Thursday, November 21, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 14 - Sapa - Leaving Sapa

Lepas turun dari Ham Rong Resort tu aku rasa puas !

* curah air kat muka pastu pusing kiri kanan laju laju. 

Tapi kaki ada rasa sakit sakit sikit. Nasib baik la hari ni tak cramp.

Aku puas sebab akhirnya kehadiran aku ke Sapa tidak sia sia. Tidak la macam apa yang aku fikir waktu aku sampai pagi tadi yang Sapa ni tak de apa apa.

Puas sebab aku dapat tengok apa yang aku nak tengok. Lebih rasa berbaloi lagi, aku dapat jelajah semua tempat yang aku rasa aku nak pegi dalam masa 1 hari ni.

Hilang rasa penat duduk dalam bas semalam walaupun tak cukup tidur.

Tapi aku tau, nanti balik aku akan berperang dengan perasaan sendiri lagi. Berdoa moga moga tak de la aku kena duduk dengan orang lain kat row belakang tu. Kalau boleh biarlah dapat single seat. Boleh aku betul betulkan urat sorang sorang diri. Nak berdengkur pun aku tak rasa bersalah sangat dah.

Sapa di petang hari

Lepas hantar motosikal dekat mamat sebelah Tourism Office tadi tu, aku jalan kaki ke tempat bas.

Sempat la tengok aktiviti petang. Masih ada yang berniaga di pasar tani tadi tapi dah tak ramai. Ada ramai anak anak muda melepak dan bermain main di sekitar taman di Sapa ni. Mat salleh anak beranak pun ramai yang turut serta.

Bagi aku, Sapa ni cukup untuk 1 hari kot kalau nak jelajah. Unless memang nak ambik mood stay lama lama dan menghirup udara segar di sini sambil nak tengok matahari turun naik. Idea yang bagus jugak tu sebenarnya. Atau ambik pakej bermalam di rumah Tribal People di sini atau ikut dia orang trekking ke kampung kampung mereka. Boleh jugak kalau bermasa untuk mengunjungi ethnic market seperti Bac Ha market ( open on sunday sahaja ).

Apa apa pun, angan angan dan mimpi aku untuk sapa ke Sapa ni telah terlaksana.

Dah tak perlu lagi makan buah berangan secara berlebihan

Berjalan ke station bas tu, aku usha mana mana kedai kot aku boleh singgah makan.

Lapar satu hari tak makan. Last aku makan semalam tu la makan maggie cup kat hotel di Hanoi. Lepas tu tak makan makan. Lepas dah abis jelajah Sapa ni baru la rasa lapar. Lebih lebih lagi berjalan masa kat Cat Cat Village tadik boleh tahan ilang lemak.

Nak kena ganti lemak lagi la ni.

Masalahnya tak de kedai yang aku jumpa yang boleh buat aku yakin untuk makan.

Nama je Susu Restaurant, tapi jualnya macam macam.

Ada satu restaurant tu aku singgah. Kedai yang agak proper, aku tengok menu dia macam tak mengancam. Aku try la tanya kot dia boleh buatkan aku nasik goreng ke apa. 

Masalahnya waitresss dia tak faham apa aku cakap. Kang aku cakap udang dia ingat katak ! Naya makan nasik goreng ada kaki katak !

Tak sanggup aku.

Dah tak reti aku nak cakap cemana lagi dah.

Dengan perasaan hampa aku menapak ke bus station dan nak tunggu bas je lah. Berlapar la lagi aku malam ni. Tak pe, nanti sampai di Hanoi aku cuba cari makanan di sana.

Ini bangunan syarikat bas yang aku naik

Memula aku ke syarikat bas tu untuk confirmkan tiket. Memang dekat tiket aku ada tulis dah balik pukul 5 ke Hanoi. Saja la, sebab masih ada masa aku nak la tanya.

Bila aku tanya dia kata bus tu lewat. Hanya akan bertolak pukul 6 petang !

Oh. Apa aku nak buat lagi ni?

Banyak bas bas menanti. Bas aku kaler orange tu

Sebab masih ada masa, aku melilau jalan jalan ke tasik Sapa yang aku memula lepak pagi tadi.

Kalau pagi tadi cuaca kurang cerah sebab hujan, kali ni boleh usha sekali lagi.

Pemandangan tasik Sapa. 

Taman yang aku melepak pagi tadi

Actually kalau weekend ada paddle boat kat sini boleh di sewa.

Pagi tadi aku terpinga pinga kat tasik ni lah..... 

Memula aku ingat nak lepak minum kopi kat sini, tapi tengok tengok macam tak menarik

Then aku patah balik dan usha restaurant ni.

Kalau tengok dengan mata aku, resto ni lebih ramai tourist dari local, so aku pun masuk la usha menu dia. Tengok tengok dalam menu list dia ada set untuk vegetarian !!

Hah. Apa lagi. Oder je lah.

Kedai pun agak cossy. Best dan menarik. Lagi menarik tak ramai orang macam masa aku tengok pagi tadi tu. So aku lepak je sini, order apa yang patut.

Ambik seat. Aku lepak kat balcony

Sepi sekuntum mawar ....

Tetiba rasa nak dengar lagu sekuntum mawar merah sebuah puisi.

Walaupun bukan mawar berwarna merah. Walaupun bukan di bulan Februari !



Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

Sesambil tu dok usha orang lalu lalang.

Masih ada local yang sibuk dengan hasil tani. Petang petang pun nak berniaga lagi. Sayur pun dah layu dah tu.

Layu sebelum berkembang...

Gossip la tu !!!

Cam comel je. Cam cantik jer..

Servis slow sikit. Padahal aku berdua dengan minah French meja depan. Lama menunggu last last kita orang dok borak borak. Dia kat meja dia, aku kat meja aku. Dia pun tunggu bas nak balik ke Hanoi. Bas dia pukul 5 jugak tapi bas lain. Dan dia pun macam aku buat day trip je dari Hanoi ke Sapa ni. 

Dan dia tak sewa motosikal, jalan kaki sampai ke Ta Van Village.

* merenung langit.

Aku tak sanggup jalan kaki macam tu !!!! Patut la body dia lagi sasa pada aku. Hahahaha.

Pahtu baru lah dapat makan.

Jom teman aku makan.

Parmesan Cheese and Tomatoes. Menjaga tubuh badan tak aku?

Mango Shakes ( tak sesedap di Boracay ) dan mineral water

Main Course, Vegetarian Fried Rice ! Tak de la sedap mana but OK lah.

Tak abis lagi ke kisah mawar berduri menusuk di hati ni??? Haruskah ku ulangi???? Hahaha

Lepas makan dan agak kenyang, aku jalan kaki balik semula ke station bas.

Perut dah kenyang. Kebetulan nampak pharmacy. Aku nak cari la apa benda yang boleh guna untuk kaki aku yang masih sakit ni. Lenguh lenguh jugak. Ni pasal kes cramp semalam la ni. Nasib baik la hari ni tak de apa apa jadi kat Sapa walaupun boleh tahan jugak aku menapak masa kat Cat Cat Village dan Ham Rong Resort tadi tu.

Pharmacy di Sapa

Nak beli ubat punya la payah.

Aku nak cakap, aku lenguh lenguh kaki. Siap aku jalan dencut dencut depan minah ni. Pastu buat muka sakit.

Aku tunjuk betis dia tunjuk lutut.

Dia ingat aku jatuh dan lutut luka !

Cis. Penat aku beraksi. Tak leh jadi pelakon kah aku ni????

Akhirnya lepas penat berhempas pulas dapat jugak. Dia bagi aku salonpas. Dia bagi yang tempek. Aku mintak yang gel.

Imagine je la aku berlakon.

"I dont want tempek tempek one. I want sapu sapu. Got?"

Nasib la ada !

Sedap je bila sapu kat kaki.

Salonpas Gel beli kat Sapa

Sampai kat station bas, nampak bas dah ready. Ada lah orang lain yang mula naik bas.

Aku pun cepat cepat la konon naik bas sebab nak book seat. Dapat la single seat. Actually driver bas tu yang akan tentukan seat kita kat mana. Suka suka hati dia je lah. Nasib baik dia bagi aku single seat. Ada jugak mat salleh yang beriya iya nak duduk seat belakang tu. Tapi sebab dia orang memang ber 5 so sedang elok la tu.

Dalam bas. Ready nak bergerak balik ke Hanoi

Bas agak penuh.

Aku dah siap pose pose dah kat atas kerusi. Nak melayan perasaan. Tak kira, kali ni aku nak tidur beriya iya. Letih tak cukup tidur ni !!!

Dalam bas tu pulak ada few remaja aku rasa dia orang French kot. Dia orang boleh pegi bagi ganja kat driver bas tu. Driver ada 2 orang, sorang dah dapat, sorang lagi sibuk la nak jugak.

Angin betul aku.

Aku rasa ganja la walaupun aku tak sure apa sebab dia letak dalam rokok.

Yang si drebar ni beriya iya mintak, yang budak budak French ni dok gelak gelak.

"I dont think you should give him anything. He is going to drive us to Hanoi. Whatever it is.. just wait till we arrive in Hanoi !"

Aku yang tegur sebab mamat tu sebelah aku tapi seat belah sana.

Terdiam semua kawan kawan dia. Bersalahkah aku tegur?

"Eh ! Untuk keselamatan kita bersama okeh. Buatnya mamat tu lalok kang, bas ni terhumban cemana??? Sapa nak mati di Sapa? Sapa? Kau???"

Begitu aku bermonolog sendiri. Tapi tak tau marah sapa.

Last sekali mamat French tu akur.

"I will give it to you when we arrive Anoy okay !!"

Dia sebut Hanoi macam Anoy. Annoying pulak aku dengar. Hiks.

Apa apa pun, aku dah siap sedia dengan mineral water in case aku dahaga. Pose pose sendu.

Bas mula bergerak. Tiba tiba bas berhenti.

Loh. Sudah !

Kenapa?

Tengok tengok.

Babi babi ni telah menyebabkan jem di Sapa !!! Gemok gemok betul mereka ni.

Tapi tak lama lah. Lepas tu bas mula bergerak dalam remang remang petang meninggalkan Sapa.

Aku layan view kejap tepi tingkap. Oh kalau dari Sapa sila duduk seat belah kanan. View memang superbusa !


Aku tersedar bila bas berhenti di Lao Cai !

Berhenti setengah jam. Sempat aku turun pegi kencing, beli buah dan makan buah. Hisap rokok. Then bas bergerak semula selepas tu meninggalkan Lao Cai menuju Hanoi waktu tu lebih kurang pukul 9 malam.


Bas dah berhenti.

Tengok tengok.

La.............. Aku dah sampai Hanoi !!!! Tengok jam dah pukul 6.30 pagi !!!

Confirm aku tidur mati !

bersambung.........

9 comments :

  1. kitorang kalo susah sgt jumpa makanan, masuk kedai mintak nasik putih, telor, mix vege...ha kompem negara mana pun paham. aukkkk alhamdulillah...

    kurang asam tul remaja2 tu! kalo aku, mmg aku tegur jugak! ko nak mati, pi terjun gaung sorang2! jgn nak angkut satu bas pi mati! haihhhh...bodo nyer french! seb baik ko hitalian meng...*hahahaha*

    ReplyDelete
  2. tentu ko berdengkur ria dalam bas sampai x sedor diri dh sampai Anoy kan? hahahaha....

    Memang gemok2 la Babi tu... nampak seksi jek Babi2 tu dari belakang kan? hahahaha

    ReplyDelete
  3. horror laa...driver bus macam takde kesedaran sivik! nasib baik ko tegur.

    aku takmo naik sleeper bus ah. train lagi selamat..

    aku g ngan husby tawun dpn, tak bwk kid. nak bersejuk-sejuk. hihiks. *gelakgatal



    ReplyDelete
  4. bila la aku nak sampai Sapa nih huhu
    btw salam membalas kunjungan ^^)

    ReplyDelete
  5. gilek la matsalleh ni..selambe hadiahkn ganja..
    nasib baik abg meng tegur..save nyawa satu bas

    ReplyDelete
  6. nasik goreng kaki katak..eeee...jgn bang..jgn makan...

    eeeee...babsssssss......eeeeeeeeeee

    Bang..kaki dah ok ke belum ahahah

    ReplyDelete
  7. Biq : Kannn?

    Nasib baik aku HITALY.. hahahaha.. french ni memang kurang ajar. tapi aku cuak jugak sebab dia org tu ramai. aku sorang...

    tu lepas sound cepat cepat tarik selimut buat buat tido...

    rupanya tertido sungguh !

    HB : ko x kenal mana depan mana belakang ka? hahahaa

    NanaT : yup.. kalau berkesempatan better ambik train je lah...selesa sikit dr sleepers ni.

    DH : thanks..

    FF : tu la. aku agak je ganja.. tapi tak pasti.. ntah ntah chewing gum ye dok?

    hahahaha

    JM : kaki dah ok lepas sapu salonpas..

    ReplyDelete
  8. best juga...train mahal ye berbanding dengan bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana mana asalkan selesa dan selamat sampai ke tujuan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...