Wednesday, November 20, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 13 - Sapa - Ham Rong Tourist Mountain

Dah antar motosikal tu aku menapak konon konon nak balik ke bus station.

Jalan jalan sambil layan suasana petang di Sapa.

Aku usha kawasan dengan church tu, pastu tetiba terperasan pulak.

Nuii Ham Rong atau pun Ham Rong Tourist Mountain.


Actually tempat ni adalah resort tapi di bangunkan menjadi tempat pelancongan la dengan landskap pokok pokok dan bunga bunga. Kat sini jugak boleh tengok view Mt Farsipan dan Sapa sebab kawasan dia atas bukit sikit.

Aku ada baca kat wiki, tapi tak de la memula plan nak pegi. Dah tersampai, aku usha je terus !


Nak masuk tempat ni kena bayar. 70,000 Dong.

Since ada masa aku pun usha. Beli tiket, naik tangga tangga tu menuju ke entrance dia. Di tepi tepi tangga tu banyak la orang berniaga.

Jual baju...

Akar kayu pun di jual

Entrance

Dekat gate nak masuk yang check tiket ni, ada orang jual air mineral. Aku ingat nak beli la since nak kena panjat panjat ni nanti dahaga.

Aku tanya mamat tu.

"How much?"

Pastu dia macam tak reti nak jawab. Tetiba kawan kawan dia lak cuba menyampuk. Sorang sebut tu, sorang sebut ni. Aku sempat dengar, kejap 15,000 Dong. Kejap suruh sebut 50,000 Dong. Pastu ada mamat lain sebut bahasa Vietnam dan last sekali mamat tu cakap kat aku.

"100,000 Dong"

Kepala butuh dia lah.

Air mineral pun mahal sampai RM15. Penipu je dia orang ni. Nak kencing tak ingat.

Terus aku letak balik air tu.

"Nevermind"

Sapa yang dahaga lepas tu?

Aku........... !!!!

Hahaha. Ada je kedai lain yang jual air tapi kena turun sikit. Masalah sikit dia orang berniaga tak letak tanda harga. So harga boleh berubah rubah mengikut wajah kita. Kalau kita ni local mesti dapat harga standard, kalau cakap omputih sikit terus berlipat kali ganda harga nya.

Apa apa pun, jom layan kawasan Ham Rong Tourist Mountain ni.

Bertabah la kena naik tangga yang banyak ni

Kau lah Pelita ku...

Bunga

Pokok

Bunga bunga kecik

Kiranya tempat ni di reka menjadi sebuah taman di Sapa ni.

Ada banyak pokok pokok di tanam dan menyediakan landskap yang agak menarik untuk di usha termasuk la persembahan tarian, ada batu batu kiasan, dan landskap yang di bina menyerupai kawasan kawasan tertentu yang ada di Sapa ni macam gua, batu dan sebagainya.

Laluan

Pokok lagi

Yang menariknya, dari atas bukit Ham Rong ni lah dapat di lihat pekan Sapa secara keseluruhannya. Dan ! Kalau cuaca elok, boleh nampak Mt Farsipan ( gunung tertinggi di Vietnam dari sini ).

Pekan Sapa. Kalau cuaca elok boleh nampak Mt Farsipan di belakang tu

Ni jalan depan church arah aku naik tadi

Pastu ada la benda benda lain macam replika binatang la apa lah dengan taman taman tertentu. Boleh usha.

Kambing gurun?

Pokok bunga

Taman Dragon

Ada banyak taman taman bunga di sini.

Masa aku kat sini, tengah aku jalan jalan tu, tetiba ada 2 orang minah ni, punya la asyik bergambar, pastu dia orang pegi masuk dan duduk celah celah bunga bunga ni.

Ranap lah pokok pokok tu !

Terus pak guard datang marah dia orang. Gila ko, bunga lawa lawa dia pegi masuk konon nak pose pose berbaring. Dah patah semua pokok.

Aku dengar macam kena marah dengan guard tu. Salah sorang tu siap menangis. Guard tu siap walkie talkie sapa ntah jadi macam kecoh sekejap kat situ.

Moralnya di sini, kot ya pun nak bergambar, berpada pada la. Jangan la sampai abis ranap pokok orang di kerjakan !!!


Kawasan ni memang besar.

Mula mula aku ingat macam kecik je, pastu bila naik tu then ada lagi kawasan kawasan lain. Setiap kawasan tu ada tema tertentu. Masa beli tiket tu dia bagi map sekali.

Aku cover mana yang sempat je sebab kaki aku sakit. Plus letih nak berjalan dah. Tengok macam biasa biasa je dalam ni.

Apa apa pun, layan la gambar gambar ni sampai abis.





















OK. Abis dah.

Nak kata wajib pegi tu tak jugak lah kot. Tapi kalau dah sampai ke Sapa dan ada masa, why not. OK je tempat ni. Cuma agak besar untuk cover sepenuhnya. Ada jugak persembahan tarian dan tradisional di pavillion atas bukit ni.

Aku tak lama di sini, dah letih kaki, aku pun turun balik semula..... kembali ke station bas !

 bersambung.....

2 comments :

  1. dorang ni mmg kaki kencing. Air mineral sebotol nak charge sampai RM15 cisss ciss cissss...giler ke dorang ni...elok dh boleh dpt duit langsung x dpt...padan muka hahahahaha....

    ReplyDelete
  2. tu la.... pembohong betul..

    tapi kat kedai pun aku pernah kena.. pegi kali pertama harga lain. kali ke dua.. harga lain..

    susah tak de tanda harga dia orng ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...