Thursday, November 28, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 19 - Hanoi : Hoan Kiem Lake & Leaving Hanoi

Pagi pagi di hari ke 4 aku dah bangkit.

* buat senamrobik campak mencampak barang dalam beg

Aku kena cepat cepat ke airport takut kang termiss flight. Naya ! Dah kemaruk nak balik tanah air dah. Aku ni walaupun suka travel tapi cepat homesick. Maklum lah, lama lama tinggalkan orang orang tersayang, jadi tak senang duduk jugak. 

Paling parah kalau perut dah mula tak leh nak terima makanan bukan bukan dan rindukan makanan di halaman. Lagi pun esoknya umat Islam akan start berpuasa !!!!!

Bangkit pagi tu, aku bersiap siap terus.

Plan asalnya nak naik teksi tapi macam mahal sangat. Aku tanya mamat hostel tu dia kata kalau nak naik shuttle pun sempat jugak tapi kena keluar awal lah. Flight aku pukul 9.30 pagi, so kena keluar dari hotel pukul 6 pagi. Sebab tempat shuttle bus tu sama dengan tempat masa aku turun time memula sampai, so aku agak familiar. Kalau nak ikutkan jalan kaki tak de lah lama sangat so aku spare 30 minit jalan kaki sebelum ambik shuttle bus ke airport.

Hopefully sempat la sampai ke airport untuk flight balik Malaysia.

Lepas check out, aku jalan kaki keluar dari hotel menuju ke bangunan Vietnam Airlines tu.

Suasana pagi, banyak orang berniaga di tepi tepi jalan di Old Quarter

Sebab tak jumpa kedai Nisa Restaurant tu, aku jumpa kedai ni. Vegetarian Restaurant. Tapi pagi pagi masih tutup. Mungkin boleh menambah option bagi sesiapa yang mahu mencari kelainan di Old Quarter ni

Sebab masih pagi, suasana pun masih nyaman walaupun macam baru lepas hujan.

Aku menapak pusing Hoan Kiem Lake sekali lagi sambil usha buat kali terakhir keadaan pagi hari di kawasan ni. Ni je la peluang terakhir, lepas ni tak tau bila lagi dapat berkunjung ke Hanoi ni.

The Huc Bridge di pagi hari. Ramai je orang melepak time jogging di sini

The Huc yang bermaksud morning sunlight bridge

Thap Rua - The Tortoise tower di tengah tengah tasik

Tau kan yang Hoan Kiem Lake ni bermaksud Sword Lake?

Recap ! Al kisah dulu dulu kala seorang emperor tengah mengayuh sampannya di tasik ni. Time tu dia bawak bersama magic sword dia tu. Tiba tiba, seekor kura kura besar telah muncul dan menyambar magic sword tu. Pedang tersebut telah hilang bersama sama dengan kura kura itu.

Begitu la lagenda kisahnya....

Maka sebab tu la tower ni di namakan Tortoise Tower ( menara kura kura ) yang di bina di atas pulau kecil di tengah tengah tasik

Di keliling tasik tu selain daripada pokok pokok, bangunan bangunan kerajaan, old quarter area, ada juga kawasan rehat dan mercu mercu tanda Hanoi ni.

Kiranya kawasan Hoan Kiem Lake ni memang menjadi kawasan tumpuan dan sangat penting di bandaraya Hanoi ni. Kalau datang Hanoi tak datang area tasik ni memang tak sah la kot.

Begitu la aku mengibaratkan tempat ni.

Ada statue jugak. Tak tau sapa. Maybe uncle Ho. Aku ambik dari jauh je.

Waktu pagi atuk dan nenek sedang duduk berdatingan

Atuk ni pulak keseorangan.....

Yang ni masih belum ada yang menumpang

Tortoise Tower dan sebahagian daripada kawasan berlatarbelakangkan Old Quarter

Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi

Hoan Kiem Lake

Pandangan terakhir sebelum aku hilang di celah celah bangunan

Ha.. Ini lah dia tempat shuttle bas ke airport

Tempat ni betul betul opposite Vietnam Airlines Building. Rasanya tu pejabat dia kot. Kalau naik shuttle bas tu, bas tu akan berhenti kat tepi jalan je. 

Masa aku sampai ni tak de pulak shuttle bas tersedia. Aku mundar mandir tanya orang tapi semua macam tak nak menolong. Last sekali aku ke sana dan nampak ada la dua tiga orang yang bawak beg. Maybe dengan tujuan yang sama, nak ke airport.

Tanya mamat  kat situ, dia offer naik van je ke airport dengan bayaran 60,000 Dong. Kalau naik shuttle bus biasa sorang kena bayar 40,000 Dong.

Sebab malas nak menunggu pastu yang ada kat situ semuanya macam setuju. So kami pakat pakat dalam 5 orang naik van yang macam innova. Pastu ada lagi few locals yang nak pegi keje ke mana tapi jalan yang sama ke airport lah.

So tak perlu naik shuttle bus, selamat la sampai ke airport pagi tu.

Sampai airport check in dulu. Tak de barang nak masuk, aku just verify document jer

Then keluar ambik gambar airport. 

Airport dia kecik je, tapi ada terminal baru sedang di bina kat sebelah sana. Aku baca, terminal tu adalah loan yang di berikan sebagai tanda persahabatan dari kerajaan Jepun kepada kerajaan Vietnam.

So apa tanda persahabatan kita?

Ada korang nak bagi aku Porsche sebuah?

Ada?

Aku lepak kat luar hisap rokok sambil minum kopi. Actually aku cari Highlands Coffee kat airport tu tapi tak jumpa. Yang ada semua black coffee yang biasa biasa tu.

Frust !

Nasib tak menonggeng depan airport.

Sebab kecewa tak jumpa Highlands Coffee, aku pun masuk untuk boarding.

Boarding terminal dia kecik je tapi aku suka sebab duty free shop dengan gate semua dalam kawasan yang sama. Tak payah jalan jauh jauh.

Sempat aku shopping perfume JPG kat airport. Murah je. Dalam USD30.

Tapi yang bestnya. Doa termakbul.

Dalam aku dok pusing pusing nak abiskan duit kat Duty Free Shop dalam airport tu akhirnya jumpa la satu kedai yang jual Highlands Coffee.

Alhamdulillah. Termakbul jugak hajat aku buat kali terakhir sebelum berangkat pulang.

Apa lagi, layan kopi sambil hisap rokok.

Smoking Lounge kat airport Hanoi ni lawa !!

Ni je beg aku. Tak berat mana sebab tak beli apa apa pun

Akhirnya waktu yang di tunggu pun tiba.

Aku pun dah tak sabar sabar nak balik. Boarding terus masuk flight, dapat seat and layan mata.

Leaving Hanoi

Cuaca tak berapa cun

Gembira dapat makan Nasi Hujan Panas. Siap ada wajik lagi. Tapi nasik dia tak sedap mana

Aku terlelap, bukak mata dah nak sampai !!

Landing timeeeeeeeeeeeee

Pastu flight macam berhenti lama pulak. Apa kena ntah. Tunggu queue nak masuk parking kot.

Sempat la aku usha kapal terbang turun.







Sampai !!!

Turun dari flight, beli rokok, pastu keluar dari terminal call OR. Dia dah sampai. Terus je masuk kereta dan balik rumah.

Oh. Macam biasa, OR sambut aku dengan kopi Ali Cafe !

Untuk berak dengan lebih cergas.....

Kami nantikan perjalanan seterusnya bersama sama anda. Pasti????

Feel at home anywhere in Asean. Pasti????

Aku tak beli apa apa pun di Vietnam. Cuma FM je. Ni pun dapat yang Hanoi dengan Halong. Aku beli kat Hanoi je. Yang Sapa tak jumpa kat Hanoi. Tak terbeli jugak masa di Sapa sebab tak lawa.

Ni China Magnet aku beli dalam flight AA

Maka, demikianlah trip 4 hari 3 malam ke Hanoi, Sapa dan Halong di Vietnam. Overall, aku puas hati dan gembira walaupun rasa penat jugak lah. Balik tu esoknya keje macam biasa. 

Bagi aku kalau boleh aku perbetulkan trip ni, may be aku tambah 1 hari untuk overnight di Halong Bay kot.

Lain lain rasanya just enough. Aku dapat tengok apa yang aku nak tengok, sampai di tempat yang aku terasa nak pegi, maka semua mimpi mimpi yang aku simpan selama ini terlaksana sudah adanya. Aku sendiri pun tak sangka. Betul la orang cakap, semua yang kita mahukan dalam hidup ini bermula dengan sebuah mimpi....

'Bermimpilah.... Tuhan kan memeluk mimpi mimpimu. Dan bersyukurlah.... kalau kita masih mampu untuk bermimpi... 

Hidup hanya sekali, berikan lah yang terbaik !'

Alhamdulillah, semoga berkesempatan untuk trip yang seterusnya selepas ini. Lagi manis trip ni merupakan hadiah hari jadi untuk diri sendiri......

For North Vietnam  - Budget, Highlight and Itinerary klik situ.

Lepas ni kena mimpi sampai ke bintang pulak.



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

TAMAT.

13 comments :

  1. dulu aku bangun pukul 5 pg nak ke airport...hahaha.. tp itu dulu thn 2006 errr ke 2007 lupe lak..lama gile dh.

    masa dulu aku rasa terkejut sbb tgk dorang berniaga tepi kaki lima jek.. meja kecik kusi kecik.. tp ramai org... kadang tu meja xde..kusi jek yg banyak pon ramai org..

    sepanjang perjalanan aku dari hanoi ke ha giang, sentiasa driver tu akan bunyikan hon walaupon dpn tu lembu hehe...satu tgn pegang steering satu tgn kat hon mmg 24 jam ready utk tekan...

    ReplyDelete
  2. bestnya hanoi!tengah mimpi ni sok2 smpai sana gak...hehe yezza sy suka yg akhirtu...bermimpilah....sy mmg suka bab2 mimpi nih...pastu bila jadi kenyataan, mcm tak pecaya jer....hehehe bajet dejavu plak kan..kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. banyaknya FM...
    dulu biasala bebeli FM byk2 ni distribute kat femili..

    skang aku beli dua jek
    1. taruk kat fridge
    2. taruk kt cpu PC

    jimat!
    hahaha!

    ReplyDelete
  4. speaking of mimpi, aku pun tak paham camne aku leh mimpi ko kelmarin...*pandang siling*...serius, aku cam terjaga terus terpikir, apahal aku mimpi meng...

    ko sesukati petik je statue tu uncle ho, tu emperor tuuuuu hahaha!

    amboi abam minum kopi, bini sambut pun minum kopi ye abam...hahahaha!

    ReplyDelete
  5. Umat islam aakan start puasa..loh..dah lamanya pergi nya..kalau JM mahu mati kutu hilang ieda kalau dah lama travel baru nak update..mahu JM tulis merapu je..kira abg meng ni IQ power lah

    wahh..sporting atuk tu kasik nenek tu sorang je berpayungan..yg sorang lagi tu mengenang nasib kerana di tinggalkan isteri..kesian dia..pandai2 kan JM ni

    Beg besar tu je...kalau JM baru masuk baju kecik 2-3 helai dah penuh tak termasuk baju besar lagi tu...alahai bila leh bermimpi di Hanoi pulak ni asyik bermimpi kat tempat tdo je

    ReplyDelete
  6. waa...layan betul mimpi2 neh.
    kopi tu memang sedap n femes eh.

    ReplyDelete
  7. MKL : Boleh la.. kena pegi jenguk tu..

    HB : bila kau nak berkunjung lagi???
    next time kau pegi dia org dah start melepak atas sofa je kot. hahahah

    DJ : sila pegi melawat Hanoi....

    ReplyDelete
  8. NanaT : sama la.. skrg ni aku beli utk orang je. utk diri sendiri dah tak berapa rajin nak collect..

    Biq : Kau kenapa mimpi aku?

    aku kurus tak dlm mimpi tu? Hahahahah..

    Oh. itu emperor kah? Hahahhaa. memang aku main petik je pun tu...

    Kopi tu wajib utk kecergasan nak ehem ehem... hahahaha

    JM : ya la. memang beg besar tu je.. x bawak berat berat..

    memang trip dah lama.. bulan 7 dulu tu...

    AgipR : kalau ke hanoi kena cuba la kopi tu.. memang aku prefer Highlands tu la...

    ReplyDelete
  9. ala mimpi kan slalu mcm muka lain tapi kita tau la org tu sapa kan hahahaha! aku mmg tiap2 ari akan mimpi weh, jenis camtu hahaha! dlm itu mimpi ko tak kurus tak gemuk la mcm standard size gitew hahaha! yg tak blh blah, ada aksi yg ko lakukan! aksi la sgt!

    ReplyDelete
  10. Aksi?

    Harap harap bukan aksi kelucahan melampau..

    hahahha

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Meng...hang memang best bila menulis.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...