Friday, November 8, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 05 - Hanoi - Flag Tower of Hanoi & Vietnam Military History Museum

Sambungan dia macam ni.

Time aku berdiri kaku dan lesu tengah tengah jalan tu. Kebetulan ada sorang mamat ni dia dekat seberang jalan tu. Ke arah aku nak melintas..

Dan di tangan dia, dia bawak gelas. Aku tak tau dia nak gi mana. Tapi aku syak dia bawak tu beer. Tak kisah la apa dia bawak, tapi dia lah yang nampak aku dulu. Dia tengok aku tak bergerak. Lama dia pandang, agaknya dia nak tolong jugak tapi dia pun cuak.

Dia tengok aku, aku pandang dia. Aku tak cakap apa apa, just mata aku je macam bagitau dia.

"Please help me !!!"

Dan dan tu, time motosikal semua dah mula bergerak, dia cross datang dekat aku. Dia cakap something aku tak faham. Tapi dia macam tau aku tak boleh bergerak.

Dia papah aku slow slow melintas sampai seberang jalan tu, pastu ada kerusi. Dia dudukkan aku kat situ.

Aku tak tau nak cakap dengan dia cemana. Aku cakap..

"Thank you"

Tapi dia sendiri pun tak faham. Dia cuma angguk angguk pastu jalan dengan gelas berisi arak penuh tu. Ntah ntah dia pun mabuk. Tapi dia banyak pahala sebab tolong aku.

Begitu la al kisah nya..

Seram tak Kak Ton?????

Nampak Flag Tower dah tak berapa jauh

Aku pernah terbaca, katanya kalau kaki cramp ni maybe kurang garam sebab dehyration. Ya la aku rasa sebab aku berjalan dah boleh tahan jauhnya.

Lagi lagi aku yang tak fit mana ni. Pastu bila berjalan push gegila. Mana kaki tak merajuk. Urat betis pun tau penat.

Aku lepak kejap pastu buat senaman gerakkan tapak kaki, slow slow. Lama lepas tu baru OK. Tapi kejang tu rasa macam nak putus urat betis. Masa aku duduk kat tembok memula tu pun rasa kaki tak boleh nak bengkokkan langsung.

Mamat tu tak tau ke mana dah hilangnya. Aku berdoa semoga dia berhenti minum arak dan kembali ke jalan yang benar. Jalan yang di redai. Hahahah.

Aci ke macam tu?

Ada dalam 10 minit, aku melepak kat kerusi tepi taman tu. Hari pun dah petang, aku tak boleh lama lama sebab janji pukul 6 aku dah kena ada kat hotel sebab pukul 7 pick up datang nak hantar aku untuk ambik bas ke Sapa.

Bangun dan jalan slow slow. Ada nampak makcik makcik menjual tepi taman tu, aku nak cari kot ada orang jual 100 Plus. Orang kata kalau cramp elok minum 100 plus, tapi mana la nak cari 100 plus kat Vietnam ni. Minuman isotonik lain pun tak de.

Sudahnya aku menapak slow slow jer. 

Kaki masih sakit lagi sebenarnya.

Apa la keje mamat tu duduk kat situ

Kat taman tu ada la patung tu. Patung apa pun aku tak tau. Tak sempat nak check dah sebab aku fikir nak balik hotel jer. Kaki dah sakit.

Flag Tower tu betul betul berdepan dengan park yang ada statue dan park tempat bebudak main futsal. Aku just cross jalan.

Tengok tengok Flag Tower tu dah tutup !!

Cis.

So ambik gambar dari luar je lah.

Flag Tower of Hanoi. Bawah tu Highland Coffee

Sedikit mengenai Flag Tower Hanoi ni.

Flag tower ni merupakan salah satu simbol Bandaraya Hanoi yang merupakan World Heritage Site. Dibina setinggi 33.4 m ( 41 m jika di tambah dengan tiang bendera).

Di bina pada tahun 1812. Structure ini tidak dimusnahkan oleh pihak pentadbiran Perancis sepertimana struktur struktur binaan yang lain di Hanoi ini. Menara ini di jadikan military post dan sekarang terletak berdekatan dengan Vietnam Military History Museum.

Menara ini mempunyai 3 tingkat. Tingkat ke 2 mempunyai 4 pintu yang mana terdapat tulisan di setiap pintu pintu tersebut. The words "Nghênh Húc" (English: "To welcome dawn's sunlight") are inscribed on the eastern door; the words "Hà Quang" ("To reflect light") - on the western door and "Hướng Minh" ("Directed to the sunlight") - on the southern door. 

The tower is lighted by 36 flower-shaped and 6 fan-shaped windows. Bendera kebangsaan Vietnam di pacakkan di bahagian atas menara. Ini UNESCO site ni.

Ini peta perjalanan aku seharian ni di Hanoi. 

Bermula dengan kawasan atas yang aku bulatkan dengan pen tu, pastu turun ke bawah sampai la ke Temple of Literature tu dan naik ke atas semula untuk sampai ke Flag Tower of Hanoi.

Nak kata berjalan jauh sangat, aku rasa sebelum sebelum ni lagi jauh aku jalan kaki, especially masa kat Sydney tu, tapi tu la. Kali ni nasib tak berapa baik.

Nak terkono !

Bersebelahan dengan Flag of Hanoi tu, ada Vietnam Military History Museum. Aku memang tak de plan nak masuk sini, cuma aku nak cari teksi nak balik ke hotel je.

Dan tak larat benor.

Tapi waktu aku melintas depan muzium ni, nampak macam dah tutup. Pastu ada beberapa orang yang tunggu atas motosikal siap jerit kat aku.

"Closed.. Closed"

Aku diam je la. Memang aku tak nak masuk. Aku cuma nak duduk kat tepi pagar tu je sebab kaki aku masih sakit !

Tetap sempat snap !

Ni pintu masuk nya. Ada guard jaga. Nampak dalam compoud muzium ni ada kapal terbang dan kenderaan tentera yang mungkin di gunakan sewaktu dulu dulu.

Aku cari port dan lepak tepi pagar.

Betul betulkan kaki sambil tengok teksi lalu lalang. 

Tengah aku duduk mengelamun tu, tiba tiba ada satu mamat ni naik motosikal dan berhenti depan aku. Aku dah boleh agak, dia mesti nak offer aku naik motosikal dia.

"Are you from Philippines?"

Argh ! Dengan senyum senyum kerang busuk dia tu.

"No"
"Ha...... Thailand !"

Dia teka Thailand sebab aku pakai baju Koh Lipe.

Aku geleng kepala. Malas nak layan sebenarnya, tapi terpaksa lah. Dia siap turun dari motosikal tu.

"You need a ride?"
"No. Thanks"

Pastu diam. Aku malas nak melayan.

"So where you from? Laos?"

Aku geleng kepala. Malas melayan.

"Where?"

Aku pandang dia.

"I am from Italy"
"Italy? No !!!!!"

Dia terkujat terus. Pandang aku atas bawah. Tak percaya.

"Yes"

Kah kah kah kah.....

Aku pun nak tahan gelak. Tau apa jadi lepas tu? Dia terus pegi kat motosikal dia, start moto dan blah !

* mati la tak boleh nak terima kenyataan

Hahaha. Mesti dia kata aku gila. Eh.. Italian tapi immigrant. OK per. Kan?

Lantak lah. Sapa suruh sibuk sibuk ajak aku borak? Aku ni tak de mood nak borak. Sakit kaki. 

Kebetulan lepas tu baru nampak teksi. Aku dok cari teksi Mai Linh yang kaler putih tu jer. So aku dok aim teksi kaler putih. Nampak satu, tahan la. Tup tup sampai dekat bukan Mai Linh !

Argh. Lantak la. Aku tanya dia.

"Are you using meter?"
"Yes. Yes."

Beriya je dia angguk. Aku malas nak fikir. Naik je terus. Aku bagitau nama hotel dan dia hantar. Tapi aku rasa dia kencing aku. Dia pusing pusing jalan ntah laluan mana mana. Tapi tak pe lah, sempat jugak la aku layan tengok keadaan sekeliling Hanoi. Nak jalan kaki dah tak daya dah !

Shopping mall paling grand kat Hanoi kot. Ada LV dan semua boutique2 kat sini

Punya la dajal teksi tu.

Tadi aku naik masa memula nak pegi ke Pagoda tu cuma 50,000 Dong je. Ni balik ni, aku naik pun dari Flag Tower tu kira half way perjalanan, tapi tambang teksi dia lagi mahal. Dekat 80,000 Dong.

Tapi tak pe lah. Yang penting aku dah selamat sampai.

Turun dengan kaki terencut encut. 

Naik atas dan kemas beg, mandi dan bersiap siap untuk ke Sapa.

Sempat aku beli air dulu

Depan hotel di Old Quarter

bersambung..

10 comments :

  1. *tersengguk tunggu penulisan SAPA


    Aaa, perincian sleeper bus jgn lupa ;)

    ReplyDelete
  2. tak dpt bayangkan kalo ko cramp tu lagi 50 meter nak naik bas. adakah ko akan menyaksikan bas itu berlalu pergi meninggalkan ko? sadis sgt! len kali sila bawak bungkusan garam utk di jilat sepanjang perjalanan ok!

    hahaha aku penah gak org teka tanpa henti aku ni org apa...cam bangang je rasa nak cakap negara tak masuk dek akal.

    teksi gile yg penah aku naik, meter dia jalan laju gile! sampai aku suh dia stop stop stop terus kuar blah hahaha! kuajaq!

    ReplyDelete
  3. kalo kaki cramp gunalah ammeltz yoko yoko..

    ReplyDelete
  4. sei un bugiardi Meng!!! hahahaha....

    ReplyDelete
  5. NT : dah bagitau tu.. hahaha. sorry lambat skit, entry kena tunggu turn.

    Biq : kalau cramp sebelum naik bas. aku berguling depan bas..

    hahahaha

    harap dia tak sondol terus

    AR : of choss laaa.. HITALY laa sangat ni...

    ReplyDelete
  6. AF : best ke? hmmmmm kena tenung langit dan fikir 2 jam kot nak cari ke best-an tu.

    tengok org gak la kot. ada je yang suka..

    Nurin : Yup.. tapi x bawak ler pulak time tu..

    HB : kau mencarut eh? aku italian tapi aku x paham. hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...