Tuesday, March 22, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Heyy..

Korang lapar?

Nah. Hari ni abang nak membawa kau orang pegi makan. Sila kosongkan perut sekarang dan kita tengok di mana tempat tempat yang makanannya agak lazat dan inzal.

Kita mulakan sekarang.

1. Kuey Tiew Doli Taiping.

No... Abang tak pegi Taiping, tapi pegi dengan cawangan dia kat Taman Tun Dr Ismail, KL tu saja. Apa yang menarik? Dia ada dua set kuey tiaw ni. Ada yang biasa dan ada yang special. Apa yang special? Udang udangan dia la uols. Tengok ni !!

Harga kuey tiaw special adalah RM10.50.

Aku cuma habiskan udang saja. Kuey tiaw dia bagi aku rasanya biasa biasa saja.



2. Secret Recipe

Semua biasa pegi kan? Ya. Hari tu aku pegi sebab kelaparan satu hari. Menu? Aku ambik chicken Parmagiano dan member ambik Chicken Cordon Blue.

Makanan dia biasa biasa je. Aku pernah makan chicken Parmagiano ni dekat Pizza Uno dan di situ lagi sedap sebenarnya.

Dua orang makan harga dalam RM60. Minum Iced Blended Mocha.

Verdict. Sekali sekala boleh try. Selalu selalu, tak best juga.






3. Muara Klang.

Yes. Ini sangat inzal kalau pergi tapi agak jauh la sana nuh.

Menu aku tempoh hari. Udang goreng tepung, Nasik lemak, Ketam masak 3 rasa dan juga Sotong bakar.

Sotong bakar adalah inzal hingga menjilat kepala sotong. Tambah bila makan dengan kuah asam dia tu.

Ketam adalah masin. Tambah pulak kalau mood malas nak kopak kulit dia dengan gigi.

Udang goreng tepung dia memang inzal. Tiada tandingan. Lebih enak bila makan di sisi laut sambil lihat kapal kapal lalu lalang.

Harga untuk 2 orang makan. RM70.




4. Maritime Putrajaya.

Tempat ni menjadi persinggahan kala rasa mewah sikit.

Konon aku kenyang. Tapi bila tengok menu macam inzal. Makanan kat sini memang inzal lah.

Aku order mushroom soup. Pastu makan lagi club sandwich ni.

Banyak makanan yang inzal inzal di sini. Paling best adalah Mocha Iced Blended dia.

3 orang makan dalam RM70.



5. Penang Village.

Sedih bila ingatkan makan di sini.

Aku makan 2 orang tapi harga dia RM70 !

Keji. Menu kami adalah. Chicken Pandan yang mana chicken dia besar ibu jari saja. Double keji. Pastu Kailan ikan masin. Telur dadar. Kerabu mangga. Air laici dan air mixed fruit serta cendol durian.

Mahal okeh kedai ni.

Makanan dia sedap tapi rasa tak berbaloi baloi.

Sudah, jangan pegi Penang Village tu lagi !







No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...