Lepas bot berhenti untuk aktiviti kenu dan sebagainya tu, kami bergerak menyusuri Halong Bay ke kawasan yang lebih dalam.
Barang di ingat, Halong Bay ni memang luas kawasan dia. Pulau pulau ni berada sejauh jarak 120 KM dari Halong City sendiri. Jadi kalau nak ke belah dalam dalam tu memang kena ambik pakej yang bermalam di atas bot. Nanti dia orang bawak ke sana.
Dalam banyak banyak batu batu ni ada jugak yang berpasir dan ada hotel di bina. Tapi belah belah dalam jugak lah.
Dalam banyak banyak batu batu ni ada jugak yang berpasir dan ada hotel di bina. Tapi belah belah dalam jugak lah.
So kalau day trip, jalan yang dekat dekat je lah. Sebab takut tak sempat balik !
Bot ni pulak bergerak bukannya laju pun. Terkedek kedek jer.
Bot ni pulak bergerak bukannya laju pun. Terkedek kedek jer.
Lepas lepak lepak di kawasan kampung atas air di Halong Bay dan orang orang yang pegi tengok gua dan berkenu tu dah balik ke bot semula, kami pun bergerak.
Bot dan Halong Bay
Kawasan Halong Bay dari kejauhan
Gorilla Island dengan Halong City at the back
Ni batu yang agak famous di Halong Bay ni. Dua ekor ayam bercumbu !
Nampak macam gorilla tak?
Ini barang barang yang di jual di atas bot. Macam mahal jer
Lagi di jual atas bot
Selepas belayar tanpa tujuan, bot kami akhirnya berlabuh di satu kawasan.
Di situ terletaknya 1 gua.
Actually aku pun tak tau itinerary trip bot ni. Main ikut je. Si Ken pulak tak de brief apa apa pasal mana nak pegi, lepas ni pegi mana apa semua. So bila bot berlabuh, baru dia cakap, kami semua boleh masuk cave. Tiada bayaran di kenakan sebab dah masuk dalam harga cost pakej yang di ambik.
Alang alang sampai, pegi je lah.
Memula aku macam malas nak turun sebab nampak macam kena mendaki. Letih lah nak mendaki lagi. Kang cramp lagi kaki aku ni.
Tapi bila tengok semua orang turun, aku pun terpaksa la ikut jugak.
Halong Bay - Natural Wonder of the World, tapi dia kalah dengan Jeju Island
Ini gambar Halong Bay dari lukisan yang aku snap
Ini nama guanya. Dong Thien Cung !
Nak tau 'cung' ke tidak dalam gua ni, kena la ikut.
Aku memula tak expect apa apa. Maybe gua biasa biasa je kot. Lepas naik tangga tu ada pelantar untuk ambik gambar. Aku dok lepak situ borak borak dengan family dari Indon tu. Dia orang travel dari HCM.. Dah 3 hari di Hanoi, esoknya nak balik ke Bandung.
OK jugak la borak borak dengan pakcik tu. Boleh la peneman aku berborak.
Dari pelantar tu kena naik sikit lagi then baru la bertemu dengan pintu gua.
Masuk masuk ke dalam, aku agak terpana. Terus terfikir.
"Eh. Macam kat Guilin !"
Memang macam kat Gulin. Batu kapur yang terdapat cahaya lampu di dalamnya dan menunjukkan macam macam segi dan bentuk yang ada.
Agak menarik, cuma aku rasa di Guilin tu lebih cantik kot.
Layan je la gambar gambar dalam gua ni !
Entrance masuk
Macam tengkorak pun ada
Lubang cahaya
Ini lubang cahaya di atas. Tak leh keluar pun ikut sini
Lagi. Berwarna warni
Macam muka pontianak pun ada
Ada jugak kawasan berair dalam gua ni
Gua Dong Thien Cung
Bertingkek tingkek
Kat dalam gua ni ada laluan pejalan kaki. Biasanya boleh jalan one way je. Ada jalan bertangga. Lampu tak de, cuma kena ikut cahaya lampu warna warni je lah. Orang pun boleh tahan ramai. So kena hati hati jugak. Ramai yang berhenti tengah tengah jalan nak ambik gambar.
Jalan pun agak licin sebab ada air air yang mengalir turun.
Kena hati hati dalam ni.
Tapi kebersihan di jaga. Setiap corner ada tong sampah ! So tak perlu buang sampah merata rata !
Layan sikit lagi gambar dalam gua ni.
Tetek !! Tapi sebelah jer
Aku rasa, sesapa yang dah ke gua di Guilin tak perlu pun datang gua gua di Halong Bay ni sebab lebih kurang jer. Tapi kalau dah dapat tiket free termasuk dalam pakej yang di ambik, apa salahnya. Duduk tunggu kat bot pun bosan jugak.
Nak mendaki tu tak de la tinggi sangat. Boleh la.
Cuma aku rasa gua ni entrance fee dia murah sikit la berbanding dengan entrance fee gua di Guilin tu !
Keluar dari gua ni ada orang jual cendermata. Kedai jual air minuman pun ada in case kedahagaan.
Mahal mahal !
Kedai cenderamata
pemandangan lepas keluar dari gua
Actually lepas keluar tu ada lagi 1 lagi cave. Tapi aku tak masuk. Rasanya yang ni tak de entrance tiket yang kita orang dapat so skip je.
Plus banyak banyak sangat masuk gua. Bosan jugak weh.
Gua satu lagi tu nama dia Dau Go Cave
Baca sikit ni
Rokok rokok yang di jual di sini
Lepas abis melawat gua tu, kami terus kembali ke bot.
Aku tanya Ken.
"Where are we going after this?"
"We re going back !"
"Hmmm"
Sekejap sangat. Macam tak puas. Macam tak abis explore pun Halong Bay ni aku rasa.... Sebab tu la aku syorkan kalau sesapa ke Halong Bay dan bermasa, sila ambik pakej yang 1 night tidur atas kapal tu. At least boleh belayar jauh jauh sikit dan boleh nampak sunset dan sunrise !!
Macam menarik tu. Plus aku agak hiba sebab tak nampak junk yang macam bahtera dengan layar tu. Tak feel Halong Bay la kalau tak nampak kapal tu.
Kalau ambik day trip, masa balik tu dah petang cuma belum nak sunset so tak nampak matahari nak terbenam pun.
Anyway, kena balik jugak sebab nak balik ke Hanoi lagi mahu makan masa berjam jam lagi. Sudahnya bot bergerak ke Halong City semula, dan masing masing melayan perasaan sendiri sepanjang perjalanan dan aku layan berborak dengan si Ken tu.
Apa apa pun cost untuk day trip ke Halong Bay aku book dengan hostel aku tu adalah USD 28 termasuk lunch, transport pegi balik dan bot. Tapi tak termasuk kenu. !!
bersambung...............
Gua awesome...tapi kapal terkedek-kedek...mampui.....
ReplyDeleteBro pakej yg day trip ni berapa RM..?? ada contact untuk tour ni tak..??
ReplyDeleterokok tempatan bes tak?
ReplyDelete*tanye yg bukan-bukan
ko rasa tak rokok vietnam tu?
ReplyDeleteaah kalo tido atas tongkang tu dpt la ko berkayak ke terjun tiruk ke parti di malam hari hahaha...
MKL : dia saja terkedek kedek nak bagi kita nikmati pemandangan...
ReplyDeleteTT : aku book kat hostel tu jer.. kau boleh shop around.. rate dia lebih kurang tu je la kot. USD 28. ( tak masuk kenu )
NT : tak tau... tak try sebab stok dunhill adalah mencukupi.
Biq : Tu la.. untung la kau sempat berlayar di samudera lama lama....
boleh tahan jugak kan rege 1 day tour dorang....tp rasa ok kot sbb semua dh disediakan...
ReplyDeleteaku rasa harga tu standard unless kau memang nak pegi sendiri naik turun bas which aku rasa lagi hassle.
ReplyDeleteterus membaca.
ReplyDeletesilakan
Delete