Monday, May 11, 2015

Hari Ibu 2015

Hari Jumaat hari tu Princess kecoh kecoh sibuk la bagitau aku.

"Papa.. Papa kena beli kek untuk Ibu"
"Kek? Kenapa?"
"Teacher cakap esok hari jadi Ibu "

Dan bila dia tunjuk kad ni baru la aku tau, anak aku ni salah info sebenarnya.

Ini kad Princess bawak balik dari tadika

"Jom la Papa kita gi beli kek untuk Ibu"
"Eh.. Hari Ibu bukan hari ni. Hari ahad nanti"

Sibuk la nak ajak gi beli kek. Hari bapak tak de pulak sibuk sibuk nak beli kek untuk aku !

* mati la emo

Dan semalam kami keluar celebrate Hari Ibu. Sebenarnya tak de la celebrate mana, just keluar makan makan di luar jer.

Makan Nasi Arab di Sahara Tent, Shah Alam.




Nanti rajin aku buat separate entry pasal Sahara Tent ni.

Dan seperti yang di janjikan, kami cari kek untuk OR. Princess yang sibuk nak cari cake sangat dan dapat la beli di Baskin Robbins, Plaza Shah Alam.



Beli dan tapau bawak balik rumah. Princess siap nyanyi lagu Happy Birthday.

Sedap kek dia. 

Happy Mother's Day especially untuk mak mak aku yang jelita lagi menawan selalu  ( Lara & Martha Kent). Untuk OR yang sentiasa sabar melayan kerenah 2 orang budak budak bijak bestari ni. Tak lupa juga kepada Ibu mertua, Ibu saudara, Ibu Angkat, semua ibu ibu pejabat, ibu sawat, ibu jari, ibu ayam serta ibu roti !

Untuk semua ibu ibu di luar sana dan juga ibu hamil, Selamat hari Ibu !



Mama agung nama mu oh Mama
Mama mesra namamu oh Mama
Mama pelindung hidupku Mama

Belaian mu hangat menyayang
Petuamu pagi dan petang
Oh Oh Oh Mama ku sayang

Tiada di dalam dunia
Cinta semurni mama

Tiada di dalam dunia
Ku cinta sebagai Mama

Pengorbanan mu tak terbilang
Seluruh hidupku mendatang
Oh Oh Oh Mama ku sayang

Mama
Mama
Mama

Dan nak jadikan cerita, excited sangat orang yang celebrate hari Ibu ni, sampai rumah baru realized hp dia tak der !

Kalau hp hilang sure mereng sekejap kan? Dia tak tau mana dia letak hp. Tapi OR ni suka letak hp kat tepi pintu kereta. Dah dua kali terjatuh tapi hari tu dia sedar. Kali ni? Hmmmm lesap !

Aku try call call tak berangkat.

Kami keluar dan pegi ke Shah Alam semula. Sampai Plaza Shah Alam kedai pun dah tutup. Pegi dekat tempat parking tadi tu. Aku tried call sekali lagi.

Hah! Nampak menyala bawah pokok  tepi tempat parking.

Nasib baik. Masih panjang umur dan ada rezeki untuk setia bersama sama. Kalau tak, mahunya tuan hp ni tak bercakap dengan aku seminggu sebab berduka lara telefon hilang !

Tu la cerita tragis seorang Ibu di hari Ibu !

14 comments :

  1. Fuhh... Lara & Martha Kent terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru la antarabangsa namanya................

      Delete
  2. hp kalau hilang sadis woooooooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. dalam keta pun diam tak bercakap... uk tak ik pun tak...

      Delete
  3. sib baek jumpe yer..takyah la sedih2 sgt klau ilang hp, nanti enchek suami OR bole belikan hp yg baru..kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah offer dia tak mao. ntah apa sentimental value sgt phone dia tu. padahal dah lama pun

      Delete
  4. baguslah supermeng ini, semua ibu dapat wish termasuklah ibu yang bukan status ibu.

    ReplyDelete
  5. Mother's day tapi nyanyi lagu Happy Birthday..
    Klasik tu bang..

    P/s;
    Ke memang sama tarikh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde nya sama tarikh.. dia tu asal ada kek je semua birthday...

      Delete
  6. No tel yg dlm hp tu penting....

    Bukan ada back up pun

    ReplyDelete
  7. ntah la.. dia kata banyak gambar princess dlm hp dia. x back up lak tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...