Thursday, November 7, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 04 - Hanoi - Temple of Literature

Lepas lepak lepak lebih kurang di area HCM Muzium dan One Pillar Pagoda tu, aku tak boleh membuang masa mana.

Cuaca pulak panas berdeting ! Boleh cair otak. Tapi berkat kegigihan yang melampaui norma norma masyarakat, aku gagahkan diri jugak melangkah.

Misi seterusnya adalah untuk ke Temple of Literature, di Hanoi !

Apa ada di sini? Kenapa mesti ke sini? Menarik kah di sini?

Macam tu la persoalan yang bermain main di minda masyarakat dan juga minda aku sendiri. So untuk mendapatkan kepastian, ayuh kita terjah ke sana.

* tolak abang rambut ketak Melodi masuk gaung

Gambar bendera Vietnam ni aku ambik depan Muzium Ho Chi Minh

Dari muzium tu kena menapak la lalu tepi tepi bangunan dan lorong lorong. Nasib la kat Hanoi ni banyak pokok so tak de la panas mana kalau berjalan. Cuma kena hati hati sebab motosikal agak banyak. Dan dia orang asyik pandang aku atas bawah. Pelikkah tengok jejaka berupa paras Italy jalan kaki?

Nak melintas jalanraya di Hanoi ni satu cabaran jugak. Kena hati hati dan jangan takut takut.

Akhirnya selepas lebih kurang 20 minit berjalan kaki, sampai jugak la kat satu kawasan yang di namakan Temple of Literature ni.

Temple of Literature ini merupakan satu taman yang menempatkan rumah ibadat Confucius di Hanoi dan merupakan Imperial Akademi iaitu universiti kebangsaan Vietnam yang pertama. Di bina pada tahun 1070 di zaman Raja Ly Nhan Tong ia merupakan satu satunya tempat ibadat yang khusus di bina untuk penganutnya selain menjadi pusat akademik khusus untuk golongan elite dan orang orang berada satu ketika dahulu.

Tempat ini pernah featured dalam rancangan Amazing Race.

Terdapat astaka, dewan dan tempat upacara persembahan, dewan peperiksaan, muzium dan sebagainya di dalam taman yang agak luas ini. 

Kalau tengok duit 100,000 Vietnam Dongs ada la gambar Temple of Literature kat belakang tu..

Kiranya tempat ni tempat tinggalan sejarah dan sekarang menjadi salah satu tumpuan pelancong yang datang ke Hanoi ni.

Nak masuk?

Meh !

Ini pintu masuk utama.

Tak tau apa yang di tulis, tapi macam ada perayaan je kat sini

Haaaa ! Nak masuk kena beli tiket dulu.

Beratur la kat sini. Tapi orang memang ramai kat tempat ni. Baik pelancong mahupun local yang datang melepak. Ada je dia orang duduk bertenggek tepi tepi taman kat kawasan ni. Tak tau la sebab apa.

Kat sini aku terkena lagi time beli tiket tu. Harga masuk tak silap aku dalam 20,000 Dong. Aku bagi 100,000 Dong. Makcik jaga kaunter tu muka ketat je pulangkan balance. Sebab orang kan ramai, biasa kalau kita ambik balance terus blah. Tapi tergerak lak aku masa tu nak kira depan depan tu. Masa tu orang belakang aku dah start beli dan makcik tu tengah layan dia. 

Makcik tu nampak je aku kira duit dan dan tu lah dia hulur lagi 20,000 bagi aku. Bila aku kira memang short. Cis.. Pentipu !!!

Tak sempat aku tanya, Tak tanya pun berapa yang tak cukup. Nampak sangat dalam hati penuh dengan noda noda hitam dan niat nak menipu.

Keji !

Dalam kawasan Temple of Literatue ni ada 5 courtyards. Dari start masuk main entrance tu nanti akan masuk ke courtyard pertama, pastu ada gate lagi, then courtyard ke dua dan seterusnya. Setiap courtyard tu dijadikan taman dan mempunyai 'gate gate' yang tersendiri.

Ini dari Courtyard pertama. The "Attained Talent" gate ("Dai Tai") and the "Accomplished Virtue" gate ( "Than Duc"). 

Ni second courtyard yang mana akan bertemu dengan 'Constellation of Literature Pavillion'

Di courtyard ke dua ni lah ada pavillion "Khue Văn CAC" ni. Pavillion ini telah di bina pada tahun 1805 dan menjadi simbol Bandaraya Hanoi hinggalah sekarang. Di bahagian atas ada pavilion kaler merah dengan tingkap bulat dan bumbung. Di dalamnya ada loceng gangsa tergantung dan dibunyikan pada waktu waktu tertentu.

Selain daripada Constellation of Literature Pavillion ni, courtyard ke dua ni juga terdapatnya "Crystallization of Letters" gate ("Suc Văn") and the "Magnificence of Letters" gate ("Bi Văn"). Kedua duanya merupakan lambang keindahan kesusasteraan lama Vietnam.

Lepas tu masuk Courtyard ke 3.

Ni dah kira courtyard ke tiga. Kalau belakang pavillion tu courtyard ke 2. Ini la Constellation of Literature Pavillion' yang terdapat di belakang wang kertas 100,000 Dong Vietnam ini.

Sama tak? 100,000 Dong ni bersamaam dengan RM15.

Di kawasan courtyard ke 3 ni juga terdapat, 'Well of Heavenly Clarity' atau Telaga Syurgawi.

Hah !

Syurgawi tak?

Dan ada taman taman hiasan. Actually ejaan ni panjang tapi aku ambik yang huruf M dengan U saja

Semua semua tu di buat daripada bunga bungaan

Dan masuk ke courtyard ke 4 ada macam kawasan lapang. Ada beberapa bangunan di kiri kanan. Aku pun tak berapa pasti, tapi orang agak ramai. Ada patung kura kura juga di sini. Kura kura di anggap sebagai salah satu 4 binatang yang di anggap suci di sini selain daripada Dragon, Unicorn dan Pheonix.

Kawasan courtyard ke 4

Di sini ada nama nama pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

Dewan dewan


Dan courtyard terakhir iaitu yang ke 5 menempatkan rumah ibadat Confucius termasuk altar dan berhala.

Ada ramai jugak orang orang yang datang ke sini untuk beribadat.




Orang memang ramai kat dalam ni. Pening kejap aku. 

Siap ada orang buat sesi photog lagi kat sini.

Aku sempat snappy dari belakang jer

Lagi pening sebab memula aku tanya orang kat main entrance tu ada tak jalan keluar di hujung courtyard 5 tu.

Dia kata ada !

Gigih la aku pusing belakang tu, pusing pusing tak jumpa. Nampak gate tengok berkunci. Memang tak boleh nak keluar ikut situ.

Cis !!

Punah harapan aku. Memang kena patah balik dan keluar ikut main entrance tadi. Jauh jugak la nak menapak balik semula. Lagi sadis sebab tempat yang aku nak pegi tu sepatutnya belakang dari Courtyard 5 tu je. Dah kena patah balik pastu ikut laluan luar buat satu pusingan.

Argh...

Nak mengamuk tak tentu pasal jadinya. Letih jugak la weh.

Tapi nak buat cemana. Tu je jalan yang ada. Anggap je la tak jauh walaupun sebenarnya terpongeh jugak la nak menapak keluar dah berpusing satu kawasan Temple of Literature ni.

Imagination is more important !!!!

Imagine je la dekat.

Overall aku rasa tempat ni biasa je. Lain la kalau orang yang gemarkan history dan literature maybe suka kot. Aku tak gemar sebab orang ramai gila. Pastu aku tak tau dia orang datang untuk apa ! Sebab nampak macam ramai local je..... mungkin datang nak beribadat kot.

Tapi setting dia agak peaceful dan cantik jugak lah sebab berkonsepkan taman taman.

Keluar dari Temple of Literature ni, tetiba aku rasa tak sedap.

Kaki aku mula rasa sakit sakit nak cramp ! Shiito !!..

Jangan lah cramp macam aku kena masa kat Osaka dulu tu. Sakit wooo. Aku ambik port, lepak kat tepi pagar tu. Kebetulan ada orang jual air, aku beli air, hisap rokok dan layan tengok orang. Ramai orang melepak kat situ. Pemandu pemandu beca pun sibuk la ajak aku naik beca. Yang bawak motosikal pun sibuk dok tanya.

"Nehi ! Tak mahu !!!"

Padahal. Kaki dah start sengal sengal.

Lepas lepak dan agak agak rasa OK sikit, aku pun start jalan slow slow. Rasa macam dah nak berdencut dencut dah kaki masa tu, tapi tak pe la. Jangan tetiba dia tarik urat sudah. Kejang terus aku.

Tu la yang aku paling takut pun sebenarnya sebab bila dah kejang, tak leh nak bergerak !

Jalan kaki pusing satu kawasan Temple of Literature

Lepas pada tempat ni, aku bercadang nak pegi ke Flag Tower Hanoi. So aku jalan la slow slow. 

Jalan punya jalan, then nak melintas jalan. Aku tunggu la traffic light tu hijau sebab motosikal banyak.

Aku berdiri sambil mata dok tengok motosikal yang lalu lalang.

Aku sempat snap gambar lagi okeh sebelum melintas. Kakakaka!

Sebaik saja traffic light bertukar merah, semua kenderaan tu berhenti. Tau je la kat Vietnam ni motosikal kan banyak gila. So dia orang dah berhenti tunggu di depan depan zebra crossing yang aku nak melintas tu.

Dengan confidentnya aku melangkah.

Dari jauh dah nampak dah.

Haaa. Tempat ni la aku nak pegi ! "Tunggu situ, jap lagi aku sampai. Jangan ke mana mana...."

Tengah melangkah kat zebra crossing tu, dengan puluhan motosikal menanti lampu isyarat bertukar. Ada pulak kereta kereta kat belakangnya, dalam 5 langkah aku berjalan sedang elok berada di tengah tengah jalan, tiba tiba....

zappppppppppppppppppppppp !!!

"Argh"

Tiba tiba aku rasa macam nak gelap mata. 

Kaki aku cramp ! Urat betul betul macam kena tarik belakang peha. Dan aku tak boleh bergerak !

Nak langkah pun tak boleh. Nak letak kaki pun tak boleh. So kaki aku terangkat satu, dan satu lagi aku tahan cuba mengimbangi badan. Gila time tu aku rasa macam ...

"Mati la aku kat sini !"

Tapi dalam hati ingat Tuhan. Berdoa, jangan la aku kejung kat sini !!!!!

Dan aku terdiam kaku tengah tengah jalan tu. Then aku rasa masa berlalu begitu perlahan. Sempat aku pandang mamat mamat atas motosikal tu dan semuanya pandang aku balik.

Tengok aku atas bawah.

Mesti dia orang cakap.

"Apahal mamat ni tetiba freeze tengah tengah jalan ni?"

Aku nak menapak langsung dah tak boleh. Pijak pun tak boleh. Waktu macam terhenti tiba tiba. Then traffic light mula nak bertukar. Siap ada bunyi tet tet tet tet laju laju banyak kali tu.

Aku dah cuak gila. Aku cuba nak pijak tapi sakit gila babi !

Tak lama lepas tu kereta kereta yang belah belakang dah mula bunyikan hon. Ada motosikal dah start berjalan melepasi zebra crossing ni.

Aku dah mati kutu. Buntu. Kaku !!!!!

"Tolonggggggggggggggggggggggggggggggggg"

* jerit dalam hati

bersambung..........

9 comments :

  1. Amoi itu pasti lawa sangat....snap belakang pulak..anyway imagination is more important...hihihi

    ReplyDelete
  2. Assalam Meng, Kat Hanoi ni memang perlu banyak gunakan kaki sbb teksi dan yg sewaktu dengannya sgt mencekik darah. Tapi kekadang terpaksa beralah juga...

    ReplyDelete
  3. pokok yg bentuk burung tu dah tak rupa burung hahaha! dulu aku amik gambar kat situ :D

    ko dah kenapa nak buat keras tengah jalan meng oiiiiiiiiiiiii!

    ReplyDelete
  4. nampak cun la awek tu dari belakang...ok imagination is more important...ok ok tgh imagine ni...walaweiii wahhhhh waahhhh...

    ok ko mmg MU fan la ni...hahahahahah....dang!!!

    mmg N3 ko jadi rujukan aku la next year punya trip ni...hehehe...

    ReplyDelete
  5. oh. memahami sangat kecelakaan ditimpa cramp kaki ni. aku biasa kene kat blakang betis ( sbb cuaca sejuk gile) or jejari kaki (sbb byk berjln). paling sakit bila dia buat double attack. as soon as u think its gone, it come again!! mase tu mintak ampun byk2 kat TOHAN uols..sakit tak terperinyepunnn

    ReplyDelete
  6. JM : suspen jangan tak suspen.. nanti sambung la tu.

    MKL : lawa jugak la...

    Mie : tu la..... elak elak pun kdg kdg terkono jugak.

    HB : ok. kau follow je apa aku buat.. ( termasuk kaki cramp tu eh? )

    hahahhaa

    NT : setuju............. selalu kena double jugak ( mcm kat osaka dulu ).. pergh...

    mcm hilang nyawa !!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...