Tuesday, October 15, 2019

HUA HIN 12 : Day 02 - CENTARA GRAND Beach Resort & Villas | HUA HIN Market

Untuk penginapan malam ke 2 di Hua Hin aku sengaja memilih untuk menginap di Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin.




Reasonnya sebab aku tak pernah stay dengan hotel mewah dari Thailand ni so agak teringin. Plus harga dia agak reasonable murah la considering its luxurious brand name. Tapi masih mahal dari flight tiket jugak. Haks.

Tak pe lah. Sekali sekala, bukan untuk orang lain pun.

Kedudukannya di tengah tengah pekan Hua Hin tak menyukarkan nak mencari.



Ketibaan kami agak petang hari untuk check in. Memang excited nak mandi dan bersihkan badan selepas seharian berpeleseran sekitar Hua Hin dan Cha Am hari ni. 

Usha dulu perkarangan dan lobby hotel Centara Grand ni.









Tapi ketibaan kami macam tak di endah parade-kan. Macam tak de orang perasan pun. Ke sebab gaya dan penampilan muka berpeluh dan ada sikit sikit bau biri biri melekat di tubuh kami?

Nasib baik tak lama lepas tu ada yang bertanya. Baru rasa diri dihargai. Tapi macam kurang mesra je staff dia tengok kami atas bawah.

* lap peluh dengan tuala basah dan tigak welcome drink tanpa tomaninah.

I is dahaga okey.

Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin ni ada sejarahnya yang tersendiri.....




Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin first opened its doors to welcome guests in the early 1920s, at a time when the new railway line to Malaysia was transforming the sleepy fishing village of Hua Hin into Thailand’s first beach resort. Originally named the Railway Hotel, was built along the classic lines of that era, and today is regarded as one of the grand hotels of the East.

The hotel opened in October 1922 and had its grand opening on 1 January 1923.

Baca sejarahnya di wiki - The_Railway_Hotel,_Hua_Hin


Urusan check in sebenarnya kejap je. Bila dah bagi semua details kami di hantar ke kamar penginapan. Of chos ambik bilik yang paling murah dan sebab nak bilik dekat dekat, dapat kat corner sebelah library di tingkat atas berdekatan dengan pantai.

Keseluruhan resort ni memang nampak oldies zaman Colonial tapi bersih dan rapi terjaga.

Moh usha penginapan Deluxe Room di sini.




Bukak pintu jer.. Weh................  bilik tidur macam bilik pengantin.






Sampai anak buah aku pun segan nak tidur sebilik dengan aku.







Usha bilik airnya pulak.




Bilik dia aku suka. Katil tilam apa semua OK walaupun nampak old school tapi bilik air dia tak best. Tak de standing shower nak mandi kena naik atas bath tub. Licin dowh. Aku dah lah bukan reti bersopan santun.

Tapi bilik dia ada ruang balcony yang besar. Boleh aku menaga-ria.






Segar dapat mandi dan betul betul urat. Petang skit kami ke pantai dan usha kawasan resort tepi pantai nih.

















Boleh tahan besar jugak area resort dia. Pool ada 3. Yang paling penting, betul betul beach front dan resort ni ada private beach dia sendiri.








Tapi view Hua Hin Beach ni kira membelakangi sunset, jadi sunset memang tak berapa nak lawa.

Santai santai kejap kat pantai then kami balik ke bilik dan bersiap siap untuk keluar semula. Nak ke Hua Hin Market.


Lepas maghrib kami keluar ke Night Market Hua Hin. Aci je jalan kaki sebenarnya tapi sebab malas kami naik keta. Satu hal pulak nak cari parking.

Last sekali parking kat station keretapi.


Hua Hin Night market bagi aku biasa biasa je. Macam typical pasar malam Thai yang lain. Ada jual makanan, ada masaj masaj. Jual buah. Air dan souvenir. 

Jalan jalan tengok tengok je last sekali apa pun tak beli. Aku lah tu. Dia orang masing masing ada gak la borong borong seplastik dua.
















Cari cari gerai makanan halal ada warung jual goreng goreng. Order nasi bungkus dan tapau air makan kat bilik. Brader ni pandai cakap Melayu lagi.




Balik bilik masa untuk pengsan. Kepenatan.

Tilam yang empuk dan bantal yang mengiurkan memungkinkan ketiduran penuh lena hingga ke pagi esoknya.....

bersambung..................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...