Tuesday, November 12, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 07 - Sapa - Sapa

Sewaktu sampai di Sapa aku terpinga pinga.

Buntu !

Dah la mata masih mengantuk dan mamai mamai, pastu aku tak tau mana arah nak di tuju.

Aku cuma ada print out Wikitravel Sapa jer.

Tapi kalau baca kat sini pun tak tau mana aku nak tuju dulu. Aku imagine Sapa ni tak besar, so aku boleh jalan kaki around town. Terlebih imagine lagi aku ingat aku akan sampai di paddy terrace dengan mudah dan tu pun agenda utama aku ke mari. Untuk melihat paddy terrace di Sapa.

Tapi di mana?

* begitu aku tertanya tanya pada diri sendiri.

Hujan makin turun. Kejap lebat kejap berhenti.

Lake Sapa

Waktu aku turun dari bas tadi tu, ramai la makcik makcik yang offer bilik kat sini, since aku memang tak de plan nak tidur pun so aku ignore jer.

Ada kedai kedai berdekatan dengan station bas, so aku start merayau. Pusing pusing keliling. Last sekali sampai balik kat tempat bas berhenti tadi.

Duh? Ni je ke Sapa?? Apa yang menarik nya ni??

* aku garu garu kepala lagi.

Hujan turun lagi dan aku kena cari tempat berlindung. 

Bangunan depan station bus Sapa

Nasib baik la kat tepi tasik tu ada macam tempat duduk berbumbung dan aku rasa tu khas untuk pelanggan gerai yang di buka pada waktu petang. Since pagi ni gerai gerai tu belum buka, hujan pun turun, aku pun berlindung la sampi meratap hiba.

"Gila tak menarik Sapa ni !"

* getus hati ku lagi.

Peergh ayat. Kau mampu bergetus getus?

Tapi di kawasan tasik ni agak menarik jugak la view dia. Ada beberapa bangunan hotel dan bank kelihatan. Rata ratanya masih berkonsepkan bangunan colonial zaman Perancis lagi.

Layan dulu kawasan sekitar.

Hotel dan Bank

Ada taman. Hujan turun ni membasahi bumi

Ada la dekat 15 minit aku terperangkap kat sini dek hujan. Tak boleh nak buat apa. Nak bergerak pun masih basah. Cuaca sejuk boleh tahan la, tapi since aku memang bawak jacket so kira OK lah.

Tengah melepak tu tetiba aku di datangi oleh wanita wanita Sapa ni.

Aku dah syak mesti dia orang aim aku

Mungkin sebab dia orang nampak aku bukan muka local kot tu yang dia orang datang,. Tujuan dia orang adalah nak jual barang !

Ada cenderamata, gelang, hasil tenunan dan jahitan embroidery. Usually hasil tangan dia orang sendiri lah.

Aku memula buat tak layan jugak la tapi lepas tu makin ramai yang datang. Siap kendung baby lagi. Ayat pembukaan dia orang sama jer semua.

"Hello Sir. How are you? Where are you from?"
"Malaysia"
"Oooo.. you alone?"
"Yes I am"

Layan borak lebih kurang.

"Look here Sir... this one... very beautiful.... buy some Sir. Buy this for your wife.."

English broken lah tapi masih boleh difahami.

Masalahnya semua jual benda yang sama. Pastu datang berduyun duyun pulak tu. Aku buat muka keras la apa lagi. Malas nak layan mana.

Bila dia orang makin ramai aku makin tak selesa. Sudahnya aku yang lari. Tengok cuaca dah OK sikit. Aku blah. Nak tanya banyak banyak pun tak guna. Dia orang pun tak berapa faham nak cakap balik.

Mereka blah dengan kehampaan

Aku masih tercari cari di mana tourist spot di Sapa ni?

Takkan la macam ni je kot. Ada tasik, ada la hotel dan bangunan bangunan tapi takkan di sini saja. Kalau aku baca di wiki tu ada tulis kena jalan ke belakang sikit, tapi belakang mana?

Tu yang aku musykil tu.

Sudahnya aku jalan pusing tasik tu. Tu je la yang aku boleh buat sambil melayan perasaan sendiri. Mana la tau ada hint di mana mana ker.

Tengah berjalan cuaca berkabus.. aku rasa hujan makin lebat nak turun ni

Berjaya pusing seluruh tasik Sapa.

Lepas pusing tu aku kembali ke tempat pertama waktu bas sampai. Sini lagi !!

Dah tu mana yang menarik di Sapa ni?

Hmm Stress !

Aku masuk kedai, nampak ada pompuan pompuan macam jaga kaunter tiket Tour, tapi bila aku tanya cemana nak pegi Paddy Field tu dia orang cuma tunjuk pakej dia orang. Aku cakap aku tak nak ambik pakej, aku nak jalan sendiri je.

Terus tak nak layan !!

Lahabau !!

Aku kembali buntu.

Hujan turun balik semula. Sebab tak de tempat, aku pegi balik kat tepi tasik dan duduk lagi kat situ. Nasib la tasik ni agak tenang dan damai jugak, tanpa makcik makcik yang nak berjual tadi.

Layan pepokok di sini.






Serious aku terasa macam bodo sekejap.

Dengan tak tau mana nak tuju. Pastu cuaca pulak tak menentu macam ni, hmmm apa aku nak buat?

Worst case aku kena bertahan sampai petang nanti sebab bas aku balik ke Hanoi petang nanti jam 5. Aku beli tiket return terus. Actually ada few busses from Hanoi to Sapa ni, tapi semalam masa minah tu booking dia kata semua dah penuh. Cuma ada bas ni je. So nak tak nak, ini je la rezeki aku. 

Tapi tak pe lah. Janji aku dah sampai ke Sapa.

Aku fikir.

Kalau orang tanya aku apa ada kat Sapa, mesti aku tak boleh nak jawab sebab aku sendiri pun tak nampak apa apa !!

Argh...............................

Fikir lagi, aku tak boleh nak redha macam ni je. Aku kena la buat sesuatu. Takkan aku nak menyerah kalah ! Aku yakin Sapa has more than this. Mesti ada. Walau aku tak boleh pegi sebab hujan sekalipun aku kena tahu cemana nak pegi dan kat mana tempat tempat tu semua.

Hmmmm

Yakin boleh. Aku bangun dan bergerak semula ke kedai kedai tadi. Pantang aku nampak orang aku tanya.

"How to go to Paddy Terrace?"

Rata rata semua tak boleh nak jawab. Semua macam tak faham.

Bungkam.

Aku duduk tepi kedai ni. Sebab masih hujan. Elok aku dapat tempat berlindung, mamat kedai tu keluar bawak babi ! Babi dah kena cucuk dan dia siap siap nak panggang.

Oi !!! Sebelah kaki aku je dia guling gulingkan babi tu. Babi betul.

Aku pun melintas la cari tempat lain.

Buat la keje kau kat situ, aku rela lari tempat lain !

Aku cross jalan dan ada macam kedai yang belum di buka. Aku pun lepak la kat situ. Tengok orang lalu lalang.

Aku fikir, orang macam ramai tapi mana dia orang semua ni pegi. Nampak ada yang berjalan ke sana, ke sini, tapi tu lah. Aku tak jumpa pun tempat yang aku boleh panggil tourist spot.

Hujan masih lebat. Aku lepak dan tengok orang lagi. 

Ada yang jual bunga

Ada yang kendung anak dalam hujan

Ada yang bawak barang

Bergossip riang

"Nak gi mana tu????"

Tapi tu la hujan hujan pun dia orang ni biasa jer..

Mungkin dah biasa dengan kawasan Sapa ni yang berhujan. Maklumlah kawasan tinggi. Aku tengok kiri kanan ada jugak la nampak gunung gunung tapi.. macam tak tau aku nak tuju kat belah mana.

Sampai la hujan dah reda sikit, aku pun mula berjalan lagi. Kali ni aku nak try belah lain pulak. Sebab aku nampak macam ada orang jalan ramai ramai dari arah sana.

So try.

Oh hujan cepat la berhenti !

Pastu nampak restaurant ni, ada macam ramai sikit mat salleh di sini 

Dan belah depan tu aku nampak ada orang berniaga hasil tani.

So aku pun nak pegi la usha. Tapi jalan asyik terpaksa berhenti sebab hujan masih belum reda. Jumpa pos office aku pun berlindung kat situ sekali lagi.

Peti surat depan pejabat pos

Tengah aku berlindung kat sini, datang lah sorang minah Sapa ni tegur aku. 

Aku tau dia nak jual barang jugak, tapi sebab dia sorang, so aku tak kisah. Boleh gak la layan borak borak dengan dia.

"Where are you from Sir"
"Malaysia"
"Ohhh"
"You know Malaysia?"
"I dont know"

Dia senyum senyum.

"Far?"
"Yeah.. Quite far. But I came from Hanoi"
"Oooo Hanoi"

So layan borak borak dengan dia.

Minah ni OK. Boleh la di ajak borak. Kalau aku cakap laju sikit ke apa ke, dia mesti jawab.

"I am sorry Sir..  My bad english"
"Oh. OK"

Terpaksa la aku rephrase dan cakap slow slow.

Dia ni asal dari salah satu village di Sapa. Dia datang pagi pagi untuk menjual barang barang dia kat pasar kat depan pejabat pos ni. PasarTani la kot setiap sabtu dan ahad.

"Morning I come here.. I walk"
"How from your village from here?"
"15 kilometer"

Mak aii !!

Aku jalan 2 KM pun dah sumpah seranah. 

"Your village, is it near any paddy terrace?"
"I am sorry Sir. My bad english"

Hmm. Dia tak faham jugak. Aku dah tak tau nak bagi english cemana lagi.  

"Sir.. You wanna go to my village? My village very beautiful"
"Oh.. I'd love to, but I dont have much time. I am going back to Hanoi this evening. Do you know where I can see the paddy terrace?"
"Sorry Sir, my bad English"

Sudah !

Rupa rupanya dia orang tak tau paddy terrace tu apa !!!

Patut la. Aku pun bahlol jugak la.

Dia orang kat Sapa ni suka approach tourists then nanti dia orang ajak kita balik ikut dia ke kampung dia orang. Nanti dia orang tunjuk la cara kehidupan mereka tu, then last sekali, nanti dia orang expect la tourist tu bagi tips ke or bayar dia orang for the tour tu. Lagi dia orang suka kalau kita nak bermalam kat rumah dia orang macam homestay.

"You know where the Cat Cat Village is?"
"Oh.. You go straight Sir.. walk pipteen minutes and you go left.. bla bla bla"

Dia bagi aku instruction.

Baru la aku rasa ada sinar !!!!!

Jangan sebut paddy terrace lah. Dia orang tak faham. Terus je sebut Cat Cat Village, mostly dia orang tahu.

"Sir.. please buy me Sir"
"Buy you?"
"Yes. My vegetable...."
"Oh..."

Dia nak suruh aku beli sayur yang dia jual. Ingat nak suruh beli dia. Dia tunjuk la tempat dia berniaga. Tak jauh pun depan post office tu jugak.

Masalahnya dia jual timun bagak ni. Aku nak buat apa???

Timun bagak !

"What do you do with it? You cook?"
"Yes.. Can cook. Very good"
"Can we eat it raw?"
"I am sorry Sir.. My bad english"
"Oh... Can I just eat like that? No cook?"

Aku siap la beraksi. 

Dia gelak gelak. 

"Can.. but not good"
"OK"

Ada makcik ni duduk kat tepi. Tidur la tu ! Ke pasang telinga dengar aku borak?

"So Sir.. Please buy me"
"I am sorry. I cant buy that cucumber..."
"Wait Sir.. "

Dia pun blah. Turun pegi ambik something dan datang balik. Kali ni bawak budak kecik.

"Who is he? Your son?"
"No... Girl !"
"Oh.. she is a girl. Your daughter?"
"No. My sister.... but not my sister... sister from village"

Susah jugak dia nak terangkan kat aku. Kena lama lama dengar baru boleh faham. Rupanya budak ni anak kawan dia. Kawan dia tu ada jugak la kat situ. Maybe pangkat kakak la kot.

Lama jugak aku borak dengan dia. Perihal hidup di Sapa etc.

Dia kata kat Sapa ni bosan, tapi dia perempuan dia tak boleh nak buat apa. Kerja dia orang tenun hasil jahitan pastu datang jual kat pekan Sapa ni. Pastu tanam tanam pokok ke buah ker then jual la. Kampung dia tak de padi so dia tak keje padi. Muda muda dah kena kawin. Dia pun dah kawin. Suami dia keja masuk hutan cari hasil hutan. 

Dia kawin umur dia 14 tahun. Suami dia 16 tahun. Sekarang umur dia 23 tahun. Dah ada anak jugak 2 orang tapi kat rumah. Mak dia jaga.

Then dia tunjuk la kawan dia tu. Ada tunggu kat gerai

Budak ni. Baik je

Lama jugak la aku borak dengan dia. Lagipun hujan.

Tak abis abis ayat dia..

"Sir. Please buy me. Please... this, I work 7 days to finish"

Aku tengok la ada macam alas meja dan beg dia buat. 1 alas tu ambik masa 3 - 7 hari nak siapkan. Ada yang lagi kompleks tu makan bulan.

Masalahnya tak lawa !!!

Hahahahaha.

Then satu satu keluar. Jual gelang la apa lah. Last sekali untuk mengambik hati aku beli la beg kecik yang dia buat. Tak lawa jugak tapi beli je lah. Kesian jugak kat dia. Suka hati dia.

"Today.. you first buy me. Thank you Sir"
"Dont worry. It is still raining. You will get a lot of customers after this"
"Thank you Sir"
"OK. I have to make a move. I want to go to Cat Cat Village. Thank you.. See you"
"OK. You go..walk"

Dia suka hati sebab aku dah jadi pembeli pertama dia hari ni. Murah je pun. Cuma aku tak tau beli untuk apa. ( note:  lepas tu benda alah tu hilang !)

Aku nak ambik gambar dia tapi aku segan. Aku kan jarang ambik gambar orang sebab aku takut orang tak selesa. Malas nak cari pasal. Tapi bila dah turun dari pejabat pos tu aku pandang dia, then aku bagi sign aku nak ambik gambar dia.

Tada !!!

Tu dia yang tengah sebelah tu kakak dari kampung dia tu. Abaikan pakcik berpayung.

Hujan pun dah mula reda.

Baru lah aku berkeyakinan nak berjalan.

Ada pasar tani tu aku follow je jalan tu ke belah atas seperti mana yang di beritau oleh minah ni tadi.

Pasar Tani di Sapa

Meh kita tengok apa yang dia orang jual kat sini !!

Layan.

Plum

Rambai?

Plum lagi

Dia orang berniaga siap bawak baby

Peach !!

Burung pun dia orang jual !

Budak budak Sapa. Pakaian dia orang memang semuanya macam ni

Cactus

Sampai kat hujung jalan tempat orang pasar tani ni aku nampak satu church.

Baru la aku pasti, yang tempat tumpuan di Sapa ni bukan kat tempat tasik tadi tapi dia area ni. Memang kena berjalan ke belah atas sikit baru la nampak.

Sebab hari tu hari Ahad. Ada ramai orang yang keluar masuk gereja ni. Aku just gi usha je la tengok orang.

Church di Sapa

Kau mampu beranting anting sebegitu? - Model subang Tiffany & Co.

Depan sikit pada kawasan church ni banyak bangunan berupa hotel dan kedai kedai. Sini la kalau betul pun tumpuan pelancong. Patut la kat tempat tadi aku tak jumpa ramai orang. Rupanya aku yang salah tempat.

Nampak sign tulis ke Cat Cat Village. Aku jalan jalan then nampak ada tourism office. Aku nak mintak map kat situ. 

Jumpa lah, aku masuk tapi mamat tu tak friendly langsung. Aku mintak map dia suruh ambik sendiri. Tak de pun dia nak layan. Bedebah betul. Rupanya map tu kena beli. Aku mintak yang free. Free ada tapi yang photostat punya je lah. Lagi dia buat muka kelat.

Tapi OK lah. At least ada harapan aku nak usha Sapa sebab aku dah ada map di tangan.



Ayuh !

Mari kita terjah Sapa.

Tapi nak terjah cemana?????

bersambung........................

9 comments :

  1. Suspen betul penulisan bro Meng kali ini..Tertanya-tanya dapatkah Meng ke Paddy Field seperti yang dihasratkan ? Buat aku hendak terus membaca.

    ReplyDelete
  2. aku dpt bayangkan muka ko yg pura2 amik gambar bunga walhal tatau nak pi mana! hahahahaha!

    ooo baju sume mmg camtu ek? wah senang la tak kisah nk beli baju lain...

    mmg kalo kat negara2 camni harus ko cakap english seketul2 broken abis, baru itik cakap dgn itik hahaha!

    nak FM meng! tak kira...tak kira...

    ReplyDelete
  3. moral of the story, kena mention nama tempat attraction baru la ada sinar cahaya di hujung terowong.

    paddy terrace mmg tak paham deme..



    ReplyDelete
  4. aku rasa baik ko ckp melayu jek la meng...kalau dh english pon x paham hahahahaha....

    ReplyDelete
  5. MKL : urut dada..

    relaks brader.. brader relaks...

    Biq : btol. aku macam stress gila dok ambik gambar pokok sebab dah tau nak buat apa..

    uniform dia org mcm tu.. nampak semua pakai sama jer..

    NT : btol Nana.... ckp pelik pelik dia org lagi pening.. hiks.

    HB : kalau aku ckp melayu lagi dia pandang aku atas bawah.

    aku yang tribal people ke dia org?

    ReplyDelete
  6. mak aiih, 15 km dia jalan.
    kaktus tu cantik!

    ReplyDelete
  7. NanaD : tu la. patut la dia org ni tak gemuk... asyik berjalan beribu langkah satu hari...

    kaktus dia x sama ke dgn rupa kaktus kat cameron highland?

    ReplyDelete
  8. getus katanya......

    ai dah baca dah ni tapi knp ai xde komen ekk *bungkam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungkam la......

      tidur terus la.. hahahahha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...