Tuesday, October 1, 2019

SEPT 2019 | Mengintai Bumi KAZAKHSTAN Dari Tirai ALMATY

Almaty, KAZAKHSTAN
September 2019.





Kazakhstan terletak di utara republik Asia tengah dan dibatasi oleh Rusia di utara, China di timur, Kyrgyzstan dan Uzbekistan di selatan, dan Caspian Sea dan sebahagian Turkmenistan di barat. Ia mempunyai hampir 1,177 mi (1,894 km) garis pantai di Caspian Sea. 

Saiz Kazakhstan kira-kira sebesar empat kali saiz Texas. Wilayah ini kebanyakannya tanah padang rumput dengan dataran yang berbukit serta dataran tinggi namun kaya dengan hasil minyak dan 'the black gold'.

Populasi penduduk adalah seramai 17 juta orang. Bandar terbesar adalah Almaty namun ibukotanya kini berpindah ke Astana ( Nur-Sultan )



Almaty dahulunya dikenali sebagai Alma-Ata dan juga Verniy, adalah bandar terbesar di Kazakhstan. Ia mempunyai penduduk melebihi dari 1,700,000 orang (2015). Lapan peratus populasi penduduk negara Kazakhstan ini tinggal di Almaty. Ia adalah ibukota Kazakhstan dari tahun 1927 hingga 1998. Meskipun bukan lagi sebagai sebuah ibukota, Almaty masih menjadi pusat komersial utama Kazakhstan.

Nama "Almaty" berasal dari perkataan Kazakh bermaksud "apple". 

Nama ini sering diterjemahkan sebagai bandar "yang kaya dengan epal". Nama yang berasal dari era Rusia bermaksud 'Grandfather of apples' kerana kawasan ini mempunyai sejumlah species epal yang berlainan. Rantau ini jugak dikatakan tempat di mana buah apple berasal. 












































































Almaty.....
Indah nian di hati,
Kekal ranum di jiwa.



Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwa ku semakin ranum

Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh... berdiri

Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan

Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

14 comments :

  1. wow...x sangka cantiknya Kazakhstan. X sabar tnggu entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar... tahun depan kot baru keluar entry nya. hehehe

      Delete
  2. Wahhh cantik jugak Kazakhstan ni. . Byk tempat menarik boleh tgkap gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik... ni pun terpegi awal skit. kalau betul2 autumn maybe lagi lawa

      Delete
  3. Cantiknyaaaa...share cpt cite kazakhstan ni menggg...mana tau aku nakpi nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm xtau lg. Tp boleh la gk msuk list. Hehehe mcm lawaaaa je nk ootd! 😂

      Delete
    2. boleh pegi.. lawa jugak tapi bersedia la sumbat minyak kapak dalam hidung kalau nak masuk toilet2 kat area rural dia.. hahaha

      Delete
  4. Meng, mu publish dlm FB dan IG Meng, senang nok folo... (Boleh gok wat seng mo'or)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...