Tuesday, November 19, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 12 - Sapa - Heaven's Gate

Masa aku dah abis jalan jalan di Cat Cat Village dah macam separuh mampus turun naik bukit bukau kat situ, aku fikir macam nak hantar motosikal je lah. 

Dah tak tau nak ke mana. Rasa macam dah cukup tengok apa yang aku nak tengok. Tapi time nak pulangkan motosikal tu mamat tu macam terkejut sebab cepat sangat. Ya lah, aku sewa untuk 1 hari kononnya tapi pukul 2 lebih tu aku dah siap siap nak pulangkan motosikal.

Lepas borak borak dengan dia then dia suggest aku naik ke kawasan berbukit bukit. 

"Is it far from here?"
"Not really. Around 16 kilometer"

Aku mencongak congak. Bukan apa, aku cuak nanti kalau hujan ke tak sempat nak balik, naya aku kalau bas tinggal. Tapi lepas dia yakinkan aku, dan dia tolong tunjuk kat peta tu mana aku harus tuju, akhirnya aku nak mencuba !

Jadi.. jom la kita merempit di kawasan pergunungan dan bukit bukau di Sapa ni. 

Seawal awal perjalanan meninggalkan pekan Sapa, pemandangan masih biasa dengan bukit bukau dan gunung ganang, tapi kali ni bukanlah teres teres padi yang kelihatan. Jalan raya agak OK kalau nak dibandingkan dengan jalan ke Ta Van dan Cat Cat tadi. Yang tadi semua batu batu tak berturap, tapi di sini semuanya nampak molek jalan rayanya.

Ni aku syak sayur sayuran

Aku park motosikal tepi jalan dan tengok betul betul. Ingatkan lavender tapi rupa rupanya ini kebun pokok ros

Kawasan pergunungan Sapa

Lagi

Jalan raya di sini OK lah. Tak besar mana dan tak banyak jugak kereta lalu lalang. Cuma banyak motosikal which aku rasa mostly pelancong je lah. Kalau ambik pakej tour di Sapa ni, memang tempat ni dia orang akan bawak jugak. Tapi pakej pakejnya biasa takes 1 day lah untuk jalan jalan di Cat Cat dan Tha Van tu dan hari ke 2 biasanya baru di bawa ke sini. 

Kawasan pergunungan sekitar Sapa ni memang bukan tempat padi, tapi lebih kepada kawasan bukit bukau dan gunung ganang untuk tengok scenery, pokok pokok sayur dan juga air terjun !

Jangan tak percaya, kawasan atas atas gunung macam ni pun dia orang ni menjual ! * gambar adalah gegaria

Kalau ikut mamat tu kata, kalau naik je sampai atas ni ada few air terjun. Memang nampak banyak air terjun, tapi tujuan aku adalah untuk sampai di puncak gunung ni di mana tempat ini di namakan Heaven's Gate.

Kenapa Heaven's Gate?

Kerana tempat ni menyediakan scenary yang agak spectacular dengan lush forests Hoang Lien National Park dan pergunungannya.

Aku agak sceptical jugak la memula, tapi lepas bawak motosikal naik bukit bukit tu memang rasa agak lawa jugak tempat ni. Aku naik terus sampai la macam di sebalik gunung dah jauhnya. Memang tinggi. Dan yang paling menarik cuaca boleh tahan sejuk.

Masa ni dah boleh tahan jauh dah. Macam di puncak gunung je rasa

Then aku stop untuk tinjau area tu. Nampak kawasan pergunungan. Kebetulan ada 2 orang minah salleh lepak kat situ, so aku tegur dia orang dan kami sempat borak borak. 

Actually kawasan pergunungan ini memisahkan kawasan sempadan Vietnam dan juga Cina. Kalau terus memang boleh masuk sempadan dah. Dan kawasan ni sendiri dah kiranya masuk province lain, bukan lagi kawasan Sapa.

Meh tengok ni.

Nampak lembah dan jalan ke bawah tu kan?

Ni sebelah satu lagi

Ting !!! Di puncak gunung pun tetap ada orang menjual. " Say hi to peminat !!"

Tiba tiba awan gemawan datang terus tak nampak apa

Boleh tahan la sejuk beku cuacanya

Terus hilang lembah yang kelihatan tadi

Ini motosikal yang aku sewa

Lepas lepak lebih kurang di sini. Borak borak dengan 2 minah salleh tu, aku mintak diri dulu. Tak boleh lama lama.

On the way turun balik dari gunung ni ada few air terjun. Aku memang plan nak singgah time turun dari gunung ni je nanti.

Salah satu ecotourism area. Aku malas nak singgah

Ni menuju balik ke Sapa

Ni jalan ke atas yang menuju puncak tadi

Air terjun tepi jalan

Betul betul tepi jalan. Tapi di jalanan ada banyak taik lembu.

Ini another air terjun. Nama dia Silver Waterfall. Kalau tengok memang nampak la. Boleh tahan tinggi.

Nak masuk kena bayar tapi tak mahal. Cuma kena daki sikit. Sebab aku kejar masa, malas nak naik ( malas nak mendaki )

Ni sungai dari air terjun tu

Ni pandangan Silver Waterfall dari bahagian bawah.

Lereng lereng tanaman 

Ini lah lembah Sapa dan pergunungan Fansipan

Boleh tahan menarik kawasan ni

Antara tanaman yang di tanam

Selain daripada kebun kebun sayur, di sini jugak kelihatan banyak kebun kebun peach, plum dan buah buahan lain. Memang kawasan Sapa Valley ni subur dengan tanaman disebabkan oleh cuaca. Tempat ni kalau tengok lebih kurang macam Cameron Highlands lah. 

Menarik jugak, kalau berkesempatan ke Sapa, merayau je la ke area area ni. Insya Allah sesat, Hahahah.

Memang akan rasa lost sekejap, tapi jangan risau. Sure boleh cari jalan pulang sebab jalan dia satu ni je up to the hills dan Heaven's Gate and patah balik kembali ke pekan Sapa.

Aku merempit turun dari kawasan gunung ganang ni kembali ke Sapa nak hantar motosikal !

bersambung............

12 comments :

  1. trip aku apr tawun dpn nak cover heaven's gate & market can cau. maksalahnya taktau heavens gate ni berbaloi ke tak. ko rase rase..??

    aku, antara heavens gate ni or trekking dgn tribal ppl..tgh berfkir2...

    ReplyDelete
  2. nice!...too bad aku x geti merempit la meng. kalau g sini nampaknye kena hire drebar kot. huhuhu

    ReplyDelete
  3. NanaT : heaven's gate for the view.. tribal trekking for experience..

    kena pilih 1 je ke? dua dua pun OK kalau sempat... heaven's gate ni. pegi sendiri je tak payah ambik pakej.. ( tapi ada kid payah gak kot nak naik moto )..

    terpulang la... dua dua OK kot.. depends what u like.

    MKL : moto ada org ambikkan gambar.. aku.. tak de org nak ambikkan..

    hahahaha

    AgipR : tak pe... mamat yang bagi sewa moto tu buleh bawakkan... bayar extra skit kat dia pastu bagitau je mana nak pegi..

    ReplyDelete
  4. suasana dia mcm hai van pass kat danang yg aku pi naik moto dulu...menarik!

    ReplyDelete
  5. Aigooo...mmg lawo tp sedih x sempat nak gi sini bulan 3 nnt...xpela ada reason gi betnam lg nnt hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Biq : Danang aku x sempat nak pi. dah ceased dah route tu..

    sampai sudah x pi la kot....

    HB : nanti kau pegi la.... banyak masa lagi ni.

    ReplyDelete
  7. naik ketapi la ke danang meng!! aku ada cita2 nak naik ketapi dari hcmc ke hanoi tp akan berhenti di Danang ngan hoi an sebelum terus ke hanoi....hahaha tp xtau la bilaaaaaa...

    ReplyDelete
  8. aah meng, kejap sgt bukak nyer ke danang tu...tak laku kot...seb baik aku sempat rembat, mcm nz gak la...

    ReplyDelete
  9. HB dgn Biq : Aku KIV dulu la mana mana trip ke Vietnam dan China..

    tunggu luka di hati sembuh dulu baru planning balik semula....

    untung la Biq sempat ke Danang.. NZ pun kau sempat kan??

    isk. bila AA nak reopen NZ nih

    ReplyDelete
  10. Dah tahun 2017, meng tak pernah saya nampak wajahnya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de benda yang nak di pertonton...

      aku share story not diri...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...