Untuk pergi ke Cat Cat Village dari Ta Van Village memang kena patah balik ke pekan Sapa.
Sampai di simpang tempat aku sewa motosikal tadi tu, ada signboard so terus je menuju ke Cat Cat Village. Kiranya Cat Cat Village ni dekat sangat dengan Sapa, tapi jalan kena turun bukit so agak memerlukan daya kuasa yang tinggi lah.
Better ada motosikal !
Preview Cat Cat Village
Kiranya kalau ke Sapa tak sah kalau tak ke Cat Cat Village. Dan area Cat Cat Village ni sendiri boleh nampak dari pekan Sapa tu.
Berjalan menuruni bukit melepasi kawasan kawasan kedai dan hostel lebih kurang 1 KM dari pekan Sapa nanti akan nampak satu gate.
Berbeza dengan Ta Van Village. Cat Cat Village ni kalau nak masuk kena bayar !
Cat Cat Village punya entrance. Ini bukan gate yang bayar tiket tadi, gate tu aku tak ambik gambar
Ada small fees kat gate sebelum masuk ke area Cat Cat Village ni yang perlu di bayar iaitu lebih kurang 40,000 Dong. (RM 6)
Phamplet
Map Cat Cat Village
Lepas bayar entrance fees tu turun sikit lagi sampai la di satu kawasan yang ada entrance ni tadi.
Ada tempat park motosikal tepi tu nanti kena jalan kaki turun ke bawah.
Memang kena jalan kaki ! Tak boleh bawak motosikal sebab kawasannya bertangga.
Entrance untuk turun ke downhill Cat Cat Village
Sewaktu bayar entrance fee tadi, nanti kita di beri map untuk Cat Cat Village ni plus tiket. Dekat entrance ni nanti la dia orang akan check tiket. Then follow je tangga tangga ni turun ke bawah.
Turun...
Macam biasa ada banyak cendermata di jual di tepi tepi
View ke atas semula dari entrance tadi
Beli la kalau nak beli...
View Cat Cat Village
Kena jalan kaki je turun tangga tangga tu lepas pada kedai kedai tadi dan akhirnya membawa ke perkampungan penududuk Cat Cat Village ni.
Pathway.
Ikut je laluan ni turun ke bawah dan enjoy the view !
Penduduk yang menjaga kedai kedai mereka
Cat Cat Village
Benda benda macam ni banyak di jual. Rasanya akar pokok yang di ukir dengan muka orang
Cat Cat Village
Apa dia rendam pun aku tak tau
Kanak kanak Cat Cat Village
Makck ni nak balik rumah dia lah kot. Nak masak. Dah tengahari
Budak budak melepak
Babi adalah berkeliaran dengan riang !
Ni dia orang menggunakan air untuk tumbuk padi. Once air penuh dan melimpah keluar, padi tu akan tertumbuk dengan sendirinya. Tak payah la ada orang nak menumbuk dah
Sepanjang jalan menurun pathway tadi tu, akan lalu di kawasan rumah rumah mereka.
Ada jugak gallery, kedai minuman, toilet dan jugak SPA.
Kalau turun terus ke bawah laluan ini akan membawa kita ke kawasan sungai dan air terjun.
Layan gambar sekitar air terjun di Cat Cat Village ni.
Kira kawasan air terjun ni kawasan paling bawah di Cat Cat Village. Ada jambatan cross sungai dan air terjun. Tak de lak nampak orang mandi kat situ.
Ada kedai jual cenderamata dan jugak kedai jual air.
Aku tak lepak lama sebab tak de apa sangat. Duduk lebih kurang, hisap rokok sebatang pastu blah. Boleh je patah balik ikut laluan tadi kalau nak balik semula ke tempat aku letak motosikal tu, dan kalau nak ikut laluan ni terus pun boleh.
Sama je. Start dari sini, memang kena mendaki balik semula.
Haaaaa time ni la bermulanya cabaran peluh merecik recik dan rasa nak mintak extra nyawa....
Laluan untuk naik semula ke atas
Nak turun tu adalah 20 minit tapi nak naik.. perghhhhhhhhhhhhhh..
Tak tau lah nak cakap. Memang penat gila ! Dengan cuaca time tu dah start panas aku rasa nak melolong lolong je. Letih siot.
Dah la tak ramai orang. Tapi dah nak hujung hujung dah sampai ke atas semula tu ada la nampak orang orang dah start menunggu. Dia orang ni kiranya local lah yang menyediakan perkhidmatan motosikal untuk bawa balik ke Sapa.
Bagi aku memang letih lah. Kalau orang tua tua aku tak syorkan pun datang ke Cat Cat Village ni sebab trekking boleh tahan lah. Better pegi ke Ta Van je dah boleh turun ke bawah dengan motosikal jer.
Cat Cat Bridge
Kalau dah sampai ke Cat Cat Bridge ni kira dah naik balik semula ke atas lah. Dan di sini la ada orang tunggu dengan motosikal. Dia orang akan charge USD1 untuk hantar balik ke Sapa.
Gila nak tolak !
Aku dah tak larat nak jalan kaki. Dengan bayaran yang sama USD 1 aku suruh dia hantar aku balik ke tempat aku letak motosikal tadi.
Cross jambatan
Ini separuh perjalanan balik ke entrance gate tadi.
Jauh tak jauh tapi kalau menapak memang boleh tahan la penat nya.
Kalau memang fit boleh je jalan kaki, tapi aku tak sanggup dan aku rasa keputusan aku naik motosikal suruh dia hantar ke entrance gate tempat aku letak moto tu adalah satu langkah yang bijak !
Jika tidak?
Aku pengsan dulu tepi jalan tu.
bersambung.............
Memang cantik sawah bertingkek dan air terjun tu. Tapi skeri tengok kepala orang yg diukir... macam kepala betul.
ReplyDeleteko x jumpa ke babi yg lagi besor dari gambo babi kat atas tu...tp perot memboyot sampai ke tanah?? hahaha...aku pernah tgk masa otw ke Ha Giang....gile bapak besor dia...pastu perot memboyot sampai jejak tanah...hahahahahaha
ReplyDeletemeng, ko celup2 kaki tak kat air sungai tu? lapar tak, ko makan apa kat sini meng?
ReplyDeletebestnye gi vietnam....huhu
ReplyDeletejom xchange list wif my blog :
Azim Aris
Tak Mungkin Benar
Muhasabah
tertarik dgn kreatif diorng buat muka dekat akar kayu tu.. pastu buat alat mnumbuk padi tu..
ReplyDeletetempat dah lawa.. kene pulak photographer mcm ko.. mmg lawa jer tgk gmbar semua ni :D
JR : tu la... aku pun memula pelik benda apa tu.. kena tengok lama lama baru perasan. dan ramai jugak yg jual benda alah ni.
ReplyDeletex pasti la kot dia buleh ukirkan muka kita..
HB : aku kalau nampak babi aku lari dulu.. hahahhahah
x nak tengok dah.
ada segerombolan babi babi aku jumpa nanti.. semua gemok2 belaka.
Biq : tak celup sebab malas nak bukak kasut.. main main dgn tangan je sambil feel2.. hahaha.. tak nampak lak org mandi. cuma ramai yg berendut je kat situ.
makan??
sadis gak la. satu hari aku tahan lapar... sapa memang x de kedai halal..
AA : ok tq.
TT : kau dah balik dari joberg ek? aku jeles tgk kau pegi afrika !
lawa gila di sini.
ReplyDeletelawa. sila pakai kasut yang sesuai...
Delete