Aku dapat power nap dalam 20 minit, lepas tu bangkit dan menasihati diri sendiri supaya tidak malas !
"Kita datang ke sini bukan untuk bermalas malasan sangat. Kalau nak travel dan malas, baik saja duduk di rumah dan membuta. Kan ke itu lebih meriangkan namanya??"
* nasihat diri sendiri depan cermin.
* nasihat diri sendiri depan cermin.
Jadi aku bangun, siap siapkan diri dan selesaikan apa yang patut, turun ke bahagian reception.
Aku terus jumpa minah yang tolong uruskan semua hal hal berkenaan perjalanan aku ke Sapa dan Halong Bay nanti.
"Sir. I am sorry, there is not train ticket to Sapa for tonight"
"What about bus?
Bagus jugak minah ni. Dia dah ready dengan jawapan. Dia dapatkan 1 tiket bas ke Sapa malam tu tapi bas ni station dia agak jauh. Tapi tak perlu risau sebab akan ada pick up datang ambik aku jam 7 malam nanti. Cuma masalah bila balik dari Sapa nanti, sampai subuh hari di Hanoi dan dia risau sebab nanti tempat bas berhenti tu agak jauh daripada hostel ni.
Tak pe. Tu aku sort out kendian.
Dia dapatkan jugak 1 seat untuk day trip ke Halong Bay seperti yang aku minta.
Haaa.. Lega.
Now aku cuma ada petang tu je untuk cover Hanoi. Aku sendiri pun tak de dalam kepala otak mana aku nak pegi. Just tengok tengok gambar dan baca review sikit.
"OK. I am going to this place over here, Can I walk? Is it far?"
"It is quite far. You better take taxi"
Aku pun plan lah dengan dia, aku cakap aku nak pegi sini sini sini dan sini based on peta. Dia cadangkan aku naik taxi dari hotel ke Ho Tay Lake dan dari situ aku jalan kaki je ke tempat tempat lain yang aku nak tengok.
Aku setuju. Aku suruh dia carikan teksi untuk aku ke sana.
Belum habis sebatang rokok, sebuah teksi Mai Linh sudah sedia menunggu.
Jarak perjalanan dari hotel ke Ho Tay Lake lebih kurang 20 minit. Tambang taxi ikut meter adalah 50,000 Dong. (RM8)
Ho Tay Lake ( West Lake)
Tempat pertama aku nak tuju adalah area area Ho Tay Lake ni.
Aku pun tak tau apa ada sini, just tengok peta then semua tempat tempat kunjungan yang ada di Hanoi ni macam dekat dekat area situ.
Sampai di kawasan ni, tempat pertama yang aku tuju adalah Tran Quoc Pagoda.
Tran Quoc Pagoda merupakan pagoda tertua di Hanoi yang di bina sekitar abad ke 6 semasa pemerintahan Maharaja Ly Nam De. Pagoda ini berusia 1400 Tahun dan telah beberapa kali beralih tempat dari tempat asalnya disebabkan pencerobohan sungai dan lain lain. Kini, ianya terletak di pulau kecil di atas Tasik Ho Tay dan tambak kecil di bina untuk menghubungkannya ke tanah besar.
Tempat ini sangat menarik sewaktu matahari terbenam.
Gambar sekitar Tran Quoc Pagoda.
Entrance. Masuk perchumah !
Pagoda lama
Dalam compound
Tak faham
Pagoda
Terdapat pokok yang yang di bawa khas dari India sebagai hadiah oleh Presiden India dalam lawatannya ke sini. ( aku pun tak tau mana satu pokok nya )
Usha usha keliling
Tempat ibadat
Kain apa ntah
Pisang dia besar gila !
Teratai dan patung Budha
Pagoda
Tran Quoc Pagoda
Selesai pusing pusing Tran Quoc Pagoda lebih kurang 15 minit. Aku patah balik dan menapak menyusuri Ho Tay Lake.
Kali ini menuju ke Ho Chi Minh Mausoleum.
Dari pagoda tu kena jalan kaki menyusuri kawasan Hoy Tay Lake ini balik ke arah aku datang dengan teksi tadi. Sebab on the way tadi aku nampak Ho Chi Minh Mausoleum tu so agak senang la aku nak agak ikut mana dan jauh mana.
Ho Tay Lake
Ho Tay Lake ini merupakan tasik paling besar di Hanoi. Berkeluasan sehingga 17 kilometer keliling, tasik ini menjadi tumpuan warga tempatan untuk beristirehat.
Tempat memang lawa dan dikhabarkan hartanah di kawasan ini adalah yang paling mahal di Hanoi. Di penuhi dengan hotel, villa dan kondo, tempat ini memang menjadi tumpuan golongan elite dan expat.
West Lake
Warga Hanoi melepak dan melepek.
Kawasan taman yang dijaga dan dipelihara
Tak tau apa maknanya
Dari Tran Quoc Pagoda tadi, cross Ho Tay lake menuju ke Ho Chi Minh Mausoleum lebih kurang 20 minit jalan kaki. Tapi tak berapa panas sebab banyak pokok pokok tepi tepi jalan tu.
Jalan je, nanti melepasi beberapa kawasan penting seperti Quan Thanh Temple, pejabat kerajaan, taman taman dan juga Presidential Palace.
Bangunan kerajaan ni
Presidential Palace. Elok je aku nak ambik gambar, tetiba je bunyi. Pritttt !!!!!!!!!!!! Hah. Tak leh ambik gambar kot
Sempat je aku curi
Mamat mamat ni la yang sound aku. Ambik gambar pun nak marah ka???
Presidential Palace Hanoi telah di bina pada tahun 1900 sebagai kediaman French Governor - General. Apabila Ho Chi Minh mentadbir Vietnam, beliau menolak untuk tinggal di sini, sebaliknya membina sebuah rumah kecil di belakang palace ni. So tempat ni jadi tempat official meeting untuk government ataupun majlis majlis tertentu saja.
Ntah ntah dia tak nak duduk sebab berhantu? Ngeh ngeh ngeh.
Palace ni tak boleh masuk, tapi boleh pegi ke botanical garden kat belakang dengan bayaran VND 5,000 dan usha rumah kecil tempat Uncle Ho tinggal satu ketika dulu.
Tapi aku tak pegi masuk.
Bersebelahan dengan palace tersebut letaknya Makam Ho Chi Minh ( Ho Chi Minh Mausoleum ).. Kawasannya agak luas dan macam padang besar depan tu. Agak panas la kalau cuaca terik.
Ho Chi Minh Mausoleum
Seterusnya kita pegi melawat ke Makam Ho Chi Minh.
Tempat ni merupakan the largest memorial di Hanoi di bina di tengah tengah dataran Ba Dinh Square. Makam yang dibina untuk bapa kemerdekaan Vietnam ini telah siap pada tahun 1975 selepas kematian beliau pada 1969.
Bahagian luar dengan batu granite kelabu dan bahagian dalam di bina dengan granite hitam, kelabu dan merah.
Waktu lawatan cuma pagi jam 9-12 tengahari sahaja
Makam ini dibina setinggi 21.6 meter tinggi dan 41.2 meter lebar. Terdapat 2 platform dengan 7 tingkat anak tangga. Mayat Ho Chi Minh di letakkan di tengah tengah bangunan dalam bekas kaca dan dim light serta dikawal oleh guards. Setiap tahun, mayat Ho Chi Minh ini di hantar selama beberapa bulan ke German untuk pengawetan. So kena tengok timing jugak lah, kalau masanya dia memang tak de sini so tak guna nak datang buat lawatan. Usha usha kawasan sekitar je boleh. Kawasan compound makam ini diserikan dengan tanaman pokok bunga yang didatangkan khas dari seluruh Vietnam.
Rule untuk masuk ke dalam ni, tangan tak boleh masuk dalam poket, selain daripada kena tutup bahagian kaki. ( short dengan skirt tak boleh pakai )
Siap ada changing guard kat depan tu. Tapi area ni memang di kawal rapi oleh guard berpakaian ala tentera. Kalau jalan kaki kat pathway tu tak boleh masuk kawasan kawasan tertentu, nanti saja dia orang bunyikan wisel tanda amarah !
Kalau nak datang dan masuk memang kena awal pagi lah, tapi queue dia boleh tahan panjang.
Bendera Vietnam di hadapan makam Ho Chi Minh
Seluruh kawasan Ho Chi Minh Mausoleum
Lepas pada Makam Ho Chi Minh ni, belok ke kiri ada jalan menuju ke Ho Chi Minh Museum. Dan di sini jugak letaknya One Pilar Pagoda yang terkenal di Hanoi ni.
OK. Mula mula kita ke One Pillar Pagoda ni.
Nampak tu?
Dinamakan One Pillar pagoda sebab ianya di bina di atas 1 tiang saja.
Dibina di ibu negara Vietnam dan dianggap kuil Budha yang paling bersejarah. Kuil ini di bina oleh Maharaja Ly Thai Tong yang memerintah pada 1028 - 1054. Menurut sejarah, baginda bermimpi berjumpa dengan Budha Absalokistevara yang telah menghadiahkan baginda seorang anak lelaki yang duduk di atas kolam penuh dengan bunga teratai. Tak lama kemudian, baginda dikurniakan seorang anak lelaki dan baginda membina temple ini sama seperti gambaran dalam mimpi tersebut.
Baca la kalau nampak
One Pillar Pagoda
Dibina dari kayu pada tiang setinggi 1.25 meter menyerupai bunga teratai
Orang memang agak ramai di sini, so aku malas nak naik ke atas. Tapi kawasan ni menarik jugak la sebab dalam kawasan taman.
Di belakang kawasan One Pillar Pagoda ni terletaknya Muzium Ho Chi Minh.
Di bina sebagai memperingati sejarah kemerdekaan Vietnam dan juga Ho Chi Minh.
Aku just lepak lepak sini, tak masuk pun.
Usha kawasan sekitar
Abis pada melawat Ho Chi Minh Museum ini, aku bergerak ke satu lagi lokasi menarik di Hanoi iaitu Temple of Literature. Tapi tempat ni agak jauh sikit, so kena menapak.....
Kaki dah start rasa sengal sengal ni.
Ini map perjalanan.
Kaki dah start rasa sengal sengal ni.
Ini map perjalanan.
A : Hostel, B : West Lake/Tran Quoc Pagoda C : Ho Chi Minh Mausoleum D : Ho Chi Minh Museum E : One Pillar Pagoda, F : Temple of Literature
Dari hostel A tu aku naik teksi ke West Lake ( B ).
Dari West Lake jalan kaki sampai Temple of Literature ( F ) : 4 KM
Tapi perjalanan tak berhenti di sini.....
Tapi perjalanan tak berhenti di sini.....
bersambung........
Byk tempat menarik jugak di Hanoi nih..pesal pula di marahnya ambik gambor..pelik betul..
ReplyDeletehahahaha dah jadi mcm trip kitorang dah ni, sume benda tak masuk, amik gambar dari luar jer...tu pun prittt pritttt kena marah sbb dok bergaya baring dpn musoleum hahahaha! bangang sgt rasanya.
ReplyDeleteJM : menarik biasa biasa je..
ReplyDeleteKan Biqque?
Biq : tu ler.. asyik nak pritt manjang.. oh btw.. masa kat hanoi aku dok baca entry kau tu le.
thanks anyway. banyak membantu tu...
ha bagus la gitu...sempat gak la ko jengok sambil amik apa yg patut...yg tak patut pepandai sendri la kan hahaha...
ReplyDeleteJarang orang melawat Makam Ho Chi Minh..
ReplyDeleteala tgh tgh bandar tu. lawat je lah.
Delete