Sampai di hotel pagi tu, budak receptionist tu tengah tidur lagi. Tapi dia tidur kat depan tu je lah. Kocoh kocoh dia bangun bukakkan pintu untuk aku.
Dia pun tak sabar sabar nak tau aku sampai naik apa. Aku cakap aku naik motosikal dengan bayaran 60,000 Dong tu dia kata OK lah. Kalau naik teksi memang mahal. Bas pulak leceh.
Tak kisah la janji aku dah selamat sampai !
Dia baik hati bagi aku bilik untuk mandi dan bersiap siap. Kiranya bilik aku untuk malam last yang aku dah booking dengan dia orang malam ni. Sebab ada bilik kosong, kira aku check in awal.
Siap mandi manda semua dan aku turun semula pukul 8 pagi.
Sempat belasah free breakfast dulu sebelum pick up ke Halong Bay sampai !
Breakfast ala kadar
Dalam pada aku dok mengelamun tengok orang sambil hisap rokok, pick up pun sampai.
Kali ni memang mini van terus. Aku kira orang last yang di ambil. Dalam tu dah penuh. So aku terpaksa la duduk sebelah orang lain. Rupa rupanya budak sebelah aku tu dari Indon. Satu family. Bapak dia duduk depan. Bapak dia siap tanya.
"Dari Indonesia ya Pak?"
"Tak.. Malaysia"
"Oh.. Kami dari Indonesia"
Ada 2 family Indonesia dalam tu. 1 yang baik tegur aku ni, yang 1 lagi tu macam pendiam sikit. Dua dua family lah dengan anak pinak. Yang pendiam tu dia orang ambik pakej 1 night di Halong Bay, kami yang lain lain day trip jer.
Lepas ambik aku, van terus bergerak meninggalkan Hanoi menuju ke Halong Bay !
Opera House Hanoi
Jarak perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay lebih kurang 3 jam. Kalau ikutkan kilometer cuma 150 km jer. Tapi kenapa ambik masa lama?
Haaaa. Kalau pernah pegi mesti tau. Sebab, driver kat sana bawak van terkedek kedek. Mematuhi arahan jalanraya konon kononnya.
Aku tak kisah sangat janji sampai sudah.
Tapi, sebaik saja naik van tu, aku terus membuta !!
Sesekali terjaga. Tengok view semua sawah padi belaka.
Aku terkejut sebab budak sebelah aku tu tidur buas gila. Kejap kejap kepala dia kat bahu aku, so aku terjaga. Tengok dia tidur punya la lena. Nak tolak tak sampai hati. Last sekali aku mengiring sikit, lagi elok dia baring belakang aku !
Isk..
Ingat nak bagi signal, rupa rupanya jadi tilam lebih empuk. Tau la badan aku ni macam King Koil.
Nasib lah budak kecik. Tak kecik mana. Ala ala sekolah menengah je, kalau orang tua mau aku terajang biar melekat kat bumbung van. Tapi kalau awek cun, aku sorong sorongkan lagi. Tidur atas riba abam pun boleh.......
* tahan kena fire dengan OR
Van tu berhenti di satu kawasan di pertengahan jalan. Tempat tu kalau nak kira macam kedai yang jual aneka cenderamata dan lukisan. Ada jugak food court dan toilet. Memang pemandu van ni semua akan berhenti kat kedai kedai yang macam ni.
Boleh la nak usha. Boleh jugak nak berehat gi kencing atau pun nak isap rokok se-pam dua !
Kedai yang menjual alat alat perhiasan taman macam ni. Siap dia orang boleh ship ke negara masing masing !
Tapi ada yang menariknya, terdapat pekerja pekerja di situ yang melukis lukisan dengan cara menenun. Nampak leceh dan complicated, tapi bila jadi lukisan lawa gila !
Tak pasti harganya berapa, rasanya macam mahal jugak ler kot
Ini la kedai kedai tempat van berhenti.
Ini van yang aku naik. Van berhenti lebih kurang setengah jam sebelum bergerak semula ke Halong Bay
Akhirnya lewat tengahari kami pun sampai kat Halong City.
Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan. Siapa yang stay 1 night atas kapal pegi ikut guide lain. Sapa yang join day trip ikut satu kumpulan dengan guide lain.
Kami di beri tiket sewaktu tiba di jetty di Halong City ni. Aku sempat pegi ke mini market untuk beli air dan jajan. Perut agak lapar ! Ni nak bawak bekal naik bot nanti.
Bot bot berlabuh di Halong City dengan view Halong Bay di belakang
Sebenarnya Halong Bay tu tak de la jauh mana dari Halong City. Boleh nampak dari pekan tu batu batu bertaburan di lautan. Cuma nampak macam pelik la, tengah tengah laut tetiba ada sekelompok batu kapur macam tu.
Kalau sekali pandang macam di Guilin jugak. Tapi Guilin tu batu batu di tepi sungai, tapi di sini, betul betul di pesisir laut.
Ayuh kita terjah apa ada di Halong Bay ni !
Bot mula bergerak !
Kami di bawa dengan sebuah bot. Dalam bot ni lebih kurang ada 20 orang penumpang lah. Bot ni cukup besar sebenarnya, jadi selesa la jugak. Boleh lepak lepak di bawah atau pun di atas.
Ini suasana dalam bot
Bot ni 2 tingkat. Tingkat bawah ada kerusi dan meja untuk makan. Kat bahagian atas deck biasa untuk viewing dan ambik ambik gambar.
Sewaktu bot mula bergerak, guide dah bagitau, kami akan di hidangkan dengan makanan tengahari.
Aku sendiri pun tak tau pakej aku ni termasuk lunch ! Hahaha. Punya la tak ambik tau.
Aku tanya guide aku. Cuak jugak kalau makanan di hidangkan nanti aku tak boleh makan.
"Seafood. Do you eat seafood?"
"Yes I do"
Settle. Tak perlu tanya banyak banyak. Cuma aku tak pasti seafood tu apa. Kalau ikan semata mata mesti la aku pandang sepi je nanti.
Kami di hidangkan dengan makanan tengahari selepas tu. Sambil sambil tu usha dulu kawasan sekitar sebelum sampai ke Halong Bay ni.
Snappy snappy !
Bot bot mula bergerak memasuki kawasan Halong Bay.
Sebab meja meja telah ditetapkan dan makanan telah di hidangkan dengan bilangan penumpang yang ada, jadi sebab aku solo, aku terpaksa la join orang lain !
Guide aku namanya Ken, dia suruh aku join satu group mat salleh remaja ni. Dia orang 5 orang kesemuanya.
"Hey. Wassap"
Aku cuba cuba memulakan perbualan. Dia orang OK. Dia persilakan aku duduk dan join dia orang.
"Where are you from?"
Salah sorang tu tanya aku.
"Malaysia"
"Oh.. We were in Malaysia one month ago"
"Amazing. Where did you go?"
"Hmm Langkawi, Penang dan Kuala Lumpur"
"Good"
Macam tu la kami memulakan acara borak borak.
"How do you find Malaysia?"
Aku tanya dia orang.
"We prefer Thailand, but the food in Malaysia is good !"
Kann. Keji negara aku pastu puji konon nak ambik hati. Ini boleh melukakan hati aku tau???
Dia orang ni berlima. 2 pompuan 3 lelaki. Dia orang tak de la travel sekali, cuma group pompuan 2 orang ni terjumpa dengan 3 mamat lelaki ni masa kat Ho Chi Minh, pastu dia orang gerak sekali ke Hanoi ni. Tu yang jadi berlima. Mereka tour SEA untuk 2 bulan !
Sorang lelaki dan sorang pompuan tu muka macam chinese sikit. Mix ler kot, tapi cakap omputih berhabuk. Tapi yang pompuan tu friendly.
"We are from Canada but from every where"
"OK"
"Have you been to Canada?"
"Yes"
"Owh.. Which part?"
"I have been to Victoria Island, Vancouver, Whistler. Banff, Calgary, Edmonton, Kingston, Toronto, Niagara, Montreal, Ottawa, Quebec City and Halifax !"
Nganga !!
Tanya lagi kan? Mesti dia cas aku nak berlagak.
Tapi aku agak segan nak makan bersungguh sungguh. Dia orang sesama geng mereka tak pe lah. Banyak jugak dia orang makan ni. Aku sekali je, tak berani nak tambah dah. I is pemalu.
Lauk pauk agak menarik. Ada ikan, sotong, udang dan benda benda seafood lah.
Tak sempat nak snap picture sebab segan.
Apa apa pun, kenyang jugak lah.
By the way, lunch yang di sediakan di atas bot ini tidak termasuk minuman !
So minuman kena beli sendiri. Either beli atas bot ni ( mahal gila ) atau beli masa kat jetty sebelum naik bot tadi siap siap !
Dah abis makan baru aku ambik gambar !
Overall, makanan dia not bad lah.
Sedap jugak. Alhamdulillah aku tak kelaparan lagi.
Lepas tu bot masih di pelayaran memasuki kawasan Halong Bay ini.
Kata guide aku yang bernama Ken tu, bot akan berhenti di kawasan penempatan penduduk Halong Bay yang membina rumah mereka di atas air di sini.
Jangan tak percaya, Halong Bay ni walaupun batu batu segala, tapi sebenarnya ada penduduknya yang tersendiri.
Layan gambar di Halong Bay.
Bot dan Halong Bay
Seawal memasuki kawasan Halong Bay
Ini Guide aku, namanya Ken
Ni la remaja remaja ber 5 tadi yang makan semeja dengan aku
Bot bot di Halong Bay
Cuaca mendung nak hujan
Ni atas bot di viewing deck tingkat atas
Halong Bay
Ini bot yang aku naik
Sebaik saja memasuki kawasan Halong Bay, bot ni tadi berhenti di kawasan penempatan orang Halong Bay ni. Di sini sesapa yang ambik pakej untuk berkenu boleh kayuh kenu untuk ke kawasan berdekatan.
Moh layan.
Rumah penduduk Halong Bay. Rumah atas air, siap ada TV apa semua..
Penduduk di Halong Bay ni berkerja sebagai nelayan dan jugak membantu dari segi pelancongan untuk orang orang yang datang ke sini lah. Di kawasan ni di sediakan kenu bagi sesapa yang nak berkayuh, atau boleh naik bot keliling ke batu batu tu dengan perahu dia orang.
Halong Bay ni UNESCO site
Pakej aku ambik tak termasuk kenu, so aku tak berkenu. Boleh nak bayar kat situ untuk sewa tapi sebab nak hujan aku malas.
Tengok orang je.
Siap siap nak berkenu
Rumah penduduk di Halong Bay
Jetty tempat bot berhenti
Kalau tak nak berkenu, boleh je naik perahu dia orang ni.Nanti dia orang bawak. Harga 1 perahu dalam USD10 kalau tak silap. Dia bawak ke gua gua dekat batu batu sana.
Sebab aku malas nak berkenu dan tak de geng nak naik perahu, so aku lepak lepak je kat situ.
Lagi pun cuaca macam nak hujan. Aku takut kamera basah. Sempat jugak hujan turun beberapa kali. Tapi aku gi berlindung dekat rumah penduduk di sini. Tuan rumah tak de pun. Ke ada? Aku tak nampak?
Hahahaha.
Apa apa pun, layan gambar sekitar Halong Bay !
Perahu perahu
View
Bot nelayan
Tu lah gua arah orang orang berkenu tu pegi. Dia orang kayuh kenu masuk dalam tu. Perahu perahu tadik pun sama.
Aku malas nak pegi. So usha dari jauh je lah. Lagipun aku rasa macam kat Phuket tu je yang aku pernah pegi dulu so macam tak de excited sangat nak jenguk.
Aktiviti dan bot berhenti di sini lebih kurang 30 minit.
Lepas semua balik ke jetty ni, bot mula bergerak dan terus meneruskan pelayarannya...
Di kapal cita cita sebuah pelayaran
Mencari pelabuhan kejayaan
Bersama diri ini seekor gagak hitam
Membayangkan warna hidupku
Mentari membakar anginan
Embunan membanjiri malam
Pelayaran ku
Bermula lagi
Pelayaran ku
Telah pun bermula...
Oh... ke horizon
Berakar kan api
Tunggulnya pohon asap
Pohon yang berdahan nan palsu
Perna ku menitinya lalu ku terjatuh
Namun tiada retaknya seni
Itu lah kataan pendekar
Masih berlayar di khayalanku
Ribuan taufan tiba
Membawa angkatan angkasa
Namun tak ku gentar
Ribuan panah dan petir
Mendatang menikam muka bumi
Tapi tiada terbelah bumi ciptaan Tuhan
Bersama ku di sana ribuan insan
Di pelayaran........
Di kapal cita cita sebuah pelayaran
Mencari pelabuhan kejayaan
Bersama diri ini seekor gagak hitam
Membayangkan warna hidupku
Mentari membakar anginan
Embunan membanjiri malam
Pelayaran ku
Bermula lagi
Pelayaran ku
Telah pun bermula...
Oh... ke horizon
Berakar kan api
Tunggulnya pohon asap
Pohon yang berdahan nan palsu
Perna ku menitinya lalu ku terjatuh
Namun tiada retaknya seni
Itu lah kataan pendekar
Masih berlayar di khayalanku
Ribuan taufan tiba
Membawa angkatan angkasa
Namun tak ku gentar
Ribuan panah dan petir
Mendatang menikam muka bumi
Tapi tiada terbelah bumi ciptaan Tuhan
Bersama ku di sana ribuan insan
Di pelayaran........
bersambung..............
huii..
ReplyDeletetak hunting tiket?
*boringboring di waiting room
Kalau kat malaysia. saya angkut semua peralatan taman tu...suka saya...wow meng dah lawat ke kebanyakan tempat di Kanada.. Tabik Spring.
ReplyDeleteNT : ada jenguk gak tapi mcm tak de yang murah pun.
ReplyDeletemalas la nak gigih sgt..
dapat ke mauritius????
MKL : Rezeki aku ke kanada tu dulu.. jgn risau, nanti rezeki org lain ke antartika pulak sapa tau?
hahaha
ahhhhh!!!! aku benci giler part driver dari halong bay ke hanoi dulu. ya ampunnn slow nak mampos drivenya. asyik kene potong je dgn bas, lori even motorsikal pung!
ReplyDeleteko pegi ni pun masih mendung awan tebal. ;(
Meng, ko ambek package ni bape hinggit? aku mungkin nak ambek 1 day package gak nnt... aku nak buat cam ko gak la..'.i want this..i want that..kat receptionist hotel..' hahahahaha...
ReplyDeleteHF : mendung dan ujan jugak sekali sekala. tapi x lebat. air memang x lawa langit pun tak biru.
ReplyDeleteHB : kalau kau tanya skrg aku pun dah lupa harga. tapi aku pernah tulis dulu.
http://supermengmalaya.blogspot.com/2013/07/highlight-itinerary-north-vietnam.html
USD28 utk halong bay. book je kat hotel tu. x payah pening2 pala
p/s mcm pundek je ayat i want this i want that tu.. hahaha
manede lak AA ada pegi mauritius.
ReplyDeletehehe maldives la!
tak dapek laa...mahal lah. ape yg murahnye ntah...~ :(
sokong komen HF tadi
ReplyDelete*tetiba*
ok part ko list kan sume tempat2 kat canada tu mmg mencengkam! terdiam ha ko gi KL penang langkawi je kannnnnnn! hahahaha!
ReplyDeleteNanaT : oh... silap. hahaha
ReplyDeletesaja AA tu.. marketing.
Anash : sokong sebab sama sama terkena kan? hahahahah
Biq : tu la. pastu aku mcm menyesal lak. mesti dia orang kata aku poyo.
hahahah
Terer gila buat lukisan dengan menenun! Mesti teliti habis tu.
ReplyDeleteErr... kenapa tak nampak berapa remaja sangat yang 5 orang tu, nampak cam umur 30 pon ada gak.HAHHAH
NanaD : Kagom jugak la tengok dia org tenun benda alah tu jadi lawa mcm tu sekali....
ReplyDeleteTak remaja ke mereka? Remaja purba kot. hahahaha dia org muda muda lagi sebenarnya tu
Guilin lebih lawa...kali ini tak teruja dengan HA LONG BAY.
ReplyDeletedua dua menarik dan tersendiri...
Delete