Aku sedar sedar dari tidur, bas dah berhenti !
Kesat kesat air liur basi, tengok tengok aku dah sampai ke Hanoi.
Punya la lena tidur sampai tak sedar diri. Tapi OK lah. At least aku dapat tidur jugak lah dalam trip kali ni. Itu la gunanya ambik seat single, tak de orang kacau. Nak berdengkur ria pun dah malas nak ambik pot.
Turun dari bas aku mamai mamai. Kesat sisa sisa air liur basi sekali lagi, ambik beg dan mengigau kejap. Asing gila rasa tempat nya.
Seperti yang di katakan oleh budak hotel tu, dari situ aku kena ambik bas untuk balik ke Old Quarter. Tapi tengok macam tak de bas je. Aku tanya driver tu, dia kata kena jalan ke depan sikit.
So aku pun nyalakan rokok dan berjalan dengan muka tak basuh !
Kalau nak di kira kan, tempat aku turun bas dari Sapa ni terletak jauh di selatan Bandaraya Hanoi ni. Memang agak jauh dari Old Quarter. Tapi aku kena cepat cepat balik ke sana sebab aku dah booking untuk pagi ni trip ke Halong Bay.
Budak hostel tu pun dah siap siap bagitau, turun dari bas, naik public bas dengan harga 15,000 Dong. Nanti dalam bas mintak di berhentikan dekat dengan kawasan hotel. Dia siap tulis semua tu dalam bahasa Vietnam in case aku tak tau dan terpaksa tanya orang.
Cukup bagus lah tu.
Dia remind aku jugak, kalau terpaksa naik teksi, mintak kurang abis abisan sebab tambang teksi dari tempat ni balik ke Old Quarter even kalau guna meter pun boleh mencecah 200,000 Dong. Kalau nasib pun boleh kurang sampai 150,000 Dong.
So aku fikir, baik aku naik bas je la. Malas aku nak bayar mahal mahal. Lagi lagi tengok jam masih ada masa sebab baru pukul 6.30 pagi.
Elok aku menapak tetiba ada ada sorang mamat ni naik motosikal berhenti sebelah aku.
Nak cakap dia tak pandai.
"Uh.. Uh?"
Aku faham. Dia mesti tanya aku nak ke mana dan dia nak hantar.
Nampak dari gaya macam nak pegi keje. Sempat lagi mencari duit luar pepagi ni eh?
Memula macam malas nak layan, tapi aku fikir, why not aku cuba jer tanya. Mana la tau. Mungkin tak murah macam naik bas, tapi aku boleh sampai cepat ke hotel !
"Old Quarter.. How much?"
Dia diam. Tapi macam faham. Aku keluarkan kertas yang di tulis oleh budak hostel siap dengan alamat sekali. Aku tunjuk kat dia.
Dia bukak hp dia dan taip harga kat situ.
150,000 Dong !
"No !"
Aku jalan.
Dia ikut lagi. Taip lagi kat hp kecik dia.
100,000 Dong !
Aku geleng kepala.
"Uh????"
Dia tanya aku. Tanya macam tu je tapi sebab dah biasa travel kan kita boleh agak mesti dia tanya, berapa harga kita nak.
Aku ambik hp dia dan aku taip.
50,000 Dong !
Dia pulak geleng kepala.
Tak nak sudah. Aku jalan je.
Tak lama lepas tu dia ikut lagi. Kali ni dia taip balik.
60,000 Dong !
Well..... pagi pagi buta ni apa lagi yang aku nak kan? 60,000 Dong tu dah cukup baik ! Lebih kurang RM10.
Aku pun setuju. Dia bagi aku helmet dan aku terus membonceng belakang dia. Tapi kena hati hati jugak la naik dengan mat mat rempit macam ni. Takut dia orang nak tipu ke culik ke apa. Tapi so far Alhamdulillah aku tak pernah kena. Kalau terpaksa cari dia orang ni, carilah di tempat yang terbuka dan cari yang muka muka tak berapa terrorist sangat.
Sempat aku snap dari atas motosikal ni. The biggest and oldest cathedral in Hanoi
Naik moto adalah dekat 15 minit. Dia yang bawak so dia tau jalan. Ntah jalan mana mana dia cilok. Aku tawakal je la. Jangan jadi apa apa yang tak baik sudah.
Akhirnya bila aku terpandang bangunan ni aku rasa lega.
Bangunan di persimpangan Old Quarter
Dia drive lagi dan turunkan aku di kawasan Old Quarter. Sampai kat area ni aku dah tau la mana hostel tempat aku menginap tu, so tak de hal.
Cuaca masih pagi, jadi kawasan Old Quarter ni masih lengang dengan kenderaan dan kedai kedai masih belum di buka. Tapi yang banyaknya dia waktu pagi di kawasan ni ada orang berniaga di tepi jalan.
Lepas mamat tu blah, aku jalan kaki di kawasan sekitar dan melihat kawasan Old Quarter Hanoi ni.
Meh layan.
Pagi di Old Quarter
Old Quarter Hanoi ini juga di kenali sebagai 36 Street Hanoi kerana mengandungi 36 batang jalan di sini. Kawasan ini telah wujud lebih pada 1000 tahun yang lalu dan pernah menjadi kawasan perdagangan untuk penduduk awal Hanoi dulu.
Sekarang tempat ini masih menjadi tumpuan pelancong dan masih memiliki kedai kedai yang menjual kebanyakkannya hasil tempatan dan seni.
Tapi kalau pagi pagi time kedai kedai belum di buka, kebanyakkan penjual tempatan menjual hasil tani.
Layan gambar.
Buah Naga
Buah plum
Peach
Apa ni, aku pun tak tau. Tapi bukan rambut palsu. Tidak jugak mop lantai. Huhuhu
Bunga bunga !
Pisang !
Bunga lagi. Agak murah la kot sebab orang selamba je beli
Nenas
Biasanya dia orang yang berniaga di sini, samaada bawak dan duduk kat tepi tepi jalan ni atau naik basikal. Standard jualan buah, bunga dan hasil hasil tani. Ada jugak aku nampak orang jual daging babi. Siap bawak pisau pemotong dan tempat alas tu lagi. Pastu time potong daging tu sekuat hati.
Layan kan lagi gambar gambar di sini.
Sesuatu yang worth to watch pagi pagi di Old Quarter Hanoi. Masih banyak gambaran 'klasik Hanoi' dapat di lihat di kawasan ini.
Terdapat kelainan dari segi perniagaan dan suasana. Tapi kena awal pagi lah sebab bila kedai kedai mula di buka, dia orang dah tak dibenarkan lagi bertempek depan kedai mahupun di tepi tepi jalan. Lagi pun kenderaan dah banyak. Kang kena langgar ler pulak.
Apa apa pun ada part menarik time aku sampai naik motosikal tu dan mamat tu turunkan aku kat Old Quarter tu..
Sempat aku snap kepala mamat tu dari atas motosikal
Bila aku turun, aku bayar dia 60,000 Dong seperti yang di janjikan.
Tetiba dia dok..
"Uh.. Uh"
Hah !!
Ni la part aku tak suka ni. Bagi betis nak peha. Bagi peha nak peha sebelah lagi. Tak aci !! Tak aci !!
Mesti kata nak suruh tambah.
Aku dah agak ! Aku dah agak dah !!!
Mesti kata nak suruh tambah.
Aku dah agak ! Aku dah agak dah !!!
"No !!! I am not paying you extra. That is 60,000 Dong we have agreed. No ! No ! I am not giving you anymore money!."
No ! Kau boleh blah !!!!!
Emosi aku pagi pagi buta !
"Noooooooooooooooooo"
Tetiba aku rasa macam aku faham bijik butir dia sebut.
No? Jadi apa?
Aku pandang dia dan dia tunjuk kat kepala aku.
"Oh OK............ I am sorry !!!"
Hahahaha.
Rupa rupanya dia mintak helmet dia balik semula !
Abang maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
* lari pekup muka menyorok belakang penjual daging babi
"Take cover !!!!!!!!!!!!!!!"
"Kever makcik, kever ! Saya nak tumpang menyorok !!"
bersambung.............
kemana saja pergi ada jek natang pendek tu kan!! hahahaha....
ReplyDeletehelmet dia dh mcm topi askar jek...dulu aku gi mmg ramai je yg niaga makanan tepi jalan siap ada bangku kecik lagik kat situ dorang potong kat situ dorang masak kat situ gak dorang makan...hahaha...
haha..lawakla insiden helmet neh.
ReplyDeletePart dah dapat murah 60,000 dong.. tu memang best.. rezeki.. tapi nak rembat helmet tu kelakaar giler hehehee... kesian mamat tu.. :P
ReplyDeleteHB : tu la. depa tu merata rata... hahaha...
ReplyDeletepandangan wajib kat vietnam tu.
Agip : tu la... aku baru nak emosi pagi pagi.. rupanya dia nak helmet...
muka slenge lak tu.
TT : tak perasan helmet kura kura tu kat kepala
haha..sengal je abg meng ni..
ReplyDeletenak berlagak takut kene ketuk dengan mamat tu, rupenye die mintakhelmet...
maluuu..
church tu cantik facade die,tapi tu le,sayang..gambar blur..
mmg perlu pandai nego kan..dari 150k leh turun ke 60k..ok tu..TAPI..kelakar hahaha...lupa helmet!!! camna dia tahu lak yg kita ni tourist eh..mesti nampak ensem dari org Hanoi tu..
ReplyDeleteGeram kat buah-buah depa...
ReplyDeleteFF : tu la.. church tu memang nampak lawa. nak gi jalan kaki macam dah jauh.
ReplyDeleteJM : nego tu test nasib je.. kalau x dpt pun nanti nego lagi dgn org lain. kalau 3 kali semua bg harga yg sama.. memang x de pilihan la.
MKL : hati hati, kdg kdg buah dia org mcm guna chemical nak suruh cepat masak
Hissh! Mula2 baca, terus terfikir " hissh mesti si meng ni kena lg ni, tak serik2, apsal x naik bas je" ... Last sekali... Ciiss!!
ReplyDeletePM : hahaha motip kau terlebih emo??
ReplyDeletecamtu la aku kena naik beca dulu, janji lain mintak lain! ha skali kena lahar ngan aku! yg ko dah kenapa nak bawak lari helmet! hahahahahahahahahahahahahahahaha!
ReplyDeleteDoa agar kami selamat ke Sapa.
ReplyDeleteInsha Allah. Amin
Delete