Sampai di hotel aku rest kejap.
Sebaik saja kami sampai, bas ke Sapa dah bersedia. Dah penuh dalam tu dan bas betul betul ready nak bergerak. Aku nyalakan rokok pun tak sempat abis hisap sebatang. Terus dipanggil dan naik bas.
Sebab bas dah penuh, aku terpaksa duduk seat belakang sekali. Seat 5 orang.
Pastu dia gelak gelak.
Mamat tu mamai mamai bukak mata. Pastu tidur balik.
Siot je.
Kuat jugak la.
Aku dengar betul betul.
Elok je mamat German tu tidur mulut ternganga dan berdengkur ria tanpa batasan !
Sampai sudah aku tak tidur. Sampai bas berhenti di Lao Cai. Tengok jam dah pukul 5 pagi ! Fuh. Sepanjang perjalanan dari Hanoi sampai Lao Cai pukul 9 sampai sekarang ni aku tak tidur tidur lagi !!!
Stress !
Cuba cuba baring dan lunjurkan kaki. Make sure kaki aku betul betul OK sebelum aku nak naik bas nanti ke Sapa.
Aku dah borak dengan budak hostel. Dia kata pick up akan datang ambik aku sekitar jam 7 malam. So aku kena bersiap sedia.
Sebab masih ada masa dan aku agak lapar, aku pun masak maggie !
Hah !
Jangan tak percaya aku bawak maggie cup. Selalu aku travel kurang bawak bahan makanan tapi sebab aku tau agak susah nak dapat makanan especially macam di Hanoi ni jadi aku bawak la roti dan maggie cup. At least boleh la nak alas perut kalau time time aku kebuluran.
Ni sebab dah berjalan jauh sangat hari ni, perut agak lapar lah.
Makan maggie dan lepas tu aku mandi, solat dan bersiap siap untuk keluar.
Orang datang kutip sampah di setiap premis Old Quarter
Agak lama la aku menunggu. Janji pukul 7 malam tapi sampai 7.30 orang tu tak datang datang pick up.
Aku check dengan budak hostel tu dan dia orang dok call few times. Dia kata orang tu tengah pegi pick up yang lain, nanti dia ambik aku dalam masa 30 minit lagi. Sempat la aku borak borak dengan bebudak hostel. Bagus dia orang ni. Dia bagitau aku nanti balik dari Sapa cemana nak balik ke hostel, siap tulis in Vietnam lagi in case aku tak boleh nak tanya orang.
So aku agak senang hati di sini.
Memula aku ingat nak bawak beg aku, tapi fikir fikir since aku tak nak bermalam di Sapa, so aku just bawak crumpler dengan jacket je. Beg tinggal kat hostel ni je.
Dia orang siap baik hati cakap nanti aku balik pagi sampai di Hanoi, boleh je guna mana mana bilik kalau kosong untuk mandi sebelum aku ke Halong Bay.
Memula aku ingat nak bawak beg aku, tapi fikir fikir since aku tak nak bermalam di Sapa, so aku just bawak crumpler dengan jacket je. Beg tinggal kat hostel ni je.
Dia orang siap baik hati cakap nanti aku balik pagi sampai di Hanoi, boleh je guna mana mana bilik kalau kosong untuk mandi sebelum aku ke Halong Bay.
Lama jugak melangut dan menanti, tak lama lepas tu datang la sorang ni pick up aku. Dia pick up naik motosikal je pun.
Tapi dari situ dia bawak aku ke satu hotel yang lain sebelum aku dan beberapa orang lagi di pindahkan naik van dan seterusnya kami menuju ke kawasan di bahagian selatan Hanoi untuk naik bas ke Sapa.
Agak jauh jugak tempat tu.
Dalam van tu, ada satu makcik Thai, riuh rendah la mulut dia berborak tanya semua orang.
"Where are you from?"
Semua orang dia nak tanya. Aku jawab sepatah je lah. Malaysia. Ada jugak yang tanya dia balik.
"Oh. I am from Thailand.. My husband from France"
Sebenarnya dia nak cakap laki dia tu Mat Salleh agaknya. Terover friendly pulak. Aku dok dengar je la dia borak.
"I dont like Vietnam. I think Thailand more beautiful. You should come to Thailand. Have you been to Thailand?"
Kan.. Syndrom negara kau je la paling cantik, paling best, tapi kau tetap merayau pegi negara orang. Apo kes Makcik???
Sebaik saja kami sampai, bas ke Sapa dah bersedia. Dah penuh dalam tu dan bas betul betul ready nak bergerak. Aku nyalakan rokok pun tak sempat abis hisap sebatang. Terus dipanggil dan naik bas.
Bas ke Sapa
Sebab bas dah penuh, aku terpaksa duduk seat belakang sekali. Seat 5 orang.
Ni dalam bas
Sempat la aku snap.
Nampak tak kaki putih sebelah tu? Tu mamat German sebelah aku. Kaki aku bawah selimut merah tu dan sebelah kiri aku ada lagi sorang mamat ni tepi tingkap.
Sebelah mat salleh German tu ada 2 orang lagi, Asian la tapi aku tak sure orang mana. Rasanya macam Laos or Cambodia. Dia orang tu member la kot agaknya sebab berborak sesama mereka je.
Bahananya naik bas macam ni dan duduk belakang sekali, bas ni sleepers, so kalau kat belakang tu memang kalau macam position aku ni belah kanan kiri ada orang. Susah la nak bergerak. Kang bergerak sikit tersentuh orang kiri, bergerak kanan kan kena pulak orang kanan. Aku pun jadi tak selesa.
Lagi menjadikan journey naik bas ke Sapa ni lebih tak selesa adalah mat salleh sebelah aku ni !
Memula dia sibuk nak bercakap. Pastu cakap sorang sorang. Aku kadang kadang dengar aku senyum la jugak. Ada la memula dia ajak borak tanya itu ini, aku pun jawab je lah. Tapi sebab dah banyak cakap sangat aku malas nak layan lebih lebih.
Baik aku membuta.
Mamat sebelah kiri aku pulak, dia OK. Naik bas terus dia pusing belah tingkap so belakang dia je la mengadap aku.
Kebetulan mamat ni dia dalam van sama dengan aku tadi. Dia dengar aku jawab soalan makcik Thai tadi kot then dia tanya aku.
"I heard you from Malaysia?"
"Yes.."
"I cannot visit your country"
"Where are you from?"
"Israel"
"Owh.. Yeah. I dont think you can come to Malaysia"
"How come. I really want to go to Bali"
"Huh?"
OK. Aku terdiam kejap.
"Bali is not in Malaysia. Bali is in Indonesia"
"Oh.. really? Haaa. I cant go to Indonesia either"
"Yeap. I guess so"
"Why?"
Tarik nafas kejap.
Tarik nafas kejap.
"Hmmmm I think because we dont recognize Israel as a country and as a Muslim Country, with the conflicts happen between Israels and Arabs that leaves other Muslim Countries not to establish ties with Israel including Malaysia"
Pastu dia diam. Pastu sambung membebel. Ntah apa apa ntah. Aku malas layan.
Tetap la tak puas hati. Memang dasar kapir harbi.
Aku buat buat tido.
Tapi !
Aku ingat aku boleh tidur. Sebenarnya tidak. Selain daripada kaki aku tertonyoh tonyoh mamat kat seat depan. Mamat German sebelah kanan aku ni yang ntah hapa hapa ni, memula aku nampak dia dok membaca kat tablet dia, so OK lah. Dah diam sikit, then mamat hujung sekali yang belah tingkap satu lagi tu tetiba berdengkur !
Agak kuat la dan aku pun boleh dengar.
Mamat German ni siap boleh bangun pastu pegi kejut. Dia gi goncang mamat tu suruh bangun.
"That's too loud man"
Pastu dia gelak gelak.
Mamat tu mamai mamai bukak mata. Pastu tidur balik.
Lepas tu tak lama... Bunyi lagi. Mat Salleh ni pegi kejut lagi. Few times okeh.
Dan dia buat aku jadi tak sedap hati. Kalau mamat tu hujung sana berdengkur, apatah lagi kalau aku yang sebelah dia ni. Kalau aku berdengkur mahu dia luku kepala aku.
Siot je.
So sepanjang jalan aku tak berani nak tidur. Tak nak nanti kang jadi isu kecoh kecoh pulak. So aku cuba cuba tidur ayam. Memang tak boleh tidur lah. Pejam mata je, bila rasa nak lalok terus cepat cepat aku terjaga. Punya la tidur dalam ketakutan aku ni !
Masalah betul.
So aku terpaksa melayan perasaan sendiri. Mamat Istrael tu tidur OK je tapi sebab dia pusing ke tingkap kira OK lah. Aku je la nak pusing badan pun tak boleh. Nak berlunjur kaki pun kang terterajang kaki orang depan pulak.
Dalam aku dok tidur tidur ayam tu, tetiba aku dengar bunyi dengkuran.
Kuat jugak la.
Aku dengar betul betul.
"Barbie doll !! Ko yang berdengkur ropanya !"
Elok je mamat German tu tidur mulut ternganga dan berdengkur ria tanpa batasan !
Ikutkan hati aku, aku kocak kocak je badan dia biar sampai dia terjaga. Tapi tak pe lah. Aku sumbat telinga dengan iPod dan layan perasaan sendiri. Lantak la kau dengkur situ.
Sampai sudah aku tak tidur. Sampai bas berhenti di Lao Cai. Tengok jam dah pukul 5 pagi ! Fuh. Sepanjang perjalanan dari Hanoi sampai Lao Cai pukul 9 sampai sekarang ni aku tak tidur tidur lagi !!!
Stress !
Bas berhenti di Lao Cai dalam sejam.
Sebenarnya ada penumpang yang turun di Lao Cai ni dan kami yang ingin meneruskan perjalanan ke Sapa kena tunggu another bus sampai dari tempat lain dan penumpang yang akan ke Sapa akan join naik bas yang sama ni.
Sempat la aku turun dengan laloknya lepak lepak kat luar hisap rokok.
Mengantuk gila babi !
Lao Cai
Station bas Lao Cai ni terletak betul betul depan Train Station Lao Cai.
Kalau naik train dari Hanoi pun akan turun di kawasan ni dan kena ambik van ke Sapa.
Lepas sejam menunggu, dah sempat kencing apa semua. Ada Mat Salleh tu siap gosok gigi tepi bas.. Tak senonoh betul. Toilet ada tapi kena gi kat kedai kedai tu lah menumpang.
On the way dari Hanoi ke Sapa tadi bas ada berhenti sekali dan aku sempat la turun hisap rokok seround. Tapi tetap tak boleh nak lena jugak selepas tu. Padahal mamat German tu dengan mamat hujung sana tu elok jer berbalas balas pantun sepanjang malam.
Then bas mula nak bergerak dari Lao Cai ke Sapa, aku naik dan aku perasan ada single seat yang kosong !
Apa lagi. Aku terus je ambik port tu. Dan dan tu bas mula bergerak, aku rasa selesa sikit sebab tidur sorang sorang.
Aku tidur lena sampai ke Sapa!
Sedar sedar je bas berhenti dah. Elok pulak tu hujan mula turun di Sapa...
Haaa. Ni dalam bas. Time ni semua orang dah turun. Bayangkan aku duduk seat belakang sana tu memula tadi dan bila dapat single seat baru lah boleh tidur
Advise aku kalau naik sleepers ni.
1. Sila dapatkan single seat. Kalau berdua, dapat double seat pun tak pe.
2. Sila ambik yang belah atas sebab sleepers ni 2 tingkat. Belah bawah biasanya tak rasa aircond especially yang seat row belakang sekali tu.
3. Kalau dari Lao Cai ke Sapa, sila duduk belah kiri tepi tingkap. Viiew agak stunning !
4. Bantal dan selimut di bagi tapi tak boleh bawak naik banyak banyak barang atas ni sebab space yang limited. Kaki pun boleh berlunjur je. Selipar atau kasut kena bukak dan masukkan dalam plastik. Nak isi barang memang tak boleh. Crumpler pun aku terpaksa peluk jer.
5. Bawak air sendiri atau makanan sebagai bekalan. In case kelaparan.
6. Nak kata bas ni selamat ke tak tu, tak pasti. Tapi cara pemanduan macam slow gila. Even malam pun, tapi sebab bas ni kan macam tinggi sikit, bila berselisih dengan lori ke nampak macam sipi sipi jer...Tapi Insya Allah selamat.
Perjalanan dari Hanoi to Sapa termasuk berhenti apa semua. Solid 12 jam !!!
6. Nak kata bas ni selamat ke tak tu, tak pasti. Tapi cara pemanduan macam slow gila. Even malam pun, tapi sebab bas ni kan macam tinggi sikit, bila berselisih dengan lori ke nampak macam sipi sipi jer...Tapi Insya Allah selamat.
Perjalanan dari Hanoi to Sapa termasuk berhenti apa semua. Solid 12 jam !!!
Hujan lebat menyambut ketibaan aku di Sapa jam 9 pagi.
Turun tu aku rasa bengong kejap. Ya la dapat tidur sejam dua dan aku miss scenery lawa lawa. Tapi kalau bagi scenary dengan tidur, aku tetap pilih tidur kot sepanjang jalan tadi tu.....
Turun bas, genyeh genyeh mata, buat muka ceria...
"Sapa... here I come.............."
* mati la tak de orang pedulik.
bersambung......
ooh..seat dia first come first serve yeh?
ReplyDeleteSiot betul. Macam pesta dalam bas. Meriah sungguh.
ReplyDeleteargghhh...cuba bayangkan kalau dapat seat belakang dua2 belah awek...hehehehe
ReplyDeleteDah la sempit bas tu...abes kalau kaki berbau??? hahahaha itu yg paling aku xtahan woooo...
En Meng,
ReplyDeletehari2 bukak blog ni sbb nak ikuti drama bersiri - episod SaPa... x sabaq ni... will be going next mac...
Thanx for sharing
hahaha teringat naik sleeper bas nih. tak bestt woo kalo dpt seat blakang skali. aku hampir2 dpt yg last tapi since ade kosong kat bahagian atas single terus naik atas. then, buat2 tido takut kene suruh turun. yela, dia mcm free seating.
ReplyDeleteNT : yeapp.. kdg kdg drebar tu suka suka je assign...
ReplyDeletetapi kalau awal boleh la request. kalau last last.. masak la duduk mana yang kosong.
MKL : meriah ke? rengsa lagi ada la... 12 jam rasa mcm 12 tahun..
HB : kalau berbau. pasrah. kalau awek sebelah. hmmm aku buat buat terlanggar la manjang...
SS : okeh. no hal..
HF : btol.... kalau dpt single memang best la...
kalo nk target solat subuh mcmana..sampai Lao Cai ada tmpt 'possible' utk solat?
ReplyDeleteShafie :
ReplyDeletenaik train or naik bas? kalau naik train x sure tapi maybe ada area yang boleh solat. cuba la lari sekejap ke sana.. tak jauh mana. bas berhenti dlm 30 minit
kalau naik bas ni.. either ambik air semayang kat kedai yang jual tiket tu ( ada toilet kat belakang ) and solat dlm bas .. or sebelah tu ada bangunan besar ( mcm hotel ).. kalau pagi tak de orang.. bawak kain.. boleh solat kat tepi tu.. ( harapnya bersih laa )
baca sekali lagi...nak ke Sapa ....
ReplyDeleteoke.. . semoga bermanfaat
Deleteenjoy Safa.