tempat tu memang lawa gila.

Day 05 : CESKY KRUMLOV (Chezh) - CESKE BUDEJOVICE (Chezh) - VIENNA (Austria) - BRATISLAVA (Slovakia)

Cesky Krumlov. Kami di sini sampai tengahari


Singgah kejap di Ceske Budejovice

Sampai Vienna dah petang.

Time ni terkejar kejar skit sebab nak sampai Vienna awal. Sampai agak awal, singgah masjid dan solat dulu, kebetulan nak asar. Tunggu lah. Pastu nak masuk Vienna punya lah jem. Cari parking satu hal. Tup tup dah malam. Pastu banyak jalan tutup. Kami makan malam di Vienna pastu terus headed to Bratislava. Konon merajuk dengan Vienna tak jadi tidur sana. Last last tidur di Pezinok (25 KM) dari Bratislava sebab salah baca alamat penginapan yang dibooking. Dush.

Day 06 : BRATISLAVA (Slovakia) - BUDAPEST (Hungry) - ZAGREB (Croatia)


Pagi di Bratislava

Budapest

Sekali lagi, kami tak spent banyak masa di Budapest. Sampai dah awal, tapi cari tempat tukar duit satu hal. Cari masjid nak solat berpusing pusing tak jumpa sampai dah nak maghrib. Malam tu sempat la explore Budapest sikit sikit. Malam tu jugak kami lari ke Zagreb dan bermalam di sana. Merajuk lagi ! Sampai Zagreb pukul 12 malam. Nasib tuan rumah tunggu.

Day 07 : ZAGREB (Croatia) - LAKE BLED (Slovenia) - LJUBLJANA (Slovenia) - VENICE (Italy)

Zagreb

Lake Bled


Bled


Ljubljana aka Lubang Jub* Janna Nick?

Kami agak lama di Zagreb sebab alpa dengan dunia materiali. Ada pesta dan sambutan apa ntah sampai ke tengahari tersangkut di Zagreb tu. Kami terus ke Lake Bled dulu sebab takut hari gelap. Lepas abis di Lake Bled baru patah balik ke Ljubljana. Suprisingly aku suka Ljubljana ni. Nyaman. Tapi tak banyak masa. Malam tu jugak kami drive ke Italy dan bermalam di Venice. Sampai Venice jam 2 pagi !

Day 08 : VENICE (Italy) - VERONA (Italy) - MILAN (Italy) - LAKE COMO (Italy)


Venice yang ramai gila manusia


Sampai sesat barat kami di buatnya


Tapi Venice memang cantik


Verona yang damai mempesona


Milan yang serabut jalanrayanya

Hari ke 8 pun banyak perubahan plan. Asalnya nak ronda ronda Venice sekejap je tapi IH dengan BW sesat barat ! Aku cari dia, dia cari aku. Last sekali terlepas bas balik. Lewat tengahari baru keluar dari Venice. Singgah di Verona kejap.. dragged sampai ke Milan pun dah malam. Nasib kawasan Domo tu tak tutup lagi, tapi singgah ambik gambar je dan terus ke Lake Como sebab kami booking penginapan di sana. Kul 1 pagi baru sampai rumah tuan tanah.

Day 09. LAKE COMO (Italy) - LAKE LUGANO (Swiss) - LUCERNE (Swiss) - ZURICH AIRPORT (Swiss)

Lake Como

Lugano

Lucerne

Hari terakhir. Flight pukul 9 malam. Dah bajet cantik cantik, nak singgah few tempat lagi di Swiss ni. Malangnya kami terperangkap dalam traffic jem. Lama lak tu berjam jam. Last sekali sempat ke Lucerne je, then jem tak berhenti terus cancelled semua plan dan tuju ke airport Zurich. Ngam ngam timing untuk pulangkan kereta.

Day 10 : ZURICH - MUSCAT - KLIA.


Mari pulang

Pulang ke tanahair ku....................

Ada few places yang aku memang teringin nak pegi tapi tak dan. Antaranya Platvice di Croatia, Grossglockner Mountain Park di Austria, Dolomites NP di Italy serta bandar bandar di Swiss macam Bern etc. Tak pe lah. Maybe akan datang bila ada rezeki untuk datang semula.

Kalau selama ni orang selalu kata Swiss paling cantik, tapi personally aku rasa Austria pun cantik juga dari segi landskap dan muka bumi.

Swiss


Austria

Pekan kecil di Republic Czhech

Dan destinasi yang bagi aku best, cantik dan berbaloi terjah adalah.....

Budapest. Walau tak spent lama mana tapi sempat lah rasa aura city dia yang vibrant dan penuh culture.

 Hallstatt. Tempat wajib pegi.


Istana Cinderella yang wajib di kunjungi


Lake Bled pun sama


Cesky Krumlov., bandar paling cantik

Special shout out to Ljubljana. Aku suka city dia walaupun memula kami tak expect apa apa. Ada aura.

Verdictnya, roadtrip ni memang mencapai apa yang kami hajati. Memang tak spent banyak masa di sesatu tempat, tapi itu lah what road trip is all about.

Roadtrip gaya travel yang menarik

Lagipun most cities di central Europe ni lebih kurang je gaya pebandarannya dengan susur atur bangunan yang lebih kurang sama.

Aku recommend sesapa yang belum pernah cuba, boleh cuba travel gaya roadtrip ni. Apa yang penting..... keselamatan sentiasa di jaga. Dont rush. Kalau rasa do-able, proceed. Kalau was-was, stop and rework the plan. Apa yang penting kita have fun and enjoy sepanjang perjalanan.

10 EXPENSES

Ini expenses yang telah dilaburkan untuk trip ni. 


Harga untuk 3 pax.

01- Sewa kereta = RM 1,612
02 - Accommodation = RM 1,993
03 - Duit collection group = RM 3240 (untuk bayar parking, makanan, vignette, petrol etc)
04 - Flight = RM 6,600

Sub total = RM 13,445

05 - Misc = Wifi + bfast + bekalan makanan = RM 571 (yang dah di belanja sebelum trip bermula)

GRAND TOTAL = RM 14,587 / 3
TOTAL EXPENSES = RM 4,863.33 Per person

Ni tak termasuk shopping. All in abis jugak lah around RM 6K setiap sorang.

bersambung............

8 comments :

  1. Tengok gambar2 pn dah tau aura dia camne...thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Agak ok jgk perbelanjaan utk seorg tu.

    Abam Meng jadi Rahul Dilwale Dulhaniya Le Jayenge tak kat Swiss tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sebab tak makan kat luar kot. lg pun harga flite agak ok. kalau tak mahal juga

      Delete
  3. Betul Bang Meng. Dulu kita pun ingat Swiss negara paling lawa kat dunia masa round Western Europe. Tapi bila sampai Central Europe, rasa macam pemandangan kat Western Europe tu macam tak ada apa-apa kalau compare dengan Central Europe. Sampai ke saat ini dok teringat betapa lawanya Austria & Hungary.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.
      tapi swiss tu memang wajib lawa lah. x leh deny dah

      Delete
  4. Replies
    1. I suka blake lively.

      * mati la tak de kena mengena

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...